Thursday, December 23, 2010

Al-Bayaan ( ٱلۡبَيَانَ )

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Puji Bagi Allah Tuhan sekalian alam yang PenguasaanNya meliputi segala alam yang zahir, ghaib dan juga alam-alam yang tidak pernah dikenali manusia. Di atas RahmatNya juga, kita muslimin tidak teraba-raba mencari persoalan Siapakah Dia yang patut kita sembah dan berterima kasih kerana kita telah pun dianugerahkanNya dengan Islam yang membawa kita mengenal Pencipta kita.


Dengan RahmatNya juga kita dianugerahkan dengan Al-Quran sebagai panduan hidup dan penggerak kemajuan bagi setiap Muslim yang benar-benar beriman. Al-Quran, wahyu yang diturunkan Allah melalui perantaraan Ruhul Quddus kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rahmatan lil 'Alamin, membentuk peribadi Rasullullah s.a.w. menjadi contoh manusia teragung yang seharusnya dijadikan ikutan semua yang bergelar muslim.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang menulis lagi kali ini.. Apa yang dikongsikan ini ialah hasil pembacaan dan mendengar ceramah.. Pengetahuan penulis blog ini amatlah terbatas sebenarnya untuk membincangkan perkara-perkara sebegini.. apa-apapun semoga Allah tetap memberikan hidayah...Amiin.

Allah berfirman:

A001

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 

 A001

 (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.(1)

 A002

Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. (2)

 A003
Dialah yang telah menciptakan manusia. (3) 

 A004
Dialah yang telah mengajar manusia bercakap berhubung dengan semua keterangan (tentang semua perkara itu dengan jelas). (4)

 A005
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. (5)

 A006

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (6)

 A007
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (7)

 A008
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8) 

A009 
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang." (9) - (Surah Ar-Rahman [55] ayat 1 hingga 9)



Allah SWT menjadikan alam ini sebagai pentas ilmu pengetahuan supaya manusia meneroka kemajuan. Disebabkan alam ini milik Allah maka Allah SWT telah menyediakan sebuah kitab yang sangat penting bagi membolehkan manusia meneroka alam ini. Itulah al-Quran, di dalamnya terdapat sumber segala ilmu, menjadi rujukan sepanjang zaman.


Allah telah memperkenalkan kepada manusia petunjuk di dalamnya bagi memastikan manusia mencapai matlamat hidup yang sejahtera. "Dialah yang telah menciptakan manusia. (3)  Dialah yang telah mengajar manusia bercakap berhubung dengan semua keterangan (tentang semua perkara itu dengan jelas). (4).


Yang dimaksudkan dengan Al-Bayaan ( ٱلۡبَيَانَ ) ialah percakapan dan kefahaman. Dua perkara ini kurniaan yang istimewa daripada Allah SWT yang membezakan manusia dengan makhluk lain.


Ada mufassir mengatakan manusia yang dimaksudkan itu adalah Nabi Adam as dan ada juga mengatakan Nabi Muhammad saw. Nabi Adam as diajar pelbagai nama dan sifat-sifat benda. Nabi Muhammad saw diajar untuk berbicara dan menyampaikan khabar tentang orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian. Memberitahu tentang halal haram serta hukuman dan juga tentang hari akhirat dan pembalasan.

Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi untuk diambil pengajaran daripadanya. Al-Quran penuh khazanah di dalamnya, bukan hanya menerangkan tentang cara hidup di dunia seperti pentadbiran, perundangan dan kehakiman, ekonomi, akhlak dan sosial sahaja. Juga bukan hanya mengajar manusia untuk hidup di akahirat, malah al-Quran menerangkan segala kejadian alam yang melibatkan bidang-bidang lain yang tidak kurang pentingnya.


Menurut kajian pakar al-Quran yang mengkaji bilangan ayat-ayat berkaitan bidang-bidang tertentu mereka mendapati bahawa: ADA


