Friday, September 24, 2010

Tahukah anda tentang binatang ini?

Bismillahirrahmanirrahim.

Barangkali ramai telah tahu tentang kisah binatang ini. Saya pula baru tahu beberapa hari lepas. Biarpun umur sudah dalam lengkongan 'mengintai-intai kematian', saya baru mengetahui ada binatang ini di dunia ini.

Inipun selepas dialog di bawah:

"Mak!, mak tau tak tentang cicak tokek?". Menantu bertanya.

"Cicak tokek? Apa tu?" Balas saya.

"Kata kawan cicak tu boleh dijadikan ubat HIV (Aids)".

"Mak cuba googles mak!" kata menantu lagi.

Tangan saya cepat menaip cicak tokek (kebetulan ketika itu sedang menghadap komputer) dan hasilnya klik dan gambarnya klik.


Apa yang ingin dikongsikan ialah tentang apakah hukumnya makan cicak tokek?.

Harganya juga mahal, apakah hukum berjualbeli cicak tokek?.



Sumber Gambar : SINI

Sumber Gambar : SINI dan SINI

Maklumat cicak ini juga boleh dibaca di Wikipedia

Dan di bawah ini disalin artikel daripada http://pemuda-tawau.blogspot.com/2010/04/hukum-jual-beli-binatang-tokek.html

Ada beberapa pendapat tentang hukum serangga, termasuk tokek dan cicak.

HUJAH 1 : Kebanyakan ulama’ menyatakan bahawa serangga adalah haram, ini kerana ia termasuk binatang yang menjijikkan. Pengharaman serangga adalah termasuk dalam keumuman ayat 157 Surah Al A’raaf berikut:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ

“Dan ia menghalalkan yang baik dan mengharamkan atas mereka segala yang buruk (menjijikkan).."

Banyak ulama’ menyatakan bahawa standard barang yang menjijikkan ialah berdasarkan pendapat masyarakat umum, bila masyarakat umum menyatakan suatu hal itu menjijikkan maka itu haram, bila kebanyakan mereka menyatakan tidak menjijikkan maka itu halal. Dalam isu ini, semua orang menyifatkan cicak & tokek adalah jenis binatang yang menjijikkan. Melihat sahaja ekornya yang terputus dari badan, sudah ramai yang geli geleman.

Dengan demikian, cicak dan juga tokek tidak dapat dikategorikan sebagai hal yang baik (thayyibaat). Bahkan ia termasuk sebagai al-Khabaais. Bahkan Ibnu Hazem Al Andalusi menyatakan dalam (Al Muhalla 7/405) : “Cicak adalah salah satu binatang yang paling menjijikkan.”

As Syaukani menyatakan dalam (Nailul Authar 8/200) : “Cicak itu termasuk binatang melata yang mengganggu manusia, dan tokek adalah salah satu spesies daripadanya yang berbadan lebih besar.”

Kesimpulan awalnya, ulama’ telah menegaskan bahawa tokek adalah satu spesies & satu keluarga dengan cicak, dengan demikian hukumnya pun adalah sama.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 2: Berkaitan dengan cicak dan tokek, Nabi SAW secara khusus telah memerintahkan kita untuk membunuhnya setiap kali kita melihatnya. Asas kepada hukum yang melibatkan binatang ialah :

Binatang yang diperintahkan untuk dibunuh tanpa melalui proses penyembelihan adalah haram dimakan, kerana seandainya haiwan-haiwan tersebut halal untuk dimakan maka tentunya Nabi SAW, tidak akan mengizinkan untuk membunuhnya kecuali setelah proses penyembelihan yang syar'i.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 3 : Di dalam hadis yang lain dinyatakan pula membunuh cicak dengan pukulan yang pertama lebih banyak pahalanya berbanding pada pukulan kedua dan ketiga. Ini berdasarkan hadis di dalam Sahih Muslim, Nabi S.A.W. bersabda:

مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِى أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِى الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِى الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ رواه مسلم

“Barang siapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, maka ia mendapatkan pahala seratus kebaikan, dan bila ia membunuhnya pada pukulan kedua, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu, dan bila pada pukulan ketiga, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu.” (Riwayat Muslim).

