Wednesday, July 21, 2010

Demi Matahari

Sumber Gambar
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dan memuji Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kenikmatan kita menghirup udaranya dan banyak lagi nikmatNya sehingga kita tidak mampu menghitungnya.

Marilah kita berselawat sebanyak-banyaknya buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Pada pagi yang indah ini, semasa merayau-rayau di alam maya, saya bertemu sebuah nasyid... oleh snada; bertajuk Demi Matahari (youtube di bawah). Bila dengar nasyid ini yang terdapat beberapa sumpah; teringat sebuah buku bertajuk RAHSIA DI SEBALIK SUMPAH ALLAH oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziah terbitan Pustaka Al-Shafa, Kuala Lumpur yang telah dibeli lama dahulu.

Dalam Al-Quran kita sering menemukan ayat tentang Allah bersumpah demi sesuatu, baik dengan kalimah yang mencantumkan kata ‘bersumpah’ mahupun kata tersebut tersembunyi dan hanya mencantumkan ‘demi sesuatu’. Kedua cara ini adalah sama, bahawa Allah telah bersumpah (soal ini berkaitan dengan pemakaian kaedah tata-bahasa Arab, bahawa sumpah disampaikan dengan menggunakan 3 alternatif huruf : iaitu 'waw', 'ba' dan 'ta'.

Allah bersumpah dengan makhlukNya cukup banyak dalam Al-Quran, contoh dalam surah (Asy-Syams [91 : 1-7), : Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; (1) Dan bulan apabila ia mengiringinya; (2) Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; (3) Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), (4) Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya); (5) Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); (6) Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7)

Di bawah ini sedikit petikan pada awal bab 1:

Sandaran Sumpah Allah

Allah SWT mempunyai hak untuk bersumpah dengan sesuatu. Allah hanya bersumpah dengan diriNya yang mempunyai sifat khusus serta dengan bukti kekuasaanNya yang mengukuhkan lagi kewujudanNya. Ketika Allah bersumpah dengan sebahagian makhlukNya, perkara itu menunjukkan bahawa makhluk tersebut merupakan sebahagian daripada bukti kekuasaanNya yang agung.

Pada umumnya Allah bersumpah dengan perkataan berbentuk berita seperti dalam Firman Allah SWT :

Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata. (Az-Dzaariyaat [51] : 23)

Boleh juga dengan kalimat berbentuk permintaan seperti firman Allah SWT:

Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak).
Mengenai apa yang mereka telah lakukan. (Al-Hijr [15] : 92 -93)


Contoh ayat-ayat di atas menegaskan isi sumpah. Fungsi sumpah ialah untuk menguatkan dan menegaskan isi sumpah. Fenomena alam yang sudah dikenali secara umum seperti matahari, bulan, malam, siang, langit dan bumi dijadikan sandaran sumpah Allah SWT. Isi sumpah biasanya berupa sebahagian daripada tanda atau bukti kekuasaan Allah.

Dalam buku ini terdapat sumpah Allah yang dipetik daripada surah-surah yang terdapat dalam al-Quranul Karim. Antaranya ialah sumpah Allah terhadap manusia dan balasan, sumpah Allah dalam surah al-Qiyaamah, surah Asy-Syams, surah al-Fajr, Surah al-Balad, At-Tiin, al-Lail, Ad-Dhuha, al-'Aadiyat, al-'Asr, al-Buruuj dan banyak lagi.



Demi Matahari

Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Sumber [lirik]

Di bawah ini sekadar memetik beberapa perenggan daripada bab Merenung Diri

Allah bersumpah dengan jiwa dan seluruh penyempurnaan diri kita, agar kita memerhatikan dan merenung bukti-bukti kebesaranNya, pada permulaan penciptaan yang bermula daripada setitis air mani yang hina dan lemah. Jika jatuh ke bumi tiada siapa yang mengingininya. Lemahnya air itu jika ditinggalkan biar sesaat oleh Alllah SWT ia akan mati. Kita diminta memikirkan bagaimana Allah pemilik segala jenis air tersebut dikeluarkan daripada tulang sulbi dan tulang dada kita. Bagaimana pula DIA menciptakan rasa cinta dan kasih sayang antara lelaki dan perempuan?

Daripada rasa cinta itu, air yang hina tercurah ke dalam rahim iaitu tempat yang kukuh, tidak tersentuh oleh tangan, tidak terkena sinar matahari dan tidak pula ditiup angin. Allah mengubah air yang hina itu peringkat demi peringkat untuk berkembang sedikit demi sedikit dengan memberinya makan dengan darah. Bagaimana pula terbentuk segumpal darah, kemudian menjadi daging, otot, urat dan seterusnya. Jika Allah perlihatkan kejadian itu kepada kita pasti kita akan dapat menyaksikannya degan jelas.

Dalam Bab Akhir: Sumpah Allah Dalam Surah An-Nisaa'


Allah SWT bersumpah:

"Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya". (An-Nisaa' [4] : 65)

Allah SWT bersumpah dengan diriNya yang Maha Suci; iaitu manusia disifatkan sebagai tidak beriman sehingga mereka menjadikan rasulNYa sebagai hakim dalam setiap persoalan, sama ada bersifat asas, cabang, hukum syari'at yang mereka perselisihkan. Dengan ini terbukti jika keputusan yang dibuat walaupun berdasarkan al-Quran dan sunnah namun tidak dapat diterima manusia, maknanya manusia itu tidak beriman.

