Thursday, October 8, 2009

Elak Amal Adat Yang Syirik


Assalamu'alaikum,

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ada beberapa adat Melayu yang menjadi kemusykilan. Adat-adat tersebut masih diamalkan di sesetengah tempat. Antaranya:

1. Seseorang (suami) perlu mencabut paku yang telah dipakunya di mana-mana tempat untuk menyenangkan isterinya untuk bersalin.

2. Jangan belitkan kain tuala di leher, nanti anak yang keluar akan terbelit tali pusat di lehernya. Adakah amalan ini menurut Islam?

Jawapan: Cuba kita renung dan hayati makna ayat al-Kursi berikut: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya (mentadbirkan sekelian makhluk-Nya). Yang tidak pernah berasa mengantuk apa lagi tidur. Yang Memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan Dengan izin-Nya (sahaja).

Yang Maha Mengetahui apa yang berada di hadapan mereka dan apa yang berada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatupun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah Kehendaki. Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (Al-Baqarah: 255)

Subhanallah, betapa agung konsep keesaan Allah swt yang digambarkan oleh ayat tersebut. Allah dengan jelas memberitahu kita bahawasanya segala kuasa itu adalah milik mutlakNya semata-mata bukan sahaja di bumi bahkan di langit!

Jadi, apa ukuran yang kita pakai sebagai orang-orang yang benar-benar beriman apabila kita meletakkan sejumlah kuasa pengakibat kepada paku dan tuala?

Adakah mempercayai sial pembawa padah dan petanda atau alamat buruk serasi dengan ajaran Islam terutamanya apabila kita menyentuh bab tauhid dan akidah Islam yang suci dan tulen? Atau dari mana asal kepercayaan-kepercayaan ini sebenarnya?

Sebenarnya ia berpunca daripada kepercayaan silam orang-orang Melayu pada zaman sebelum Islam. Ketika itu ideologi paganisme yang menisbahkan kuasa kepada setiap benda yang wujud di muka bumi ini lalu memuja segalanya. Dipanggil semangat itu, dan semangat ini.

Namun, saki-baki daki syirik kepercayaan lalu masih berakar umbi di jiwa generasi pewaris generasi yang telah bertukar kepada mempercayai ajaran agama Islam sejak kurun ke-10 lagi yang telah mula bertapak di Negeri Terengganu berdasarkan artifak sejarah Tugu Peringatan Batu (Batu Bersurat) yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu.

Walaupun 10 kurun telah berlalu, dan kurun ke-21 telah menjelma kini, ramai yang masih kabur untuk membezakan antara unsur syirik ideologi paganisme silam dengan dasar keesaan Allah swt yang menjadi asas berimannya seseorang yang bergelar Muslim.

Perlu diingat bahawa syirik yang bermaksud 'memberi hak perkongsian terhadap sesuatu contohnya kuasa di antara Allah dan sesuatu benda' ini adalah dosa besar nombor satu dalam senarai 70 dosa-dosa besar.

Allah swt dengan tegas menyatakan pendirianNya mengenai syirik ini bahawa ia adalah satu dosa besar yang sangat berat kesalahannya dalam surah al-Nisa', ayat 48 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan Mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua sekalipun), dan akan mengampunkan dosa lain selain daripada dosa itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang amat besar (berat).

Dalam ayat lain, Allah tegaskan perbuatan itu adalah satu kesesatan yang sangat menjauhkan seseorang daripada Allah dalam ayat al-Nisa' 116 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan Mengampunkan dosa syirik orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (dengan sesuatu apa jua sekalipun), dan akan mengampunkan dosa lain selain daripada dosa itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya; Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat menjauhkannya (daripada Allah).

Langit mana kita sanggup junjung, bumi mana kita sanggup bertongkat apabila Allah telah menganggap kita terkeluar senarai daripada keampunan dan rahmat-Nya? Khazanah sunnah juga membawa hadis-hadis yang senada dengan ayat-ayat al-Quran yang telah kita baca tadi.

