Thursday, January 20, 2011

Mukjizat


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang tersesat tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluaraga dan para sahabat.

Apabila Al-Quran disebut sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw tentulah Al-Quran itu memberi makna yang terlalu besar kepada umat Islam terutamanya kepada orang-orang yang serius memikirkan rahsia-rahsia Al-Quran.. Namun bagi sesetengah manusia ada yang tidak lagi menggunakan Al-Quran sebagai petunjuk jauh sekali nak memahami 'ijaznya.. mungkin ayat-ayat Al-Quran hanya digunakan untuk menghalau syaitan atau menghalau anjing.. dan jika ditanya apakah buktinya bahawa Al-Quran itu mukjizat  mungkin ramai yang tidak dapat menyatakannya.

Menurut Ustaz Kariman daripada segi bahasa mukjizat bermaksud kekuatan untuk menjadikan orang lain lemah begitu ketara. Ini dimiliki oleh Al-Quran mulai daripada ayat pertama hingga akhir ayat baik daripada segi bahasa, mahupun daripada segi pemberitaannya yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Daripada segi istilah agama pula, mukjizat ditakrifkan sebagai satu perkara, peristiwa yang luar biasa yang terjadi pada diri seseorang yang mengaku dirinya Nabi sebagai bukti kenabiaannya (membuktikan kebenaran agama yang dibawa) dan menjadi cabaran kepada mereka yang tidak percaya ataupun ragu-ragu untuk membuat yang sama tetapi tidak mampu melakukan.

Mukjizat mengandungi unsur:

1. Peristiwa yang luar biasa

Peristiwa yang bertentangan dengan sunnatullah contohnya lahirnya Nabi Isa tanpa bapa, tidak terbakar Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api dan sakit sembuh apabila disapu tangan Nabi Isa.

2. Terjadi dan ditunjukkan oleh seseorang yang mengaku dirinya Nabi.

Jika terjadi kepada bukan Nabi tidak dipanggil mukjizat sebaliknya dipanggil 'Irhas'. Saidina Umar Ibnul Khattab pernah dapat melihat tenteranya di Syam sedangkan beliau di Madinah sedang berkhutbah.. Saidina Umar memberi arahan dari Madinah dan tentera-tenteranya di Syam mendengar arahan.. ini dipanggil karamah (kemuliaan yang diberi kpd wali-waliNya). Selepas Rasulullah tidak ada lagi mukjizat.

3. Mesti mengandungi cabaran terhadap mereka yang meragukan kenabian.

Contoh cabaran yang ada dalam mukjizat:

Nabi Isa as.. kaumnya begitu maju dalam bidang perubatan, begitu banyak penyakit yang dapat dipulihkan dan Nabi Isa dapat menyembuhkan penyakit kusta yang dihidapi sejak lahir. Namun cara Nabi Isa mengubat penyakit tak sama seperti yang dilakukan oleh kaumnya yakni melalui pembedahan.. dan kaum Nabi Isa pula tak dapat mengikut cara Nabi Isa.. Mukjizat pada Nabi Muhammd saw pula, Nabi bangsa berbahasa Arab, bahasa Arab pula hurufnya ada 28 iaitu daripada huruf Alif hinggalah huruf Ya.. orang2 Arab tatakala itu terdiri daripada ramai ahli sasterawan, penyair.. Allah susun ayat-ayat daripada 28 huruf tu menjadi indah tetapi penyair, sasterawan mengarang ayat daripada 28 huruf yang sama tak menjadi seperti ayat-ayat Allah, ucapan-ucapan mereka juga tak indah sebagaimana ayat-ayat Allah.

4. Yang dicabar mempunyai kemampuan untuk dicabar.

Bila al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab ditujukan pula kepada bangsa Arab tatkala itu, kemudian disuruh pula mengarang seperti Al-quran tetapi orang-orang Arab tak mampu membuat yang serupa maka jadilah Al-Quran itu mukjizat.