Penulisan ini sekadar perkongsian ilmu, bahawa banyak sungguh sumpah Allah di dalam kitabNya. Timbul idea nak tulis kerana lihat youtube di atas. Sumpah Allah beserta dengan bukti-bukti lengkap bagi mengukuhkan keimanan kita.. Maha Suci Allah.. Sekian semoga mendapat manfaat.

Boleh baca lagi tentang SUMPAH DALAM AL-QURAN di sini dan di sini

~
~

Tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada
saudara cemomoi untuk lencana di bawah:
baru sedar ada lencana ni,

~
~

Juga terima kasih kepada saudari Ani kerana 2 award di bawah:



14 comments:

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah...

Apa khabar, moga kakak sihat hendaknya..:)

Subhanallah..Syukur adalah kaca mata yang paling nikmat, dengan syukur pemandangan menjadi lebih indah.

Banyak bersyukur atas nikmatNya, banyak bersyukur atas rezekiNya, banyak bersyukur atas karuniaNya, banyak bersyukur atas ciptaanNya , banyak bersyukur atas lingkungan yang telah diciptakanNya, banyak bersyukur atas segala-segalanya. Semoga kita semua menjadi hamba-hambaNya yang pandai bersyukur kepadaNya. Amin.

CIKGU ZAM said...

salam kak,
salam ziarah dan silaturahim, sangat menarik dan penuh ilmiah kisah yang dikongsikan, suka dengan lagu dan minta izin utk downlaod ya, terima kasih

cemomoi said...

tima kasih sudi terima lencana

tima kasih sudi kongsi ilmu

suka baca juzuk amma cam surah ad-Dukhaan sebab ayat pendek padat sebahagiannya memang banyak dengan sumpah Allah seperti yang disebut tu

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Alhamdulillah kak sihat, terima kasih atas doa, semoga Abd Raxak juga sihat di sana.

"Syukur bukanlah melihat nikmat yang diterima tetapi sedar dan mengingat kepada pemberinya"; dengan demikian jiwa orang yang bersyukur sentiasa terkawal, kerana dia sentiasa sedar dan ingat serta pandai berterima kasih
kepada sumber daripada segala sumber kenikmatan yakni Allah ar-Rahman ar-Rahim.

Semoga kita semua jadi orang yang bertakwa.. Amiin.

Terima kasih ya.

Werdah said...

Salam cikgu Zam.

Salam perkenalan dan sillaturrahim juga buatmu.

Terima kasih ziarah blog kak.

Silalah upload, kakpun ambil daripada youtube.

Kak dah ke blog cikgu, banyak berjalan ke tempat orang ya.. seronok tu.

Werdah said...

Salam cemomoi

Alhamdulillah ada ulama' yang mahu menulis dan mengkaji serta menterjemah ke dalam bahasa kita, jadi dapatlah tulis serba sedikit.

Terima ksaih juga tentang lencana tu.
Kak tak pandai nak buat lencana. Nak kena belajar..

Kunang-Kunang said...

Salam Sis Werdah,

Alhamdulillah sekarang ni dah banyak buku-buku yang menyingkap tentang rahsia-rahsia yang tersirat di dalam firman Allah.

Sis, terima kasih sudi terima award dari saya tu. Semoga akak sihat sentiasa.

Ros Illiyyuun said...

Salam Kak :)

Pengisian yang membuka minda...Dalam melihat alam di bumi milik Allah ini, sewajarnya bukan setakat 'melihat' tetapi hendaklah disertai dengan 'memerhati' supaya rahsia alam dan keagungan Maha Pencipta dapat dirasai.Maha Suci Allah Pencipta sekalian alam. Subahanallah...Walhamdulillah, Wallahu Akbar...

aby said...

salam k werdah ..
terlambant plak aby buat reply ni ..

aby tertarik dgn paparan surah as syam tu..

psl matahari dan bulan bintang ..

allah swt yg menguasai langit bumi dan seisinye .. tidak lain menghendaki ciptaan nye patuh kpd nye.
sebagaimane kite d bumi bertawaf d keliling kaabah ..
begitula juge d langit ..
sume planet2 termasuk bumi tawaf mengelilingi matahari ..
malah planet2 lebih patuh dari kite d dalam mengikut jalan lurus yg d tetapkan .. lari jer dari lantasan orbit yg d tetapkan allah .. belakulah bencana perlanggaran antara planet2 dan bintang ..

gitu juge dgn kehidupan kite ..
jalan lurus telah d tetapkan ..
lari dari jalan lurus yg telah d tetapkan bermakna kite menempah bencana utk diri kite sendiri ..

penjejak maya said...

salam,

terima kasih atas perkongsian ini moga kita semua mendapat rahmat-Nya..

Werdah said...

Salam Ani,

Benar, banyak sumber yang kita boleh pelajari namun yang penting kena amalkan apa yang telah dipelajari. Itu yang terasa masih kurang. Harapan terlalu tinggi, harap dapat tambah amal.

Terima kasih kembali.

Werdah said...

Salam Ros.

Begitulah Allah menyuruh kita memerhatikan tanda-tanda kebesaranNya yang terdapat pada diri kita dan segala makhluk ciptaanNya. Allah Maha Besar, Maha Berkuasa dan Maha Segala Kebesaran dan Kemuliaan.

Werdah said...

Salam aby

Segala makhluk ciptaan Allah menurut segala kehendak Allah sama ada secara sukarela atau terpaksa bahkan bayang-bayang sekalipun. Betapa hebatanya Allah dan segala ciptaanNya.

Werdah said...

Salam Penjejak Maya

Mudah2an kita semua dirahmatiNya, insyaAllah. Allahumma Amin

Related Posts with Thumbnails