Wednesday, May 2, 2012

Dan jika Allah menghendaki...


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya milik Allah yang selayaknya dipuji. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat dan sekalian yang istiqamah mengikut baginda.

Hari ini menulis tentang ayat di bawah ini. 

A093
Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Dia (Allah) menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan. (Al-Nahl 16:93) 
Diterangkan oleh Ustaz dalam tajuk Qadar dan Qadha'. Kata Ustaz ramai yang tidak memahami ayat ini dengan begitu baik. Selalunya difahami bahawa Allah yang menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, jika begitu mengapa dipertanggungjawabkan. Mengatakan sedemikian kata Ustaz merupakan perkara yang tidak elok.


Apa yang ditekankan oleh Ustaz ialah tentang frasa ini:
 وَلَـٰكِن يُضِلُّ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِى مَن يَشَآءُ‌ۚ
akan tetapi Dia (Allah) menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); 
Frasa seperti ini banyak terdapat di dalam al-Quran.

Dalam ayat (Al-Nahl 16:93) itu ada TIGA perenggan yang harus difahami secara betul. 

Perkara pertama yang Allah nyatakan ialah mustahil Allah berkehendakkan menjadikan manusia semuanya satu umat. Ini kerana Allah hendak memberi kebebasan memilih. Mustahil juga Allah tidak memberi kan kebebasan memilih. Bukannya Allah tidak berkuasa tetapi Allah tidak berkehendak. Allah boleh sahaja menjadikan manusia ini beriman semuanya tetapi Allah berkehendakkan manusia buat pilihan sama ada hendak beriman ataupun hendak kufur. Allah melarang kufur tetapi Allah tidak memaksa seseorang itu untuk tidak kufur seperti yang dinyatakan dalam firman berikut:
 فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡ‌ۚ Surah Al-Kahf 18 : (29)
maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.
Perkataan  يَشَآءُ  dalam ayat itu perlu difahami betul-betul supaya kita tidak menyalahkan takdir Allah. Jika kita faham bahawa maksudnya ialah Allah yang kehendaki menyesatkan orang; lalu kenapa manusia dipertanggungjawabkan sebagaimana yang dinyatakan pada hujung ayat 'dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan'. 

Oleh itu kata Usatz; 'Dia' dalam ayat itu hendaklah dikembalikan kepada  مَن 'siapa' iaitu hendaklah kita fahami maksudnya bahawa Allah menyesatkan siapa sahaja yang dia (orang itu) yang menghendaki sesat (tidak berusaha untuk mendapatkan petunjuk) dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa (orang itu) yang inginkan petunjuk. Dengan itu apabila orang itu memilih (berkehendak) untuk sesat kemudian dia diberi sesat lalu Allah akan menyoal kenapa memilih sesat walhal dia boleh memilih petunjuk. 



Benar bahawa jika Allah tidak menghendaki perkara itu tidak terjadi. Ini kerana sesat dan mendapat petunjuk itu kedua-duanya Allah yang cipta dan Allah kehendaki namun harus diingat Allah redha kepada yang menerima petunjuk dan tidak redha kepada yang sesat..

Semoga kita sentiasa berada dalam golongan orang-orang yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan petunjuk lalu diberikan petunjuk oleh Allah SWT dan tidak menyalahkan takdir Allah. Maha Suci Allah.

InsyaAllah akan sambung pada N3 yang akan datang.

9 comments:

zulkbo said...

Salam Kak..
Semoga Allah permudahkan urusan anda..
dikurniakan kesihatan yang baik..
Terima kasih perkongsian ilmu.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Zul

Alhamdulillah, kak sihat dan kesihatan bertambah baik insyaAllah.

Sekadar ingin menyampaikan sedikit yang dipelajari.

Semoga sama-sama kita dapt manfaatnya dan kita tak tersalah anggap tentang takdir Allah.

aby said...

salam k werdah ..
bukan mudah utk kita sebagai org biasa menterjemah firman allah swt hanya bersandar teks nya sahaja ,,
tafsir tu adalah ilmu yg membicarakan tentang bagaimama hendak menuturkan perkataan2 al quran, memberikan makna menurut keadaan perkataan, hukuman2 pada ia tersusun, makna2 yg boleh diertikan ..
hal2 yg berkaitan dengan Nasikh Mansukh dan juga asbab al nuzulnya ..
sbb tu bila kita hendak memahami tafsir .. biarla ianya dari sumber2 yg percayai berdasarkan sumber2 penjelasan sokongan tafsir2 tersebut ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Apa yang kak werdah tulis ni ditafsirkan oleh ustaz Kariman, panjang huraiannya dan ada alasan dan dalilnya.. kak dalam rangka menyambung huraian ini; sebab jika ditulis dalam N3 ini panjang sangat.

Benar apa yang aby nyatakan tu,tafsir ni perlu ada ayat lain sebagai dalil, jadi masa tulis N3 pun khuatir juga orang tak jelas. InsyaAllah akan ada sambungan sebagai penjelasan.

aby said...

salam k werdah ..
apa yg k werdah tulis tu betul dan bagus sbb tafsir tu ada sandaran nya ..
aby sekadar respon kpd teks yg ni ..

Diterangkan oleh Ustaz dalam tajuk Qadar dan Qadha'. Kata Ustaz ramai yang tidak memahami ayat ini dengan begitu baik. Selalunya difahami bahawa Allah yang menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, jika begitu mengapa dipertanggungjawabkan. Mengatakan sedemikian kata Ustaz merupakan perkara yang tidak elok. ..

apapun entri k werdah sentiasa menarik ..
boleh menambah ilmu ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Kak pun terfikir itulah yang dimaksudkan oleh aby.. itupun selepas respon komen aby sebelum ni.

Terima kasih kerana menjelaskannya. Disebabkan kak takut apa yang ditulis ini kurang difahami, banyak kali juga kak edit supaya jelas. Nak masukkan banyak dalil terlalu panjang.

Kak dalam proses nak tulis rengkas-rengkas supaya tak penat atau bosan membacanya.

Terima kasih ya..

ummu said...

Salam kak werdah
Terima kasih kk atas ing
Fo ni
Kak saya jejalan blog akk d
Pagi ni.

ummu said...

Seronok baca diskusi kakak dan aby

Werdah said...

Ummu.. wa'alaikumussalam.

Baru terbca komen ummu pagi ni.. lebih sebulan.. maaf ya ummu...

Related Posts with Thumbnails