Monday, December 9, 2013

Doa Nabi Musa 'alaihissalam

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam (SAW) serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

DOA yang diajar untuk kita ketika sulit dalam mendapatkan rezeki atau jodoh dan permasalahan yang lain. 

 DOA NABI MUSA 'ALAIHISSALAM 

MUNGKIN ramai di kalangan kita seolah-olah berputus asa bila berhadapan dengan masalah menjemput rezeki, mendapatkan jodoh atau menghadapi pelbagai kesulitan yang lain.

SEMUA ini telahpun dirasai oleh Nabi Musa as. Baginda dibesarkan di dalam istana Fir’aun, kemudian baginda lari kerana bimbang atau takut dibunuh oleh pengikut-pengikut Fir’aun. Baginda sampai pula ke tempat yang tidak mempunyai makanan dan minuman serta tidak pula mempunyai pekerjaan, tidak juga mempunyai isteri dan keluarga.

DI DALAM perjalanan baginda sampai ke sebuah telaga, ketika itu ada dua orang perempuan yang ingin mengambil air di telaga tersebut. Nabi Musa as membantu mereka, setelah itu Nabi Musa as beristirahat dan berdoa. Disebabkan doa tersebut keadaan jadi berubah.

SEKARANG ramai di kalangan kita meremehkan doa dan hanya berpegang dengan usaha tanpa doa.

USAHA dengan disertai doa jauh lebih baik daripada usaha yang tidak disertai dengan doa.

DOA Nabi Musa ketika itu ialah sebagaimana yang difirmankan Allah SWTdi dalam Surah al-Qasas: 

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
( القصص [ 28] : 24 )

(Rabbi inni limaa anzalta ilaiyya min khairin faqiir)

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian/sesuatu kebaikan yang Engkau berikan".(Al-Qasas [28] : 24)

SELEPAS BERDOA datanglah kepadanya salah seorang wanita yang telah dibantu mengambil air di telaga tadi, dan wanita itu berkata bahawa ayahnya memanggil Nabi Musa as untuk memberikan upah atas sesuatu yang telah dia lakukan, tetapi nabi Musa as menolak untuk menerima upah tersebut, dan ternyata nabi Musa as dinikahkan dengan salah seorang daripada wanita tersebut.

MAKA MARILAH kita mbil pengajaran daripada kisah ini dengan perbanyakkanlah doa di atas, insya~Allah segala usaha dipermudahkan Allah sama ada kita inginkan rezeki berupa wang ringgit, jodoh, atau apa sahaja urusan.

~Allah tempat kita minta pertolongan~

17 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah..

Moga kakak beroleh kesihatan yang baik atas kurniaan~Nya...aamiin

Hanya kepada Allah kita mengharapkan pertolongan dan perkara pertama dalam apa jua pekerjaan kita hendaknya kita memohon kepada~Nya akan bantuan~Nya.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan". (HR Tirmizi)

Werdah said...

Wa'alaikumussalm Abd Razak

Kak alhamdulillah 'alaa kulli haal.

Terima kasih kerana mendoakan kak di sini.

Keadaan pinggang tu seperti selalu semoga tidak bertambah mudharat. Sebulan yang lepas menjalani prosedur prolotherapy.

Mudah-mudahan dengan mengambil pengajaran daripada doa-doa yang diajarkan Allah dan tidak hanya berdoa ketika senang kita memperolehi manfaatnya jika tidak sekarang InsyaAllah pada masa hadapan.

Hanya padaNya kita mengharapkan doa kita makbul..aamiin

aby said...

salam k werdah ..
tertarik dengan ungkapan, mesti berusha dan diiring dengan doa ..
begitu juga dengan kisah nabi musa .. salah satu sbb wanita itu kembali adalah kerana kekuatan yg ada pd musa, batu besar penutup kolam yg perlu diangkat oleh 10 org, diangkat nabimusa seorg diri ..
sbb dgn kekuatan tu satu tumbukan pd pemuda Qitbi@kaum Firaun telah membawa maut, menyebabkan nabi musa terpaksa melarikan diri kerana dicari pengamal atau polis2 firaun ..
salah satu sbb yg org tua(nabi syuib) jadikan nabi musa menantu adalah kerana ahlak Nabi musa yg baik .. semasa mereka pergi kerumah wanita tu .. nabi Musa menyuruh wanita itu berjalan dihadapan dan Musa dibelakang utk mengelak menjadi fitnah ..

aby said...

[18]Semenjak itu, tinggalah ia di bandar (Mesir) dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya), maka tiba-tiba orang yang meminta pertolongan kepadanya semalam, memanggil meminta pertolongannya lagi. Musa berkata kepadanya: “Sesungguhnya engkau ini orang yang nyata sesatnya!”


