Friday, December 14, 2012

Talbis Iblis


Assalamu'alaikum.


Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang tersesat tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw , keluarga , para sahabat serta pengikut setia.

Beberapa hari yang lepas berpeluang mendengar sebahagian daripada kuliyah tentang Talbis Iblis - Perangkap Iblis. Ada 3 siri yang terdapat dalam You Tube. 




Siri pertama ialah tentang penulis kitab Talbis Iblis iaitu Imam Ibnul Jauzi iaitu imam yang sangat alim dan hafiz dengan beribu-ribu hadis, ahli ilmu tafsir, pakar sejarah dan ratusan kitab dihasilkan. Imam ini serta penulisannya mendapat pengiktirafan para ulama' sama ada pada zamannya mahupun zaman selepasnya hingga kini.

Salah satu buku yang sangat menarik yang dihasilkan oleh imam ini untuk orang-orang Islam ialah Talbis Iblis. Ini bertujuan supaya orang-orang Islam sentiasa berjaga-jaga atau berhati-hati terhadap perangkap Iblis serta syaitan sebagai pengikutnya.

Dalam al-Quran yang menerangkan betapa besarnya permusuhan Iblis kepada kita dijelaskan dengan menggunakan huruf lam (  ل  ). Perhatikan ayat-ayat di bawah yang menerangkan permusuhan syaitan kepada manusia. Lima ayat ini menggunakan huruf  lam (  ل  ) yang diterjemahan sebagai bagi.

A022
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan bagi kamu, bahawa Syaitan itu adalah bagi kamu musuh yang nyata?" (Al-A'raaf 7:22
A005

Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. (Yusuf 12:5)

A053

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. (Al-Israa' 17:53)

A006
Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sesungguhnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. (Faatir 35:6)
A062
Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu. (Az-Zukhruf 43:62)
Kesimpulan yang boleh diambil daripada penggunaan huruf  lam (  ل  ) dalam ayat-ayat di atas menurut ustaz bahawasanya ada makna al-ikhtisas dan al-tafarruk (Tak berapa pasti ejaannya sebab tak nampak apa yang ustaz tulis di papan tulis) iaitu sangat besar permusuhan Iblis termasuk syaitan yang menjadi pengikutnya yang terdiri daripada jin dan manusia sehingga Allah menggunakan huruf lam. 

Al-ikhtisas dan al-tafarruk itu bermaksud khas dalam hidupnya menjadi musuh manusia. Iblis menghabiskan seluruh hidupnya bermula daripada disingkirkan daripada syurga semata-mata kerjanya menyesatkan manusia. Maknanya 24 jam tak ada kerja lain. Ini kerana tujuan hidupnya ialah untuk menjadi musuh kepada manusia. Sebenarnya kata ustaz kalimah "innama" dalam ayat 6 surah Faatir di atas tu maksudnya walaupun biasanya diterjemahkan sebagai "sesungguhnya" namun tak sama dengan "inna" yang juga diterjemahkan sebagai sesungguhnya. Maksud sebenarnya bagi innama ialah sesungguhnya semata-mata.

Cuba perhatikan tujuan hidup manusia pula ialah semata-mata untuk beribadah kepada Allah. Dalam solat dan apa sahaja yang kita nak buat kita kata lillahi Ta'ala. Begitu juga dinyatakan Allah SWT bahawa kita dicipta  untuk beribadah semata-mata kepadaNya.

Jadi setiap kali kita bergerak untuk menuju Allah SWT Iblis/syaitan akan menarik kita ke arahnya. Sebab itu kita kena selalu berwaspada kerana mereka bekerja 24 jam. Kita tidak akan berada dalam posisi yang lemah jika kita benar-benar lillahi Ta'ala. Jangan berharap agar kita tak diganggu syaitan. Nabi sendiri pun diganggu, begitu juga isteri-isteri nabi. Iblis sudah berasa berjaya jika ada di antara kita yang tak untung banyak iaitu manusia yang pilih baik daripada yang terbaik.

