Showing posts with label Setiap Orang Ada 4 Waktu. Show all posts
Showing posts with label Setiap Orang Ada 4 Waktu. Show all posts

Sunday, January 24, 2010

Setiap Orang Ada 4 Waktu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.



Sebahagian ulama' yang 'arif ada mengatakan:

Setiap hamba Allah mempunyai EMPAT waktu, iaitu

1. Waktu mendapat nikmat.

2. Waktu mendapat ujian dan cubaan.

3. Waktu melakukan ketaatan.

4. Waktu melakukan maksiat.

Pada setiap waktu tersebut ada HAK ALLAH sebagai RABB yakni waktu beribadah kepada Allah swt.

Apabila mendapat nikmat bersyukurlah, bila waktu mendapat ujian dan cubaan; redha dan bersabarlah, jangan sekali-kali berkeluh kesah.

Waktu melakukan ketaatan; ingatlah bahawa Allahlah yang memberi petunjuk dan kekuatan, beristighfar serta berdoalah agar ibadah diterima.

Waktu melakukan maksiat, ingatlah Allah Maha Pengampun lalu bersegeralah bertaubat. Bertaubat bukanlah sekadar mengucap istighfar, kerana istighfar itu adalah pernyataan memohon ampun yakni maksudnya "Saya mohon ampun atau mohon maaf atau minta maaf" . Oleh itu selain beristighfar hendaklah perbaiki kerosakan yang telah dibuat. Umpama apabila kita terlanggar dan merosakkan kereta orang; kita bukan sekadar meminta maaf tetapi kita kena menguruskan pembaikan terhadap apa yang telah kita rosakkan. Jika cermin lampu pecah kita gantikan cermin itu.

Ingatlah bahawa setiap manusia dan jin itu tidak dicipta kecuali beribadah kepada Allah.
Related Posts with Thumbnails