Monday, February 25, 2013

"NUSABBIHU" dan "NUQADDISU"


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Hari ini sambung tulis tentang nama Allah Al-Quddus iaitu nama Allah yang keempat dalam asmaul husna. 

Dalam N3 lepas dinyatakan bahawa Quddus membawa makna suci. Al-Quddus maksudnya kesucian yang tidak menimpa padanya perubahan, kekotoran, sebaliknya terus menerus dalam keadaan suci iaitu tersuci dan bersih daripada segala cacat cela dan kekurangan, bebas daripada segala kesilapan, kealpaan dan tidak berkeupayaan atau kurang kesempurnaan. 

Allah Subhanahu wa ta'aala mempunyai sifat quddus. Dalam perbuatan Allah, dalam Zat Allah dan dalam sifat-sifatNya pasti ada 3 unsur iaitu: Benar, indah dan baik.

Allah berfirman:

23:115
23:116
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) saja-saja (suka-suka/ sia-sia) dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"(Al-Mu'minuun 23:115) Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia".(Al-Mu'minuun 23:116
Di sini Allah menyatakan bahawa segala ciptaanNya adalah hak dan Allah Subhanahu wa ta'aala mencipta langit, bumi dan segala isinya bukan suka-suka tetapi adalah al-haq/benar. Dalam surah al-Mulk ayat 3 pula; Allah mencabar kita  kalau-kalau kita dapat mencari cacat cela dalam penciptaanNya.
"Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? "(Al-Mulk 67:3)
Amalan kita pula mungkin sudah benar tetapi belum tentu baik (menyampaikan nasihat tetapi dengan cara yang tidak betul), mungkin sudah baik tetapi belum tentu benar. Baik diukur dengan akhlak manakala benar diukur dengan agama. Jika setiap perbuatan itu benar, indah dan baik barulah dikira suci.

Islam amat menitikberatkan keindahan. Kita pasti selalu mendengar kisah seorang sahabat yang datang ke majlis Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan keadaan rambut kusut masai, janggutpun tak terurus lalu nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan kepadanya. Sahabat itu pula faham lalu pulang dan memperkemaskan dirinya dan datang semula ke majlis nabi. Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam terus memberikan komen bahawa bukankah itu lebih baik daripada kamu datang berjumpa sahabat dalam keadaan kusut masai seolah-olah syaitan. Nabi tak menegur solatnya tetapi nabi tegur tentang estiteka. Banyak lagi kisah-kisah seperti ini yang telah diketahui ramai berlaku di kalangan para sahabat.

Makna al-Quddus ialah  Maha Suci.

Ada perbezaan antara Qa Da Sa dan Sa Ba Ha.

Kedua-duanya bermaksud suci.

2:30
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih (mensucikanMu) dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah 2:30)
Dalam ayat di atas ada "NUSABBIHU" dan "NUQADDISU"

Kedua-duanya bermaksud mensucikan tetapi mengapa ada DUA istilah dalam ayat itu?

Jawapannya ialah, TASBIH ialah mensucikan Allah Subhanahu wa ta'aala dengan menjauhkan perkara-perkara yang tak layak bagi Allah. Untuk menambah kefahaman tentang ini elok baca Bertasbihlah Mensucikan Nama Tuhanmu

Makna asal SABAHA ialah berenang, sebab orang berenang akan semakin jauh daripada tempat dia bermula. 

Dalam surah Yasiin hujung ayat 40, maksudnya beredar / bergerak semakin jauh.

 وَكُلٌّ۬ فِى فَلَكٍ۬ يَسۡبَحُونَ
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (Yaa Siin 36:40)
Apabila kita bertasbih kepada Allah Subhanahu wa ta'aala kita hendaklah bersangka baik kepada Allah jika sebaliknya maka kita tidak dikatakan bertasbih. Jadi bila ucap Subhaanallah dengan berburuk sangka maka subhaanallah yang diucapkan itu sudah tidak ada maknanya lagi.

Dalam ayat al-Quran perintah mensucikan Allah Subhanahu wa ta'aala dengan kalimah SABBIH banyak kali namun tidak ada perintah mensucikan Allah Subhanahu wa ta'aala dengan kalimah QADDIS.

Kenapa begitu?

Ini kerana kita hanya dapat menghilangkan sifat tak baik kepada Allah Subhanahu wa ta'aala tetapi kita tak berupaya / tak mampu memberikan sifat yang sesuai kepada Allah Subhanahu wa ta'aala  Kalau kita nak memberikan nama kepada Allah Subhanahu wa ta'aala kita tak mampu. Allah yang memberikan namanya sendiri.

Mudah-mudahan sedikit sebanyak membantu kita menambah kefahaman dalam asmaulhusna.

7 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak memperolehi kesihatan yang baik atas kurniaan~Nya serta sentiasa dalam keberkatan~Nya...aamiin

Subhanallah, ucapan yang sangat dicintai Allah SWT.

Terima atas penerangan ini Kak! Moga Allah kurniakan kebaikan yang banyak buat kak.

Werdah said...

>>Abd Razak

وعليكم السلام ورحة الله

Terima kasih atas doa, semoga dirimu juga beroleh kesejahteraan dan berada dalam kerahmatan dan keberkatanNya. aamiin

Ya, 2 Kalimah yang amat ringan pada lidah,

Amat berat pada Mizan Allah SWT,

Paling diCintai oleh Allah SWT… ialah :

سبحان الله وبحمده
سبحان الله العظيم

Mudah-mudahan kita sentiasa bertasbih kepadaNya.

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.al-Hadid [57] : 1)

aby said...

salam k werdah ..
awal2 aby dah buat komen ..
tp tk ada la ...
adusss ....

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Ya ke... Kak tak perasan pula ada komen aby sebelum ni.silap tekan kut.

Ave Ry said...

Subhanallah.. great post really! Membawa kita untuk lebih mengenal-Nya. Semoga penulisnya diberikan keberkahan dan keluasan ilmu dan memanfaatkannya dengan amanah :)

Werdah said...

Salam Gen - Q

Subhanallah n masyaAllah, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan dan izin Allah SWT dapatlah dicoretkan sedikit sebanyak hasil mendengar kuliyah semoga dapat manfaat bersama.

Terima kasih atas doa. aamiin

PESONA said...

Assalamualaikum Puan,

Ini lah kali pertama saya mengikuti Blog puan setelah saya menjumpai N3 puan mengenai pengalaman puan mengalami SLIP DISC dan saya juga salah seorang yang baru 4 bulan mengalami sakit tersebut. Saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya oleh kerana puan telah menjalani pembedahan dan saya telah menaggguhkan pembedahan yang dicadangkan oleh doktor pakar di HPJAS JB . saya harap saya dapat menghubungi puan untuk bertanyakan lebih lanjut akan pengalaman puan mengenainya dan diharap tidak menggangu masa puan. Hj. Abdul Aziz J.Bahru (0137301707)

Related Posts with Thumbnails