Saturday, May 22, 2010

Pengajaran daripada ayat 26 Surah Ali Imran


08 Jamadil Akhir 1431.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dan memuji Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kenikmatan kita menghirup udaranya dan banyak lagi nikmatNya sehingga kita tidak mampu menghitungnya.

Marilah kita berselawat sebanyak-banyaknya buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Kali ini diulis tentang pengajaran yang boleh diambil dalam ayat 26 surah Ali Imran seperti difirmankan Allah SWT:

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِى ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ‌ۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٢٦

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali Imran [3] : 26)

Begitulah Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat ke 26. Dalam ayat itu ada kalimah-kalimah yang dihiglightkan supaya dapat diberi perhatian.

Maalikul Mulki adalah nama Allah yang ke 84 dalam senarai nama-nama Allah (asmaul husna) yang bermaksud : Pemilik segala kekuasaan dan kepemilikan . Rangkaian dua kalima daripada dua kata dasar yang sama yakni Ma la ka.

Kalimah Maalik tanpa dirangkai dengan Mulki ada 7 kali dalam al-Quran, satu daripadanya merujuk kepada malaikat penjaga neraka yakni dalam ayat 77 surah az-zukhruf.

"Mereka berseru: "Hai Malik!, biarlah Tuhanmu membunuh kami saja". Dia menjawab: "Kamu akan tetap tinggal [di neraka ini]". (az-Zukhruf [43] : 77) .

Ma la ka (Mim Lam Kaf) diterjemahkan sebagai:

1) Menguasai.
2) Memiliki.
3) Kuat.
4) Benar atau sahih.
5) Ikatan.

Maalikul Mulki yakni Pemilik segala kekuasaan dan kepemilikan memberi pengertian bahawa ALLAHlah yang menguasai secara MUTLAK segala yang maujud. ALLAH al Maalikul Mulki tak pernah berkongsi milik dan kuasanya dengan selainNYA. Ini banyak dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran contohnya ayat-ayat seperti di bawah:

وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۚ

وَتَبَارَكَ ٱلَّذِى لَهُ ۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَعِندَهُ ۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ

Serta "Man fis samawati wal ardh, la hawla wala quwwata illa billah," bahkan masyi'ah Allah juga Allah tak berkongsi dengan makhlukNYA contoh ayat:

وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا (٣٠

Dan kamu tidak mampu [menempuh jalan itu], kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Al-Insaan [76]: 30)

Ini bermaksud Allah tak berkongsi kekuasaan dan kepemilikanNYA dengan sesiapapun baik di dunia mahupun di akhirat.

Hanya sahaja kekuasaan dan kepemilikanNYA semasa di dunia kita kurang nampak sebab kita diberi pilihan. Berbeza di akhirat nanti. Ini ketara sekali kerana apabila kita buat jahat di dunia, umpamanya kita tinggal solat atau puasa, Allah tidak mengazab serta merta kerana Allah beri kebebasan memilih. Di akhirat nanti jangankan manusia, malaikatpun berbaris-baris, bersaf-saf, idak dibenarkan berkata-kata hanya boleh selepas diizinkan, dan itupun mesti yang benar dan dengan perlahan.

Dalam ayat 26 surah ali Imran tadi; Allah mengajar kita supaya memuji Allah sebelum memohon pertolongan. Seperti yang telah ditulis tentang segala puji bagi Allah sebelum ini, Allahlah yang layak dipuji, Allah juga dipuji. Doa ini dinamakan doa ibadah. Selepas doa ibadah barulah kita berdoa masalah. Cuba kita perhatikan doa Nabi Yusuf dalam surah Yusuf ayat 101.

"Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takbir mimpi. (Ya Tuhan!) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh". (Yusuf [12] : 101)

Doa ibadah dan doa masalah dibaca sekaligus, tidak perlu berbunga-bunga yang di highlightkan tu doa ibadah, panjang daripada doa masalah. Bukan tak boleh doa panjang (masalah) tapi lebih afdhal dipanjangkan doa ibadah, Dalam doa ibadah ini kita merendahkan diri sebagaimana doa Nabi Adam as dan doa Nabi Yunus as.