[19]Maka ketika ia bersedia hendak menumbuk orang yang menjadi musuh bagi mereka berdua berkatalah orang itu: “Wahai Musa, adakah engkau hendak membunuhku sebagaimana engkau membunuh satu jiwa semalam? Sebenarnya engkau hanyalah hendak menjadi seorang yang kejam di bumi, dan tidaklah engkau hendak menjadi seorang pendamai”.


[20]Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu”.

sekadar melengakap kan crita nabi musa yg kak buat ..
dari surah Al Qashas ...

[21]Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim “.
[22]Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia dengan berkata: “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,”.


[23]Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” Mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “.


[24]Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.


[25]Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: “Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu “.


[26]Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.


[27]Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”.


[28]Musa menjawab: “Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama); yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan. Dan Allah jualah menjadi Pengawas terhadap apa yang kita katakan itu”.

aby said...

sekadar info ..
salah satu assignment yg aby kena buat ialah tentang Iktibar Rasul.
kena pilih kisah perjalanan dan pengajaran salah satu dari rasul ulul azmi ..
kebetulan kisah yg aby buat adalah kisah nabi musa ..
tertarik dengan dailog antara nabi musa dan firaun, kenapa nabi musa tidak harus mengenang jasa2 nya yg telah membesarkan sedari nabi musa bayi lg ..
kenapa harus nabi musa jadi seperti kacang lupakan kulit ...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Banyak pengajaran dalam kisah nabi ulul azmi ni kan

Kisahnya bermula sejak fir'aun bermimpi yg bila dita'wilkan bahawa ada seorang dari kalangan bani Israil yg akan menggugat kedudukannya. Arahan utk membunuh semua bayi lelaki namun betapa Firaun berusaha untuk kononnya boleh elak seseorang yg akan menentangnya namun Allah mengenakan istidraj kpdnya. Dia tak menyangka org yg dipelihara sejak kecil akan menentangnya. Betapa tidak. Dia menyangka dialah Tuhan Yang Maha Tinggi tetapi itu sangkaannya sahaja.

Tentang kuat lagi amanah; itulah kualiti yg seharusnya ada pada setiap orang yang hendak diberikan tugas. Jika salah satu tidak ada akan ada masalah dlm pekerjaaan.

Werdah said...

Terima kasih aby kerana menyalin semula terjemahan kisah Nabi Musa as dlm surah al-Qashas ni. Memudahkan pembacaan..jika dalam surah Taha pula ada kisah baginda ke Lembah suci. Di situlah baginda dilantik menjadi Rasul.

aby said...

salam k werdah ..
tidak mcm ulul azmi yg lain yg ada surah atas nama mereka, tp musa tiada surah khusus utk nya ..
yg buat musa ni dekat dengan kita sbb kisah nya seawal disurah albaqarah, kisah pasal pemyembelihan sapi betina .. dah bermula critanya ..lps tu banyak lg disurah2 lain .. dalam kahfi, dari ayat 60-82, panjang lebar kisah musa berjumpa nabi khidir ..
berbalik pd nabi2 ulul azmi ..
wlupun nabi daud adalah penerima kitab tp beliau tk dalam senarai ulul azmi ..
hanya nabi Nuh, Musa, Ibrahim, Musa dan Nabi Muhammad saw ..

aby said...

dailog anatara musa dan firaun yg aby kata sangat menarik tu ..
sekadar utk perkongsian ilmu ..

Bertanya Fir'aun kepada mereka berdua:: "Siapakah kamu berdua ini?"
Musa menjawab: "Kami, Musa dan Harun adalah pesuruh Allah kepadamu agar engkau membebaskan Bani Isra'il dari perhambaan dan penindasanmu dan menyerahkan meeka kepada kami agar menyebah kepada Allah dengan leluasa dan menghindari seksaanmu."

