Sunday, December 18, 2011

Yang Maha Menemukan


Bismillahirrahmairrahim.

Asaalamu'alaikum.

Petang ini ingin kongsikan serba sedikit berkenaan:

Nama Allah yang ke 64 iaitu al-Waajid.  Al Waajid  terdiri daripada 3 huruf iaitu waw, jim dan dal; wajada.

Al-Waajid bermaksud: Maha Mendapatkan/ Maha Menemukan

Al-Waajid; bila dinisbahkan kepada Allah SWT yakni bila kita kata Allah al-Waajid ialah: 

1) Allah yang Maha mendapatkan atau Maha Menemukan apa yang DIA perlukan sehingga membawa maksud Allah Maha Kaya. Ini tak mungkin dimiliki oleh manusia. Sama seperti  dalam nama Allah al-Ghaniyy.

2) Allah yang tidak menemukan hambaNya dalam satu keadaan melainkan Allah SWT ambil tindakan sesuai dengan keadaan hamba tadi. Contoh bila seseorang yang sakit memerlukan kesihatan Allah sembuhkan. Sikap Allah mengambil tindakan semasa hambaNya ditemui itulah al-Waajid.

Ini bereti ketika kita menghadapi masalah yang menghimpit, atau merasa bersendirian; atau  tidak ada kawan yang menemani, sebenarnya kita tidak pernah sendiri. Ini kerana selalu ada Allah Al-Waajid bersama-sama kita.

A006
"Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?" (Adh-Dhuha 93:6)

A007
"Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?"(Adh-Dhuha 93:7)

A008

"Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? "(Adh-Dhuha 93:8

Untuk memahami Al-Waajid elok kita renungi maksud Firman Allah dalam ayat-ayat di atas. 

Kisah Nabi Muhammad SAW:

Pada saat Rasulullah SAW gundah gulana kerana wahyu yang tidak kunjung datang dan baginda bimbang Allah telah meninggalkannya ; Allah mewahyukan ayat daripada Surat Adh-Dhuha ini. Baginda  mendapat jaminan bahawa dirinya tidak akan pernah ditinggalkan olehNya.

Bukankah Dia 'mendapatkan/menemukan engkau (wahai Muhammad)' sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu? Dan Dia 'menemukanmu' sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk? Dan Dia 'menemukanmu' sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan?

Apabila kita bersandar kepada Allah al-Waajid kita akan rasa bahagia dan tidak akan kecewa.

Kisah Nabi Ayub as:

A044

"Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): " Ambilah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah (isterimu) dengannya; dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu ". Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya)". (Saad 38:44

Nabi Ayub as pernah bersumpah, bila sembuh daripada sakit baginda akan pukul isterinya dengan 100 kali pukulan. Apabila baginda sembuh tidak boleh melanggar sumpahnya. Nak pukul dengan 100 pukulan terlalu banyak. Allah Maha Mengetahui, dan Allah mendengar Nabi Ayub nak melaksanakan sumpah tetapi baginda tersangat sayang kepada isterinya.

Jadi ayat di atas Allah perintahkan nabi Ayub mengambil seikat jerami yang jumlahnya 100, pukul sekali sahaja, dan ini tidak mendatangkan mudharat kepada isteri nabi Ayub. 

Di sini menunjukkan sikap wajada Allah, Allah akan memberikan penyelesaian yang sesuai terhadap apa sahaja keadaan hambaNya. 

Ayat di atas adalah contoh wajada Allah kepada orang yang berbuat baik, sekarang kita lihat contoh wajada Allah kepada orang yang berbuat jahat.

Kisah Orang yang menentang ajaran Allah SWT:

A101
"Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir". (Al-A'raaf 7:101)

A102
"Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasik". (Al-A'raaf 7:102
Di dalam  dua ayat di atas; Allah mengutuskan para rasul kepada kaum-kaum yang tidak beriman yakni yang menentang ajaran rasul-rasul. Lalu Allah melihat mereka atau memberikan penilaian tehadap mereka sebagai orang-orang yang fasik.

Jadi penilaian Allah adalah berdasarkan keadaan hambaNya. Bila derhaka Allah kata fasiq bila beriman dan beramal soleh Allah kata orang-orang solihin.

Begitulah serba sedikt tentang nama Allah al-Waajid dan marilah kita berdoa dengan menggunakan wasilah al-Waajid:

Ya Allah! Ya Waajid!

Tuhan yang Maha Menemukan!

Tiada tempat di dunia ini yang terlindung dari Mu
Engkau tetap menemukan kami
Kerana Engkau menyayangi dan mengasihani kami
Berikanlah kami peringatan 
ketika Engkau mendapati kami lalai
Tunjukkan kami jalan kemudahan
ketika Engkau dapati kami tersilap melangkah ke lorong kesukaran
Tunjukkan kami jalan kebenaran
ketika Engkau mendapati kami tersilap melangkah ke lorong kebatilan
Kami bersandar kepada Mu ya Allah! ya Waajid!
yang sentiasa prihatin dengan situasi yang kami lalui
dalam pengembaraan kehidupan di alam ini.

8 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah..

Moga kakak dikurniakan Allah kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..amin

Tegaskan keyakinan tentang Al Waajid, optimis Al Waajid menemani kita, bukankah setiap kejadian terjadi atas izin~Nya. Terlihat jelas betapa Dia sentiasa mengawasi kehidupan kita, Dia selalu hadir, menemukan kita, di manapun, bagaimanapun keadaannya.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Semoga Abd Razak juga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Dengan keyakinan begitu, hidup menjadi mudah dan Allah menjadi tujuan kita insyaAllah. Tiada selainNYa, melainkan kepadaNya jua tempat kembali.

zulkbo said...

Salam..
moga sihat empunya blog..
terima kasih perkongsian..
Allah jua membalas budi
dan kebaikan yang di curahkan
empunya blog :)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Zul

Kak alhamdulilllah 'alaa kulli haal.. masih teruskan rawatan di HTAR..

InsyaAllah kita ambil manfaatnya...

terokai seni said...

assalamualaikum kak werdah

takjub bila baca tentang penemuan saintifik antara air masin dengan air tawar tersebut yang membuktikan kebenaran mukjizat al-Quran

Werdah said...

Wa'alaikumussalam cemomoi

Itulah keajaiban al-Quran yang diberitakan lebih 1400 tahun dulu. Allah minta kita iqra' dan hasilnya banyak yang ditemui.. itulah janji Allah.

Unknown said...

SALAM,
LF DAN ISTERI MENDOAKAN WERDAH DALAM KEADAAN KEIMANAN DAN KESIHATAN YG TERBAIK. MENUNGGU ENTRI BARU DARI WERDAH

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Dato' LF

Terima kasih atas doa Dato'.. semoga Dato' dan Datin juga sentiasa dalam rahmat kasih sayangNYA.

Di saat ini rasanya belum lagi dapat menaip banyak... tangan kanan ni mula dari pergelangan hingga ke bahu terasa amat sakit membawa ke belikat dan tengah-tengah pinggang.. insyaAllah bila lega sedikit kak cuba menaip lagi..

Sekarang ni kak sedang mengikuti rawatan di PUSAS boleh layari PUSAS di sini http://pusas.com.my/v1/

Semoga Allah merahmati kita semua.. amiin

Related Posts with Thumbnails