Wednesday, May 4, 2011

Lelaki Beriman Dari Aqsal Madiinah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah hari ini dapat menyambung lagi penulisan. Kali ini sambung sedikit lagi tentang didahulukan iyyakana'bud daripada iyyakansta'iin.

Saya bukanlah orang yang mahir dalam penafsiran ayat-ayat al-Quran, namun apa yang ditulis di sini ialah atas dasar 'ballighu 'anni walau aayat'. Itulah yang selalu dipesan oleh Ustaz Kariman dalam kuliyahnya. Banyak yang ditulis di dalam blog ini berdasarkan apa yang telah saya dengar (saya mencatat) dan apa yang telah saya baca. Jika ada kesilapan di mana-mana bukanlah kesilapan Ustaz tetapi kesilapan saya sendiri. Dalam buku 'Amalan Meraih Ganjaran Pahala' seperti dalam gambar pada N3 yang lepas ada menyentuh tentang sampaikan daripadaku ini walaupun satu ayat (Dalam Bab Bagaimana Berdakwah Kepada Agama Allah).  Medium blog ini juga satu usaha dakwah. Semoga Allah melindungi dan memberikan kekuatan kepada kita untuk menyampaikan serba sedikit apa yang diketahui.

Allah berfirman:

Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami), (Yaa Siin 36:13)
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: `Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '. (Yaa Siin 36:14)
Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang agama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta". (Yaa Siin 36:15)
Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu, (Yaa Siin 36:16)
"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata". (Yaa Siin 36:17)


Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu - (Yaa Siin 36:20)

Menurut ustaz Kariman, "lelaki dari hujung bandar itu" seorang sahaja yang mahu beriman dengan utusan-utusan ini. Hujung bandar tu maksudnya  kampung dan orang kampung yang beriman ini membantu 3 utusan tadi. Orang ini diberi pilihan oleh orang-orang di bandar itu sama ada ingin hidup tetapi kena tinggalkan agama yang dibawa oleh utusan-utusan tadi ataupun mati direjam di tiang salib.


Orang yang beriman itu dengan tegas menjawab:
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan? (Yaa Siin 36:22)
Maksudnya "bagaimana aku tidak menyembah kepada Zat yang menjadikan aku, segala keperluan aku Allah yang sediakan, semua keperluan ini akan aku gunakan untuk mencapai tujuan".

Dalam ayat ini, orang yang beriman tadi lebih sayang kepada tujuan hidup. Dia memegang agama baru yang dibawa oleh utusan-utusan tadi. Dia memilih al-'ibadah daripada al-isti'anah, dia mengutamakan ta'abbud walhal dia diberi pilihan sama ada hidup dengan meninggalkan agama baru menyembah Allah ataupun disalib.

Lalu dia isytihar :
"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (pengakuanku)",. (Yaa Siin 36:25)
Orang ini memilih sakaratul maut di tiang salib. Ketika kepedihan sakaratul maut tubuhnya hancur direjam oleh kaumnya.

Tengok apa balasannya : Allah kata kepadanya melalui malaikat;
Lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga".  - (Yaa Siin 36:26)
Orang ini seperti tidak percaya;
 Lalu dia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui" - (Yaa Siin 36:26)
Maksudnya jika kaumku yang menyiksa aku dapat tahu apa yang aku tahu, dapat rasa apa yang aku rasa mereka tentu akan pilih apa yang aku buat. Nampak pada mata kasar kematiannya sebagai satu penyiksaan, matinya seperti sengsara namun hakikatnya ketika orang lain melihat dia keperitan, orang ini tidak merasai keperitan itu malah dia melihat tujuan hidupnya; "masuklah ke dalam syurga" telah tercapai. Allah Maha Besar, Maha Suci Allah.

Yakinlah bahawa orang ini tidak rasa tersiksa sebab dah nampak syurga. Jika Nabi Musa dalam N3 sebelum ini lupa akan apa yang dicari; orang ini pula sedar betapa pilihannya iyyakan'bud dulu baru iyyakanasta'iin itu betul dan dia menjadi hairan;  lihat:
"Dengan sebab apakah daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan?". (Yaa Siin 36:27)
MasyaAllah; diapun tak percaya; dulunya dosanya terlalu banyak. 

