Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Assalamu'alaikum.
Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah
kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga
kita tak mampu menghitungnya.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan
para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.
Apa khabar iman kita hari ini? Semoga kita masih istiqamah memeliharanya. Istiqamah bukan sahaja bermaksud tetap tetapi sebenarnya kita kena berusaha supaya dari sehari ke sehari bertambah meningkat amalan kita disamping menjaga iman.
Hari ini saya salin semula pengisian saya sebelum ini yang bertajuk Hidup VS Mati untuk refresh dan muhasabah diri.
Allah berfirman:
Apa khabar iman kita hari ini? Semoga kita masih istiqamah memeliharanya. Istiqamah bukan sahaja bermaksud tetap tetapi sebenarnya kita kena berusaha supaya dari sehari ke sehari bertambah meningkat amalan kita disamping menjaga iman.
Hari ini saya salin semula pengisian saya sebelum ini yang bertajuk Hidup VS Mati untuk refresh dan muhasabah diri.
Allah berfirman:
Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati dan (ingatlah) Dia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ar-Ruum 30 : 50)
Di dalam ayat di atas ini; apabila Allah mengatakan bahawa Dia menghidupkan bumi sesudah matinya bermaksud bahawa Allah menurunkan hujan, dengan itu bumi yang tandus atau gersang akan jadi subur dengan sebab turunnya hujan itu (bumi jadi subur selepas tandus atau gersang). Ini kerana hujan mengandungi zat yang diperlukan untuk bumi terus subur. Sebagaimana Allah berkuasa menghidupkan bumi yang tandus menjadi subur begitulah juga Allah berkuasa menghidupkan orang yang telah mati. Allah Berkuasa bagi tiap-tiap sesuatu.
Bagaimana bumi disuburkan? Jawapannya kita boleh lihat dalam surah Qaaf ayat 9 di bawah :
Bagaimana bumi disuburkan? Jawapannya kita boleh lihat dalam surah Qaaf ayat 9 di bawah :
Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang diberkati (banyak faedahnya), lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai; (Qaaf 50 : 9)
Dalam ayat ini Allah nyatakan bahawa air yang Allah turunkan bukan air biasa malah air yang diberkati, dengan sebab air yang diberkati itulah tanah subur, tanaman menghasilkan buah-buahan atau sayur-sayuran atau bijirin yang dapat dituai. Air itu mengandungi pelbagai garam galian yang diperlukan untuk tanah jadi subur dan pokok-pokok boleh hidup subur.
Allah YANG MAHA MENGHIDUPKAN dan MAHA MEMATIKAN boleh hidupkan tanah yang gersang juga manusia yang telah mati, menarik untuk diperhatikan, mari kita lihat dalam ayat 57 dan 58 surah al-A'raaf di bawah:
Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya). (Al-A'raaf 7 : 57)
"Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai-bagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur". (Al-A'raaf 7:58)
Bagi ke dua-dua ayat dalam surah al-A'raaf di atas ini, kita boleh perhatikan bahawa Allah memberitahu
kita bahawa ada dua jenis bumi, iaitu satu yang gersang dan satu lagi yang subur, kita
bolehlah kaitkan dengan hati atau jiwa kita iaitu ada yang gersang (mati) dan
ada yang subur (hidup).
Jika untuk bumi, Allah turunkan hujan dan DENGAN IZIN-NYAlah bumi itu subur dan
tanaman hidup membiak, kadang-kadang tak perlu dijagapun tanaman itu tumbuh
dengan eloknya, itu bagi tanah yang subur, sebaliknya jika tanah gersang atau
tandus tanaman tumbuh juga tetapi bantut. Air hujan itu bolehlah diumpamakan sebagai hidayah Allah kepada hati.
