Tuesday, July 13, 2010

Misteri? & Anugerah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dan memuji Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kenikmatan kita menghirup udaranya dan banyak lagi nikmatNya sehingga kita tidak mampu menghitungnya.

Marilah kita berselawat sebanyak-banyaknya buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Agak lama juga tak update blog.. jadi hari ini berpeluang menulis semula, alhamdulillah sebelum ini dapat juga ke blog beberapa rakan. Dalam masa tidak berblog dapat juga menghabiskan bacaan beberapa buah buku. Salah satu buku yang ingin dikongsikan ialah Misteri Shalat Subuh oleh Dr. Raghini As-Sirjini. Mungkin kawan-kawan sudahpun selesai membacanya.


Sumber gambar : Sini
sama seperti yang saya miliki


Saya googles dan dapati dah ramai yang tulis di blog masing-masing tentang buku ini. Memang buku ini dikategorikan sebagai buku terlaris terjual, menyingkap 1001 hikmah solat subuh untuk individu dan juga masyarakat. Walaupun buku ini dialihbahasa dalam bahasa Indonesia namun mudah memahaminya.

Penulis buku ini ialah seorang pakar bedah buah pinggang (ginjal) dan dalam kesibukan kerjayanya itu masih boleh bergelar hafiz!. Beliau telah merungkai tajuk di atas dengan begitu santai dan amat berkesan.

Sungguh terasa termotivate untuk menyampaikan sebahagian daripada isi buku ini.. kerana begitu terasa jika tidak mengambil berat akan nilai solat subuh sebagaimana yang dinyatakan dalam buku ini berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan juga hadis-hadis shaih.. teramat rugilah kita.

Salah satu catatan penting dalam buku ini untuk renungan bersama di muka surat ke 13, satu petikan Hadith Rasulullah SAW riwayat Ahmad dan An-Nasa’i yang bermaksud:

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak"

Sanggupkah kita jadi orang munafik, sanggupkah kita berada di lapisan bawah sekali di neraka?

"Pernah salah seorang penguasa Yahudi, menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal, iaitu bila jumlah solat subuh menyamai jumlah solat Jum'at".

Pelajaran apakah yang boleh dipetik daripada pernyataan di atas? Ternyata mereka lebih perihatin terhadap kelemahan kita sedangkan kita sendiri tidak menyedarinya.

Betapa, selama ini ramai kaum muslim yang terlena di tempat tidur walupun kedengaran azan subuh bergema, "Solat itu lebih baik daripada tidur", yang memenuhi saf hanya beberapa baris. Mereka yang terlena tidak menyedari ada nilai agama dan falsafah mendirikan solat subuh secara berjemaah.

Alasan nak berjemaah dengan anak-anak dirumah? Tidak perlu, bawalah anak-anak bersama, anak-anak perempuan dan ibunya bersolatlah di rumah. Sang ibu pula jangan pula tertidur sehingga suami pulang belum bersiap sedia dengan sarapan malah ketinggalan solat. Wal'iyazubillah. InsyaAllah bila terdidik sebegini seluruh kaum muslimin tidak lagi dipandang remeh.

Kita pernah dengar bahawa Rasulullah SAW ingin membakar rumah yang di dalamnya orang tidak mahu solat subuh berjemaah. Ada dinyatakan dalam buku ini.

Isi kandungan buku ini:

  • Solat Subuh. Sebuah ujian.
  • Batas waktu solat subuh.
  • Solat subuh. Mustahilkah.
  • Menakar nilai solat Subuh.
  • Subuh di mata Salafussoleh.
  • Tip mudah menjalankan solat.
  • Dahsyatnya waktu subuh.
  • Hari yang dirindui.
Ada pecahan tajuk kecil bagi tajuk-tajuk di atas.

Sumber Cahaya di Hari Kiamat (Salah satu nilai solat subuh)

Solat subuh merupkan sumber daripada segala sumber cahaya pada hari kiamat. Pada hari itu semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung dan bintang-bintangpun berjatuhan; Allah berfirman:

Apabila matahari digulung (cahayanya hilang lenyap). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. (At-Takwir [81] : 1 - 2)

Manusia dibangkitkan dalam keadaan gelap gelita. Gelap yang berlipat ganda. Pada saat itu manusia amat memerlukan cahaya supaya dapat berjalan tanpa meraba-raba bagi melewati orang yang begitu ramai jumlahnya. Begitu juga tatkala melintasi sirat, cahaya amat diperlukan. Pada hari itu Allah hanya memberikan cahaya kepada orang-orang Islam. Lenyap cahaya bagi orang munafik.

