Showing posts with label Kisah Sahabat Nabi. Show all posts
Showing posts with label Kisah Sahabat Nabi. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Ambil Iktibar Saidina Uthman bin 'Affan RA berinfak

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap puji dan sanjungan adalah hak Allah Tuhan sekelian makhluk. Mudah-mudahan selawat serta salam dilimpahkan kepada nabi yang termulia, penutup para nabi, Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan tabi'in sekeliannya hingga ke hari kiamat.

Gambar Hiasan
Hampir sebulan saya tidak update blog disebabkan beberapa perkara. Hari ini saya berkesempatan untuk sambung kembali menulis. Mudah-mudahan saya diberikan kekuatan dan peluang untuk ziarah blog kawan-kawan selepas ini, insyaAllah.

Kali ini selepas membaca kisah Saidina Uthman ra di blog cemerlang saya terpanggil untuk menulis tentang infak Saidina Uthman ra buat peringatan kepada diri sendiri dan juga sesiapa yang ingin memperbaiki amalan. 

Khalifah Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai (syura).

Nama sebenarnya ialah Uthman b. ‘Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika baginda Nabi Muhammad SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraisy dari Bani Umayyah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati dan merupakan salah seorang  saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau diberi gelaran “al-Ghani“. Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam. Contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan sebanyak 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1,000 dinar. Ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman; Saidina Uthman telah membeli telaga Ruma daripada seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma. Sebelumnya telaga yang dipunyai Yahudi ini dikenakan bayaran. Apabila Saidina Uthman membelinya beliau memberikan percuma termasuk kepada orang-orang Yahudi.

Suatu ketika Madinah mengalami masa kesusahan  yang sangat parah akibat  kemarau yang berpanjangan. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan banyak yang mati. Ramai penduduk Madinah  mengalami kelaparan. Pada masa kesukaran itu, datang rombongan kafilah dari negeri Syam membawa barang dagangan yang sebahagian besar berupa makanan. Rupa-rupanya barang dagangan itu kepunyaan Ustman bin Affan. Para peniaga Madinah berebut-rebut ingin membelinya dengan maksud dijual kembali kepada masyarakat yang memang sangat memerlukankan dengan harga yang berlipat ganda . Mereka menawar barang dagangan itu dengan harga tiga kali ganda daripada harga pembeliannya.

Tetapi tawaran yang sangat menguntungkan itu ditolak oleh Ustman bin Affan, “Maafkan saya, barang dagangan ini telah terjual dengan harga yang lebih besar dari itu!” 

Tentu saja para peniaga itu menjadi hairan , siapa orang yang berani membeli dengan harga tinggi itu. 

Mereka pun bertanya , “Wahai sahabat, siapakah orangnya yang telah membeli barang daganganmu dengan harga sangat tinggi itu?”

Uthman pun menjawab singkat  ;  “Allah!”.

Dengan kehairanan mereka bertanya lagi ; “Bagaimana caranya Allah memberikan keuntungan itu kepadamu?”

Jawab Uthman, “Allah menjanjikan kepadaku keuntungan tidak kurang dari 700 kali ganda, tidakkah kalian ingat janji Allah itu dalam Al-Quran?” Lalu Uthman membacakan firman Allah SWT  maksudnya : 

“Perumpamaan  (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Al-Baqarah 2:261)

Para peniaga itu bertanya lagi; “ Apakah engkau akan sedekahkan seluruh dagangan yang sangat banyak ini?” 

Uthman pun menjawab , “Benar. Seluruhnya aku sedekahkan kepada masyarakat yang menderita kerana kesusahan yang parah ini!”

Kisah ini memberikan gambaran orang-orang yang memiliki kepercayaan penuh pada janji Tuhannya. Tidak ada sedikitpun ragu-ragu diatas janji-janji Allah SWT kepada sesiapa sahaja yang sanggup menginfakkan hartanya dijalan Allah SWT. 

Saidina Uthman yakin sungguh-sungguh bahawa Zat Yang Maha Suci, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tidaklah mungkin akan ingkar janji-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : 

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan”. (Al-Baqarah 2:245)

Firman Allah SWT maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar”. (As-Saff 61:10-12)

Oleh kerana manfaat memberi sedekah sama ada sedekah wajib ataupun sedekah sunat adalah cukup besar maka janganlah kita abaikan sedekah yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Latihlah diri kita untuk mengeluarkan zakat dan juga bersedekah. Jangan tangguh-tangguh untuk bersedekah, mulakanlah dengan sedikit setakat kemampuan kita. Jangan fikir kita akan rugi kerana rezeki yang datang daripada Allah SWT itu kita tidak tahu dari mana puncanya. Dia akan beri rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka apabila kita sahut seruan Allah SWT untuk sedekah dan infaq di jalan-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : 
“ .. dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”. (At-Talaaq 65:2-3) 
Seharusnya juga kita mengambil pengajaran daripada Firman Allah seperti berikut:
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (A-li'Imraan 3:92)
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (A-li'Imraan 3:133)
 Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?" (A-li'Imraan 3:180)
Sekian, semoga memberi manfaat.

Sumber Rujukan : blog cemerlang dan Pelbagai Sumber.

Tuesday, August 4, 2009

Belajar Dari Dua Umar


Sejenak kita melihat pada suatu malam di Madinah. Malam yang tenang menyelimuti mereka yang sudah ke peraduan. Seorang lelaki menyingkirkan selimutnya, bangkit berjalan menyusuri lorong2 yang sepi. Angin berhembus dingin menusuk tulang. Lelaki itu keluar seorang diri menyatu dengan malam. Dia tidak boleh tidur. Dia khuatir ada musafir terlantar kerana tidak ada tempat penginapan, khuatir ada orang sakit memerlukan ubat dan ada orang kelaparan yang tidak menemui sesuatu untuk mengalas perut. Dia khuatir ada urusan rakyatnya yang dia abaikan. Bahkan dia juga berasa bertanggungjawab terhadap seekor kaldai yang tergelincir di tepi sungai Furat.

Lelaki itu adalah Amirul Mukminin. Ya, Umar bin Khattab.

Lama sekali Umar menghabiskan waktu untuk mengelilingi kawasan pada malam yang gelap gelita itu. Keletihan dirasainya, lalu Umar bersandar sejenak pada sebuah tembok rumah kecil di hujung Kota Madinah untuk beristirehat bagi meneruskan sedikit lagi langkahnya ke Masjid Nabawi. Fajar hampir menyingsing. Di antara suara binatang malam Umar terdengar sayup2 suara dua orang wanita di dalam rumah yang kecil itu. Suara seorang ibu dengan puterinya. Si puteri berdebat dengan ibunya dan menolak mencampurkan susu yang diperah dengan air.

Si ibu berkata: "Campurkanlah susu itu dengan air!"
"Amirul Mukminin melarang susu campuran. Apakah ibu tidak mendengar dia melarang perbuatan itu? ujar si anak. 

"Umar tidak melihat kita. Dia tidak mungkin mengetahui perbuatan kita di penghujung akhir malam ini!" kata si ibu. 

Seketika puterinya menjawab, :"Wahai ibu, seandainya Umar tidak melihat kita tetapi Tuhan Umar melihat kita. Sungguh demi Allah, aku tidak akan melakukannya. Allah juga melarang perbuatan itu!"

Hati Umar sejuk oleh sebuah jawapan yang memadukan kejujuran dan keimanan, ketaatan kepada Allah dan perasaan diawasi oleh Allah. Umar mempercepatkan langkahnya ke masjid bagi menunaikan solat subuh bersama para sahabat. Setelah itu Umar kembali ke rumahnya. Kata2 jujur gadis tadi terngiang2 dalam pendengarannya "seandainya Umar tidak melihat kita tetapi Tuhan Umar melihat kita".

Umar memanggil puteranya yang ingin berkahwin, Ashim namanya. Umar menyarankan supaya Ashim mengunjungi rumah gadis itu sambil menceritakan apa yang dia dengar. Umar berkata: "Wahai anakku, pergilah dan nikahilah dia. Aku tidak melihatnya kecuali mendapatkan keberkatan. Semoga dia melahirkan anak yang memimpin Arab".

Ashim menikahi gadis itu. Gadis miskin yang warak. Namanya Ummu Ammarah binti Sufyan bin Abdullah bin Rabiah ats-Tsaqafi. Daripada pernikahan itu lahirlah puteri yang mereka namakan Laila dengan panggilan Ummu 'Ashim. Ummu 'Ashim bekahwin pula dengan Abdul Aziz bin Marwan. Hasil pernikahan inilah melahirkan umar bin Abdul Aziz, seorang khalifah yang zuhud, bertakwa dan warak. Dalam diri Umar bin Abdul Aziz mengalir darah Umar bin Khattab. Kedua-dua Umar ini telah mengajarkan kepada kita banyak perkara. Umar bin Khattab menjadi khalifah kedua selepas kewafatan Nabi iaitu selepas Abu Bakar. Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah ke 8 Bani Umayyah di Damaskus.



Antara pengajaran yang boleh diambil daripada dua Umar ini adalah:



Pertama, kesederhanaan. Kedua-dua Umar ini mengajarkan kesederhanaan. Di tengah2 keadaan meningkatnya kemiskinan, kesederhanaan adalah menjadi perkara yang amat penting dan susah dilalkukan oleh para penguasa. Limpahan harta dan jawatan menjadi godaan yang amat sulit untuk dihindari. Dua Umar ini sebelum menjadi pemimpin masing2 berperibadi sederhana dan apabila menjadi khalifah kepada seluruh umat Islam kesederhanaan itu tetap mereka pertahankan bahkan semakain ketara.