Jika kita ada tanah biarpun sekangkang kera, apabila tanah itu subur amatlah
mudah tanaman tumbuh dengan hasilnya yang banyak, cantik dan elok, tambahan
pula dibajai dan diairi serta dijaga daripada makhluk perosak. Begitu juglah
Allah umpamakan dengan hati kita, Allah telahpun berikan hidayah melalui fitrah
suci kita, jadi jagalah dan suburkanlah hati kita, hindarilah daripada perosak,
terutamanya nafsu kita. Kata pepatah 'Arab, nafsu ini ibarat luka pada badan
kita, makin digaru makin sedap, tambah lagi garu hingga berkudis. Juga
umpama kanak-kanak yang ketagih menyusu selagi tidak diusahakan berhenti anak
itu akan terus menyusu biarpun diletakkan jadam, bila hilang pahit kanak-kanak
itu masih mahu menyusu. Itulah ibaratnya Allah suruh kita mengawal nafsu kita
dan supaya hati kita sentiasa bersih dan sejahtera semasa bertemu
denganNya.
Dalam ayat-ayat di atas Allah juga suruh kita perhatikan dan buat perumpamaan
iaitu apabila kita berada di dunia, siapkanlah diri kita dengan amalan-amalan
yang baik, tak guna jika Allah bagi hidayah umpama Allah bagi tanah yang subur,
air yang berkat tetapi tidak digunakan untuk bercucuk tanam. Kelak di akhirat
jika kita tidak bersiap sedia dengan amalan baik kita dihidupkan umpama benih
yang mengeluarkan tumbuhan yang bantut. Berbeza dengan orang-orang yang beriman
dan bertakwa mereka dihidupkan umpama benih yang mengeluarkan tanaman yang
subur, hijau dan indah.
Mudah-mudahan memberi manfaat.
Mudah-mudahan memberi manfaat.
6 comments:
Salam Kak Werdah,
Satu peringatan yang baik. Semoga kita terus berusaha menyediakan yang terbaik untuk bekalan mati nanti.
Semoga juga Allah masukkan kita dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertakwa supaya dihidupkan kita seumpana benih yang mengeluarkan tanaman yang subur, hijau dan indah. InsyaAllah
السلم عليكم ورحمة الله
Moga Allah kurniakan kakak kesihatan yang baik serta kasihan belas~Nya dihapuskan segala dosa yang ada...aamiin
Setiap tanah yang gersang memerlukan siraman air dan keperluan makanannya untuk hidup kembali. Begitu juga hati yang mati, memerlukan kepada siraman nurani untuk menyuburkannya kembali.
Taubat dan penyesalan atas dosa yang dilakukan akan memudahkan lagi perjalanan menuju~Nya.
Terima kasih kak, mengingatkan..
Salam k werdah
Amat menarik membuat prsamaan antara tanah dn hati. Sebagaimana tanah begitu juga hati akan mmberi kebaikan kpd makhluk lain sekiranya d manfaatkan sebaik mungkin
Wa'alaikumussalam Ani
Begitulah yang perlu kita harapkan supaya kita tetap teguh menjadi orang beriman dan beriman soleh dan bertakwa.
Tiga-tiga perkara ini perlu berjalan seiring, tak boleh tertinggal salah satu. Mudah-mudahan hajat kita tercapai. Allahumma Aamiin
>> Abd Razak
وعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih atas doa. Mudah-mudahan dirimu juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah...Allahuma aamiin.
Penulisan untuk mengingatkan diri kak juga. Semoga diri ini sentiasa menyedari bahawa untuk mendapatkan hati yang sejahtera kena sentiasa muhasabah diri.
Semoga kita semua berusaha menjadi seperti tanah yang subur dan sentiasa dibaja dan diairi. Dengan pertolongan Allah jua kita mohon.. aamiin
Wa'alaikumussalam aby
Begitu banyak perkara yang dinyatakan oleh Allah dalam kitabNya supaya kita buat perbandingan. Maha Suci Allah.
Beruntunglah orang-orang yang mahu mengambil pelajaran daripadanya. InsyaAllah.
Post a Comment