Monday, November 11, 2013

Yakin VS Rasa

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam (SAW) serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.



Perkongsian rengkas tentang apa yang disyarahkan oleh Ustaz Kariman dalam YouTube di atas ini.

Jika ditanya kepada semua muslimin dan muslimat tentang keyakinan terhadap Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat pasti semua akan jawab "ya" dengan penuh keyakinan.

Walaupun begitu cuba tanya pada diri sendiri adakah kita merasa bahawa Allah SWT mendengar dan melihat kita?

Belum tentu.

Orang yang hanya yakin bahawa Allah Maha Melihat tetapi tidak merasa yang dia dilihat oleh Allah SWT, dia pasti mencuri.

Orang yang hanya yakin bahawa Allah Maha Mendengar tetapi tidak merasakan Allah sentiasa mendengar ucapannya, dia akan mengumpat.

Kesimpulannya:

Orang jadi baik jika dia merasa dilihat oleh Allah, merasa Allah hampir bukan hanya yakin. 

Sama ada kita yakin atau tidak Allah tetap Maha Mendengar, Allah tetap Maha Melihat.

Sikap kita kepada Allah SWT tidak mengubah kemuliaan Allah.




12 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah... betul tu kalau kita takut sepatutnya kita tak buat semua yg dilarang oleh Allah. Betapa perlunya ada rasa selain rasa yakin yg Allah itu maha segala-galanya...

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah...

Moga kakak sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik..aamiin.

Merasa diri sentiasa diawasi oleh Allah bisa menjauhkan diri dari melakukan kejahatan dan maksiat.

Terima kasih kak, atas ingatan yang sangat berkesan ini.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakZakie

Begitulah, kita sebenarnya perlu merasakan keagungan Allah SWT pada setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiranNya (walaupun di saat kita bersendirian ataupun berada di khalayak ramai).

Mudah-mudahan kita dapat berusaha melatihkan diri ke arah meRASA..begitulah yg selalu dinasihatkan oleh ustaz ini kerana katanya agama itu adalah penghayatan bukan mempelajarinya sahaja dan kita perlu berlatih untuk mendapatkan RASA ini. Semoga dengan pertolongan Allah jua kita dapat berusaha. aamiin

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Semoga dirimu juga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT dan sentiasa beroleh kesejahteraan.. aamiin.

Ada 4 jenis muraqabah iaitu :

1. Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan cara mengikhlaskan diri kepada-Nya.

2. Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat nasuha, mohon ampun, menyesal dan meninggalkannya.

3. Muraqabah dalam hal-hal yang mubah (harus) adalah dengan memelihara akhlak dan budi pekerti yang baik, kemudian mengaku dengan tulus bahawa semua nikmat itu berasal daripada rahmat Allah dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaNya.

4. Muraqabah dalam musibah adalah redha kepada ketentuan Allah SWT serta sentiasa memohon pertolonganNya dengan penuh kesabaran dan keyakinan. Segalanya milik Allah dan akan kembali kepadaNya.

Diri kita perlu kepada muhasabah setiap hari. Mutu ibadat kita juga perlu ditingkatkan setiap hari supaya pada ketika ajal menjemput, 'mabuk kerana kematian'/sakaratul maut dapat dipermudahkan dan seterusanya kita mendapat keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Mudah2an. aamiin

Terima kasih kembali:)

aby said...

salam k werdah ..
Allah swt dah tetapkan apa yg diperintah dan dilarang ..
pemerhatian terhadap kita bukan sahaja dariNya malah 2 malaikat dikiri dan kanan kita ..
semoga kita dapat menjauhi perbuatan2 yg dilarangiNya ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Benar tu aby..sebab itulah rasa terhadap keyakinan itu perlu ada supaya kita tidak terbabas dan terperangkap.. insyaAllah kita mohon daripadaNya disamping berusaha yang terbaik.

azvic said...

Assalammualaikum Maksu,

Bila membaca entri ini, memang diri ini terasa banyak kekurangan, kadang2 terlupa Allah sentiasa melihat dan mendengar amalan kita, tapi sentiasa hilang rasa itu, astaghfirullah... Terima kasih untuk mengingatkan agar sentiasa merasai :)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Faz

Semoga kita semua mendapat manfaatnya. .aamiin

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Terima kasih berkongsi vedio yang sangat baik ni.

Memang kita tahu Allah maha dalam segala-galanya tapi untuk dipraktikkan dalam diri sendiri agak sukar kecuali kita betul-betul menyakininya.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Begitulah yang diingatkan oleh ustaz bahawa hakikat beragama/bertuhan ini perlukan latihan yang bersungguh-sungguh.

Mudah2an kita dapat mengusahakannya..

ساريده سنين said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Semoga akak di dalam rahmat Allah swt. t/kasih info utk motivasi...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Saridah

Terima kasih atas doa..semoga dirimu juga berada dalam rahmat kasih sayangNya ..aamiin

Related Posts with Thumbnails