Kaum Tsmud (Kaum Nabi Saleh) pula hebat dalam senibina, batu-batu diukir jadi patung, (seolah-olah patung itu benar-benar hidup) rumah, istana diukir daripada batu menjadi tempat kediaman yang mewah lalu mukjizat kepada Nabi Saleh ialah keluarnya unta hidup (Unta betul) daripada batu bagi menandingi kehebatan mereka mengukir patung lembu yang seolah-olah hidup.

Banyak bukti terdapat dalam ayat2 al-Quran tentang kemukjizatan al-Quran, salah satunya ialah ayat yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad saw iaitu Al-'Alaq ayat (1-5)
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)

Inilah wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah ketika berada di Gua Hira'.. kenapa perintah membaca kepada Nabi Muhammad khasnya dan umumnya kepada manusia? Bukankah Allah mengetahui dan orang-orang ketika itu juga mengetahui bahawa Nabi Muhammad saw tak tahu membaca dan menulis? Lalu di manakah munasabahnya Allah memerintahkan supaya Nabi membaca? Tentu pelik bukan?

Iqra' tak seharusnya difahami atau diterjemahkan sebagai membaca apa yang telah tertulis tetapi Iqra' hendaklah difahami sebagai menghimpun, menyampaikan, mengakaji, meneliti, menelaah, mengetahui ciri-ciri segala sesuatu bukan sekadar membaca. Ketika mendapat perintah membaca itu Nabi bingung seketika sebab baginda tidak tahu membaca dan Jibril as pula tidak membawa apa-apa bahan yang boleh dibaca.. setelah dipeluk oleh Jibril as.. Nabi menjawab dalam keadaan payah, letih, lemah "Aku tak boleh membaca" .. lalu dipeluk lagi oleh Jibril as, dijawab lagi oleh Nabi dan dipeluk lagi.. kali ketiga Nabi bertanya: "Apakah yang perlu aku baca?".

Allah tentu sengaja tak memberitahu objek yang perlu dibaca.. Allah nak bagi tahu supaya Nabi dan manusia mengkaji apa sahaja yang ada di bumi ini (alam besar hinggalah alam kecil) mulakan dengan Nama Allah.. Inilah yang boleh mengubah nasib sesorang.. mengkaji apa sahaja dengan syarat niat "DENGAN NAMA ALLAH"

Allah mengulangi IQRA' sebanyak 2 kali. Ini sudah tentu mempunyai makna tersendiri.. ini kerana dengan mengulangi bukan sahaja bacaan menjadi lancar, kajian juga menjadi mantap (Orang mengkaji/mencari bukan hanya sekali - daripada search (sekali) dah jadi research yakni ulang). Setiap sesiapa yang mengkaji pasti Allah bagi ilmu yang belum pernah diberikan kepada orang-orang terdahulu.. Allah bagi hasil yang berbeza walaupun yang dikaji benda yang sama.. sehingga apabila Iqra' ini dibudayakan masyarakat akan maju.. Ingat dulu ketika al-Quran belum diturunkan dunia berada dalam kegelapan dan tidak bertamaddun.. bila al-Quran diturunkan manusia mula berfikir, bila berfikir dengan IQRA' BISMIRABBIKALLAZI KHALAK manusia akan berfikir dengan hati.. tidak lagi menggunakan akal semata-mata..

Awal surah Al-'Alaq, Allah suruh guna akal (IQRA') alatnya ialah (BISMIRABBIKA) yakni Allah suruh gabungkan akal dengan Qalbun (hati) dengan akal baca/kaji/ dengan niat (Fikir dan Zikir/ilmu dan iman) jika sesorang itu ada akal tetapi tak beriman jadilah manusia itu seperti robot manakala iman tak ada ilmu pula ibarat pelita diberikan kepada bayi yang tak tahu apa-apa. ataupun ibarat pelita berada di tangan pencuri (salah guna).

Apa yang ditulis di ini adalah petikan daripada ceramah ustaz Kariman yang saya dengar daripada CD. Menurut Ustaz Kariman, ada orang bertanya jika Nabi Muhammad saw hebat dan al-Quran ni hebat kenapa Nabi terima wahyu selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Ini agak luar biasa.. susah untuk dinafikan kenapa lebih daripada 2 dekad Allah turunkan wahyu kepada Nabi secara berperingkat-peringkat.

