Monday, May 6, 2013

DIA tidak goyah, DIA stabil dan tidak mudah dikalahkan.

Masjid Kubah Emas Dian Al Mahri. Lokasinya di JI.Meruyung, Cenere, Depok, Jawa Barat, Indonesia..tak sangka dapt berkunjung ke sana pada 29 April 2013.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam (SAW) serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Al-Matiin

Kalimah yang terambil daripada Mim, Ta' dan Nun bermaksud:

  1. Kukuh
  2. Terbentang
  3. Panjang
  4. Keras

Dengan sifat-sifat di atas DIA tidak goyah, Dia stabil dan tidak mudah dikalahkan.

3 kali diulang sebagai nama Allah dalam al-Quran . 1 dinisbahkan kepada sifat Allah dan 2 kepada sifat rancangan Allah.

Sebagaimana dalam al-Qawwiyy; al-Matiin yang bermaksud kukuh, kuat dan tak goyah sentiasa dihadapkan kepada mereka yang cuba menentang Allah SWT. Allah SWT memberitahu kepada sesiapa yang cuba untuk melawan atau terus menerus menentang Allah nescaya dapat dikalahkan oleh Allah. Ini kerana Allah SWT tak mungkin dapat dikalahkan atau ditundukkan.

7:183

Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.(Al-'A`rāf [ 7 ] : 183)

Jika kita perhati ayat sebelumnya iaitu:

7:182

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik-narik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.Al-'A`rāf [ 7 ] : 182)

Allah tujukan kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, iaitu Allah akan istidraj; Allah akan seksa sedikit demi sedikit/perlahan-lahan tanpa mereka sedari.

68:45

Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh.(Al-Qalam [68 ] : 45)

Ayat inipun ditujukan kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah. Lihat dalam ayat sebelumnya:

68:44
Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.(Al-Qalam [68 ] : 44)

Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan rancangan Allah amatlah kuat/kukuh.

Dalam ayat di bawah:

28:7

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.(al-Qasas [28] : 7)

Nabi Musa dilahirkan semasa Firaun mengarahkan semua bayi lelaki dibunuh. Dalam masa Firaun membuat perancangan, rencana Allah pula membawa Nabi Musa dekat kepada Firaun, dipelihara dalam istananya. Seolah-olah Allah berkata; Wahai Firaun! daripada engkau susah-susah mencari, Aku hantar ke istana engkau, engkau peliharalah dia, suatu hari nanti dia akan jadi musuh engkau tanpa engkau ketahui.

Benar-benara rencana Allah ini tidak diketahui oleh Firaun dan membesarlah Musa as di istananya.

Dalam ayat lain pula:

20:39

"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.(Taha [ 20 ] : 39)

Dalam ayat ini Allah al-Matiin menanam sifat kasih sayang kepada sesiapa sahaja yang melihat nabi Musa sehingga sesiapa sahaja melihat nabi Musa akan rasa kasih. Sepatutnya dia dibunuh tetapi dipelihara pula dengan kasih sayang dan sempurna. Allah sebenarnya melakukan istidraj terhadap Firaun namun Firaun langsung tidak menyedarinya. Di situlah letaknya al-Matiin, rencana Allah amat kukuh.

Kisah di atas adalah antara contoh-contoh sifat al-Matiin yang diterangkan dalam al-Quran. Masih ada lagi kisah seperti ini contohnya dalam kisah nabi Yusuf yang didengki oleh saudara-saudaranya, begitu juga kisah nabi Ibrahim dan Namrud dan lain-lain lagi. 

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan muhasabah diri kita apakah kita berada dalam istidraj atau dalam redha Allah SWT.

Mudah-mudahan memberi manfaat.

8 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah yang dikasihi Allah SWT...

Moga tercurah kasihan belas Allah SWT buat kakak sentiasa dan kurniaan kesihatan yang baik...aamiin.

Allahu Akhbar...begitu teliti sifat Allah kepada manusia, yang baik dikurniakan kebaikan yang banyak dan begitulah juga kepada yang engkar istidraj dari~Nya berlaku tanpa disedari.

Terima kasih kak..:)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Semoga dirimu sentiasa diberikan kebaikan yang banyak oleh Allah SWT.

Jika semua manusia di alam ini faham akan istilah-istilah serta sifat-sifat bagi Allah SWT yang diterangkan oleh Allah SWT dalam kalamNya dan mengamalkannya pasti keadaan akan aman damai.

Begitu pun semua ini adalah ujian buat kita.

Mudah-mudahan dengan memahami serba sedikit kita akan sentiasa memerhatikan diri agar sentiasa berada di atas jalan yang lurus. Aamiin

aby said...

Salam k werdah,
Itu untungnya kita orang islam, manpu mngetahui kisah2 ribuan tahun dulu melalui al quran yg benar utk d jadikan panduan dan tauladan dlm kehidupan.
Trlambat reply. Tk perasan kak ada N3 baru

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Itulah kan, al-Quran menjelaskan sesuatu umpama mesin waktu dalam filem fiksyen, boleh ke masa akan datang dan kembali ke masa lalu..hebat kan?

Nikmat yang perlu kita benar-benar syukuri.

Unknown said...

Assalamualaikum,

Salam kenal ... bila kita pergi sesuatu tempat serba sedikit mesti nak ambil tahu sejarahnya .. baru terisi rasanya.

TiranaAduka said...

salam sis
Salam kenal dari ta. Ta dari tempat aby tadi..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam izan

Salam kenal..oh sepatutnya begitulah tetapi kakak ke sana mengejut sahaja tanpa perancangan rapi atas urusan suami. Jadi bila balik ke sini baru google dan lihat di youtube ttg masjid ni..di sana oun tak ada guide tour.

Werdah said...

Wassalam TA

Salam kenal..buat masa ni kakak rehat menulis..nak guna hp untuk publish N3 agak susah dan lambat..PC masih agak sakit..terima kasih datang sini

Related Posts with Thumbnails