Segala pujian hanya bagi Allah, selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikut setia.
Dalam N3 lepas ada dijanjikan untuk menulis bagaimana kita boleh bertahalluk (berakhlak - meneladani) sifat al-'Aliyy.
Caranya ialah dengan menghiaskan diri dengan sifat-sifat yang terpuji bagi memperoleh kemuliaan dan ketinggian darjat serta mertabat.
Ketinggian darjat serta mertabat seorang hamba di sisi Allah terletak pada setinggi mana, sebesar mana kesedarannya akan kehambaannya. Maksudnya semakin besar rasa kehambaan kita di hadapan Allah SWT semakin tinggilah maqam dan darjat kita. Berbeza dengan hubungan sesama manusia, sebab semakin kita memperhambakan diri kepada manusia lain semakin rendah martabat kita. Kita perlu menyedari bahawa andai sesaat Allah lupa kita, kita akan binasa. Jika kita ingin sentiasa didekati Allah atau untuk sentiasa bersama Allah SWT atau berada di tempat yang tinggi serta mulia tentulah kita kena berusaha mendapatkannya.
Bagaimana? Tentulah kita kena tempuh jalan yang menaik, perlu tenaga yang lebih berbanding jalan yang menurun. Allah bagi tahu kita; salah satu cara untuk untuk dapat ketinggian darjat ialah melalui jalan mendaki.
Allah berfirman:
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?(Al-Balad 90:10)
Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh (jalan yang mendaki) masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; (Al-Balad 90:11)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? (Al-Balad 90:12
(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi; (Al-Balad 90:13)
Atau memberi makan pada hari kelaparan - (Al-Balad 90:14)
Kepada anak yatim daripada kaum kerabat, (Al-Balad 90:15)
Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah. (Al-Balad 90:16)
Setiap manusia diberikan pilihan untuk memilih satu daripada dua jalan hidup oleh Allah SWT iaitu sama ada jalan kebaikan atau keburukan. Jalan keburukan adalah jalan yang sangat mudah dan memberikan kenikmatan. Manakala jalan kebaikan amat sukar, memerlukan tuntutan pengorbanan yang amat tinggi.
Maksud yang sebenarnya ialah; untuk mendapatkan ketinggian maqam atau darjat di sisi Allah SWT bukanlah senang. Sesiapapun yang menempuhnya akan sentiasa diuji dengan pelbagai mehnah dan masalah yang berat.
Apakah jalan yang mendaki itu? Berikut adalah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meraih maqam yang mulia di sisi Allah SWT seperti dalam ayat-ayat di atas:
1) Membebaskan hamba sahaya (ayat 13)
Allah memberikan pilihan iaitu jika tidak dapat memerdekakan hamba; seseorang itu boleh memberikan makan kepada orang miskin daripada kaum kerabat.
3) Beriman dengan disertai amal soleh (menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang)
Jika beriman tapi tak peka dengan masalah umat sukarlah untuk mendapat maqam yang tinggi.
Selain (tidak mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi daripada orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang. (Al-Balad 90:17)
Orang yang beriman dalam ayat ini ialah orang mukmin yang bukan sahaja percaya kepada Allah, malaikat dan kesemua rukun Iman tetapi di sini Allah menyatakan bahawa untuk mendapat kemuliaan atau darjat yang tinggi di sisi Allah, orang beriman ini bukan sahaja kena beriman tapi kena beramal soleh, juga bukan sahaja semata-mata beramal daripada segi ibadah ritual seperti solat, puasa, zakat dan haji; tapi manusia kena menjaga hubungan sesama manusia. Kena cakap benar, sabar, tawadhuk dan berakhlak dengan sifat-sifat mahmudah. Jaga hubungan dengan manusia dengan berpesan-pesan. Jika orang kafir melakukan tanggungjawab sosial seperti ini di dunia, di akhirat nanti mereka hanya melihat fatamorgana.
Tentu payah bagi manusia nak mengamalkan semuanya ini. Dengan sebab itulah Allah kata jalan mendaki. Manusia kena bersusah payah dan bekerja keras.
Tentu payah bagi manusia nak mengamalkan semuanya ini. Dengan sebab itulah Allah kata jalan mendaki. Manusia kena bersusah payah dan bekerja keras.
Contoh doa menggunakan wasilah al-'Aliyy: Ya Allah! Engkaulah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Bebas dan Terlepas daripada segala batas dan arah, suci daripada segala wahan dan imaginasi, Engkau telah menganugerahi NabiMu Nabi Muhammad yang mulia darjah yang setinggi-tingginya dan menjadikan baginda pembuka seluruh pintu, anugerahilah kami habuan dan warisan yang banyak serta bernilai daripada baginda serta kemuliaan yang sangat tinggi. Allahumma Amiin
10 comments:
assalamualaikum kak
lereng bukit berliku dan tajam batu... betapa sukarnya untuk sampai kepada pengorbanan tu
rasa macam ada tertinggal huraian pada anak yatim tu. dan saya terperasan berdasarkan terjemahannya "anak yatim dari kaum kerabat" kalimah 'dari' tu mungkinkah bermaksud jika kita nak bersedekah pada anak-anak yatim keutamaan diberikan kepada kaum kerabat dahulu?
SALAM,
BAGUS, SETIAP N3 WERDAH MEMBERIKAN ILMU YG AMAT BERGUNA. TKASIH.
p/s. Datanglah ke Bangi masa perjumpaan nanti - jemputan istemewa drpd LF dan isteri
Cemomoi
Wa'alaikumussalam.
Benar tu cemomoi, kita kena utamakan kerabat dulu. Itu merupakan tuntutan hubungan silaturrahim antara kerabat. Pernah kak sentuh di sini tentang Allah ar-Raqiib (http://permatainn.blogspot.com/2010/02/mengawasi-memerhati.html)
InsyaAllah nanti kak fikirkan bagaimana harus menyusun ayat tentang anak yatim dari kaum kerabat ni semula ya.
luahfikiran
Wa'alaikumussalam wrt.
Apa yang saya tulis ni saya dengar daripada ceramah melalui CD. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada yang membaca dan memberi peringatan kepada diri saya juga.
Terima kasih atas jemputan istimewa tu. InsyaAllah, jika berpeluang akan usahakan. Bukannya apa, saya ni kalau nak ke mana-mana kena ada yang bawa, jika ada yang boleh bawa insyaAllah ya.
Assalam...
Salam perkenalan dari Teratak Usang...
http://azilas.blogspot.com
Iza
Wa'alaikumussalam.. salam kenal juga.. dah ke sana tadi.. terima kasih datang sini...
Assalamualaikum Kak Werdah,
Didoakan semoga akak sihat.
Terima kasih berkongsi ilmu yang memberi saya kesedaran. Selalunya ketika susah seseorang tu mengharapkan orang membantunya, sukar rasanya nak cari orang yang menolong orang lain yang susah ketika dia sendiri susah. Tapi rupanya itulah yang terbaik.
Assalam, kak Werdah terimakasih atas artikel baru ni, semoga bertambah ilmu saya ni..
Wa'alikumussalam Ani
Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kak di sini. Semoga Ani juga sihat.
Itulah ajaran tauhid, apa yang kita lakukan semuanya dengan pertolongan Allah SWT, menyedari itu tidaklah kita ujub, ego dan ghurur. Bila orang tolong kitapun itu juga dengan kudrah dan iradah Allah. Kerdilnya kita manusia kan yang benar-benar tiada apa-apa.
Wa'alaikumussalam saiful
Sama-sama kita ambil manfaat daripadanya. Ilmu yang didengar daripada ustaz.
Post a Comment