Sunday, July 19, 2009

Nabi Muhammad SAW Untuk seluruh Manusia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

(28) وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيراً وَنَذِيراً وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ


Dan tiadalah Kami (Allah) mengutus kamu (Ya Muhammad), melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. Surah (34) Saba’ ayat (28).

Ayat ini memberi peringatan kepada semua manusia di dunia ini bahawa Nabi Muhammad bukanlah diutuskan untuk sesuatu kaum sahaja, bukan untuk bangsa Arab semata-semata.. Allah menjelaskan kepada baginda, Nabi Muhammad saw, bahawa : ”Kami (Allah) tidak mengutus engkau Ya Muhammad sebagai rasul kepada kaummu daripada bangsa Arab semata-mata tetapi kepada seluruh umat manusia, tak kira apa bangsa sekalipun sama ada daripada bangsa Arab ataupun bangsa ‘Ajam (bukan Arab), dan tidak mengira apa warna kulit sekalipun sama ada orang kulit hitam, putih, kuning ataupun perang. Tugasmu ialah untuk memberi khabar gembira berupa pahala yang besar bagi sesiapa yang taat kepada Allah.. serta memberi ancaman atau peringatan berupa azab dan siksa yang pedih kepada sesiapa yang derhaka kepada Allah serta berbuat maksiat”

Ada banyak lagi ayat2 yang memberi pengertian yang sama jika kita dapat memerhatikan di dalam Al-Quran.. di bawah ini satu lagi ayat yang sama maksudnya iaitu daripada Surah al-Furqaan 25 ayat (1).


(1) تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيراً


Maha suci / berkat Allah yang telah menurunkan Al Furqaan (Al Qur'an) kepada hamba-Nya (Muhammad), agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam ( jin dan manusia). Surah al-Furqaan 25 ayat (1).

Diriwayatkan sebuah hadith al-Bukhari daripada Jabir bin Abdullah katanya: “Bersabda Rasulullah saw yang maksudnya :” Saya telah dikurniakan lima perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelum saya mendapatnya:

1. Saya ditolong dengan mendatangkan ketakutan kepada musuh sejauh perjalanan satu bulan.

2. Bumi ini dijadikan buat saya tempat bersujud dan berkeadaan bersih, maka sesiapa orang lelaki daripada umatku menemui waktu solat hendaklah mendirikannya.

3. Dihalalkan bagiku mengambil harta rampasan perang, sedangkan sebelumku tidak seorangpun dihalalkan.

4. Saya dikurniakan peluang memberi syafaat pada hari akhirat.

5. Tiap-tiap nabi diutus khusus untuk kaumnya, sedangkan saya diutus secara umum untuk sekelian manusia.

Daripada hadith di atas jelas menunjukkan keutamaan Nabi Muhammad saw dan keunggulan daripada lain-lain utusan Allah swt.. kelebihan yang lima itu tidak diberikan kepada Nabi2 yang lain sebelumnya.. Ternyata perutusannya tidak terbatas kepada satu kaum bahkan menyeluruh bukan sahaja kepada manusia bahkan kepada jin..

Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.. Kejahilan manusia itu yang menyebabkan mereka berterusan dalam keadaan derhaka dan kesesatan.

Semoga kita menjadi umat yang bersyukur..

2 comments:

DaliaLiyana said...

betul tu kak..skang ni kalau kite tgk Islam diinjak2...tak pijak2...bila la Islam ni nak menang cam zaman kegemilangn turki uthmaniyah...
tp janji Allah tu pasti Islam akan bangkit semula! aminnn

Werdah said...

InsyaAllah.. mudah2an generasi sekarang dan akan datang dapat menghidupkan kembali kegemilangan itu.. semoga ada usaha gigih.. amiin..

Related Posts with Thumbnails