Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang; (Ar-Rahmaan 55:24)
|
Assalamu'alaikum.
Segala puji bagi Allah yang selayaknya dipuji. Selawat serta salam buat junjungan mulia nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat dan sekelian yang mengikuti baginda hingga ke hari kiamat.
Lama sangat tak update blog. Hari ni sambung tentang *** Nikmat yang tidak dapat didustakan yang pernah ditulis lama dahulu. Itu adalah sebahagian daripada N3 *** memanglah hanya sedikit sahaja orang yang bersyukur.
Sebelum tu tak salah kita dengar dulu bacaan surah ni.. sangat indah bacaan Imam Masjid Masjidil Haraam ini..
Surah ini merupakan surah Madaniyyah yang menyentuh aspek aqidah iaitu berhubungkait dengan persoalan ketuhanan dan limpahan nikmat. Surah ini terdiri daripada 78 ayat dan 31 daripadanya merupakan pengulangan. Satu jumlah yang bukan sedikit yang Allah tanya kepada manusia dan jin "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" (Ar-Rahmaan 55:13)
Pengertian *** ar-Rahman sememangnya sangat luas untuk dikaji. Maknanya meliputi rahmat, kasih, sayang, pemurah, cinta dan seumpamanya. Kepada individu yang hakikat hidupnya bersandarkan kepada hidup bertuhan tentu dapat menyelami bahawa hidupnya dan segala fenomena yang dikecapinya bertitik tolak daripada limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Surah ini dimulakan dengan ar-Rahman memberi keinsafan bahawa kita manusia begitu hina dan kerdil. Ketika kita dalam kesedihan ditimpa pelbagai masalah, Allah yang bersifat ar-Rahman terus menerus melimpahkan rahmatNya; menjadikan kita tidak berputus asa menyelesaikan segala permasalahan dan bergantung harap padaNya.
Ayat pertama ini merupakan satu bentuk penyampaian mesej daripada Allah SWT tentang kesempurnaan Allah ar-Rahman. DIA yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, jauh daripada sifat cacat cela dan serba kepincangan meminta kita menyedari bahawa kehidupan yang hakiki ialah kehidupan yang bernilai ta'abbudi dan *** menjiwai rasa syukur, redha, qanaah serta penuh tawadduk dan mempuyai sifat-sifat mahmudah yang lain.Ini kerana kita seharusnya dapat meyakini segala percaturan hidup bermula daripadaNya dan akan kembali kepadaNya dan segala peraturan alam adalah dengan rahmat Allah SWT jua.
Dalam lafaz *** Bismillahirrahmanirrahim ternyata ada kalimah ar-Rahman. Di sini ternyata apabila mula hendak melakukan sesuatu pekerjaan, lafaz ini menjadi satu pintu utama untuk meraih rahmat Allah. Kita diperintahkan memulai pekerjaan dengan membesarkan Allah yang mengelolakan perjalanan kehidupan kita. Dengan itu rahmat Allah akan tercurah kepada segala tindak tanduk kita. Tatkala kita lafazkan bismillah pada permulaan tindakan kita pasti Allah SWT akan memandang dan memelihara kita lantaran kita mengagungkanNya. Mengagungkankan Allah sambil mensyukuri segala nikmatnya semestinya diparaktikkan oleh setiap manusia. Dengan ini akan ternyata bahawa manusia mengaku kelemahan diri, hinanya dia di sisi Allah SWT. Ini menunjukkan dia sedar bahawa setiap perjalanan hidupnya adalah berpunca daripada limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Di sinilah letaknya rahsia ar-Rahman.
Ar-Rahman; satu sifat Allah yang selalu kita sebut.
Ar-Rahman; salah satu daripada 99 nama Allah.
Di dalam al-Quran Allah kita seru dengan nama ar-Rahman ar-Rahim.
Itulah Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sifat ar-Rahman Allah itu hanya berlaku di dunia.
Berlaku kepada semua makhluk tak kira jin atau manusia.
Manusia pula tak kira mukmin atau kafir.
Apabila mukmin pula tak kira dia itu mukmin soleh atau mukmin asi (derhaka).
Ini bererti sifat Pemurah Allah SWT itu adalah kepada semua yang ada di muka bumi.
Segala nikmat Allah yang begitu banyak di dunia ini terdiri daripada pelbagai bentuk dan pelbagai rupa.
Tidaklah Allah tentukan untuk satu golongan makhluk sahaja.
Tidaklah dikhususkan kepada manusia sahaja atau jin sahaja atau binatang sahaja.
