Sunday, March 24, 2013

Ilmu Tauhid

Kitab tauhid diperakui Oleh Fakta Sains karangan Abdul Majid Aziz Az-Zindani

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam (SAW) serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Alhamdulillah! saya diperkenalkan buku di atas oleh anak bongsu saya. Buku ini digunakan olehnya semasa berusrah bersama-sama rakan-rakan usrah.

Buku ini dah lama berada di pasaran, namun jika tak diperkenalkan mungkin belum lagi dapat membacanya.

Buku ini membincangkan perkara berkaitan dengan aqidah iaitu tauhid, merungkai persoalan bagaimana nak menerangkan kepada seseorang yang bertanya tentang tauhid iaitu penyembahan kepada Allah Yang Esa.

Tauhid adalah ilmu yang sangat penting dikuasai oleh manusia kerana dengan ilmu ini manusia akan mengetahui hikmah kewujudannya di atas muka bumi dan tujuan Allah menciptanya, dan apakah yang menantinya selepas kematiannya.

Di bawah ini saya memetik daripada fasal 6-AIR YANG TERAPUNG (Muka surat 60 hingga 62)

Saudaraku! Jadilah orang yang memerhatikan awan
bagaimana pada waktu petang ia berterbangan.

Tuhan menghantarnya kepada kita sebagai rahmat
adakah kamu bersyukur kepada Tuhan akan nikmat tersebut.

Lalu matahari menguasai laut
untuk dibangkitkan wap air daripadanya.

Diangkat airnya ke atas
melepasi bukit bukau yang tinggi.

Dan diliputinya udara sejuk
bagi memberhentikan kenaikannya ke langit.

Sekiranya Dia mahu, dijadikan udara panas
maka kita tidak mendapat walau setitis hujan.

Dia menghalau tiupan angin dalam keadaan bertebaran
hujan turun selepas awan diperah.

Tidak ada bukit bukau yang dapat menghalangnya
jika Dia mahu, hujan akan turun di sebalik bukit bukau

Diciptanya yang lain seumpamanya, dan digerakkannya
dengan takdir-Nya, ia terus bergerak.

Sekiranya ia melimpah dari langit sekaligus
manusia akan ditimpa kebinasaan yang cepat.

Ini, apabila ia turun dalam bentuk curahan dalam sesebuah negeri
bagaimanakah jika dicurahkn air batu sebesar bukit?

Tetapi ia turun supaya berlembut ke atas kita..dalam bentuk titisan hujan
sebahagiannya bertukar menjadi sungai-sungai

Sebahagiannya diserap tanah
supaya ia tidak menjadi penghalang segala makhluk.

Tetapi bukan ditempat yang dalam sangat
memadai disimpan dalam bekas besar pada lapisan.

Di dalam bekas daripada batu bata
ia dismpan untuk kemudahan bagi manfaat manusia

Lihatlah betapa hinanya pentadbiran
pentadbiran orang yang tidak mempunyai pemikiran?

Daripada berhala yang tuli atau tabiat semula jadi
yang taat kepada Tuhannya?

Atau tiada keraguan sebenarnya, semuanya menjadi saksi
bahawa penjaganya adalah Tuhan Yang Satu

Berapa kalikah orang islam ditimpa kemarau
lalu mereka meninggalkan bebanan dan batu penghalang

Mereka meminta daripada Tuhan jalan keluar
lalu mereka berhak mendapat kejayaan dan mereka mendapat jalan keluar

Adakah kudrat alam (nature) atau berhala yang memakbulkannya?
atau Yang Maha Mendengar pelepas segala bala.

Hasil Pena : Abdul Rahman Qadhi

Melalui pembacaan buku ini kita dapat mentadabbur banyak ayat Allah yang dikaitkan dengan setiap tajuk, umpamanya dalam fasal air ini dinukilkan banyak ayat yang dapat memberikan kita kefahaman tentang kebesaran dan keagungan Allah Yang Maha Mencipta, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dan sebagainya seperti yang tetera dalam nama-namaNya yang baik. Antaranya:


39:21
Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai-bagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Dia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.(Az-Zumar [39] : 21)
 56:68
56:69
56:70
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur. (Al-Waaqi'ah [56] : 68 - 70)
Sekian semoga dapat memberikan manfaat.

13 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Werdah,
Semoga kak Werdah sihat

Dulu semasa Dr Sheikh Muszaphar Shukor memberi ceramah di Masjid Negeri Shah Alam, dia ada bertanya pada Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Mustafa, sama ada di bulan ada makluk atau tidak.

Kata Ustaz seandainya di bulan ada air bermakna ada makhluk, sebab semua makhluk dijadikan dari air. Wallahuwa'lam.