Berbalik semula dalam ayat 26 tadi, lihat Allah suruh kita memujinya, Allah suruh kata "Ya Allah!, Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali Imran [3] : 26)

Allah gunakan perkataan تُؤۡتِى di situ PERTAMA untuk menunjukkan perkara yang besar. Jadi al Mulk bukan sekadar pemerintah tetapi Allah menggerakkan segala-galanya, bumi, langit, dan segala isinya, dan kita pula digerakkan tangan, kaki, mulut, lidah, mata, lutut dibengkokkan dan segala-galanya digerakkan oleh Allah.

Allah berfirman dalam surah as-saffaat [37] ayat 96, maksudnya:

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!" (As-Saffaat [37]: 96)
KEDUA, تُؤۡتِى menunjukkan apa yang diberi oleh Allah kepada makhlukNYA bukan untuk dimiliki oleh penerima tetapi semuanya itu tetap milik ALLAH.

Daripada sini kita mesti sedar bahawa:

1. Kemampuan kita bergerak, berfikir dan segala-galanya adalah anugerah Allah yang terbesar.
(Bila kita ingat Maalikul Mulk, kita pasti syukur walaupun kita lapar kita masih boleh bergerak untuk mendapatkan makanan).

2. Apa yang dianugerahkan Allah itu hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut tujuan yang Allah cipta kita sebelum DIA ambil semula, kerana kita tak tahu bilaDIA akan mengambilnya semula.
(Perlu sedar semua anugerah Allah bukan milik kita, suatu saat DIA akan ambil kembali).

KETIGA تُؤۡتِى yang bermaksud Allah memberi dengan mudah, senang, dengan penuh kasih sayang kerana sifat Karim, Rahim dan RahmanNYA. Allah memberi tak kira kepada siapapun sama ada yang beriman atau tak, yang baik atau tak. Sebab itu jika kita baca ayat-ayat tentang zakat Allah sebut 'ITAZZAKAH' sebab manusia disuruh beri zakat dengan rasa senang hati. Jangan ada rasa berat apatah lagi semuanya itu bukan milik dia tetapi milikAllah SWT.

Kita perlu sedar bahawa kita tidak boleh memiliki dan menguasai. Allah memberikan semua ini sebagai pinjaman, hanya sekejap sahaja, jika dibandingkan 40 tahun umur kita di dunia dengan umur di skhirat, umur di dunia ini tiada ertinya.

Allah gunakan تَنزِعُ maksudnya Allah ambilkembali dengan susah. Kita rasa susah sebab telah diikat dalam hati bahawa semuanya milik kita bukan milik Allah.

Dengan sebab itu apabila Allah memberi dengan mudah (dan Allah Penguasa dan Pemilik) janganlah kita mengikat dengan hati kita, jadi apabila tiba saat Allah ambil kembali kita tidak akan berasa kecewa, sengsara, sedih dan sebagainya, sebab daripada awal kita menyedari bahawa semua itu diberikan sementara sahaja.

Allah tidak menyuruh kita rasa semua itu milik kita dan kita berkuasa atasnya, tetapi Allah suruh letak di tempat yang sepatutnya. Allah suruh kita selalu ingat "Inna lillahi wainna ilayhi raaji'uun" (Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita kembali). Jika memahami ini tidak akan ada rasa kecewa.

Segala kemuliaan diberi kepada seseorang boleh ditarik kembali. Allah tidak boleh disoal, Ya Allah mengapa jadi begini, begini dan seterusnya sebaliknya kitalah yang ditanya nanti. Allah berfirman dalam surah al-Anbiya' ayat 23 maksudnya:

"Dia tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak". (Al-Anbiya' [21] : 23)

Walaupun kita nampak seperti tidak adil, kerana ada hamba yang taat Allah berikan kesihatan yang tak memuaskan, hidup susah sedangkan hamba yang tidak taat melakukan pelbagai maksiat Allah berikan kesenangan. Yakinlah bahawa Allah sangat adil sebab Allah Maha Mengetahui.

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah [2] : 216)

InsyaAllah akan ada sambungannya nanti berkaitan dengan (Allah Al-Maalikul Mulki) ini.



23 comments:

Ros Illiyyuun said...

Salam :)
Moga akak sihat selalu hendaknya.

"Allah tidak boleh disoal, Ya Allah mengapa jadi begini, begini dan seterusnya sebaliknya kitalah yang ditanya nanti. Allah berfirman dalam surah al-Anbiya' ayat 23 maksudnya:

"Dia tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak". (Al-Anbiya' [21] : 23)

Saya tertarik dengan "pernyataan' di atas. Ya, segala apa yang dilakukan oleh-Nya tidak boleh dipersoalkan oleh kita sebagai hamba-Nya. Ini kerana kedudukan-Nya sebagai 'khaliq' itu jauh berbeza dengan kita sebagai 'makhluk'. Sudah pasti kesempurnaan-Nya tidak mampu ditandingi oleh kita yang serba kekurangan.

Oleh yang demikian hendaklah kita redha ke atas apa yang telah diatur oleh-Nya. Dia Maha Mengetahui atas segala sesuatu sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat. Wallahu A'lam.

Shukran ya ukhtie :)

terokai seni said...

jangan persoal apa yang Allah lakukan tapi soallah diri kita kenapa kita diperlakukan... moga kita dapat mencari hikmahnya

Allah menjadikan hidup ini sebagai ujian untuk melihat sipakah yang paling baik amalannya

penjejak maya said...

salam,

sesuatu kejadian yang menimpa itu ada hikmahnya dan hanya kepadaNya sahajalah patut kita meminta..

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah..:)

Moga kakak sentiasa sihat di sana..

Pertamanya, kita sebagai makhluk Allah, sampai bila pun tetap sentiasa memerlukan rahmat dari-Nya, rezeki dari-Nya. Kita adalah si faqir, dan Allah-lah Sang Maha Kaya.

Kita perlu memperbanyak berdoa ketika menjalankan ibadah sebagai tanda penghambaan kita terhadap Allah.

Acik said...

Salam..
Rasulullah SAw bersabda;
" Tertulis di Arasy, ' Aku menuruti orang yang taat kepada-Ku. Aku menyintai orang yang menyintai-Ku, Aku kabulkan orang yang berdoa kepada-Ku. Dan Kuampuni orang yang mohon ampun kepada-Ku."

Semoga kita semua menjadi hamba yg dikasihi oleh Allah dan sentiasa redha dengan ketentuan-Nya.

Mr Dean said...

Salam,

Kadang bila hati gundah dan kecewa..
Secara tak sengaja, mudah kita menyebut..
"Kalaulah....."
"Aduh! Kenapalah begini nasibku..."
dan pelbagai lagi..
Sedar tidak sedar, kata-kata seperti itu membuatkan kita seolah menyalahkan takdir yang telah memberi ketetapan itu... Haruslah kita berhati-hati dalam berkata-kata...

Syukran Puan Werdah!
Perkongsian yg amat berguna...
(^_^)

aby said...

nak ulas sket psl ayat ni,

Dalam ayat 26 surah ali Imran tadi; Allah mengajar kita supaya memuji Allah sebelum memohon pertolongan. Seperti yang telah ditulis tentang segala puji bagi Allah sebelum ini, Allahlah yang layak dipuji, Allah juga dipuji.

memang allah suke d puji .. pujian allah ni bukan takat d dunia malah d akhirat kalimah alahamdulliah atau pujian masih d gune pakai ..
sebagai firman allah kt surah as saba'

[1]
Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

berbalik pd pujian kt allah ni ..
pujian hamba ke allah jatuh ke no 3,
yg pertama allah puji dirinye sendiri,
yg kedua ... allah puji hambanye ..
yg ketiga .. hamba puji allah
yg keempat .. hamba puji hamba ..

allah memuji diri sendiri dalam ayat mule alquran .. alhamdullillah di robbil alami ...

apabile kite jumpe alhamdullillah di setiap permulaan surah .. bermakna allah gembire atas sesuatu.. dia hendak d puji atas sesuatu yg d buat atau turun kan ..
sebagai contoh ... mcm mane gembiranye dia bile menurun kan kitab kat nabi muhammad .. dia abadikan alhamdullillah tu kt pembukaan surah kahfi ...

aby said...

sekadar menyenaraikan surah yg bermule dgn alahamdulilah ..
surah yg membuktikan yg allah suke d puji ...

di dalam surah al kahfi.
kegembiraan allah yg menurunkan kitab alquran kpd nabi saw..

1] Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
[2] (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

kedua ,
kegemibiraan allah dalam peristiwa allah mencipat langit bumi dan manusia

al anam
1] Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.
[2] Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasanam


allah memuji diri nya ketika mencipta kerajaan nya, langit, bumi menteri2 nya ia itu malaikat serta mahkluk2nya di dalam surah
al fathir

1] Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


allah memuji diri nya yang dia menguasai apa yg dilangit dan di bumi, dan memberitahu kite pujian2 juge ade di dalam akhirat,spt didalam surah,
as saba

[1] Segala puji tertentu bagi Allah Yang Memiliki dan Menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dialah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
[2] Dia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit serta apa yang naik kepadanya dan Dialah jua yang Maha Mengasihani, lagi Maha Pengampun

al qasas
70] Dan Dialah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Werdah said...

