Monday, August 10, 2009

Benarkah kita Redha Islam itu agama kita? Mari buat checklist

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamu'alaikum.


Apa yang perlu kita tahu tentang Islam.


1. Islam adalah satu2nya agama yang diperakui Allah swt seperti yang dinyatakan dalam firman Allah swt dalam awal ayat 19 surah Ali-Imran


إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ‌ۗ

yang bermaksud Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam …..” (surah Ali-Imran ayat 19)



2. Segala apa kebaikan yang dilakukan seseorang itu di dunia tidak akan diterima jika mereka mencari agama lain selain Islam. Mereka termasuk orang yang rugi di akhirat. Ini dinyatakan dalam ayat 85 surah Ali-Imran



وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ


Yang bermaksud “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”. (surah Ali-Imran ayat 85)


3. Islam adalah agama yang sempurna, lengkap dengan nikmat dan juga merupakan agama yang diredhai Allah. Ini dinyatakan dalam pertengahan ayat 3 surah al-Maidah



ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬ا‌ۚ



yang bermaksud: …… “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…. (surah al-Maidah ayat 3)



4. Sesiapa yang Allah kehendaki untuk menerima Islam, Allah akan beri petunjuk dengan dibukakan hatinya menerima kesempurnaan Islam, sesiapa yang tidak diberi petunjuk dengan Islam, hati mereka berada dalam kegelapan. Ini dinyatakan dalam ayat 125 Surah al-An’am



فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ‌ۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُ ۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُ ۥ ضَيِّقًا حَرَجً۬ا ڪَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى ٱلسَّمَآءِ‌ۚ ڪَذَٲلِكَ يَجۡعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ


Yang bermaksud: “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman”. (Surah al-An’am ayat 125)



5. Sesiapa yang dibuka hatinya untuk menerima Islam sebenarnya mereka beroleh cahaya agama daripada Allah swt dan mereka sentiasa di bawah naungan dan rahmatNya. Ini dinyatakan dalam ayat 22 surah Az-Zumar



أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦ‌ۚ فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡقَـٰسِيَةِ قُلُوبُہُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ



Yang bermaksud: “Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata”. (surah Az-Zumar ayat 22)



6. Dalam Islam, jika orang Islam tidak menerima ajakan orang Islam yang lain supaya menerima Islam sebagai cara hidup yang sempurna dia dikira melakukan kezaliman.. Ini dijelaskan dalam ayat 7 surah as-Saff


وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ وَهُوَ يُدۡعَىٰٓ إِلَى ٱلۡإِسۡلَـٰمِ‌ۚ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ



Yang bermaksud: “Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang dia diajak kepada memeluk Islam dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (7)

Islam juga diertikan sebagai penyerahan diri/tunduk kepada Allah swt. Juga merupakan sistem yang umum serta peraturan hidup yang membentuh manusia. Islam memperkenalkan tiga persoalan besar kepada setiap Muslim/Muslimah iaitu:

1. Dari mana mereka datang?
2. Mengapa mereka didatangkan ke dunia dan apakah matlamat penciptaan mereka sebagai manusia?
3. Ke manakah mereka akan dikembalikan selepas kehidupan pertama mereka di dunia ini?

Selepas memahami apa itu Islam sekarang marilah kita buat checklist sama ada kita redha atau tidak Islam sebagai agama kita/ Islam sebagai way of life, mari kita jawab soalan2 di bawah:
1. Adakah kita meletakkan kepentingan Islam di atas kepentingan peribadi?

2. Adakah kita yakin masa depan kita di tangan Islam?

3. Adakah kita mengetahui dengan jelas perkara2 yang boleh membatalkan syahadah kita?

4. Adakah kita mengetahui perkara2 yang memperkukuhkan kesucian Islam?

5. Adakah kita mengetahui tentang perancangan musuh2 Islam?

6. Adakah kita menjadikan Islam matlamat peribadi, keluarga, masyarakat dan Negara?

7. Adakah kita berusaha mempertingkatkan kefahaman tentang Islam dalam setiap bidang?

8. Adakah kita telah mendalami isi Al-Quran yang suci? Adakah kita mengkaji hadis2 Nabi?

9. Adakah kita menghayati sejarah perjuangan para nabi, para rasul, sahabat2 nabi, tabiin serta ulama2 yang mempertahankan Islam dengan pengorbanan yang sungguh2?

10. Adakah kita membela Islam sama seperti Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud?

11. Adakah kita memahami dasar dalam dan luar Negara Islam seperti yang diamalkan oleh Rasulullah saw?

12. Adakah kita redha syari’at dan hukum Islam adalah penyelesai kepada segala masalah?

13. Adakah kita sanggup mempertahankan Islam lebih daripada perkara2 lain?

14. Adakah kita yakin Islam adalah agama yang tidak boleh ditandingi oleh agama lain?

15. Adakah kita sanggup meninggikan syiar Islam sama seperti pejuang2 dahulu?

Seandainya tidak semuanya soalan2 di atas dapat dijawab Ya.. marilah kita berusaha bersungguh2 melengkapkan diri kita sebagai Muslim/Muslimah sebenar semoga kita redha kepada Islam dan Allah redha kepada kita.


Sabda Nabi Muhammad saw mafhumnya : “Seseorang itu akan memperoleh kemanisan iman jika dia redha bahawa Allah itu Tuhannya, Islam itu agamanya dan Muhammad adalah Nabi dan Rasulnya” Hadis riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripad Abbas bin Abdul Mutalib- Hadis sahih.


No comments:

Related Posts with Thumbnails