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah..:)

Moga kakak sihat hendaknya dengan izin~Nya..aamiin

Allahu Akhbar..

Seandainya kita mengetahui kedekatan Allah dan menyedari bahawa Allah selalu menatap kita, nescaya kita takkan bergegas melakukan larangan~Nya.

Terima kasih kak..:)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Kak sihat, alhamdulillah 'alaa kullihaal.

Semoga Ani juga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Lama tak update blog sebab kurang upaya duduk lama-lama hadap PC, kalau blogwalking dan komen kadang-kadang guna telefon bimbit.

Allah-lah yang Maha Mengetahui kan Ani, tentang adanya makhluk di bulan.

Kak tidak ada pengetahuan tentang itu dan belum lagi terdengar berita berkenaan.

Apa yang kak terbaca manusia hanya boleh hidup di bumi.

Satu lagi ada yang menulis bahawa Neil Amstrong tu tak pernah pun sampai ke bulan. Tak tahulah benar atau tidak.

Allahua'lam.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak.

Kak sihat, alhamdulillah 'alaa kullihaal.

Semoga dirimu juga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Aamiin

Tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah jelas terserlah di hadapan kita.

Sewajarnyalah kita menyedari dan menghindarkan diri daripada melanggar perintah-Nya. Mudah-mudahan kita tetap istiqamah di atas jalan-Nya.

aby said...

salam k werdah ..
baru boleh masuk comment ..
semlm aby klik post comment tk keluar kotak ni .. arini baru boleh ..

psl perjalanan hujan hasil dari air laut .. aby pernah dengar disatu kuliah .. atas tajuk khazanah Allah swt ... sbb tu bila aby tengok kehidupan dikeliling kita, dalam hati akan berkata, asalnya semua ni adalah air masin .... tanpa air masin yg akan jadi hujan .. bumi akan tandus .. kehidupan akan sukar kerana tiada sumber air bagi menyokong kehidupan ..

Makbonda61 said...

Assalamualaikum Kak Werdah.

Macam menarik je buku ni,Insyaallah saya akan cari.

puisinya yang dipetik juga sangat indah. Sesungguhnya Allah mencipta setiap kejadian dengan penuh keseimbangan,sebab musabab dan semuanya bermunafaat.


Syukur itu mudah menyebutnya tapi sukarnya menghayati.

Jazakillah...atas perkongsian.

Bunda_nora said...

assalam, salam ukhuwah dan salam kenal dari bunda a k a KN..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Kitaran air atau jiga Kitaran hidrologi; tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang agak baik ialah lautan. Matahari yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara. Arus udara yang naik akan membawa wap ke atas atmosfera. Suhu sejuk di atmosfera akan menyebabkan wap tersebut terpeluwap membentuk awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan (iaitu hasil pemeluwapan wap air atmosfera yang ditarik ke bawah oleh graviti lalu termendap pada permukaan bumi)- (Pernah tulis di sini http://permatainn.blogspot.com/2010/10/pada-penciptaannya-terdapat-tanda-tanda.html

Ya aby, kehidupan kita bergantung kepada air sebab itulah peratusannya sangat besar daripada unsur-unsur lain yang ada di bumi dan juga dalam badan kita. Maha Bijaksana Allah mencipta segala-galaNya.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Hasimah

InsyaAllah menarik isi buku ini..sebagai umat Islam, kita wajib meyakini semua yang tercipta di langit dan bumi dan di antara keduanya adalah ciptaan Allah dan kita wajib menyembah hanya kepada Allah yang ESA.

Kita juga wajib mensyukuri atas setiap nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah. Benar apa yang Hasimah katakan itu bicara bab syukur tu mudah tapi nak bersyukur cara yang sebenar-benarnya amat payah.

Penulis membahagikan kepada 3 jilid. Jilid 1 ada 16 fasal, Jilid 2 ada 17 fasal, Jilid 3 ada 14 fasal.Apa yang kak tulis di N3 ini adalah dari Jilid 1 fasal 6. Harganya RM33.00 sebelum diskaun.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam BUNDA a.k.a KN

Salam kenal juga.. insyaAllah ke sana nanti.

Anonymous said...

blog anda bagus sangat...
saya blogger dari Indonesia..

mungkin anda juga mau visit blog saya ...
saya harap anda sudi..

Werdah said...

Salam infoahmadi.com

La hawla wala quwwata illa billah.. Alhamdulillah saya dah ke blog anda..
alhamdulillah banyak informasinya.
Terima kasih krn ke blog tak sepertinya ini

fairuzpeyos said...

salam....kak saya berminat nk dpt kn buku ni...kat mana boleh saya dpt kn buku ini...?
0126739452 hubungi saya

Related Posts with Thumbnails