Friday, July 8, 2011

An-Nisaa'

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Setiap puji dan sanjungan adalah hak Allah Tuhan sekelian makhluk. Mudah-mudahan selawat serta salam dilimpahkan kepada nabi yang termulia, penutup para nabi, Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan tabi'in sekeliannya.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡہُمَا رِجَالاً۬ كَثِيرً۬ا وَنِسَآءً۬‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa') dan juga yang membiakkan daripada keduanya zuriat keturunan, lelaki yang ramai dan perempuan dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu".(An-Nisaa' 4:1)

Hari ini ingin dikongsikan sebahagian daripada hasil mendengar kuliyah tafsir surah an-Nisaa'   سُوۡرَةُ النِّسَاء      

Dalam al-Quran ada DUA surah an-Nisaa'. 

Pertama dikenali sebagai An-Nisaa' al-Qubra (besar) yakni surah an-Nisaa' سُوۡرَةُ النِّسَاء (surah ke 4). 

Kedua dikenali sebagai An-Nisaa' sughra (kecil) yakni surah al-Talaaq سُوۡرَةُ الطّلاَق (surah ke 65). 

Dalam kuliyahnya, ustaz  menyatakan bahawa kaum hawa' patut mengetahui tentang surah سُوۡرَةُ النِّسَاء (surah ke 4) ini lebih-lebih lagi kaum lelaki kerana merekalah pemimpin rumahtangga. Ini kerana surah ini mengandungi peristiwa yang banyak membela kaum wanita (hawa') dan memberi peringatan kepada kaum lelaki tentang hak dan tanggungjawab mereka kepada isteri dan keluarga. 

Allah SWT melalui Rasulullah SAW memberitahu kita bahawa Allah mengangkat martabat kaum wanita sebagaimana yang Allah tetapkan. Allah memberikan kemuliaan serta hak yang saksama kepada wanita.

Untuk permulaan mari kita lihat latar belakang sikap masyarakat Jahiliyyah terhadap wanita. Pada Zaman Jahiliyyah iaitu pada masa turunnya al-Quran kaum wanita amat tertindas atau teraniaya. Dengan turunnya wahyu kedudukan wanita dijamin oleh Allah SWT dengan saksama.

Dr Najman Yassin dalam sebuah kitabnya (An-Nikah al-jahillyy - pernikahan tidak beradab), kaum lelaki dan perempuan berpoligami dan berpoliandri. Ini berlaku pada zaman Rasulullah SAW hingga zaman pemerintahan Umar Ibnul Khattab. 

Jenis-jenis perkahwinan adalah seperti berikut:

1)    Ada pernikahan sehari (mut'ah). Semasa di Khaibar Nabi Muhammad saw pernah membenarkan tetapi kemudiannya mengharamkan. Walaubagaimanapun kaum Syi'ah masih mengamalkannya dengan alasan tidak ada hadis yang mengatakan nabi mengharamkannya.

2)    Perkawinan yang dipanggil al-Istibda, iaitu seorang suami menyuruh isterinya dicampuri oleh lelaki lain, suami tak akan menyentuh isterinya sebaliknya menunggu sehingga jelas isterinya hamil atau tidak. Jika hamil suami memberi pilihan kepada lelaki tadi sama ada nak mengahwini isterinya atau tidak. Jika ya maka dikahwinkanlah isterinya dengan lelaki itu jika tidak suami akan mengambil semula isterinya. Biasanya perkahwinan seperti ini ialah untuk mendapatkan zuriat.

3)  Poliandry jenis pertama iaitu, seorang wanita dicampuri oleh ramai lelaki bahkan hingga 9 orang pada satu masa. Setelah wanita itu mengandung,dia memilih siapa yang akan menjadi suaminya. Anak yang dilahirkan itu akan memanggil lelaki yang dipilih oleh ibunya sebagai bapa.

4)  Poliandry jenis kedua, seorang wanita boleh bergaul dengan seberapa banyak lelaki yang dikehendaki (tanpa had), sehingga apabila dia mengandung dan selepas melahirkan dan anak itu dah besar lalu dikumpulkan lelaki yang ramai tadi kemudian anak itu disuruh memilih siapa yang diinginkan untuk jadi bapanya. Setelah anaknya memilih barulah wanita itu ambil lelaki yang dipilih itu sebagai suaminya.

5)  Perkahwinan pusaka, seorang lelaki bukan sahaja mewarisi harta bapanya malah bekas isteri bapanya iaitu emak kandung atau emak tiri, anak boleh pilih sama ada nak harta atau bekas isteri ayahnya.

6)  Pada zaman susah, tiada makanan suami tak mampu (sara) beri makan minum kepada isteri, suami menyuruh isteri berkahwin dengan lelaki kaya. Selepas selesai perjanjian, suami ambil balik isterinya, tujuannya hanya untuk mendapatkan harta.

7)  Perkahwinan yang dinamakan at-tabaddul, iaitu tukar-tukar pasangan, jika A dan B suami isteri C dan D juga suami isteri, maka A bersama D dan  C bersama B, wal'iyazubilllah.

Dalam ketujuh-tujuh jenis perkahwinan ini tidak satupun menepati ajaran Islam. Subhanallah! Islam datang mengangkat martabat wanita melalui suruhan dan laranganNya dan banyak yang ditekankan dalam kedua-dua surah an-Nisaa' ini

Apa yang saya tulis di sini adalah sebagai muqaddimah untuk surah سُوۡرَةُ النِّسَاء (surah ke 4) ini, jika ada kesempatan dan kekuatan insyaAllah saya akan tuliskan serba sedikit huraian yang saya dengar tentang beberapa ayat dan mungkin akan huraikan tentang masalah berpoligami menurut yang ditafsirkan oleh ustaz ini yang saya kira agak bermanfaat bagi kita mengetahuinya.