Inilah ganjarannya terhadap keyakinannya dan tauhidkan Allah dengan sebenar-benar tauhid. Dia mengorbankan keperluan hidup. Menurut ustaz orang ini baru sahaja memeluk Islam belum lagi pergi haji, zakat dan puasa. Inilah pengorbanan yang luar biasa. Ada banyak lagi kisah-kisah seumpama ini; bila berhadapan dengan dua pilihan, pilihlah tujuan.

Ada orang yang terlalu sayangkan wasilah hingga korbakan tujuan;

Sesungguhnya Qarun adalah ia daripada kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya daripada  pelbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (Al-Qasas 28:76) "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Al-Qasas 28:77)

Ayat ini benar-benar mengingatkan Qarun supaya menggunakan keperluan untuk mencapai tujuan. Dan semestinya peringatan kepada kita juga.

Sekian mudah-mudahan menambah pengetahuan dan memberikan manfaat kepada kita semua. Dengan pertolongan Allah juga kita bermohon. Amiin.

14 comments:

ummu said...

assalamualaikum makcik
subhanallah tingginya iman anak muda itu.maha benar janji Allah

terokai seni said...

assalamualaikum

kita cepat menghukum sesuatu berdasarkan mata kasar. bila tengok jenazah yang luluh kita kata balasan Allah atas perbuatannya, sedangkan kita lupa ada juga nabi dan rasul yang mati dibunuh, saidina hamzah dibelah dadanya, ada para sahabat yang direndam dalam air panas seperti maryam yang dihumban oleh firaun bahkan syuhada hari ni pon berkecai tubuh mereka dirobek bom, gambaran yang mengerikan macam ni tak semestinya menunjukkan bahawa Allah membalas perbuatan orang itu pada saat sakratul maut datang. wallahu a'lam

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah...

Moga kakak dikurniakan Allah Taala kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa dalam rahmat kasihan belas~Nya.

Guru saya pernah berpesan, jangan kita mengira segala amal ibadah sudah banyak dan menghina orang yang kurang amalnya. Lihat sahaja contoh Saidina Umar Al-Khattab sebelum Islamnya. Setelah ia Islam dia merupakan orang yang paling mulia setelah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Dan contoh keduanya, ialah Iblis. Ia mengatasi para malaikat dalam perkara ibadah. Namun, kerana enggan mengikut perintah Allah sujud kepada Adam a.s. ia dilaknat hingga kiamat.

Terima kasih kak!

Makbonda61 said...

Masyaallah......selama ini kita mengulang-ulang membaca surah Yassin, tapi tidak menghayati maksudnya. Surah yassin di hafal tapi masih jauh keyakinan pada AllahSWT.Masih takut menegakkan yang hak.Semoga banyak lagi lahir insan-insan yang sudi menjadi penyampai kepada saya yang sentiasa lupa.

terokai seni said...

assalamualaikum

dari semalam dok memikir atas motor apa yang tak kena dengan komen saya kat n3 ni, ooo ada... tapi baru ni sempat datang nak membetulkan nama maryam sepatutnya masyitah tukang sikat di istana firaun sedangkan maryam ialah ibu nabi isa a.s... moga tak tersalah le lagi dalam memberikan maklumat untuk kita kongsi bersama

Werdah said...

>>Ummu

Wa'alaikumussalam warahmatullah

Sukar nak mencari sepertinya pada waktu akhir zaman ni kan. Mudah2an dengan usaha yang gigih kita dapat hindari diri daripada fitnah akhir zaman. Sangat banyak kini.

Werdah said...

>>Cemomoi

Wa'alaikumussalam warahmatullah

Begitulah nampaknya kita kena banyak mengkaji kisah-kisah dalam al-Quran supaya kita dapat memandang sesuatu perkara daripada kaca mata Allah. Kita hanya dapat melihat pada mata kasar kita sahaja sedangkan banyak perkara adalah sebaliknya.

Tentang Allah membalas pada masa sakaratul maut itu memang ada dalam al-Quran mari lihat maksud ayat ini:

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". (Al-An'aam 6:93)

Maka dengan sebab itu ada disebut husnul khatimah dan ada su'ul khatimah. cuma kita sahaja yang tidak nampak dan rasa kecuali ketika hembusan terakhir kita. Cuma tak ada orang yang mati hidup semula untuk memberitahu kita. Allahua'lam.