134 ayat berkaitan Biologi.
114 ayat berkaitan Fizik.
11 ayat berkaitan Kimia.
113 ayat berkaitan Falak dan Angkasa. 
104 ayat berkaitan Geografi. 
90 ayat berkaitan Pertanian. 
6 ayat berkaitan Perubatan cara Islam. 
141 ayat berkaitan Perubatan rohani. 
5 ayat berkaitan Perubatan bayi. 
9 ayat berkaitan Perubatan penuaan. 
37 ayat berkaitan Perubatan pencegahan. 
73 ayat berkaitan perubatan dan Matematik. 
9 ayat berkaitan Pembedahan perubatan. 
22 ayat berkaitan Pembedahan mayat.
59 ayat berkaitan Peranan anggota dan saraf.
15 ayat berkaitan penyakit hidung dan kerongkong.
9 ayat berkaitan penyakit kulit.
10 ayat berkaitan penjagaan pesakit.
69 ayat berkaitan penyembuhan.
69 ayat berkaitan rangsangan kepada membuat kajian.
25 ayat berkaitan Asal usul kejadian manusia.
17 ayat berkaitan Keturunan atau baka.
4 ayat berkaitan Mata.
32 ayat berkaitan wanita dan kelahiran bayi.
37 ayat berkaitan Janin.
60 ayat berkaitan Kaji bumi.
30 ayat berkaitan Kenderaan alat perhubungan.
36 ayat berkaitan laut dan sungai.
27 ayat berkaitan Sains Sosial.
24 ayat berkaitan Sains Pemakanan.
18 ayat berkaitan sains Umum.
8 ayat berkaitan bahasa-bahasa binatang dan burung.

(Semua ini adalah petikan daripada buku Mukjizat Al-Quran & amp; Fakta-Fakta Saintifik terbitan al-Hidayah Publication).

Ada lagi lain-lain bidang yang masih belum diketahui. Hanya Allah yang Tahu semua perkara. Ilmu yang dimiliki oleh manusia berbanding ilmu Allah ibarat setitik air yang melekat di jari kita apabila dicelup dan diangkat daripada lautan.

Sehubungan dengan apa yang saya tulis di atas, saya ingin kongsikan ceramah tentang cerita artis.

Melihatkan tajuk Youtube : Artis Malaysia timbul hasrat ingin mendengar.. apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Ustaz Kazim.

Pada peringkat pengenalan ustaz memaparkan kisah 4 orang para artis veteran yang pada ketika ceramah ini diadakan, mereka berkeadaan uzur. Ustaz bandingkan dengan keadaan mereka dalam filem-filem yang pernah mereka lakunkan. Sebenarnya ceramah ini tentang Majlis Maulud Nabi.. Namun ada menyentuh tentang  tentang Al-Quran yang bijaksana yang memberikan petunjuk.. Siapa yang mengikut al-Quran dia akan mendapat cahaya keimanan. Kita kena jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai teladan dan sebagainya.. Agak lama juga nak habiskan sesi mendengar ceramah di bawah ini. Jika ada kesempatan dengarlah...banyak pengajarannya.. banyak yang disentuh dalam kehidupan.. Di bawah saya hanya tuliskan beberapa petikan ayat-ayat yang di baca... jika nak dihuraikan satu-satu pasti panjang. 


Allah berfirman dalam Surah YaSiin [ 36 ] ayat 5 dan 6 bermaksud:
"Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, (5) Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai." (6)
Di sini Allah memberitahu kita bahawa al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw supaya baginda memberi peringatan dan amaran kepada kaumnya yang telah lama tidak diberi peringatan.
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat) dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan  dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah [2] : 151)
Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayat petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat). (As-Syura [42] : 13)
Syari'at yang mula-mula diturunkan ialah kepada Nabi Nuh as (8000 tahun jarak masanya dengan Nabi Muhammad saw). Allah turunkan syari'at kepada Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Nabi Muhammad saw (Nabi Ulul 'Azmi)

Allah berfirman dalam Surah YaSiin [ 36 ] ayat 66 hingga 70 yang bermaksud seperti di bawah:
(Mata hati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya? (66)
(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang. (67) 
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (68) 
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan; (69) 
Supaya dia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya) dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar. (70)
Al-Quran al-hakim.. Al-Quran bijaksana.. Allah tak sebut cerdik tetapi Allah sebut bijaksana.. al-Quran boleh menyelesaikan masalah.

Mudah2an kita menjadikan al-Quran bacaan seharian dan semoga kita dapat mentadabbur... dan mengambil pelajaran... Terima kasih kepada Tinie kerana memberikan award ini:


14 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah...

Moga kakak sihat hendaknya serta sentiasa dalam pelindungan~Nya..

Terima kasih di atas tazkirah kakak ini, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat saya dan pembaca sekalian. Tgh tengok video ustaz kazim ni, kak!

kak Erna said...

salam kak werdah..moga siaht sentiasa..terima kasih keran berkongsi disni..
insyaallah kak..akan sentiasa membaca alquran..walau hanya satu muka surat..sehari..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak.

Terima kasih atas doa yang selalu dititipkan kepada kak di sini.. semoga Abd Razak juga sentiasa dalam perlindunganNya jua.