Hadis paling sahih daripada Sahih al-Bukhari menegaskan bahawa: Dari Abu Hurairah r.a. yang telah mendengar baginda saw bersabda: "Tiada petanda atau alamat buruk atau sial pembawa padah (dalam Islam). Sebaik-baiknya ialah kata-kata yang baik (senang didengari) diperdengarkan kepada kamu." (Sumber: Sahih al-Bukhari, juzuk 5, halaman 2171, bilangan hadis: 5422).

Hadis yang sama juga terdapat dalam Sahih Muslim, Sahih Ibnu Hibban, Sunan al-Bayhaqi al-Kubra, Musnad Imam Ahmadbin Hanbal, Musnad al-Tayalisi, dan Musnad Abu Ya'la menggambarkan betapa besar perkara ini di sisi Islam.

Jangan sekali-kali memandang remeh dan membiarkan ia berterusan dalam kehidupan kerana Imam Ahmad bin Hanbal ada meriwayatkan satu lagi hadis yang lebih jelas mengenai perkara ini yang bermaksud: Dari Abdullah bin 'Amru berkata: Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang membenarkan petanda atau alamat buruk daripada sesuatu sehingga menjejaskan hajatnya untuk berbuat sesuatu sesungguhnya dia telah melakukan syirik.

Para sahabat bertanya: Maka apakah kaffarahnya (penebus kesalahan itu?) Rasulullah saw bersabda: Hendaklah kamu berkata: Allahumma La Khaira Illa Khayruk, Wa La Tiyara Illa Tiyaruk, Wa La Ilaha Ghayruk yang bermaksud: "Ya Allah, tiada kebaikan selain daripada kebaikan milik-Mu, tiada alamat atau petanda selain daripada alamat atau petanda dari-Mu, dan tiada Tuhan selain-Mu". (Sumber: Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, juzuk 2, halaman 220, bilangan hadis: 7045).

Sebaik-baiknya kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad saw seperti membaca: Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi shay'un fil ardhi wa la fissama' wa huwassami'ul alim yang bermaksud: "Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada sesuatu di bumi dan di langit akan (dapat) memudhratkan (sesuatu yang lain) sedang Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. (Sumber: Sunan Abu Daud, juzuk 3, halaman 132, bilangan hadis: 5088)


Daripada SINI
..................................................... 

Selain amalan pantang dalam bersalin ini ramai juga lagi orang2 kita Melayu Islam percaya tentang hari baik dan hari tak baik contohnya nak mulakan sesuatu pekerjaan (seperti nak buat rumah, nak pergi berubat) tak elok pada hari selasa atau hari sabtu. Kemudian nak pagar rumah kena gunakan garam, bawang dan sebagainya.. Sebenarnya nak pagar rumah Nabi Muhammad saw dah suruh bacakan surah al-Baqarah, ayat kursi dan nak tidur malam baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu ke seluruh badan yg tercapai dek tangan..

Friday, October 2, 2009

Sehari sama 50 Ribu Tahun

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmaaniirahaiim,

BERAPA lamakah manusia berkumpul di padang Mahsyar? iaitu sebelum dimasukkan ke syurga atau dicampakkan ke neraka (wal'iyazubillah).

BERAPA lama itu adalah persoalan yang sukar untuk dijawab atau diperkatakan, kerana apabila kiamat berlaku dan manusia sudah dihimpunkan di Mahsyar tidak ada waktu yg dapat diukur oleh manusia kerana tidak ada satu pun yg boleh diguna sebagai pengukur masa.

JIKA DI DUNIA, ada 7 hari dalam seminggu dan hari2 itu diukur dengan mengambil kira waktu terbit matahari dan terbenamnya matahari, peredaran matahari dan bulan menjadi asas bagi mewujudkan bilangan hari dan pertukaran siang dan malam. Siang dan malam disebut sehari semalam, 7 hari menjadi seminggu, 4 minggu menjadi sebulan dan 12 bulan menjadi setahun.

Di AKHIRAT tidak ada peredaran matahari kerana matahari telah dilipat oleh Allah swt, tugasnya telah ditamatkan.
SEBAB itulah para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw berapa lamakah manusia berada di Mahsyar?