Tidak juga dianugerahkan kepada umat Islam sahaja manakala yang kafir tidak diberiNya.
Juga tidak dikhususkan kepada mukmin yang bertaqwa sahaja.
Ada sebuah keterangan hadis yang mengatakan bahawa dunia ini tidak ada nilai pun pada sisi Allah walaupun sebesar sayap nyamuk.
Malangnya ada yang menilai dunia ini indah dan cantik lalu berlakulah perebutan, guling mengguling, belakunya pergaduhan hingga berlaku pertumpahan darah dan bunuh membunuh.
Semua ini berlaku kerana manusia menilai dunia terlalu tinggi dan berharga. Dengan itu timbul perasaan tamak, hasad dengki, ingin berkuasa dan pelbagai ragam yang lain.
Dalam merebut untuk mendapatkan dunia yang Allah kata tak ada nilai tentulah ada yang berjaya dan ada yang tidak, ada yang terkorban dan ada terus mengejar dunia hingga mati. Namun dunia yang dikejarnya tak juga dapat. Akhirnya dia lupa pada Allah dan Allah lupa padanya dan akibatnya dia menerima seksa dalam neraka, wal'iyazubillah.
Walaupun sifat ar-Rahman atau pemurahnya Allah itu berlaku kepada semua manusia, Allah membuat peraturan. Peraturan itu dinamakan sunnatullah bahawa nikmat Allah akan berjaya diperolehi jika ikut peraturan tersebut.
Untuk orang-orang Islam Allah membuat peraturan bahawa jika orang-orang Islam ingin mendapat kejayaan hingga dapat menguasai dunia ini mereka hendaklah berusaha mendapatkan 'taqwa'.
Maksudnya bagi umat Islam; jalan untuk mewujudkan satu umat yang bertamadun, seluruh umatnya kena berusaha mendapatkan 'taqwa'.
Taqwa bererti melaksanakan seluruh perintah Allah dan meniggalkan segala larangan Allah.
Selain itu umat Islam perlu memiliki sifat-sifat terpuji dan menjauhi sifat-sifat keji.
Untuk melahirkan taqwa menurut pengertiannya nampak seperti mudah namun pelaksanaannya dapatlah kita bayangkan betapa beratnya.
Namun itulah jalan bagi mendapatkan kejayaan.
Allah SWT menjelaskan dalam firmanNya:
وَٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلۡمُتَّقِينَ
"....Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa".(Al-Jaathiyah 45:19)
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا
"....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)",(At-Talaaq 65:2)
Ertinya kepada orang-orang yang bertaqwa Allah akan berikannya pertolongan dan pembelaan.
Allah akan bebaskan dia daripada kesusahan dan berikannya rezeki yang dia tidak tahu daripada mana puncanya.
Pertolongan yang Allah beri tentulah dalam pelbagai bentuk seperti menjayakan pembangunan ekonomi, menjayakan bidang pendidikan, pentadbiran, pengurusan, bidang politik dan sebagainya.
Jika umat Islam bertaqwa tentulah Allah melepaskan daripada musuh.
Jika musuh nak hancurkan ekonomi umat Islam pasti tidak berjaya kerana umatnya bertaqwa.
Jika dengan taqwa kita dijamin Allah untuk meraih *** kejayaan hidup di dunia dan di akhirat mengapa pula kita tidak mahu berusaha mendapatkan taqwa?.
Mari sama-sama berusaha meraihnya.
Dengan sifat RahmanNya Allah menyajikan kalamNya sebagai hidangan untuk manusia; itulah al-Quran..menjadikan manusia dan makhluk lainnya untuk kegunaan manusia. Hakikatnya segala penciptaan Allah menandakan rahmat Allah kepada semua. Dalam surah ini dinyatakan nikmat dunia dan nikmat syurga. Jadi sayugialah kita yang dianugerahkan nikmat pancaindera untuk merenungi setiap kejadian, bertafakkur akan sunnatullah yang telah disusun atur dengan sempurna oleh Allah SWT yang Maha Berkuasa serta Maha Pemurah dengan sifat ar-RahmanNya kepada semua makhluk.
Mohon maaf kepada rakan-rakan blog jika ada perkataan-perkataan saya yang menyinggung perasaan kalian semasa berurusan. Semoga semuanya diberikan kesejahteraan dan keupayaan menempuh bulan yang mulia ini. Amiin. Selamat menyambut Ramadhan Kareem.
