Thursday, March 10, 2011

"Lembutkanlah hatimu"

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam ke Alpha Angle, tujuannya nak beli sesuatu untuk menjalani senaman tulang belakang ni, tapi bila tiba di sana hasrat bertukar kerana di sana ada 'SALE' oleh MPH book store. Cuma beli dua buah buku, salah satunya bertajuk "Lembutkanlah hatimu" oleh Ustaz Amaluddin. Ramai yang kenal ustaz ni apatah lagi kalau minat kumpulan Allahyarham ustaz Asri Hj Ibrahim, Beginilah rupa bukunya..


Intipati buku ini:

Himpunan 60 tazkirah penyucian jiwa dan hati ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. 

Ingat nak bertemu Allah kita kena ada hati yang sejahtera.

Mengupas isu-isu temporari yang sering dipandang ringan oleh masyarakat hari ini dalam mencari erti sebenar kehidupan seorang hamba.

Kenapakah hati jadi sakit, kotor, kasar, keras, buta atau terkunci? 

Jawapan kepada persoalan tersebut tidak lain disebabkan oleh dosa yang kita lakukan sama ada kita sedar ataupun tidak.

"Dosa-dosa itulah yang menjadi penghalang taqarrub kita kepada Allah SWT,  juga yang menjauhkan kita dari jalan kebenaran dan yang mengeraskan hati kita hingga payah untuk menerima ilmu, nasihat dan teguran.”

Lembutkanlah hatimu.. nescaya episod hidupmu akan lebih bermakna.

Boleh baca di sini untuk isi yang selebihnya.

Pendapat saya; buku ini adalah sebuah buku yang ditulis dengan rengkas tetapi padat, mudah difahami dan boleh menggegarkan jiwa dan seterusnya ingin membersihkan kekotoran yang ada dalam jiwa.

Sekejap tadi google blog ustaz amal lalu terjumpa blog beliau di sini dan di sini. Lalu saya copy n paste artikel beliau tentang "tiada syurga buat manusia yang sombong".

[Andai ibu kita membenci kita pun sudah tidak keruan jadinya, inikan pula andai Allah SWT yang membenci diri kita. Wal’iyazubillah.

Maka, agar diri kita tidak dibenci Allah, maka janganlah kita melakukan perkara-perkara yang Allah benci. Janganlah dibuat amalan-amalan yang Allah jadi murka. Jangan sesuka hati kita malanggar batasan-batasan syariat Allah SWT.

Salah satu sifat yang paling Allah SWT benci adalah sifat sombong.

Sombong itu apa? Apa maksud sombong?

Sombong ialah seorang yang menganggap dirinya besar dan hebat serta memandang hina dan rendah terhadap orang lain.

Menurut definisi ini, apakah sifat sombong itu sudah ada dalam diri kita?

Allah….Allahhh, Astaghfirullahal ‘Azhim.

Ya, saya merasakan ada tunggul kesombongan tercacak di dalam hati sanubari saya.

Allah SWT dan RasulNya, sejak 1500 tahun yang silam telahpun melarang kita semua daripada bersikap sombong!

Andai kamu hamba, maka berjalanlah dengan tawadhuk! Janganlah berjalan mendabik dada penuh keangkuhan.

Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]

Allah sangat benci dengan orang-orang yang sombong.

Bahkan bumi pun amat benci dengan mereka yang sombong iaitu mereka-mereka yang melangkah dan memijak di atas ‘belakang’nya dengan perasan yang angkuh.

Tataplah wajah sekelian insan dengan rasa kasih dan sayang. Dengan itu, semuga Allah memandang diri kita pula dengan pandangan kerahmatan dan keredhaan.
Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman:18]

Nabi berkata bahwa seseorang itu, andai ada sifat sombong dalam jiwanya, sekalipun sedikit… niscaya dia tidak akan masuk syurga.

Sekali pun rasa sombong cuma ada sebesar sebesar atom sahaja di dalam hati, maka itulah punca diri seseorang itu akan terhumban ke dalam neraka. Na’uzubillahi min zalik!

Dari Ibn Mas’ud r.a., dari Rasulullah Saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk syurga, seseorang yang di dalam hatinya ada seberat atom dari sifat sombong”. Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Saw: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakaiannya itu indah atau kasutnya juga baik”.

Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain” [HR Muslim]

Orang yang mahu terus-terus sombong di atas muka bumi ini, maka Allah ancam siksaan neraka atas dirinya!
Memang patutlah dirinya disiksa Allah.  Perhatikanlah! Apakah patut ‘selendang’ kepunyaan Allah SWT itu mahu dipakaikan kepada dirinya?

Dari al-Aghar dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id, Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

Apakah siksa yang bakal menanti manusia sombong di akhirat nanti?
Firman Allah SWT: (Dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min:76]

Di dalam Jahanam yang menyala-nyala, para pemilik hati yang sombong akan berkampung dan berendam airmata bersama penghulu sekelian para penyombong. Siapa lagi kalau bukan syaitan serta sekelian musuh-musuh Allah yang sombong.]

NOTA: Bukankah Iblis itu sombong lalu Allah keluarkannya daripada Syurga. Iblis memandang hina kepada Nabi Adam as. Dia menyangka dirinya yang dicipta daripada api itu lebih mulia daripada Nabi Adam as yang dicipta daripada tanah (Ini cuma sangkaan dia).

Saya pernah menulis tentang sifat mazmumah ini; ujub dan takabbur sebelum ini.

10 comments:

Kamsiah said...

salam
'tiada syurga buat manusia yg sombong'..takutnya...kerana kekadang2 iblis sentiasa cuba wujudkan riak dlm diri...

Werdah said...

Kamsiah

Wa'alaikumussalam warhamatullahi wabarakaatuh

Riyak, ujub, hasad dan semuanyalah tu menjadikan kita sombong.. kita selalunya lupa.. jadi apa yang harus sentiasa dibuat zikrullah {lembutkan hati melalui zikrullah].. apa yang kita buat mulakan dengan bismillah.. nak buat apa sahaja berdoalah.. itula zikrullah.. mudah2an Iblis takut..

Pn Kartini said...

ASsalamualaikum:)

Moga akak diberikan kesihatan yang baik di sana dan sentiasa dilindungiNya...Amin..

"Lembutkanlah Hatimu"...
nampak menarik sis...!
Semmgnya perlu sentiasa
bersih & didik hati ini..
agar tidak tersasar nanti....

cemomoi said...

bila makin lama tak baca quran hati pon berkarat

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Lama saya tak masuk blog kawan-kawan. Rindu nak baca N3 yang dapat memberi kesedaran kepada hati ni sebagai bekalan dalam menjalani hidup.

Terima kasih Kak Werdah. Semoga sifat sombong dapat kita kikis dari diri kita sama ada secara sedar atau tidak dan semoga Allah redha dengan kita.

zulkbo said...

salam kak..
tak tahu kalau saya ni sombong ke apa?kalau mula nak sembang susah..cuba dah sembang..saya je yang bercakap nanti..he he

Werdah said...

Tinie

Wa'alaikumussalam warhamatullahi wabarakaatuh

Terima kasih kerana mendoakan kak di sini.. semoga tinie juga sihat dan sentiasa diredhaiNya

Bagi kak buku ini menarik kerana penulisannya tak panjang .. satu bab 2 hingga 4 muka surat je.. ada perkara-perkara yang mungkin ramai yang terlepas pandang. Tegurannya memang padan dengan suasana yang ada sekarang ni.. terkena juga kepada batang hidung kak.. memang puas hati membacanya.. banyak yang terlepas melakukan masa muda dulu.. ruginya..

Ya sama-sama kita didik hati kita.. mudah2an Allah bantu kita

Werdah said...

Assalamu'alaikum cemomoi

Ya, itu salah satu caranya untuk melembutkan hati, 60 topik dalam buku ini memang tersentuh.. macam tak sejahtera je hati ni.. takut..

Werdah said...

Ani

Wa'alaikumussalam warhamatullahi wabarakaatuh

Semoga Ani diberikan kesembuhan yang tidak sakit lagi dan sentiasa dalam redha Allah.

Ya Ani semoga kita dapat membuang segala sifat mazmumah dan kita ganti dengan yang baik-baik.

Werdah said...

Zul

Wa'alaikumussalam warhamatullahi wabarakaatuh

Betapa berat dosa orang sombong tapi seperti perkara itu tak dihiraukan.. bila menyelinap dalam hati namanya ujub, bila memperlihatkan dengan percakapan dan perbuatan itulah sombong..

Tapi kak percaya apa yang Zul katakan tu bukanlah sombong, cuma malu atau segan. Ramai yang begitu kut.

Related Posts with Thumbnails