PERSOALANNYA sekarang , para pemburu & penggemar tokek pasti akan menyalahi 2 hujah kenabian ini. Apa tidaknya? Bukankah Nabi menyuruh kita membunuh tokek ini? Tapi penggemar tokek sanggup untuk membina sangkar yang selesa demi memelihara tokeknya. Bahkan tokek ini akan dijamu makanan yang lazat & berzat demi membina tumbesarannya agar melebihi 300 gram ke atas. Hal ini tidak ubah bagai layanan terhadap seorang atlit bina badan pula. Sekali lagi manusia mencabar larangan kekasih Allah sebenarnya.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 4 : Tokek termasuk kategori binatang yang jahat @ fuwaisiq. Imam Muslim meriwayatkan :

عن سعد بن أبي وقاص :أن النبي [ص] أمر بقتل الوزغ وسماه فويسقا رواه مسلم

Diriwayatkan dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqas RA, bahwa Nabi SAW, memerintahkan agar kita membunuh cicak, dan beliau menyebutnya sebagai fuwaisiq (binatang jahat). (Riwayat Muslim)

Para ulama’ antaranya ialah Imam An Nawawi telah menjelaskan bahawa hikmah sebahagian binatang ini digelar dengan (fasiq atau fuwaisiq) adalah dikeranakan binatang-binatang tersebut menyalahi keumuman binatang melata lainnya, dalam hal kehalalan atau larangan membunuhnya. (Nailul Authar 5/80)

Oleh kerana itu para ulama’ menegaskan bahawa setiap binatang yang digelar sebagai binatang fasiq atau fawasiq atau fuwaisiq, halal untuk di bunuh, baik di tanah halal atau tanah haram, baik ketika sedang berihram atau tidak. Pada beberapa riwayat lain, antaranya Ibnu Majah menjelaskan mengapa keluarga cicak digelar fuwaisiq :

كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ

“Dahulu cicak itu meniup-niup (api agar semakin marak membakar) nabi Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari)

معشر المسلمين رحمكم الله

Bila penjelasan ini telah dapat diterima, maka dapat disimpulkan bahwa memperjual-belikan tokek, cicak dan yang serupa tidak dibenarkan ataupun haram. Yang demikian itu dikeranakan setiap yang haram, pasti haram pula untuk diperjual-belikan:

إنَّ الله إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيءٍ حَرَّمَ عَلَيهِمْ ثَمَنَهُ

“Sesungguhnya bila Allah telah mengharamkan atas suatu kaum untuk memakan sesuatu, pasti Ia mengharamkan pula atas mereka hasil penjualannya.” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan dinyatakan sebagai hadits shohih oleh Ibnu Hibban)

معشر المسلمين رحمكم الله

Antara beberapa persoalan tambahan yang perlu direnungi oleh mereka yang berminat menceburi perniagaan Haram ini ialah :

1- Sejauhmana kebenaran bahawa tokek ini digunakan sebagai bahan utama untuk penawar penyakit AIDS? Atau ia hanya propaganda yang sengaja digembar-gemburkan untuk memperbodohkan umat Islam. Apabila Islam telah mengaramkannya & Nabi pula mengarahkan agar haiwan ini terus dibunuh, masakan masih ada penawar pada tubuh haiwan ini?

2- Apakah benar ada tokek yang saiznya begitu luar biasa hingga mencapai berat yang heboh diceritakan ? saya khuatir andai saiz dan syarat yang dikenakan oleh pembeli itu adalah syarat yang mustahil untuk disediakan.

3- Adakah benar tokek ini bisa membawa pendapatan yang lumayan, atau ia hanya sekadar cerita-cerita yang bersifat sebagai aji no-moto sahaja? Kalaulah ia bisa kaya, rasanya sudah lama penduduk di Pulau Banggi, di Kudat sana bergelar jutawan, kerana tokek memang banyak membiak di sana.. Inilah pendapat yang menurut hemat saya dan sebatas ilmu yang saya miliki, hujah yang paling kuat dalam permasalahan ini. Adalah diharapkan masyarakat Islam di Tawau ini, dapat mengelakkan diri, daripada terlibat dengan aktiviti bisnes yang menghimpunkan pelbagai unsure pengharaman ini.

Memang kita digalakkan untuk menceburi sesuatu yang baru. Tetapi, seandainya telah wujud beberapa dalil & hujah yang melarangnya, bererti, perkara tersebut telah menjadi Haram dengan sebab yang mendatang tadi.

Wallahu a’alam bisshowab.

Boleh baca dalam forum tentang halal atau tidak cicak ini di http://202.71.110.81/portal/forums/showthread.php?t=156610&page=4

Sebelum penulisan ini dipublish saya sempat membaca tentang Bolehkah Haiwan Ini Di Makan?

Saya hanya menyampaikan apa yang saya baca, tentang persoalan hukum eloklah kita bertanya kepada yang arif. Namun saya yakin apa yang dikemukakan oleh Pemuda Tawau itu ada kebenarannya.

Saya juga berpesan kepada menantu, jika ada yang terkena HIV ini biar melalui apa cara sekalipun janganlah berubat atau makan binatang ini ; usahlah menambahkan saham yang boleh membinasakan lagi hidup kita.

Mencari yang halal adalah fardhu bagi setiap umat Islam.