Semoga saya diberikan kekuatan dan sayugialah saya memberitahu bahawa saya bukanlah pakar dalam bidang tafsir cuma apa yang saya kongsikan ini adalah selepas beberapa kali dengar kuliyah ustaz melalui CD dan saya mencatatnya. Saya juga baru belajar walaupun usia saya termasuk dalam kategori mengintai-intai kematian. Sekian, semoga dapat menambah pengetahuan kita insyaAllah.

10 comments:

musollahehsan said...

SALAM,
TKASIH ATAS PERKONGSIAN INI.

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum,

Semoga Makcik semakin sihat ye :)

Terima kasih entri ini, dapat menambah ilmu yang sememangnya secebis cuma.

Betapa mulianya wanita sehingga terdapat satu surah khusus untuk wanita. Al-Qur'an pedoman sepanjang hayat telah mengangkat wanita sebegitu rupa, namun pada hari ini masih ramai wanita tidak menghargai penghormatan yang diberikan dengan sengaja membuka aib sendiri.Tidak perlu dihuraikan panjang rasanya, sebab segalanya nyata di mana-mana.

Semoga wanita-wanita yang berkaitan akan kembali kepada fitrah mereka dan kembali menyambut penghormatan yang dianugerah Allah. Ameen, ameen, ya Rabbal A'lameen.

werdah said...

Wa'alaikumussalam LF

Mudah2an kita dapat tambah pengetahuan.. terima kasih

werdah said...

Wa'alikumussalam Ros

Alhamdulillah makcik sihat tak bertambah mudgarat.. amiin atas doanya.

Surah ini menentang segala penghinaan terhadap wanita dan dilarang sama sekali melakukan kezaliman terhadap anak-anak yatim.

Jadi sewajarnyalah wanita menyedari bahawa kedudukan mereka terjamin walau bagaimanapun pilihan untuk menentukan darjat diangkat ada di bahu wanita itu sendiri.

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Semoga akak sihat yer.

Kita kaum wanita patut sangat2 berterima kasih kepada Rasulullah s.a.w yang telah menyelamatkan kita dari penghinaan seperti yang berlaku di zaman jahillilah dimana jika seseorang isteri yang kematian suami, adik beradik suami boleh mengahwini perempuan berkenaan.

Kalau ada orang lain nak kawin dengan wanita berkenaan, mas kawih dan apa saja pemberian bakal suami akan diambil oleh ipar duainya.

Abd Razak said...

Assalamualaikum kak werdah..

Moga kakak dikurniakan Allah kesihatan terus terusan dapat kiranya melakukan ibadah dengan sempurna..amin

Tegasnya, sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., dunia berada di persimpangan kegelapan moral, tauhid dan wanita tidak punya tempat dalam kehidupan masyarakat Arab. Kedudukan wanita berubah apabila Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi Rasul dan meletakkan wanita sama taraf dengan lelaki.

Terima kasih atas ilmu ini kak!

Kamsiah said...

salam
amat menarik tentang pekahwinan2 tersebut...semuanya menjatuhkan maruah isteri,kan..
islam mengangkat martabat wanita setinggi2nya...
namun ramai pulak diantara kita yg menjatuhkan maruah dan martabat sendiri..

werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Alhamdulillah kak sihat. Terima kasih atas doanya. Semoga Ani juga sihat dan dalam rahmat kasih sayangNya.Amiin

Ya, hina sungguh wanita diperlakukan pada ketika itu.

Surah ini juga menekankan tentang maskahwin yang menjadi hak wanita serta tentang poligami yang merupakan keharusan bagi lelaki, walaupun harus namun syaratnya sangat ketat.

Masa zaman nabi dulu mengikut kuliyah ni maskahwin ada yang sampai 200 ekor unta atau sebidang tanah.Semuanya menjadi hak isteri, kecualilah isteri memberikan kebenaran untuk digunakan oleh suami. Walaupun begitu wanita yang maskahwinnya rendah ituiah yang baik kata nabi sebab memudahkan.

Surah ini juga menekankan tentang pemberian harta pusaka. Masa jahiliyyah, balu dan anak-anak perempuan tak boleh mempusakai harta peninggalan suaminya malah dia sendiri jadi harta pusaka, manakala adik beradik atau bapa saudara yang mewarisi harta pusaka suaminya.

Untunglah kita sekarang ni, cuma kita kena berusaha beranal dengan amalan yang boleh menjadi calon ahli syurga

werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Alhamdulillah kak sihat. Terima kasih atas doanya. Semoga Abd Razak juga sihat dan dalam rahmat kasih sayangNya.Amiin

Seharusnya wanita kini menyedari akan hal ini. Segala anugerah Allah mengangkat mertabat wanita harus disyukuri. Semoga kami kaum wanita sentiasa muhasabah dan memperbetulkan amalan dengan sabar. Jalan ke syurga adalah jalan mendaki. Kena tabah dan kuat.

werdah said...

Wa'alaikumussalam Kamsiah

Begitulah teruknya penghinaan yang diterima oleh wanita, malah kita tahu bahawa mereka pada ketika itu menanam anak perempuan hidup-hidup.

Mudah2an wanita kini berusaha menjaga maruah masing-masing supaya tidak hina di dunia dan juga di akhirat. amiin

Related Posts with Thumbnails