Dalam kitab Talbis Iblis, Imam Ibnul Jauzi mengharapkan umat Islam akan tahu setiap perangkap Iblis dan akan selamat daripadanya. Beliau membahagikannya kepada 13 bab:
  1. Berpegang teguh dengan sekuat tenaga akan ajaran Rasul (sunnah) dan tetap memelihara perpaduan dan persatuan Ahli Sunnah wal Jama'ah.
  2. Celaan dan cercaan terhadap kesesatan dan terpedayanya mereka yang suka mengada-adakan bid'ah.
  3. Amaran keras/peringatan yang jelas tentang penyesatan yang akan dilakukan oleh Iblis.
  4. Penjelasan secara terperinci definisi talbis dan al-ghurur.
  5. Membongkar secara jelas tentang talbis dan masalah 'aqidah dan ajaran agama.
  6. Talbis terhadap para 'alim 'ulama' (cendekiawan/para ilmuan).
  7. Talbis terhadap golongan penguasa/pemerintah - tentang pemimpin yang diberikan amanah.
  8. Talbis terhadap ahli 'ibadah.
  9. Talbis terhadap orang yang zuhud. (Jika tak faham tentang zuhud lagi mudah Iblis menyesatkan).
  10. Talbis terhadap golongan ahli sufi yang larut dalam zikir dan fikir.
  11. Talbis terhadap orang-orag beragamaa yang telah mendapat karamah.
  12. Talbis terhadap orang-orang awam.
  13. Talbis terhadap orang-orang yang panjang angan-angan. 
Daripada 13 bab ini ternyata tidak ada seorang manusia pun yang terlepas daripada talbis iblis. Biarpun bijak, biarpun banyak ibadah belum tentu selamat. Hanya yang mukhlisin sahaja yang selamat.

A040
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang ikhlas (bebas daripada sebarang syirik)". (Al-Hijr 15:40)

Kitab ini sudah ada dalam Bahasa Melayu. Sesiapa yang ingin membeli bolehlah dicari di mana-mana kedai buku. Saya sendiri belum mencarinya.

Itulah sebahagian yang dapat dicatat di sini. Sungguh hebat permusuhan Iblis/syaitan terhadap kita. Bagaimana ikhtiar kita untuk menangkisnya. Sangat perlu berusaha sekeras-kerasnya menjadi hamba yang mukhlisin.

18 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Semoga kakak dikurniakan Allah SWT kesihatan yang baik dan sentiasa dalam keredhaan~Nya...aamiin

Kelicikan iblis untuk menyesatkan umat manusia tidak terbatas terhadap hal-hal yang sedia dimaklumi mengenai perbuatan jahat atau keji seperti mencuri, menipu, berzina atau memakan makanan yang haram.

Tipu daya iblis sangat hebat sehingga manusia yang sudah dalam genggamannya, apabila melakukan perbuatan yang menyalahi peraturan Allah akan merasakan betapa baik dan indahnya perlakuan salah mereka.

Terima kasih atas N3 kakak ni..:)

Werdah said...

>>Abd Razak

وعليكم السلام ورحة الله

Semoga dirimu juga diberikan kebaikan yang banyak dan sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.. Allahumma Aamiin

Iblis sentiasa mahu anak cucu Nabi Adam as mengikutnya agar menerima azab sepertinya.

Disebabkan kelicikan iblis memperdayakan manusia maka ramai yang terjerumus.

Begitulah kehendak Allah untuk menguji siapa yang benar-benar berada di atas jalan yang lurus.

Semoga kita sentisa berwaspada.

Terima kasih juga kepada yang meng'upload' kuliyah ini di You Tube. Dapat juga belajar tentang pemilihan kalimah oleh ALLAH SWT di dalam firmanNya.. Alhamdulillah.

aby said...

salam k werdah ..
menjaga diri dari perangkap iblis dan syaitan adalah satu jihad sepanjang hayat selagi kita bernyawa.. jihad menghadapi musuh yg tidak kelihatan ..semoga kita dilindungi dari perangkap2 iblis dan syaitan tu ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Seharusnya begitulah aby.. tidak ada cara lain kecuali jihad terhadap nafsu yang sentiasa mengajak kita kepada kejahatan.