Banyak perkara berkaitan solat subuh dihuraikan dan barangkali itulah tajuknya 'misteri solat subuh'. banyak kejadian malapetaka terhadap kaum derhaka berlaku pada waktu subuh.

Solat fajar yang lebih mulia daripada Dunia dan isinya

Apa yang menghalang kita daripada bangun solat subuh? bukankah ia menjadi satu bahagian yang begitu besar dibandingkan dengan dunia. Semua jawapan ada dalam buku ini.

Membaca buku ini memberi kepuasan dan menjadikan keinginan beramal bertambah, insyaAllah.

Buku ini seharusnya dimilik oleh setiap keluarga kaum muslimin. Ketua keluarga atau salah seorang yang telah membacanya buku ini boelh menjadikan salah satu tajuk usrah dalam keluarganya. Buku ini memberika tip bagi memudahkan kita bangun solat subuh. Amat rugilah anugerah solat yang Allah sampaikan kepada kita melalui Israk mikraj jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh melakukannya. Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh!.

Sebelum mengakhiri N3 saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr Abd Razak atas anugerah di bawah ini.


20 comments:

Abd Razak said...

Salam kak werdah,

Moga kakak sihat hendaknya...

Pertamanya, terima kasih atas kesudian menerima anugerah tu..:)

Alhamdulillah dah punya buku tu, kak. Memang banyak manfaat dari isi kandungannya.

Sekarang ni memang sukar nak cari masjid yang penuh dgn jemaah waktu subuh, satu saf pun tak penuh apatah lagi nak menyamai jemaah waktu solat jumaat. Namun ianya tidak mustahil jika umat Islam mula sedar akan kepentingan solat subuh berjemaah di masjid.

a kl citizen said...

assalammualaikum kak werdah

saya membaca entri ini pun teruja untuk memiliki buku ini
nanti nak cari juga

didoakan kak werdah bertambah sihat

terbaru dari saya : makan pil

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum Kak :)

Tidak dinafikan akan kelebihan solat subuh yang berganda-ganda. Namun, nikmat yang Allah kurniakan itu masih belum membuka hati semua hamba-Nya.

Sama-samalah kita mohon hidayah Allah agar kita sentiasa istiqamah dalam mengerjakan solat dengan lebih baik dari sehari ke sehari tanpa meremehkan satu solat, iaitu subuh. Wallahu A'lam.

cemomoi said...

nak kena cari juga le nampaknya buku ni

moga dapat taufik dan hidayah untuk perbaiki diri... tima kasih kak werdah

Werdah said...

Salam Abd Razak

Alhamdulillah kak sihat.

Dikatakan bahawa orang yang melaksanakan solat subuh berjemaah mendapat keistimewaan; kebaikan yang banyk, dihapuskan keburukan dan ditinggikan beberapa darjat. Malaikat berdoa untuknya. Banyak pahala tanpa batas, dan banyak lagi yang dihuraikan dalam buku ini.

Abd Razakpun dah khatam buku ini.

Amat menyedihkan jika orang ramai belum disedarkan tentang kebaikan melakukannya dan keburukan yang diperoleh jika meninggalkannya.

Apa-apapun hidayah adalah milik Allah, kita hanya boleh berbicara dan mengajak orang berbuat kebaikan, selebihnya usaha orang itu dan dengan pertolongan Allah jua. InsyaAllah.

Werdah said...

Salam Normah.

Tak dinafikan buku ni elok untuk dibaca. Terima kasih atas doa. InsyaAllah bertambah baik.

Werdah said...

Salam Ros.

Barangkali ramai yang tidak mengetahuinya, dan tidak mahu belajar.

Jikalah mereka tahu bahawa nilai solat subuh itu lebih daripada apa yang mereka kejar untuk dicari apabila bangun pagi itu tentu mereka berusaha bersungguh-sunguh untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Mudah2an kita terus berdoa dan istiqamah dalam setiap perkara kebaikan. Amiin.

Werdah said...

Salam Cemomoi.

Alhamdulillah, n insyaAllah semoga dipermudahkan mendapatkannya.

