Friday, January 27, 2017

Mati Dua Kali Hidup Dua Kali

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِٱللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَٰتًا فَأَحْيَٰكُمْ ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ﴿٢٨﴾

"Mengapa kamu kufur kepada Allah, padahal kamu tadinya MATI, lalu Allah mengHIDUPkan kamu, kemudian kamu diMATIkan dan diHIDUPkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan?"
(Surah Al-Baqarah 2: 28)   

Ayat di atas memberitahu kita bahawa ada DUA keMATIan dan DUA keHIDUPan. Dimulakan dengan mati kemudian berakhir dengan hidup. Namun begitu tidak semua orang percaya akan hakikat ini. Ada yang menyangka apabila sudah mati jadi tanah berakhirlah kehidupan. Mereka nanti akan sedar dan mengaku hakikat ini bila dibangkitkan di akhirat kelak dan ketika itu mereka juga mengakui dosa-dosa yang telah dilakukan semasa berada di dunia. Ini dinyatakan dalam firman Allah:

قَالُوا۟ رَبَّنَآ أَمَتَّنَا ٱثْنَتَيْنِ وَأَحْيَيْتَنَا ٱثْنَتَيْنِ فَٱعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا فَهَلْ إِلَىٰ خُرُوجٍ مِّن سَبِيلٍ ﴿١١﴾

"Mereka menjawab: "Ya Tuhan kami Engkau telah meMATIkan kami DUA kali dan telah mengHIDUPkan kami DUA kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk keluar (dari neraka)?""
(Surah Ghafir 40:11)

Kehidupan pertama (di dunia) berakhir dengan kematian, manakala kehidupan kali kedua (di akhirat) tidak berakhir dengan kematian. Kehidupan di akhirat akan kekal.

Mana yang lebih baik bertungkus lumus mencari bekal untuk hidup yang sementara dengan untuk hidup yang kekal. Tentulah cari bekal untuk hidup yang kekal itu lebih baik.

~Nota kuliyah tazkirah kematian.

8 comments:

Unknown said...

assalam...puan...saya ada ambil dan copy artikel dan untuk dimuatkan dalam buku saya tajuk usia 60 tahun...boleh tak saya dapat nama penuh puan untuk kredit di dalam buku saya...saya tidak tahu bagaimana untuk hubungi puan..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam warahamatullahi wabarakatuh..

Nama sebenar saya Werdah binti Abdul Halim

Insya Allah bolehlan nanti warwarkan bukunya tu ya..

nur said...

AsSalam kak. Sama2 kita perbanyakkan bekal menuju akhirat..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam nur

Insya Allah..Allahul musta'an

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak,

Apa khabar moga sihat hendaknya. Saya baik-baik saja

Werdah said...

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh Abd Razak. Lama betul kan tak bersua di alam maya ni. Kak alhamdulillah 'ala kulli hal. Alhamdulillah kak seperti dahulu juga. Cuma kurang berblog.

Unknown said...

Assalammualaikum kak werdah...bagaimana dgn kesihatan akak? Cam mane nak contact akak ya?ada perkara yg ingin rujuk akak...aishah

Quran Tilawat said...

Surah Fatiha

Related Posts with Thumbnails