Dalam satu seminar.. ada pembentang kertas kerja menyampaikan hasil kajian.. pasukan pengkaji daripada Universti Harvard.. kajian dibuat terhadap 40 buah negara di dunia yang maju menjadi mundur dan yang mundur menjadi maju. Kajian ini mengambil masa yang sangat lama bertujuan mencari faktor paling utama menentukan bagaimana satu bangsa boleh jadi maju kemudian mundur semula dan bagaimana satu bangsa mundur kemdian maju semula.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa bangsa jadi maju atau mundur bergantung kepada apa yang dibaca dan pemikiran yang disogokkan kepada bangsa itu selama 20 tahun.

Selama 20 tahun jugalah sahabat-sahabat nabi dihidangkan/diturunkan ayat-ayat Allah, lalu pemikiran mereka berubah daripada satu bangsa yang tidak bertamadun kepada bangsa yang paling maju.. Islam dikembangkan ke pelosok Timur dan Barat..

Nak runtuhkan bangsa juga melalui bacaan dan pemikiran.. jika setiap hari anak-anak kita dihidangkan dengan rancangan kartun maka jadilah generasi kartun suatu masa nanti.. jika pada zaman Nabi dihidangkan dengan al-Quran lalu bangsa kita bagaimana.. bayangkan jika Saidina Umar sebelum Islam sanggup membunuh anaknya sendiri tetapi satelah IQRA' beliau berubah daripada seorang yang ganas kepada seorang yang sabar, mudah menangis, daripada calon ahli neraka berubah menjadi calon ahli syurga.. apa lagi yang lebih penting SELAIN SYURGA?

Jadi selagi Al-Quran tidak dijadikan hidangan/makanan, orang-orang Islam akan ditindas.. Selama Saidina Umar memerintah di Madinah susah nak cari orang-orang miskin untuk diberikan zakat atau sedekah.. kerana khalifah dan rakyatnya berpegang kepada al-Quran.

Bayangkan jika kita tak mesra dengan al-Quran ketika kita nak mati amatlah susah sehingga dibacakan YASIIN untuk memudahkan sakarat sedangkan al-Quran sepatutnya dibaca semasa hidup.

Begitulah serba sedikit tentang mukjizat al-Quran.. semoga kita dapat membentuk diri dan generasi kita sebagai generasi yang menghayati al-Quran .. yang baik itu daripada Allah dan yang tidak baik itu daripada kelemahan diri saya.

14 comments:

Kamsiah yusoff said...

salam
alangkah bahagianya ibubapa yg mempunyai anak yg fsaih membaca alquran...

Unknown said...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH INI. KITA BACA DAN KITA AMALKAN KANDUNGAN AL QURAN. AMALAN ITU MESTILAH IKHLAS KERANA ALLAH SEMATA2.


p/s.
KULIAH AGAMA USTAZ KARIMAN DI MASJID KARIMAN SETIAP SELASA PAGI.

Alimaz-Kembara Terasing said...

al-quran panduan hidup.... sehari satu ayat sudah cukup...... walau sesibuk mana pun....

Werdah said...

Wa'alaikiumussalam Kamsiah

Mudah2an kita dapat mengajarkan anak-anak kita dengan sabar...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam LF

Terima kasih.. insyaAllah kita berusaha bersungguh-sungguh.

Ingin juga ke majlis ilmu ustaz ni.. insyaAllah akan diusahakan..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Alimaz

InsyaAllah kita amalkan membaca dan mengahayatinya...

Ros Illiyyuun said...

Salam :)

Semoga Makcik sihat selalu.

Begitulah tingginya mukjizat al-Qur'an, mampu memajukan sesiapa sahaja yang inginkan kemajuan. Namun berapa kerat sangatkah al-Qur'an dihayati demi pembangunan insan sejagat..renung-renungkan...

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah..:)

MOga kakak sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasihan belas~Nya..

Al-Qur'an diturunkan sebagai mukjizat abadi hingga akhir masa, kandungannya merupakan bukti atas kebenarannya.