Mudah2an kita sama-sama dapat berusaha merebuat peluang berbuat kebaikan.. amiin

Kamsiah said...

salam kak werdah,moga dalam rahmahNYa jua..
saya bangun pukul 5 tiap hari...mandi sebelum subuh...azan ja terus solat...
dah jadi kebiasaan,kalau solat subuh lbh dari pukul 6,terasa dah lewat sgt...

Werdah said...

Salam Kamsiah

Alhamdulillah.. senang mendengarnya.. mudah2an sentiasa dapat meneruskannya.

Terima kasih krn mendoakan kak, semoga kita semua dalam pemeliharaanNya dan pertolonganNya. Amiin

abu muaz said...

salam dan t.kasih atas info ini. Saya masih belum membaca dan memilikinya.

Cik Yang said...

Werdah ~ Salam kembali, Terima kasih Tahniahnya.

aby said...

salam k werdah ..
harap k werdah sihat sentiasa ..

azan suboh ni ..
setengah org asing pun sukakan juge .. sbb nye azan suboh ni umpama jam loceng. alunan azan pd waktu subuh tu bukan saje mengerak org islam , malah bukan org islam pun di gerak same .. kpd yg bangkit awal .. mereka sukakan azan subuh ni tp bagi yg tido lewat mereka kurang suke la ..

psl solat subuh berjemaah ni ..
pd solat subuh ni la kite boleh dengar imam bawe surah yg panjang .. contoh mcm surah al mulk, rahman atau waqiah .. yg bole di pecah dua, dan diabiskan dalam dua rakaat tu ..
tu lebihnye solat subuh .. 2 rakaat ni di manfaatkan utk membace surah panjang ...

fadilat nye ..
pastinye yg mcm k werdah tuu...

Werdah said...

Salam Abu Muaz

Alhamdulillah, dengan pertolongan dan izin Allah jua kak dapat kekuatan untuk tulis sedikit bahan bacaan yang menginsafkan diri kak dan rakan-rakan di sini..

InsyaAllah buku ini memang banyak manfaatnya.

Werdah said...

Salam Che Yang

Sama-sama terima kasih :)

Werdah said...

Salam Aby

Alhamdulillah kak sihat, semoga Aby juga sihat. Terima kasih atas doa.

Kadang2 terfikir juga kan, ramai yang boleh bangun seawal-awalnya bila ada tujuan selain solat subuh, bila tak ada kerja selain tu contoh hari-hari tak bekerja amat liat nak bangun awal tunggu subuh gajah baru nak bangun. Ada dikupas dalam buku ni.

Ada kawan kak semasa sama-sama belajar ketika ambil degree selepas 15 tahun bekerja, dia ni umur muda dari kak, bekas pelajar kak satu masa dulu, dia latih anak2 bangun setiap kali subuh ketika anak tu masih dalam hari lagi..

Tambahan isi buku ini;

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Kalau sekiranya manusia tahu apa yang tersembunyi dalan azan dan saf pertama dan mereka tidak mendapatnya kecuali diundi, nescaya mereka akan ikut serta dalam undian (orang ramai yang ingin mendapatkan saf pertama). Dan jika mereka mengetahui apa yang didapati dalam awal datang (solat jamaah), nescaya mereka akan berlumba-lumba. Dan jika mereka tahu apa yang tersimpan di dalam Solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya walau dengan merangkak”.(riwayat Bukhari)

Terima kasih aby

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Werdah,

Alhamdulillah kita bertemu lagi di alam maya ni.

Ingin memiliki buku ni. InsyaAllah akan saya cari nanti.

Semoga akak sihat sentiasa.

p/s bila free jemput ambik award di blog saya yer kak.

Leech Miracle said...

Kami di Leech Miracle,
dengan kerjasama PUSMAL Universiti Malaya
menjemput anda menjadi salah seorang daripada kami.
Layari : www.leechmiracle.com

Werdah said...

Salam Ani,

Terima kasih atas award tu.. insyaAllah akan publish nanti ya.. alhamdulillah kak sihat mudah2an Ani juga demikian, insyaAllah.

Werdah said...

Leech Miracle

Alhamdulillah, saya dah ke sana.. tak berani dengan lintah.. jadi takut nak cuba..

Apa-apapun tak dinafikan boleh meredakan sakit dengan izin Allah jua. InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails