Tuesday, October 25, 2011

Bertasbihlah Memuji TuhanMu Yang Maha Tinggi (SIRI 2)



Bismillahirrahmanirrahim

Segala pujian hanya bagi Allah, selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikut setia.

Lama sungguh tak menulis dan memberi komen kepada rakan-rakan blog  (kalian sentiasa dalam ingatan, insyaAllah); sesekali ada juga menjengah blog kawan-kawan  , namun tak menurunkan komen sebab terhad masa untuk berlama duduk di kerusi (masih dalam rawatan). Ada tempat yang lebih selesa iaitu katil atau day bed. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui hikmahNya sakit begini.

Kali ini ingin sambung tentang Allah al-'Aliyy yang pernah dituliskan di SINI. Jika dulu namaNYApun tinggi sekarang menyatakan tentang al-'Aliyy Allah daripada segi ZAT-Nya.

Allah berfirman:

A091


Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu. (Al-Mu'minuun 23:91)

Dalam ayat ini Allah menyatakan sekali-kali tidak akan berlaku ada tuhan lain selain Allah. Kalaulah ada tuhan lain selain DIA dan masing-masing membawa apa yang dicipta nescaya akan saling mengalahkan satu sama lain dan akhirnya yang menang hanya SATU. Yang menang itulah al-'Aliyy. Perkara ini tak mungkin terjadi. MAHA SUCI ALLAH daripada apa yang orang-orang musyrik katakan.

A003

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya? (Yunus 10:3


Inilah 'aliyy Allah, kita manusia jangankan nak tolong orang, nak tolong diri sendiripun tak mampu jika tanpa pertolongan Allah. Kita nak bergerak ke sana ke mari semuanya dengan izin Allah, tanpa pertolonganNya kita tak mampu.

Allah Maha Tinggi maksudnya tak ada lebih tinggi. Maha Tinggi juga bermaksud mengalahkan, menakutkan siapa yang menentangNya. 

Allah mengalahkan manusia yang menentangNya dengan cara yang kita sendiri tidak dapat membayangkannya. Contoh ketika Raja Namrud membuat perancangan nak membinasakan Nabi Ibrahim as, raja itu membuat perancangan yang sangat rapi, pada peringkat permulaan tak satupun yang dibuat oleh raja itu Allah gagalkan, semuanya Allah izinkan. Masa menangkap Allah izinkan, cari kayu api, bakar kayu api, semuanya tak gagal. Allah boleh sahaja gagalkan dengan pelbagai cara namun tidak digagalkan. Malah ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam apipun Allah masih belum gagalkan. Nampak seperti 100% rancangan raja yang zalim itu berjaya.

Pada waktu itu raja dan pembesar dan pengikutnya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa usaha yang dia lakukan telah berjaya. Memang wajar bagi mereka seronok. Namun, Allah al-'Aliyy ; Yang Maha Mengalahkan, menggagalkan bukan semasa menyalakan api. Katalah jika Allah turunkan hujan semasa menyalakan api pasti raja Namrud akan berkata; "nasib baik hujan turun" ataupun masa mencari kayu api, semua penebang mati ditimpa pokok yang ditebang pasti meraka mengatakan nasib menyebelahi nabi Ibrahim as. Tengok Allah al'Aliyy gagalkan (Allah tunjukkkan al-'Aliyy) ketika nabi Ibrahim berada dalam api.

A069
Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ". (Al-Anbiyaa' 21:69)


Waktu inilah Allah tunjukkan al-'AliyyNya namun Namrud tetap tidak mahu percayakan Allah. Namrud makin angkuh. Pertolongan Allah akan datang juga akhirnya. Yakinlah kepada Allah al-'Aliyy. 

InsyaAllah jika ada kekuatan akan sambung bagaimana kita boleh bertahalluk dengan sifat al-'Aliyy ini.

8 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah...

Moga kakak sihat hendaknya dengan izin Allah Taala..

Sungguh, kita manusia ni sangat lemah, tiada daya dan kekuatan kecuali hanyalah dengan pertolongan dan bantuan dari Allah.

Amat mudah bagi Allah untuk menghapuskan kesombongan Namrud dengan hanya menghantar seekor nyamuk.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

InsyaAllah bertambah baik keadaan kak di sini. Terima kasih atas doamu. Semoga dirimu juga beroleh kesihatan dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT... amiin

Kisah raja Namrud ini seharusnya diambil iktibar agar kita menyedari bahawa siapalah kita untuk menyombongkan diri di bumi Allah ini.

ngasobahseliman said...

Salam dear Werdah. Selalu saya intai Blog ini. Rindu. Kalau tak keberatan beri saya no. tel atau email address. Rasa nak sembang. TQ

Werdah said...

Wa'alaikumussalam puan

Terima kasih kerana selalu datang ke blog saya yg tak sepertinya.. buat pengetahuan puan saya juga sering singgah
ke blog puan. Suka membacanya kerana banyak kisah perjalanan ke bumi Allah.

Sambil membaca mengenang tempat selalu berpijak iaitu di bumi Taiping; maklumlah dulu tinggal di Aulong dan belajar selama 5 tahun di sana (TMGS dan KEVII) tapi saya daripada Malay Medium, tak pandai sangat berbahasa Inggeris.

Saya dah emelkan ke emel puan no telefon saya.. jika tak dapat tolong beritahu ya..

Terima kasih sekali lagi.. insyaAllah kita bersembang..

cemomoi said...

assalamualaikum kak werdah

moga sihat le hendaknya... camana le gamaknya menghadapi situasi akak tu, saya yang sedikit diuji ni pon rasa tak tahan dan cepat pula lupa pada Allah bila dah sihat. moga Allah pelihara kita semua daripada kesusahan dan kesulitan dan Allah sembuhkan serta lapangkan kesusahan yang dihadapi tu.

Werdah said...

wa'alaikumussalm cemomoi

Terima kasih atas doa, mudah-mudahan anda juga cepat pulih dari sakit.. amiin

Ya, insyaAllah selepas kesulitan ada kemudahan. Semoga kita tetap berada dalam kalangan orang-orang yang sentiasa sedar.

wahida said...

salam kak...semoga akak tabah...


salam kenal..terus follow sini..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam wahida

InsyaAllah, terima kasih atas doa.

Salam kenal juga.. dah ke sana dan follow

Related Posts with Thumbnails