Beruntunglah orang-orang yang sentiasa mensucikan diri melawan nafsu buruk.

LadyBird said...

smg kt tergolong dlm golongn yg dberi ptnjuk..

Werdah said...

>>LadyBird

Semoga kita berusaha keras untuk mendapatkan petunjuk di samping terus berdoa dengan penuh harapan.

Allahumma Aamiin

Pn Kartini said...

Assalamualaikum Kak Werdah:)

Sesungguhnya syaitan takkan henti utk menyesatkan manusia..Moga kita sentiasa dipeliharakanNya..Amin


p/s:
Kak..tertarik pula akak ltk zikir kat atas tu..camne yaa nak ltk lam blog..:)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Tinie

Itulah yang seharusnya kita sentiasa ingat, agar sentiasa berusaha tidak terpedaya dengan pujukan syaitan.

Semoga kita sentiasa dalam perlindungan dan pertolonganNya.. aamiin.

Tentang kod zikir tu kak werdah dapat toturial daripada seorang blogger, perlu download dan install software yang dinamakan “Dropbox”…software. Namun kak sendiri susah benar nak follow instruction yang diberi. Kak minta bantuan menantu letakkan link di atas tu. Banyak kali juga menantu terangkan cara nak letak code yang lain-lain namun tak juga-juga masuk dalam kepala. Jadi jika Tinie nakkan tutorial tu boleh kak panjangkan, InsyaAllah. Boleh emel kak di werdahalim@yahoo.com

Pn Kartini said...

Assalamualaikum kak Werdah:)

Aduhaii..nampak cam susah jee kak..
Tak confident lakk tinie nak cuba..
tambahan pula tini mmg penakut skit ..kut silap follow instruction..lain pula jadi nya..hehehe..tak berani pula nak cuba..aduhai..
Pe2....tksh yaa kak..:):)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Tinie

Tadi kak googles cari tutorial bagaimana nak pasng mp3 ni ke side bar atau ke posting.. banyak juga tapi tak terikut. Agaknya kak pun dikaregori orang yang penakut juga kut.

Rasanya kalau cuba tak mudharat kepada blog kut.. sebab boleh delete bila tak jadi. Pepe pun jika rasa nak lain kali Tineie jgn segan-segan contact kak. Elok juga jika dapat letak mp3 di blog. Kak suka tapi belum berusaha kuat.

Anonymous said...

Salam kak werdah,
Sihat akak hendaknya.

Terima kasih atas penjelasan yg sangat baik mengenai talbis iblis ni. Sama2lah kita berusaha mengagalkan usaha iblis terhadap kita. Semoga mita semua berusaha kearah menjadi hambanya yg mukhlisin. Insyaalah.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Kak sihat, alhamdulillah.

Kak sekadar menyalin dan mencatat apa yang ustaz huraikan dalam kuliyahnya, sebab tertarik dengan penjelasan yang diberikan.

InsyaAllah Ani, mudah-mudahan latihan intensif diperlukan untuk jadi hamba yang mukhlisin.

nur said...

Salam kak Werdah..
Harap akak sentiasa dalam kesihatan yang baik..ameen
Banyak ilmu yang dapat dalam posting kak werdah ni, syukran... :)

TiranaAduka said...

salam wirdah
Thanks sudi kogsikan.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Nur

Terima kasih atas doa Nur untuk kak di sini. Kak alhamdulillah 'alaa kulli haal. Tak berapa boleh bertahan lama duduk adap PC. Semoga Nur juga beroleh kebaikan yang banyak..Aamiin.

Alhamdulillah. Ilmu daripada Ustaz Kariman ni elok kita manfaatkan. Sayangnya tak banyak diupload di UTUBE. Apa-apapun syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada hamba Allah yang upload tu kan.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Tirana

Alhamdulillah, la hawla wala quwwata illa billah kerana diberikan kekuatan untuk kongsikan ilmu ustaz ni. Semoga kita dapat manfaatnya.

TiranaAduka said...

amin amin amin sama samalah kita..

Werdah said...

Salam Tirana

Mudah-mudahan kita berusaha dan Allah permudahkan..aamiin

Related Posts with Thumbnails