Friday, May 4, 2012

Sudah takdir!...


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah yang selayaknya dipuji. Selawat serta salam buat junjungan mulia nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat dan sekelian yang mengikuti baginda hingga ke hari kiamat.

Pengisian kali ini adalah sambungan daripada N3 sebelum ini (jadi elok dibaca N3 tu terlebih dahulu). Dalam N3 lepas saya ada menulis tentang ayat (Al-Nahl 16:93). Sebenarnya saya hendak membawa pembaca kepada pemahaman bahawa kita tak boleh menjadikan al-Qadar dan al-Qadha’ sebagai alasan untuk melakukan maksiat. Hendak ditulis dalam N3 dulu terlalu panjang jadi disambung dalam pengisian kali ini. 

Kalaulah Allah dah tentukan/tetapkan orang ini (A) sesat dan orang ini (B) dapat petunjuk maka tiadalah A itu dipertanggungjawabkan. Manusia pula dapatlah berikan alasan dah Allah takdirkan aku begini, kenapa nak dipersoalkan pula?

Allah dah turunkan para rasul dan syari’at supaya manusia tak boleh berikan alasan. Dalilnya; Allah berfirman:

A165

Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa' 4:165)

A015
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)(Al-Israa' 17:15)

Kalaulah Allah perlakukan sebagaimana yang Dia kehendaki iaitu menyesatkan, mengapa pula Allah utuskan para rasul dan kitab? Apakah Allah tak pernah utuskan para rasul? Sehingga manusia tak tahu apa yang harus dilakukan atau harus ditinggalkan?. Allahpun dah nyatakan bahawa Dia tidak akan mengazab sesiapa selagi belum diutuskan para rasul.

Dalam al-Quran ada diberitahu bahawa tidak ada satu kaumpun yang tidak diutuskan rasul. Dalilnya:

A024
Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (Agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran. (Faatir 35:24
Cerita

Pada zaman Umar Ibnul Khattab menjadi khalifah seorang pencuri telah tertangkap ketika mencuri, lalu dihadapkan ke hadapan Umar untuk diadili.

Umar bertanya "kenapa kamu mencuri?"

Lalul dijawab oleh pencuri; "Ya Amirul Mukminin! aku mencuri kerana Allah telah takdirkan aku mencuri, lalu aku mencuri".

Umarpun memerintahkan sahabat supaya memotong tangan orang ini dan menyebatnya.

Pencuri tak puas hati dan bertanya : "Mana ada hukuman seperti ini di dalam al-Quran?"

"Dalam al-Quran hanya ada perintah potong tangan"

Umar menjawab: "Potong tangan kerana kamu mencuri dan sebat kerana kamu berdusta terhadap Allah, kamu jadikan qadar dan qadha' sebagai alasan (menyalahkan takdir Allah)".

Perkara yang sering kita dengar:

Bila orang berjaya dalam satu-satu perkara seperti dalam perniagaan bila ditanya sebab-sebab berjaya dia  kata dia telah berusaha bersungguh-sungguh, bila muflis dia akan kata nak buat macam mana sudah takdir.

Begitu juga orang yang sihat, bila ditanya apa formula, dia akan jawab, dia jaga kesihatan dengan menjaga makanan, bersenam dan macam-macam lagi. Bila sakit dia akan kata  nak buat macam mana sudah takdir.

Ustaz kata salah jawapan begini, seolah-olah bila berlaku sesuatu yang tak baik kita nisbahkan kepada Allah SWT, Maha Suci Allah daripada berbuat begitu.

Baik dan tak baik semuanya ketentuan Allah. Manusia kena buat pilihan. Penjelasan Umar dalam sebuah kisah adalah tentang membuat pilihan. Dua-dua qadha' Allah, jika dinisbahkan perkara tak baik kepada Allah; itu adalah satu pendustaan terhadap Allah SWT. Lihat dalam ayat di bawah:

A028
Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?" (Al-A'raaf 7:28)
Allah beri kita kemampuan untuk melakukan perkara-perkara yang diperintahkan. 

 لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (Al-Baqarah 286)
Mana boleh Allah suruh kita buat jika kita tak mampu. Jika kita tak mampu bagaimana pula Allah akan minta pertanggungjawaban.


Dengan sebab itu, bila Allah dah bagi kemampuan, diberi pula kebebasan memilih tak bolehlah bila berlaku perkara-perkara yang tak elok kita menyalahkan takdir.


Semoga terhurai persoalan pada N3 yang lepas jika ada. InsyaAllah. Allahumma Amiin.

8 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum kak werdah..

Moga kakak sihat hendaknya, maaf atas kelewatan kerana streamyx kat rumah masih belum pulih lagi, terpaksa gunakan hp ni utk baca blog kakak.

Terima kasih kak! Ya, Allah sudah sediakan dua pilihan untuk kita memilih samada menikmati nikmat syurga atau azab di neraka. Pilihan atas kehendak kita maka tidak wajar kita menyalahi takdir.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Terima kasih atas iringan doamu. Semoga dirimu juga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah. Amiin

Semoga kesulitan masalah streamix tu segera berakhir ya.

Tak mengapa, tak ada apa yang perlu dimaafkan. Tetapi kak rasa kak perlu mohon maaf kerana men'delete' komen di N3 Abd Razak.

Sebenarnya kak tulis yang kak ada ke kuching pada 28hb hingga 30hb atas urusan keluarga.. dapat berjumpa Ros (Bicara Illiyyun). Tapi perasaan serba salah pula lalu kak 'delete'.

Ya, semuanya tentang pilihan.. mana satu kita nak pilih. Allah sudah mengetahui apa pilihan kita dan kesudahan kita sebelum kita dilahirkan ke dunia. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.

nur said...

Salam kak werdah..
Timakasih, n3 yang menyentuh tinggalkan kesan dalam hati.. thx kak
Moga Allah sentiasa ilhamkan kita dalam membuat pilihan untuk semua tindakan.. aminn

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Semoga Akak sihat.

Setelah berikhtiar sehabis daya, namun masih mendapat sesuatu yang negatif, sematkan dalam hati, mungkin Allah atau sesuatu yang lebih baik bagi di masa akan datang.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Nur

Maafkan kak kerana lambat jawab komen ni ya.

Ya Nur, mudah-mudahan kita dapat membuat pilihan yang tepat di samping memohon pertolongan Allah dan kita sentiasa dibukakan pintu hati untuk dapat membezakan manakah satu yang baik dan yang buruk.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Kak Alhamdulillah 'ala kulli haal, pinggang sakit sebab lama duduk atas kapal terbang. Sekarang jauh di perantauan. InsyaAllah selasa pagi sampailah semula ke Malaysia.

Untuk meraih ganjaran syurga kita perlu bijak membuat pilihan. Kita tak boleh tersalah membuat pilihan kerana jika tersalah kita tidak boleh menyalahkan takdir.

Kump. Adik2 Keluar UMNO said...

Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10

~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1






p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

Werdah said...

>>Kump. Adik2 Keluar UMNO

Teruskan memberikan kefahaman.. semoga negara dipenuhi dengan muslim, mukmin yang bertakwa.. insyaAllah.

Related Posts with Thumbnails