Salam Ros, Cemomoi dan Penjejak Maya.

Benar sangat apa yang kawan-kawan maya katakan ini, kerana Allah telahpun menentukan takdir kita, walaubagaimanapun kita tetapkena berusaha. Dan Apa yang Allah bagi kepada kita berdasarkan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksan, dan apa-apa yang terjadi kepada kita adalah atas kebebasan memilih yang diberikan, mudah2an kita yang diberika aqal oleh Allah SWT dapat menggunkan anugerah Allah ini dengan sebai-baiknya supaya ubun-ubun kita tidak diseret nanti ke tempat yang paling hina. Mohon kita semua diberi perlindungan oleh Allah SWT.

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Terima kasih atas doa, semoga Abd Razak juga sihat di sana.

Benar! kerana agama adalah amali bukan sekadar mempelajari, semoga kita tetap istiqamah beribadah dengan ikhlas. Dan selalu memohon kepadaNya kerana DIA telah berjanji megabulkan permohonan kita. InsyaAllah.

Werdah said...

Salam Acik.

Dalam Hadis 40 Karangan Imam Nawawi : Apabila AKU mencintainya maka AKU menjadi pendengarannya yang ia dengar dengannya,menjadi penglihatan yang dengannya ia melihat,menjadi tangannya yang dengannya ia menampar, menjadi kaki yang dengannya dia berjalan dan demi jika dia meminta kepadaKU nescaya aku berikan kepada dia dan demi jika ia meminta perlindungan keadaKu nescaya ke berikan perlindungan. Demikian balsan kepada orang-orang yang mencuntai Allah.

Soalnya layakkah kita digelar org yang dicintai Allah.Peringatan untuk kita semua agar muhasabah diri. Mudah2an kita berusaha bersungguh-sungguh.

Semoga Allah mengabulkan doa kita semua.

Werdah said...

Salam Muhmamad Rafie,

Inilah yang perlu dilatih, bukan mudah jika terbiasa. Makcikpun baru belajar. Mudah2an kita semua dapat berlatih berusaha dan memohon ampun dan bertaubat. InsyaAllah Maha Pengapun lagi Maha Penyayang mengampuni dosa-dosa kita.

Werdah said...

Salam Aby.

Satu perkongsian yang menarik. Tambah dalam surah al-Fatiha, Allah mulakan dengan Al-Hamdulillah Allahlah Tuhan Pemilik sekelian 'alam, Allah yang menddidik, memelihara semua .

Tentang surah2 yang bermula dengan Alhamdulillah telah kak catatkan dalam blog ini, boleh rujuk http://permatainn.blogspot.com/2009/12/puji-dan-syukur_22.html

Boleh juga rujuk http://permatainn.blogspot.com/2009/08/al-hamdulillah.html

http://permatainn.blogspot.com/2009/09/pujian-hanya-milik-allah.htm

ummu said...

Salam Kak Werdah;
akak apa khabar?moga sihat selalu.
"2. Apa yang dianugerahkan Allah itu hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut tujuan yang Allah cipta kita sebelum DIA ambil semula, kerana kita tak tahu bilaDIA akan mengambilnya semula.
(Perlu sedar semua anugerah Allah bukan milik kita, suatu saat DIA akan ambil kembali)."

semua yang ada milik Dia,kan Kak..bila anugerah berjalan sudah diambilnya,itu bukan sebab Dia marah,namun itulah kasih sayangNya

Werdah said...

Salam Ummu.

Kak alhamdulillah 'ala kullihal. Semoga Ummu juga sihat di sana.

Benar dik, syahdu membacanya, sesungguhnya Allah beri dan ambil dengan sifat Karim, Rahmat dan segala sifat2 kemuliaanNYA Allah Zaljalali wal Ikram.

Beruntungk kita jadi manusia yang menerima hidayah Allah.

aby said...