DALAM HAL ini Abu Said Al-Khudri meriwayatkan hadis Rasulullah saw, katanya Rasulullah saw telah membacalkan Firman Allah dalam Surah Al-Maarij (surah 70) ayat 4:

تَعۡرُجُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيۡهِ فِى يَوۡمٍ۬ كَانَ مِقۡدَارُهُ ۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ۬ (٤

Maksudnya : "Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). " (Surah Al-Ma'aarij -surah 70 - ayat 4).

Dalam ayat di atas, Allah menjelaskan bahawa para malaikat dan Jibril saban hari menghadap Tuhan, kadar masa bagi satu hari di alam malaikat ialah 50 ribu tahun. Demikianlah bandingan masa bagi satu hari yang ditempuh oleh malaikat. Berdasarkan ayat ini para ulama' membandingkan alam akhirat itu satu hari sama dengan 50 ribu tahun. Jika manusia berada selama sebulan atau 30 hari di akhirat bandingannya dengan lamanya di dunia bersamaan 1.5 bilion tahun. Betapa halnya jika seseorang itu terdampar di padang Mahsyar selama 50 ribu tahun?

"Alangkah lamanya", kata para sahabat apabila mendengar baginda membacakan ayat di atas. Kemudian bagi menjawab keluhan para sahabat Rasulullah bersabda yang maksudnya:

"Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman Tuhan, sesungguhnya Allah swt meringankan tempoh masa di akhirat bagi orang mukmin sekadar lama masa bagi tempoh waktu melaksanakan solat fardhu".

Singkatnya masa yg bakal ditempuh oleh orang-orang mukmin. Sesungguhnya masa yang digunakan untuk solat fardhu ialah lebih kurang 5 minit, bagi orang mukmin 5 minit sememangnya terlalu ringan malah mereka merasa tenang melakukan solat. Jika masa yang digunakan lebih dp 10 minit pun mereka berasa seolah2 sekejap sahaja. Lebih2 lagi bagi org2 yg khusyuk dan mengikuti makna bacaan surah. Apabila dibaca surah2 yg menyebutkan ttg hari kiamat, mengenai gegaran bumi, bumi digoncang untuk dikiamatkan dan seumpamanya, mereka bertambah khusyuk dan menitiskan air mata. Dalam suasana begitu mereka tidak akan memikirkan berapa lama masa untuk mendirikan solat.

Bagi golongan fajir dan munafik, solat dilakukan dengan malas, terasa bagai beban yang berat lagi sulit. Apabila mereka melakukan solat mereka lakukan dengan pantas dan tergopoh gapah. Sekiranya mereka solat berjemaah hati mereka gelisah seperti burung dalam sangkar, lebih2 lagi jika imam membaca surah2 yg panjang, mereka gelisah dan berkeluh kesah, merungut2 mempersoalkan mengapa imam membaca surah2 yg panjang. Bagi golongan spt ini 5 minit sudah dirasakan terlalu lama. Dengan sebab itu mereka lebih senang meninggalkan solat. Apabila ditanya mengapa tidak mengerjakan solat? Mereka menjawab, kerana terlalu sibuk. "Banyak kerja, tak sempat untuk bersembahyang".

Sebab itulah kita dapati ada orang yang lebih sanggup berpuasa, sanggup berlapar dan dahaga sepanjang hari dalam bulan Ramadhan tetapi tak sanggup mengerjakan solat walaupun hanya beberapa minit.

Bagi golongan mukmin sebenar tempoh masa yg bakal dilalui di Padang Mahsyar selama 50 ribu tahun itu terasa amat singkat seumpama melakukan solat fardhu. Begitulah anugerah Allah swt kpd org2 mukmin. Sesuatu kebahagiaan yg dilalui oleh seseorang biasanya terasa amat singkat. Sebaliknya jika derita yg dialami pasti terasa amat lama walaupun sekejap.

Demikianlah peristiwa Mahsyar, ukuran masa yg dilalui oleh seseorang ditentukan oleh Allah swt semata2 Allah yg memanjangkan waktu dan memendekkan waktu. Dialah yg meringankan dan memberatkan sesuatu tanggungan.