Mudah2an kita dapat ambil sebahagian pengajaran daripada yang baik dalam ceramahnya.. Mana yang tidak relevan kita jadikan sempadan..insyaAllah.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kak Erna

Terima kasih atas doamu.. semoga kak Erna juga sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan..

Peringatan buat kak werdah juga.. semoga kita dapat amalkannya untuk kebaikan kita juga.. Amiin

aby said...

salam k werdah..
sbb2 allah mencipta manusia adalah,
1. utk menjadi khalifah bumi
2. utk kite menyembahnye ..
3. utk kite menakmurkan bumi.

utk menjadi khalifah bumi,
hanya insan2 yg terpilih sahaja dapat menjadi khalifah, pastinye insan2 yg maksum, yg tidak melakukan dosa2 supaya dapat menjadi contoh kpd insan yg lain,
contoh2 insan terpilih adalah rasul2 termasuk la rasul kite nabi muhammad saw.

utk menyembah nye atau beribadat kpdnye, telah di perintahkan kepada semua manusia ...

utk memakmurkan bumi ..
itu la perlunye ilmu2 spt yg k werdah tulis .. tk ketinggalan juge Dasar ekonomi Baru, KLCC, KLIA apa jua infra stuktur utk keperluan dan kemahuan ...ilmu pemikiran yg diperlukan utk kebaikan semua makluk2 allah swt.
dalam bab yg ke 3 ni la ramai yg terperangkap antara mengikut al bayan yg akal perlu di isi ilmu ar rahman, atau pun mengikut nafsu amarah yg mengambil kesempatan kemurahan ar rahman tu supaya senang mereka melakukan mungkar ...

panjang klu nak ulas ..
hu.hu..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Benar aby.. untuk memakmurkan bumi perlu kepada ilmu.. semuanya ada dalam KITABULLAH.. siapa yang rajin mencari dialah yang mendapatnya.. semuanya ini akan kekal dalam jika seseorang jika org itu mempunyai tahap iman yang tinggi.. iman yang tinggi dimilik para rasul, nabi, khulafaul rashidin dan para wali/kekasih Allah SWT. Seterusnya mereka yang mempunyi mata hati dan fikiran yang sentiasa tertumpu kepada Allah.. mereka memilik sifat mahmudah..

Lalu jika inilah kepercayaan mereka, mana mungkin ada manusia yang rakus dalam memakmurkan bumi Allah dengan kemajuan fizikal semata-mata...

Semoga kita dapat memohon perlindungan daripada Allah daripada mempunyai sfat2 mazmumah.. semoga Allah lembutkan hati kita.... Amiin

REPUBLIKN9 said...

Salam ziarah :)

Budayakan Al Quran dalam hidup, baru berkat... nak cari kemakmuran, agama didahulukan...

Nak membangun, membangun cara Islam,
Nak maju, maju cara Islam,
Nak jadi doktor, jadi doktor yang berpegang teguh pada Islam dan begitulah seterusnye :)

Ros Illiyyuun said...

Salam Kak Werdah

Moga sihat dan dirahmati-Nya selalu hendaknya.

Begitulah kehidupan kita, takkan terpesong arah andai al-Bayaan itu dijadikan panduan dalam kehidupan.

Rasulullah (S.A.W) telah bersabda, maksudnya:

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya."

Werdah said...

Wa'alaikumussalam REPUBLIKN9

Itulah dia Ulil Albab.. mereka beriman dan takut kepada Allah.. mereka memakmurkan bumi Allah melalui syari'at yang dibenarkan... kerana mereka tadabbur ayat-ayat Allah

Mudah2an kita tergolong di kalangan orang-orang yang takwa.. Amiin

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ros

Terima kasih atas doamu.. semoga Ros juga sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan..

Itula yang sepatutnya diamalkan oleh semua kita, supaya dengannya kita bahagia di dunia juga bahagia di akhirat..

luahfikiran said...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH INI. AL QURAN ITU SERBA LENGKAP. IANYA ADALAH PEGANGAN DAN PANDUAN KITA. KITA BACA DAN KITA BERAMAL DENGANNYA.

~PakKaramu~ said...

Salam

Alhamdulillah blog orang yang bertakwa

Werdah said...

Salam LF

Terima kasih.. semoga kita dapat berusaha mengamalkan dengan memohon pertolongan daripadaNya.. amiin

Werdah said...

Salam ~PakKaramu~

Subhanallah.. tidak sanggup menerima pujian begini.. semoga Allah melindungi kita semuanya.. dan menjadikan kita orang-orang yang sentiasa takut kepadaNya..Amiin

Related Posts with Thumbnails