16 comments:

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak.... hmmm kawan2 saya ada yang berjual beli tokek ni... terima kasih hal info ini.... saya mohon posting kat blog saya dan saya akan linkkan kepada blog akak....untuk renungan sekalian....

Werdah said...

Salam Alimaz.

Ya kah.. Ambillah info ini.. jika ada manfaarnya, eloklah dikongsikan..

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah...

Semoga kakak sihat hendaknya..tgh sakit kepala ni kak.

Terima kasih atas ilmu ini. Kalau ada ulama mengatakan cicak itu haram dimakan maka ada baiknya kita menjauhinya sekali pun bertujuan untuk berubat...

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Mudah2an segera hilang sakit kepala tu. Kak alhamdulillah sihat.

Ya, kak bersetuju sangat.. kita dah tahu haram jadi tak perlu lagi mengambilnya biarpun dikatakan boleh menyembuhkan.

Mudah2an kita sentiasa diberi petunjuk tentang perkara-perkara yang haram.

cemomoi said...

dah lama dengo tapi tak kisah tentang hal jual beli tu. tima kasih atas info, baca sampai habih ni sebab nak tau dengan detail alasannya tu.

mungkin ada kebaikan pada binatang ni tapi barangkali keburukan lebih besar dari manfaatnya macam arak la juga.

abu muaz said...

tak payah rekalah.... ubat AIDS ke apake? bala dari Allah semua tu.

Pn Kartini said...

Salam my dear sis..:):)

Aduhai ...
Antara spesies binatang yang allergic nak tgk!!...tgk pic cicak tu pun sebelah mata jekk niih..(heheh..guru bio konon..tapi geliiii...ish5x)

Pe2..tq sis utk info si cicak tokek:)

Werdah said...

Salam Cemomoi.

Perasaan ingin tahu bagi menambah ilmu itu baik, alhamdulillah kita sentiasa diberikan ilmu.. bagi kak elok sangat dibaca jadi bila timbul persoalan di kalangan kita, mudahlah bagi kita menjawabnya.

Elok kita ambil yang lebih memberi manfaat yang mudharat kita tinggalkan, insyaAllah.

Werdah said...

Salam Abu Muaz.

Benar tu...Perkara utama yang perlu dicegah ialah menghindari perbuatan yang boleh membawa penyakit itu kepada kita, namun adakalanya penyakit itu datang bukan kesalahan kita, tetapi apapun jua usahlah berubat dengan yang haram. Setiap penyakit ada ubat tapi bukan dengan yang haram.

Werdah said...

Salam Tinie.

Ya ke, ramai yang geli geleman tengok ciptaan Allah yang satu ini.

Kak dulu2 masa zaman kanak-kanak tersangat takut ulat, katak, cacing dan seumpamanya dengannya, (ada satu ketika diterperanjatkan oleh kawan2, kak demam berhari-hari)tetapi selepas ambil subjek biologi semasa berada di Tingkatan 6, bedah katak, tikus dan cacing dah tak ada rasa geli lagi.

Kak dah agak ramai yang tak berani tengok gambar ni kerana geli. Maafkan ya..

Insan Marhaen said...

semalam IM sempat dengar ringtone talipon kawan IM bunyi cicak tokek...

Werdah said...

Salam IM

Sedap sangat ke bunyinya.. baru kejap tadi google youtube nak dengar bunyi tu..

Macam-macam ya!

ibuintan said...

salam kenal kak Werdah,
info yang sangat bagus, itulah masyarakat kita terlalu mudah mempercayai sesuatu yang sudah pasti status dan hukumnya...kalau sudah tertulis hukumnya haram mengapa dengan mudah kita hendak mengubah hukum tersebut..

gunalah pengubatan yang sudah tentu untuk sesuatu penyakit itu, jangan kita terlalu mudah diseleweng oleh bangsa lain

Werdah said...

Salam kenal juga ibuintan.

Itulah kebenarannya.. sepatutnya kita berpegang kepada pesan Allah dan RasulNYa, bahawa setiap penyakit ada ubatnya, dan berubatlah dengan yang halal. Kitapun tahu mereka yang dah dimurkai dan yang dah tersesat tu sentiasa mencari jalan agar kita turut ikut nafsu mereka, jadi usahlah ikut.

kak Erna said...

salam werdah..tak tau macamana..kan..padahal cicak..kalau dah mati..bangkainya..bukan main busuk bau nya..mau satu rumah,,berbau..
terima kasih berkongsi pasal cicak ini..

Werdah said...

Salam kak Erna... salam kenal.. ya lah cicak tu jijik (geli geleman) kita nak tengok.. satu lagi kitapun tahu kisahnya meniup api supaya kuat api membakar Nabi Ibrahim as, serta Nabi Muhammad saw pun menuruh membunuhnya.. jadi tak perlulah nak makan dan sebagainya.

Related Posts with Thumbnails