Sama-samalah kita renungi kenyataan2 dan perbandingan2 yg dibuat antara masa di dunia dengan masa di akhirat, begitu juga perbandingan masa solat org mukmin dan org2 munafik.. di manakah taraf kita, gerunilah kenyataan ini dan tingkatkan usaha dan perbanyakkan doa.. semoga kita dijauhkan daripada fitnah api neraka.. Sesungguhnya Allah tempat kita kembali.



Thursday, October 1, 2009

Soal Jawab

Assalamu'alaikum,

Soal Jawab Tentang Kentut.

Bila baca tajuk entri ni gelihati pun ada tetapi itulah jasa org2 yg bertafakkur terhadap ciptaan Allah.. jadi bertambahlah pengetahuan tentang kentut ni.. Saya copy n paste dp blog info kesihatan anda

Daripada mana asal kentut?

Daripada gas dalam usus. Gas dalam usus berasal daripada udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus daripada darah, gas daripada reaksi kimia dan gas daripada bakteria dalam perut.

Apakah komposisi kentut?

Pelbagai. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen daripada udara diserap oleh tubuh sebelum sampai ke usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen.

Komposisi gas bergantung kepada apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan, makin besar kandungan nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

Kenapa kentut berbau busuk?

Bau kentut busuk kerana kandungan hidrogen sulfida yang mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan makin busuklah kentut anda.

Telur dan daging mempunyai peranan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam menghasilkan isipadu kentut, bukan dalam kebusukannya.

Kenapa kentut menimbulkan bunyi?

Kerana adanya getaran lubang dubur pada masa kentut dikeluarkan. Kekuatan bunyi bergantung pada kelajuan gas.

Kenapa kentut yang busuk itu hangat dan tidak berbunyi?

Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan haba, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil isipadunya, tetapi SBD ('Silent But Deadly').

Berapa banyak kentut dihasilkan sehari?

Lebih kurang setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?

Bukankah sepatutnya gas kentut bergerak ke atas disebabkan ketumpatannya lebih ringan? Tidak demikian. Gerakan peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar lubang dubur lebih rendah. Gerakan peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gasnya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar lubang dubur.

Dalam perjalanan ke arah lubang dubur, gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerakan peristaltik, gelembung gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit dan berbelit-belit.

Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?

Bergantung kepada keadaan udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan dan arah angin, berat molekul gas kentut dan jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Selepas meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar dan konsentrasinya berkurang.

Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa saat, bererti ianya mengalami 'peleraian' di udara dan hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lif, kereta, kepekatannya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

Apakah setiap orang kentut?

Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?

Tidak ada kaitannya dengan jantina. Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, dan apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yang dikeluarkan.

Bilakah biasanya orang kentut?

Pagi hari di tandas, yang disebut 'morning thunder'. Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?

Kekacang mengandung zat gula yang tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus akan 'berpesta' dan membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?

Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum 'soft drink', naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami pengembangan & muncul sebagai kentut).

Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lubang lain?

Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung lebih banyak udara, kentut mengandung lebih banyak gas yang dihasilkan oleh bakteria.

Ke mana perginya gas kentut kalau ditahan/tidak dikeluarkan?

Ia akan diserap oleh darah, berpindah ke bahagian atas menuju usus. Namun pada akhirnya akan keluar juga. Jadi ia bukan lenyap, tapi hanya mengalami penangguhan.

Mungkinkah kentut terbakar?

Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yang boleh terbakar (gas asli mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyalaannya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?

Jangan mengada-ada. Suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?

Kerana anjing dan kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Berbeza dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang menghasilkan kentut yang lebih banyak, lebih lama dan lebih kuat bunyinya, tetapi relatifnya tidak berbau.

Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?

Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

Apakah warna kentut?

Tidak berwarna. Kalau warnanya oren seperti gas nitrogen oksida, akan tahulah siapa yang kentut.. hehehe

Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbon dioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?

Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.

Related Posts with Thumbnails