Sunday, August 15, 2010

Ustaz Ahmad Sonhadji Kembali ke Rahmatullah



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Sebentar tadi saya sempat melayari kedua-dua laman web Ustaz Nasharudin Tantawi dan Saifulislam.com memuatkan berita tentang kepemergian ke hadrat Ilahi Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad, seorang tokoh ilmuwan terkemuka di rantau ini pada usia 88 tahun pada tanggal 2 Ramadhan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010

Saya mula mengenali Allahyarham pada awal tahun 90-an melalui buku Tafsir Al-Quran berwarna kuning terbitan Puataka Al-Mizan yang beralamat di Jalan Raja Alang Kuala Lumpur. Tafsir ini dihadiahkan oleh seorang sahabat sebanyak 30 buah. Sebuah memuatkan sebuah juzuk al-Quran. Alhamdulillah sudah beberapa kali mengulang membacanya serta membuat rujukan.

Bermula dari satu siri kuliah tafsir Al Quran di radio, kemudian kuliah tafsir itu diolah menjadi sebuah kumpulan kitab-kitab tafsir Al Quran 30 jilid yang dinamakan 'Abrul Athir (Tafsir Al-Quran di Radiao). Kitab tafsir Al Quran 'Abrul Athir itu kini menjadi rujukan dan buku teks di majlis pengajian tafsir di Malaysia, Singapura dan Brunei. Ia merupakan satu-satunya kitab tafsir yang lengkap dan mudah difahami yang asalnya ditulis dalam bahasa Melayu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh beliau yang meninggalkan dunia buat selama-lamanya, Al-Fatihah.



Boleh juga layari link ini dan ini, untuk maklumat berkaitan.

16 comments:

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah..

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun..

Semoga Allah himpunkan beliau dalam golongan orang-orang mukmin.

Semoga Allah limpahkan kesihatan yang berpanjangan buat Kakak sekeluarga dalam menjalani ibadah puasa.

Lynn Nasir said...

innalillah..

semoga rohnya dicucuri sebesar2 rahmat oleh Allah swt..tak kenal tp hati rasa tersentuh krn kehilangan salah seorg org alim.

selamat berpuasa kak, maafkan saya jika pernah mengguris hati ketika memberikan komen :)

zulkbo said...

salam..
pergi satu lagi hamba Allah menemui
tuhannya yang abadi..semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh..Al-Fatihah..

aby said...

innalillahi wainnailaihirojiun ..

setiap yg hidup pasti akan kembali kpd allah swt ..
semoga allah meletakkan arwah bersama sama org yg soleh ..

alfathihah utk arwah ..

Werdah said...

Salam Abd Razak,

Semua orang akan kembali ke tempat asal, cuma bagi kak tak banyak rasanya amalan yang ditinggal lebih2 lagi buku-buku seperti yang ditinggalkan Allahyarham ini. Namun harapan kak dapatlah kita mengambil manfaat daripada apa yang ditinggalkan oleh para ulama' buat kita.

Semoga Abd Razak dan semua rakan-rakan blog juga diberi kekuatan dan kesihatan menjalani ibadah dalam bulan Ramdahan dans seterusnya, insyaAllah.

Teringat abang kak juga pergi menghadap Ilahi pada 7 ramadhan tahun lepas 1430H hari Jumaat semasa umurnya 69 tahun.

Semoga Allah merahamati semua orang-orang yang beriman yang telah meninggal ataupun yang masih hidup. Amiin.

Werdah said...

Salam Lynn.

Selamat berpuas juga buat LYnn dan selamat meraih keberkatan bulan puasa pada tahun ini. Dik, tak ada apapun yang mengguriskan perasaan kak, janganlah bimbang.

Sama-samalah kita saling memaafkan andainya kita tak tersedar melakukan kesilapan.

Werdah said...

Salam Zulkbo.

Semoga kembalinya ke Rahmatullah, Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad pada awal Ramadhan 1431H ini, hanya sekadar perpindahan beliau daripada kepenatan dunia menuju kepada kerehatan di barzakh, tetapi hakikatnya Ustaz terus ada bersama kita melalui karya-karyanya yang banyak itu, antara yang ada dalam koleksi kak ialah MARI SEMBAHYANG. Al-Fatihah

Werdah said...

Salam Aby.

Benar tiap-tiap yang bernyawa akan mati, hanya masa yang kita tidak ketahui.. pemergian allahyarham menjadi iktibar bagi kita semua. Semoga kita semua pergi dalam keadaan husnul khotimah.. Amiin.

Ros Illiyyuun said...

Salam Kak...

Teringat waktu study dulu, kerap juga merujuki penulisan beliau untuk buat assignment.

Semoga pemergian beliau akan mencambahkan lagi banyak ilmuan yang baru.

Semoga ruh almarhum dicucuri rahmatNya.Ameen.

Werdah said...

Salam Ros.

Begitu juga dengan kak banyak juga merujuk ketika menyediakan projek Tahun Akhir pada tahun 1993 dahulu. Masa inilah merujuk kepada Tafsir beliau.

Semoga Roh beliau ditempatkan di kalangan solihin. Amiin.

Kunang-Kunang said...

Takziah kepada keluarga Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad dan semoga Allah mencucuri rahmada ke atas ruh beliau.

Werdah said...

Salam Ani.

Sememangnya kita patut terasa kehilangan beliau, semoga keluarga tabah dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para solihin. Amin.

syahbandar87 said...

hilangnya seorang ulama,seorang pewaris nabi.pewaris perjuangan baginda.satu kehilangan yg amat besar dlm dunia islam.al-fatihah

Werdah said...

Salam Syah.

Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas ruh beliau. Beliau banyak berjasa meninggalkan banyak karya yang dapat kita rujuk..

Kamsiah said...

Al fatihah...perginya dibulan mulia..semoga dipermudahkan segala urusannya disana

Werdah said...

Salam Kamsiah.

Allahumma Amiin..

Related Posts with Thumbnails