Benar sangat apa yang kawan-kawan maya katakan ini, kerana Allah telahpun menentukan takdir kita, walaubagaimanapun kita tetapkena berusaha. Dan Apa yang Allah bagi kepada kita berdasarkan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksan, dan apa-apa yang terjadi kepada kita adalah atas kebebasan memilih yang diberikan, mudah2an kita yang diberika aqal oleh Allah SWT dapat menggunkan anugerah Allah ini dengan sebai-baiknya supaya ubun-ubun kita tidak diseret nanti ke tempat yang paling hina. Mohon kita semua diberi perlindungan oleh Allah SWT.

nak lanjut sikit pandang werdah ni..

sbb tu kite beri di sifat Qudrat ..
keupayaan kite utk bergerak .. tp bergerak tk cukup klu tk di beri Iradah ( hasrat atau keinginan) ..
kudrat dan iradat tk cukup.. mesti ade Ilmu,iaitu pengetahuan utk berfikir..
ade ilmu tk cukup klu tk ade Hayat .. yg buat kite bernyawa ..
utk satu perbuatan, perlu ade qudrat, iradat ilmu dan hayat ..
lps tu kite d pinjamkan Sama' ataupun penglihatan, Basar, iaitu pendengaran dan kemudia Kalam utk berkata kata ..
sbb tu kite boleh bercakap, mendengar dan melihat ..

dgn sifat allah yg di panjam kan kt kite .. kite boleh menilai yg baik dan buruk .. wlupun sume d tentu kan takdir .. sifat Ilmu yg kite milekki, kite berupaye mimilih takqir kite sendiri ..

kate ustaz dalam satu kuliah..
takdir ade 3 ..
takdir tetap.
takdir kemudian..
dan takdir pilihan ..

wal ...

aby said...

werdah ..
aby masuk dah link

http://permatainn.blogspot.com/2009/12/puji-dan-syukur ..

nampak nye point nye same ..

dapat dari sumber yg same kot ...

seorg ustaz ni...

Werdah said...

Salam Aby.

Kak dengar daripada Ustaz Kariman Abdul Muin, kak cuma dapat dengar melalui CD sahaja sebab kekangan untuk bergerak ke sana kemari dan kurang upaya untuk duduk lama akibat sakit tulang belakang.

Rasanya betul agaknya apa yang Aby dengar dengan kak dengar daripada ustaz yang sama, betul ke, ataupun sumber yg aby dgr tu belajar daripada Usatz ni.

Memang berkesan sangat ceramah ustaz ni sebab beliau kupas perkataan-perktaan yang Allah pilih walaupun dalam bahasa Melayu maksud yang diterjemahkan sama.

Teringin juga nak ikuti kuliah ustaz ni di masjid tetapi belum ada daya dan upaya.. sedang berusaha untuk menghilangkan sakit,mudah2an Allah izinkan.

Sekarang ustaz ni sedang beri ceramah tajuk Qadha' dan Kadar, teringin juga nak mendengarnya.

Namun sangat bersyukur dapat juga membeli CD-CD ceramahnya. Kak beli tajuk asmaul husna, samudera al-Fatihah, Qalbun Salim, Keadilan Ilahi, Falsafah Haji, iqamussolah dan Quo Vadis dihadiahkan oleh penjual CD tu alhamdulillah..

aby said...

werdah ..
aby dengar dari kuliah ust abdullah al fatani .. dia ni, misai, janggut, bulu mate sume warna putih, rambut tk nampak sbb pakai serban .. kire dalam ramai2 ust yg pernah saye ikut, ust ni la yg paling saye kagumi ilmunye.. ngajar tk bawak ape2 .. quran dia tk bace ..
sebalik nye suruh penyunjung yg bace ..
dia cume ckp dalil kat surah mane dan ayat ke berape .. klu yg bace tk betul .. terus dia betulkan ..
klu dia mengajar .. dia bawak kite jelajah satu quran .. sebagai penyokong sesuatu kejadian. yg menarik klu ust ni mengajar .. ramai penyunjung akan bawak quran masing dari rumah .. atau setidak tidaknye .. ambik quran dari rak masjid .. utk rujukan ..

berbalik kpd ayat2 bermule dgn alhamdullillah .. saye belajar mase tafsir fathihah .. dgn klas nye hanya sebulan sekali .. alhamdullillah tu abis setelah 4 bulan ( 4 kali klas ) dan fthihah tu abis setahn ( 12 kali kelas)..
itu pun ayat ke 7 dia pendekan sbb katenye dah setahun tafsir fathihah tk abis lg .. sbb nak masuk ke bab lain ..

kesimpulan nye .. klu ust yg mengajar isi nye menarik .. rase tk sabar nak tunggu kemunculan dia utk kelas akan datang....

Werdah said...

Salam Aby.

Kalau begitu ustaznya lain lah. Ustaz ni lahir tahun 1958 muda lagi daripada kak(makcik sepatutnya)Berasal daripada Indonesia, menetap di Malaysia tahun 1975. Dah jadi penduduk tetap di sini.

Kak tak pernah attend ceramahnya tp dp Al-Fatihah tu sendiri ada 18 CD setiap CD lebihkurang hampir 2jam, sbb kuliahnya memang 2jam.

Wpun tak attend ceramahnya tp rasa seolah2 kita ada dalam ceramah. Bila dia tulis sesuatu di papan putih kita boleh agak apa yang dia maksudkan. MasyaAllah, semua ni kehendak Allah, Rasa bersyukur dapat mendengar dan dapat dictate.

Ustaz ni bagi nota kepada jemaahnya, bila bab huraian ayat-ayat al-Quran adakalanya dia tak sebut dp surah apa ayat apa sbb dah ada dlm nota, tp sedapat boleh kak dictate kalimah mula dan akhir serta maksud ayat kmd cari dalam al-Quran. Tp lebih banyak disebut rujukan ayatnya, jadi mudah bagi kak cari dalam al-Quran.

Rasanya daripada keterangan Aby ini, memang ada persamaan kedua-dua ustaz ni dalam ilmu mereka, tak jemu mendengarnya. khabarnya jemaahnya datang dp seluruh negeri di Malaysia kerana keberkesanan ceramahnya. Kak dapat maklumat dp kawan kak yg juga dah pencen. Dialah memperkenalkan kak dgn CD2 ini. Rasa tak rugi membelinya.

Kak juga ada beli Surah An-Nisa' tetapi baru dengar sampai ayat 3. Kemudian berhenti kerana nak habiskan dengar asmaul husna ni. Apa yang Aby cerita tentang tkdir 3 tu ada dia sebut dlm Allah al-Qadiru al-Muqtadiru serba sedikt sbb dia nak sentuh banyk dalam bab Qadha' dan Qadar.

Yang kawan kak dengar ni di Masjid Saidina Abu Bakar setiap pagi Selasa pukul 9.30 hingga 11.30

Yang Aby dengar di mana ya, biarlah ramai yang tahu supaya dapat mengikuti ceramah yang amat berkesan ini, dengan izin Allah jua.

Terima kasih Aby atas perkongsian ini. Allah sahajalah membalasnya.

Anonymous said...

Salam Kak Werdah,

N3 yang amat menginsafkan. Terima kasih mengingatkan diri ini tentang kebesaran kekuasaan Allah.

Allah berhak memberi dan menarik balik sesuatu yang ada pada kita bila-bila masa saja. Kena tanamkan dalam hati bahawa setiap yang ada pada kita itu hanya pinjaman dari Allah.

Werdah said...

Salam Ani.

Sama-sama kita ingat mengingatkan, sebab kadang-kadang kita terleka, Alhamdulillah kerana Allah bagi pinjam kekuatan untuk menulis setakat yang termampu, InsyaAllah. Inna lillahi wainna ilayhi raaji'uun.

Werdah said...

Salam semua pembaca komen

Saya jadi teringat bahawa komen saya kepada sdr aby sebelum ini seperti di bawah:

Salam Aby.

Satu perkongsian yang menarik. Tambah dalam surah al-Fatiha, Allah mulakan dengan Al-Hamdulillah Allahlah Tuhan Pemilik sekelian 'alam, Allah yang menddidik, memelihara semua .

Tentang surah2 yang bermula dengan Alhamdulillah telah kak catatkan dalam blog ini, boleh rujuk http://permatainn.blogspot.com/2009/12/puji-dan-syukur_22.html

Boleh juga rujuk http://permatainn.blogspot.com/2009/08/al-hamdulillah.html

http://permatainn.blogspot.com/2009/09/pujian-hanya-milik-allah.htm

May 24, 2010 at 10:58 AM Delete

NOTA: Saya telah silap mengatakan bahawa surah al-Fatihah tu dimulakan dengan al-hamdulillah.. itu salah kerana surah al-Fatihah bermula dengan ayat pertamanya bismillahirrahmanirrahim.

Maaf atas kesilapan saya ya.

Related Posts with Thumbnails