Kedua, keteladanan. Sebagai pemimpin Umat, kedua-dua Umar tidak hanya berbicara mengenai kebaikan, tetapi juga menjadi pelaku pertama kebaikan itu. Sebelum orang lain melakukannya, mereka terlebih dahulu melakukannya. Mereka betul2 mempraktikkan firman Allah SWT :


ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ


Maksudnya: “Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”. (as-Saff ayat 3).

Ketiga, mendahulukan orang lain daripada diri sendiri. Kisah Umar bin Khattab yang melakukan rondaan malam, kita temui banyak kisah. Selainkisah ‘gadis penjual susu’ tadi, kita juga menemui kisah pertemuan Umar dengan seorang ibu yang memasak batu untuk mendiamkan anak2 yang sedang menangis kelaparan. Pada masa yang lain dia juga menemui ‘rintihan’ seorang wanita untuk berjihad. Bukan sekali sahaja Umar melakukan lawatan mengejut. Umar melakukan ini untuk kepentingan keselesaan dan keamanan rakyatnya. Dia mendahulukan rakyat berbanding kerehatannya.


“Kalau rakyat mengalami kekenyangan, akulah orang terakhir yang menikmatinya. Tapi jika mereka mengalami kelaparan, akulah yang pertama merasakannya”. Kata Umar bin Khattab pada suatu ketika. Pada kesempatan isterinya membeli minyak sapi, dia berkata, “Demi Allah, aku tidak akan makan minyak sapi sebelum orang lain merasa kenyang dengannya”.



Coretan di atas adalah daripada buku Belajar Dari Dua Umar Kenyangkan Perut Rakyat terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd. Buku ini elok dimiliki supaya dapat membersihkan jiwa dan hidup dalam kesederhanaan, tidak mementingkan diri sendiri dan menjadi teladan kepada orang lain sebagaimana yang diamalkan dua Umar ini.

Sunday, June 21, 2009

Kisah benar

Dirawayatkan pada zaman pemerintahan Khalifah Amirul Mukminin Umar bin Khatthab.. Mesir telah ditakluki dan Amr bin Ash dilantik menjadi Gabenor.. Suatu ketika telah datang penduduk yang tinggal di sekitar Sungai Nil menghadap gabenor.

Penduduk: "Wahai gabenor, kita biasa melakukan sesuatu tradisi untuk Sungai Nil ini.. ia tidak mengalir kecuali jika dilakukan tradisi ini".

Gabenor: "Apa itu?".

Penduduk:"Jika sebelas hari telah lewat dari bulan ini, kita mesti mencari seorang gadis.. dan meminta kerelaan daripada kedua orang tuanya untuk diberi pakaian dan perhiasan yang paling indah.. kemudian kita akan lemparkan ke dalam Sungai Nil ini".

Dengan tegas Gabenor berkata:"Ini semua tidak dibolehkan sama sekali dalam Islam. Islam menghancurkan segala tradisi yang ada sebelumnya".

Sementara itu Sungai Nil tidak mengalirkan airnya sedikitpun sehingga penduduk di situ ingin berpindah.. Tatkala Amr bi Ash menyaksikan kejadian yang berlaku.. dia menulis surat kepada Khalifah Umar bin Khatthab menceritkan hal yang berlaku.

Khalifah Umar membalas surat Gabenor dan menyatakan bahawa tindakan Gabenor itu adalah tepat.. iaitu Islam menghapuskan tradisi kuno yang bertentangan dengan ajaran Islam.. disertakan juga bersama2 surat itu sekeping kad dan meminta gabenor melemparkan kad itu ke dalam Sungai Nil.

Di atas kad itu Khalifah Umar menulis , "Daripada hamba Allah, Umar bin Khattab, Amirul Mukminin kepada Nil di Mesir.. Amma ba'du. Jika engkau mengalir daripada dirimu maka janganlah mengalir.. namun jika Allah yang mengalirkanmu maka mintalah kepada Zat yang Maha kuat untuk mengalirkanmu".

Gabenor melemparkan kad tebal itu ke dalam Sungai Nil sehari sebelum perayaan memperingati salib.. pada pagi keesokan harinya dengan izin Allah SWT air Sungai Nil mengalir dengan dalamnya enam belas hasta.. Sejak itu terhapuslah amalan tradisi di sungai Nil dengan izin Allah.

Sesiapa yang patuh kepada Allah semua makhluk akan patuh kepdaanya. Khalifah Umar bin Khattab adalah sahabat Nabi Muhammad SAW yang sangat beriman dan bertakwa kepada Allah .. Oleh itu Sungai Nil patuh kepada arahannya.
Related Posts with Thumbnails