Fir'aun yang segera mengenal Musa berkata kepadanya: "Bukankah engkau adalah Musa yang telah kami mengasuhmu sejak masa bayimu dan tinggal bersama kami dalam istana sampai mencapai usia remajamu, mendapat pendidikan dan pengajaran yang menjadikan engkau pandai? Dan bukankah engkau yang melakukan pembunuhan terhadap diriseorang drp golongan kami? Sudahkah engkau lupa itu semuanya dan tidak ingat akan kebaikan dan jasa kami kepada kamu?"
Musa menjawab: "Bahwasanya engkau telah memeliharakan aku sejak masa bayiku, itu bukanlah suatu jasa yang dapat engkau banggakan. Karena jatuhnya aku ke dalam tangan mu adalah akibat kekejaman dan kezalimanmu tatkala engkau memerintah agar orang-orangmu menyembelih setiap bayi-bayi laki yang lahir, sehingga ibu terpaksa membiarkan aku terapung di permukaan sungai Nil di dalamsebuah peti yang kemudian dipungut oleh isterimu dan selamatlah aku dari penyembelihan yang engkau perintahkan. Sedang mengenai pembunuhan yang telah aku lakukan itu adalah akibat godaan syaitan yang menyesatkan, namun peristiwa itu akhirnya merupakan suatu rahmat dan barakah yang terselubung bagiku. Sebab dalam perantauanku setelah aku melarikan diri dari negerimu, Allah mengurniakan aku dengan hikmah dan ilmu serta mengutuskan aku sebagai Rasul dan pesuruh-Nya. Maka dalam rangka tugasku sebagai Rasul datanglah aku kepadamu atas perintah Allah untuk mengajak engkau dan kaummu menyembah Allah dan meninggalkan kezaliman dan penindasanmu terhadap Bani Isra'il."

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Tentang kisah Nabi Musa berguru dengan Nabi Khidir kak pernah tulis di sini

http://permatainn.blogspot.com/2009/09/kisah-musa-as-berguru-kpd-nabi-hidhir.html

Kemudian kisah Nabi Musa mencari api di Lembah Tua yang suci kak tulis di sini

http://permatainn.blogspot.com/2011/03/nun-jauh-di-sana-kelihatan-api.html

Perenggan terakhir yang aby coretkan dalam komen di atas tu nak menunjukkan bahawa biar sehebat manapun pengaruh Firaun utk menghalang kebangkitan Rasul, hebat lagi rancangan Allah hinggakan pada kelahiran Nabi Musa ibunya diilhamkan oleh Allah untuk hanyutkan ke sungai. Hati ibu mana yang tidak bimbang namun janji Allah utk memasukkan ke dalam hati orang-orang yang memandang Nabi Musa menjadi kesihan kepadanya dan ibunya pula yang menyusukannya. Memang asyik jika kita membaca kisah nabi-nabi yang hebat diuji.

Kakzakie Purvit said...

Asslamu'alaikum Kak Werdah...

Begitulah betapa kita sering diingatkan bahawa hidup yg tidak pernah berdoa rugilah jadinya. Bukan sekali doa itu terus terqabul tetapi sebagai hambanya Allah memang sayang pada hambanya yg tanpa mengenal putus asa utk terus berdoa mohon padaNya..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakZakie

Itulah sebenarnya yang ditegaskann oleh Allah dalam firman~Nya "Iyyaka na'budu waiyyaka nasta'iin.

Berusaha dahulu kemudian mohon pertolongan.

azvic said...

Assalammualaikum maksu,

Sangat bermanfaat kepada diri pada insan (yang perlu peringatan) kita hamba Allah swt sentiasa diberi kemudahan dan kemuliaan yang tinggi, sekiranya kita angkuh, kita lebih hina dari mana2 mahluk Allah swt. Doa adalah kenikmatan yang Allah anugerahkan pada kita semua. InsyaAllah.
Jadi berdoalah dalam apa jua keadaan.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Faz

Ya Faz..mudah-mudahan kita diberikan kekuatan untuk sentiasa berdoa dan tidaklah kita tergolong dalam kalangan orang - orang yang sombong..aamiin.

Blog27999 said...

Do this hack to drop 2 lbs of fat in 8 hours

More than 160,000 women and men are using a easy and SECRET "water hack" to burn 2 lbs each night in their sleep.

It is very simple and works with everybody.

Here's how you can do it yourself:

1) Grab a drinking glass and fill it with water half glass

2) And then use this proven HACK

and be 2 lbs thinner the next day!

Blog27999 said...

Alright...

This may sound a little creepy, and maybe even kind of "strange"

BUT what if you could just click "Play" to LISTEN to a short, "magical tone"...

And miraculously bring MORE MONEY into your LIFE?

What I'm talking about is hundreds... even thousands of dollars!!

Do you think it's too EASY? Think it's IMPOSSIBLE?!?

Well then, I'll be the one to tell you the news...

Usually the largest blessings life has to offer are the EASIEST!!

Honestly, I will provide you with PROOF by letting you listen to a real-life "miracle abundance tone" I've produced...

You just hit "Play" and watch as your abundance angels fly into your life... starting pretty much right away...

CLICK here NOW to PLAY the magical "Miracle Money-Magnet TONE" as my gift to you!!

coronagamepulsa said...

Agen Slot Deposit Pulsa
Agen Poker Terpercaya
Agen Domino Terpercaya
Agen Poker Deposit Pulsa
Armanipoker
Masterbet188

Related Posts with Thumbnails