Semoga Ramadhan yang bakal menjelma dan bulan-bulan berikutnya menjadikan kita berusaha keras untuk meraih takwa. Allah ar-Rahman tentu menolong kepada hamba-hambanya yang berusaha. InsyaAllah.
NOTA : Tanda *** tu adalah link N3 sebelum ini.. boleh klik jika perlu..
Dengan sifat RahmanNya Allah menyajikan kalamNya sebagai hidangan untuk manusia; itulah al-Quran..menjadikan manusia dan makhluk lainnya untuk kegunaan manusia. Hakikatnya segala penciptaan Allah menandakan rahmat Allah kepada semua. Dalam surah ini dinyatakan nikmat dunia dan nikmat syurga. Jadi sayugialah kita yang dianugerahkan nikmat pancaindera untuk merenungi setiap kejadian, bertafakkur akan sunnatullah yang telah disusun atur dengan sempurna oleh Allah SWT yang Maha Berkuasa serta Maha Pemurah dengan sifat ar-RahmanNya kepada semua makhluk.
Mohon maaf kepada rakan-rakan blog jika ada perkataan-perkataan saya yang menyinggung perasaan kalian semasa berurusan. Semoga semuanya diberikan kesejahteraan dan keupayaan menempuh bulan yang mulia ini. Amiin. Selamat menyambut Ramadhan Kareem.
Semoga Ramadhan yang bakal menjelma dan bulan-bulan berikutnya menjadikan kita berusaha keras untuk meraih takwa. Allah ar-Rahman tentu menolong kepada hamba-hambanya yang berusaha. InsyaAllah.
NOTA : Tanda *** tu adalah link N3 sebelum ini.. boleh klik jika perlu..
8 comments:
السلم عليكم ورحمة الله
Moga kakak sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT...aamiin :)
Sungguh, kasih sayang Allah kepada makhluk mengatasi kemurkaanNya. Dia amat kasih kepada manusia sehingga setiap kebaikan dijanjikan balasan yang berlipat ganda sementara kejahatan hanya ditulis satu kejahatan dan akan bisa terhapus jika bertaubat.
Allahu Rabbi, Pengasihnya Allah.
>> Abd Razak
Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh.
Terima kasih atas doa, semoga dirimu juga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.. amiin
Benar tu, namun adakah semua manusia mensyukuri dengan erti kata yang sebenar. Kakpun masih terus berusaha dalam keadaan merangkak lagi ni.. risau..
salam k werdah ,
terlalu luas kurniaan allah swt kps kita,
mengembalikan roh kita utk bangun dari tidor utk kehidupan hari berikutnya, itu dah nikmat kurniaan yg cukup besar ..
semoga k werdah diberi kesihatan utk menjalani ibadat sepanjang bulan ramadan ni ..
Wa'alaikumussalam aby
Ya aby.. selalu terbayang adakah esok masih boleh bangun tatkala merebahkan diri ke tempat tidur.. dan takut sangat kerana belum mampu menunjukkan kesyukuran yang sebenar kepada Allah atas nikmta yang dikurniakan.
Terima kasih atas doa aby.. selamat beribadah..semoga aby juga beroleh kebaikan yang banyak daripadaNya.. amiin
Assalamhalaikum Kak Werdah,
Semoga Allah kurniakan kak kesihatan yg baik sentiasa
Saya suka baca dan dengar orang membaca surah Ar Rahman ni. Kurniaan Allah kepada kita sangat banyak kalau nak dihitung. Bagi kita orang islam ni Allah sentiasa curahkan kasih dan sayangNYA kepada kita.
Wa'alaikumussalam Ani
Terima kasih Ani.. semoga Ani juga sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT.. amiin
Ya Ani, masa zaman bersekolah dulu musim puasa kak selalu dengar surah ni dikumandangkan di radio dan ayat pengulangan tu tersangat mudah untuk diikut..
Dan kini waktu tidur kak pasang kaset bacaan al-Quran. Surah-surahnya terdiri daripada surah Yasiin, As-Sajadah, Ar-Rahman, Al-Waaqi'ah, al-Hadid, al-Mulk dan al-Insaan sambil ikut kemudian terlena.. jaga balik ikut semula..panjang kaset tu sejam lebih je...
assalamualaikum Makcik Werdah
surah ar rahman yang sangat menyentuh ahti bila menghayatinya kan makcik...bait kata puitisnya Subhanallah nyatalah ia bukan syair rekaan makhluk
Wa'alaikumussalam Ummu
Ya Ummu.. tiada siapa dapat menghasilkan bait kata seperti firman Allah.. subhanallah..
Post a Comment