Al-Qur'an merupakan kitab samawi yang istimewa, yang tidak mungkin ditiru atau dipalsukan, dan tidak mungkin pula bagi setiap individu atau kelompok manapun untuk mendatangkan kitab yang sepadan dengannya, sekalipun mereka mengerahkan seluruh kekuatan dan telah menjalani pendidikan dan pelatihan demi hal itu.

ong ong kedek kedek said...

Kenapa juga dinamakan mukjizat?

Dan ianya kerana 'benar2 berlaku dan bukan silap mata/sihir... why? dalam kisah nabi Musa vs ahli sihir firaun, ahli2 sihir memeluk Islam setelah ular2 mereka dibaham oleh ular yg transform dari tongkat Baginda, why? kerna tongkat itu benar2 bertukar jadi ular, bukan 'sihir silap mata' yang menipu seperti yg dilakukan oleh ahli2 sihir firaun. Ahli2 sihir ini mengakui kebenaran dan mukjizat baginda lalu mengikot agama tauhid :

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ros

Alhamdulillah makcik sihat.. semoga Ros juga sihat dan dalam redha Allah

Amat terasa dengan kenyataan Ros ni.. betapa ramai di kalangan kita yang lebih banyak masa dihabiskan untuk membaca suratkhabar memcari berita-berita murahan atau gosip daripada membaca al-Quran.. semoga kita dilindungi..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Alhamdulillah kak sihat.. semoga Abd Razak juga sihat dan dalam redha Allah

Ya, memang benar.. Allah telah mencabar mereka (yang menentang/mendustakannya)mengadakan sebuah kitab sebanding dengan al-Quran, mereka tidak dapat membuatnya, lalu Allah kurangkan supaya mendatangkan 10 surah, kemudian satu surah yang pendek, mereka yang mengatakan al-Quran itu karangan Nabi Muhammad SAW tidak dapat mengarangnya...

Al-Quran sebuah kitab yang amat istimewa kerana tidak ada kitab selainnya yang dapat dihafal malah oleh kanak-kanak.. carilah mana-mana novel atau buku Teks, tidak ada seorangpun yang dapat menghafal tanpa meninggalkan satu perkataan... Subhanallah

Werdah said...

Salam Hasrul

Ahli sihir Fir'aun terus sujud dan beriman kepada Allah SWT selepas menyaksikan kebenaran mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Musa as, biarpun mereka diugut untuk dikerat berselang seli kaki dan tangan (kiri dan kanan).. untuk menyiksa mereka supaya mati dengan perlahan-perlahan.. namun ahli-ahli sihir itu memilih untuk mati dalam beriman.. kerana mereka inginkan kebahagiaan yang abadi..

Anonymous said...

Salam Kak Werdah,

Semasa saya ke Seminar Qiraat baru-baru ni di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kajang, seorang pembentang kertas kerja di Seminar tu iaitu Syeikh Abdel Muhaimin Sayyeid Ali Abdel Majed ada beritahu:

Katanya seseorang yang hafal alquran, hafalan tu bukan letak di ingatan kita tetapi terletak di hati (qalbu). Jadi bila seseorang tu sedang nazak, anggota lain dah tak berfungsi lagi tapi qalbu kita masih hidup, jadi masa ni yang lain semua dah keluar dari diri kita tetapi qalbu kita tetap membaca alquran yang telah menjadi darah daging kita tu sehingga hajat kita berakhir di dunia ini.

Sahdunya bila dengar dia berkata begitu.

Syeikh Abdel Muhaimin Sayyeid Ali Abdel Majed ialah anak kepada Sheikh Sayyid Ali Abdul Majid Abd Al Sami', Timbalan Lajnah Tasheh Al Quran Mesir yang juga Hakim Tilawah Alquran Peringkat Antarabangsa.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Terima kasih untuk info ini.. alangkah baiknya jika kita dapat menghafal ayat-ayat Allah dan menjadikan qalbu kita serasi dengannya.. memahami maksud dan mengikut suruhannya.. mudah2an jiwa dapat terdidik ke arah itu.. amiin

Related Posts with Thumbnails