Nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia memang tidak terhitung banyaknya.. Nikmat berupa udara yang kita sedut, nikmat berupa rezeki dan kesihatan, kebahagiaan dan sebagainya.. Terpulanglah kepada Allah SWT kepada siapa yang hendak dilebihkan nikmat2 tersebut.
Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 74:
يَخۡتَصُّ بِرَحۡمَتِهِۦ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
bermaksud:"Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar". ( Surah Ali-Imran-74)
Ada di kalangan kita menyedari bahawa sesuatu yang diperoleh adalah nikmat daripada Allah dan mereka bersyukur.. namun ada juga di kalangan kita lupa bahawa nikmat kekayaan, kebahagiaan, pangkat darjat serta kebesaran yang mereka peroleh itu datangnya daripada Allah.
Secara kasar nikmat Allah swt boleh dikategorikan dalam 5 kumpulan:
Pertama: Kebahagiaan akhir yang kekal iaitu kebahagiaan berupa kegembiraan yang tiada kesedihan, kepandaian yang tiada kebodohan dan kekayaan yang tidak bercampur dengan kefakiran.. Nikmat pertama ini tidak dapat dicapai tanpa pertolongan Allahswt.. kebahagiaan pertama ini tidak sempurna jika tidak disertai dengan nikmat yang kedua iaitu:
Kedua: Akal yang disempurnakan dengan ilmu, pemeliharaan diri yang disempurnakan dengan menjauhkan diri daripada haram, syubhah dan maksiat. Nikmat lain yang termasuk dalam kumpulan ini ialah keberanian(syaj’aah) yang disempurnakan secara sedar dan nikmat2 ini hakikatnya ialah pokok agama. Keutamaan nikmat kedua ini dapat disempurnakan dengan adanya nikmat ketiga iaitu:
Ketiga: Keutamaan badaniyah yakni kesihatan, kekuatan fizikal badan dan panjang umur. Nikmat ini pula disempurnakan nikmat keempat iaitu:
Keempat: Harta, keluarga dan kemuliaan, tetapi tidaklah sempurna nikmat itu jika tidak mendapat nikmat yang kelima iaitu:
Kelima: Hidayah Allah, pimpinan Allah, pembetulan Allah dan kekuatan daripada Allah.
Sekarang kita tanya diri kita apakah kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita?
Manusia sepatutnya bersyukur kepada nikmat Allah yang telah mereka perolehi pada setiap saat kehidupan mereka. Nikmat yang diperoleh tidak terbayar sekiranya dituntut untuk berbuat demikian, sekiranya manusia bersyukur nescaya Allah akan menambahkan lagi nikmatNya kepada mereka dan jika sebaliknya iaitu kufur kepada nikmat Allah, Allah telah menyatakan bahawa azabNya di akhirat nanti sangat pedih.
Bersyukur yang dimaksudkan ialah bersyukur dengan hati, lidah dan anggota badan. Kombinasi dan kesepaduan ketiga-tiga ini akan memperlihatkan seseorang itu melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya, dengan itu terbentuklah akhlak yang mulia pada diri manusia tersebut.
Sekiranya manusia memiliki akhlak yang mulia sudah tentulah kehidupan masyarakat manusia menjadi aman dan damai. Tidak perlu lagi pemasangan CCTV, kawalan polis dan penguatkuasa yang lain. Adakah wujud suasana tersebut pada masa kini?. Keadaan masyarakat masa kini sangat menyedihkan, kes-kes jenayah semakin meningkat sama ada pada waktu siang atau malam , sama ada rompakan kedai atau di jalanan. Ada juga kawan sendiri melakukan pengkhianatan.. Keadaan ini menunujukkan manusia tersebut tidak mensyukuri nikmat Allah kerana perbuatan itu menunjukkan mereka melanggar perintah Allah.
Firman Allah swt dalam surah Al-Nahl ayat 53
وَمَا بِكُم مِّن نِّعۡمَةٍ۬ فَمِنَ ٱللَّهِۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فَإِلَيۡهِ تَجۡـَٔرُونَ
bermaksud:“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan”. (Surah Al-Nahl - 53)
Marilah kita bersegera memohon keampunan Allah kerana kita tidak mengetahui masa kita akan mati.
Firman Allah Taala dalam surah Ali-Imran ayat 133
وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ
bermaksud:"Dan bersegeralah kamu kepada ( mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat )ke ampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa", (Surah Ali-Imran - 133)
Setiap anak Adam melakukan kesalahan atau dosa, sebaik-baik dosa ialah dosa yang diikuti dengan bertaubat, demikian dijelaskan oleh Rasulullah saw. Oleh itu sewajarnyalah kita sentiasa mengerjakan amal yang baik dan memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.

No comments:
Post a Comment