Werdah said...

>>Abd Razak

Wa'alaikumussalam warahmatullah

Terima kasih kerana selalu mendoakan kak di sini. Kak alhamdulillah tak bertmabah mudharat. Semoga Abd Razak juga dilimpahi rahmat kasih sayang-Nya.. amiin

Benar, menghitung amalan sendiri boleh jadi akan timbul ujub dan boleh jadi satu muhasabah. Bila ujub tidak ada pahala. Bila kita rasa kita lebih baik kita dah jadi seperti Iblis laknatullah, bila kita rasa orang lain kurang amal daripada kita itulah sebahagian daripada ghurur, kita terpedaya. Semoga Allah melindungi kita daripada perkara-perkara seperti ini.

Werdah said...

>> Makbonda

Wa'alaikumussalam warahmatullah

Syukur kepada Allah kerana kak diperkenalkan CD-CD ceramah ustaz yang rasanya tidak mengecewakan. Nak pergi sendiri mendengarnya kira OKU juga. Jadi beli banyaklah juga. Masih banyak lagi yang nak didengar.

InsyaAllah boleh kongsikan serba sedikit apa yang didengar dan dicatat. Semoga Allah berikan kekuatan, tanpa pertolonganNya tak dapatlah menekan papan kekunci. Allahu Akbar.

Jika ada masa n peluang boleh juga masuk ke link ini http://www.islamiclearningcentre.com/public_html/v1/

Kak pernah sekali dulu buka, dan jika nak dengar ceramah rasanya kena jadi ahli bayaran RM250 untuk setahun (selain itu jika ada peraturan lain kak tak tahu pula sebab tak menelitinya dengan tekun).. Itu dalam tahun 2009.. sekarang tak tahu pula.

Kak tak jadi ahli sebab banyak lagi CD yang dibeli yang belum didengar (takut pula tak sempat).

Kalau ada sesiapa nak beli CD boleh hubungi En. Ashraf emel: ashraf_bin_abdullah@yahoo.com.my no telefonnya 0176728164

Werdah said...

>>Cemomoi

Wa'alaikumussalam warahmatullah

Alhamdulillah dapat juga merungkai permasalahan biarpun di atas motor. Sangat komited begitu ya..

Kak dah baca komen tu sebelum ni tapi lambat jawab.. takpa kesilapan pasti ada kepada kita manusia.

Mudah2an Allah selalu ingatkan kita dan berikan kita ketenangan.. amiin

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Dalam kelas bahasa arab, kami diminta menterjemah erti ayat-ayat dalam surah yassin. Sambil tu ustaz mentafsirkan sekali isi ayat-ayat tersebut.

Ayat-ayat yassin yang akak catatkan tu sebenarnya berlaku di zaman nabi isa. Dia berlaku disebuah pekan bernama Altakiyah, ia terletak disebuah perkampungan di Turki.

Pemuda yang datang menyeru orang kampong supaya mengikut rasul/utusan Allah itu ialah sahabat nabi Isa. Dia akhirnya di bunuh oleh orang kampong berkenaan. Ganjarannya beliau di masukkan ke dalam sorga.

Itulah Lalu dia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui" - (Yaa Siin 36:26)

Terima kasih kak berkongsi tafsiran ayat-ayat ini

Anonymous said...

Kak Werdah

Bandar tu ejaannya ialah 'Antarqiah'.
Maaf silap eja tadi.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Semalam rujuk tafsir Ahmad Sonhadji, tafsir tu juga mengatakan kisah ini berlaku pada zaman Nabi Isa as. berlaku di kampong Atakiah, Turki. Panjang juga kisahnya di sana.

Ustaz Kariman ni terang secara ringkas iaitu dalam tafsir ayat iyyyakan'budu waiyyakanasta'iin.

Werdah said...

Salam semua.. semalam dalam rancangan Ayat Riwayat di TV al-Hijrah ada dikisahkan tentang lelaki ini.. ada sebuah masjid dinamakan sempena nama lelaki ini.. ditunjukkan masjid berkenaan dan tempat persemadiannya dalam masjid berkenaan.. tempatnya ialah Atakiyah, Turki.. Subhanaallah

Related Posts with Thumbnails