Semalam nak buat entri baru tapi tak ada idea lagi.. lalu saya godek2 googles lalu dengan tak sengaja .. MasyaAllah.. terjumpa blog x-student namanya Mawarni (TIKL 00/01) baca entrinya dapatlah lihat gambarnya dan ada lagi gambar x-students yang lain .. Siti Sarah dah berumahtangga rupanya.. tahniah dan semoga mendapat keberkatan Ilahi.. kalau sarah baca blog ni datanglah lagi rumah cikgu.. hehe.. ritu sarah datang dengan kawan sarah, cikgu hepi sangat.. pastu ada gambar Nurul fathiyah pun dah berumahtangga.. kalau tak salahlah.. tahniah n semoga mendapat keberkatan Ilahi.. dan rasa2 pretytrain tu pun x-student gak (kalau tak salah le.. kalau salah maaflah ya).. tapi maaflah ya tak ingat nama, muka tu rasa leh ingat..pastu saya layari blog yang menyentuh tentang soal jawab jakim – status halal di sini , daripada blog tu saya acess satu lagi blog yang menyentuh persoalan Halal di sini . Elok dibaca dan dibuat rujukan bagi memastikan kita tidak terjebak dengan makanan yang belum tentu halal haramnya.
Friday, June 26, 2009
Sunday, June 21, 2009
Kisah benar
Dirawayatkan pada zaman pemerintahan Khalifah Amirul Mukminin Umar bin Khatthab.. Mesir telah ditakluki dan Amr bin Ash dilantik menjadi Gabenor.. Suatu ketika telah datang penduduk yang tinggal di sekitar Sungai Nil menghadap gabenor.
Penduduk: "Wahai gabenor, kita biasa melakukan sesuatu tradisi untuk Sungai Nil ini.. ia tidak mengalir kecuali jika dilakukan tradisi ini".
Gabenor: "Apa itu?".
Penduduk:"Jika sebelas hari telah lewat dari bulan ini, kita mesti mencari seorang gadis.. dan meminta kerelaan daripada kedua orang tuanya untuk diberi pakaian dan perhiasan yang paling indah.. kemudian kita akan lemparkan ke dalam Sungai Nil ini".
Dengan tegas Gabenor berkata:"Ini semua tidak dibolehkan sama sekali dalam Islam. Islam menghancurkan segala tradisi yang ada sebelumnya".
Sementara itu Sungai Nil tidak mengalirkan airnya sedikitpun sehingga penduduk di situ ingin berpindah.. Tatkala Amr bi Ash menyaksikan kejadian yang berlaku.. dia menulis surat kepada Khalifah Umar bin Khatthab menceritkan hal yang berlaku.
Khalifah Umar membalas surat Gabenor dan menyatakan bahawa tindakan Gabenor itu adalah tepat.. iaitu Islam menghapuskan tradisi kuno yang bertentangan dengan ajaran Islam.. disertakan juga bersama2 surat itu sekeping kad dan meminta gabenor melemparkan kad itu ke dalam Sungai Nil.
Di atas kad itu Khalifah Umar menulis , "Daripada hamba Allah, Umar bin Khattab, Amirul Mukminin kepada Nil di Mesir.. Amma ba'du. Jika engkau mengalir daripada dirimu maka janganlah mengalir.. namun jika Allah yang mengalirkanmu maka mintalah kepada Zat yang Maha kuat untuk mengalirkanmu".
Gabenor melemparkan kad tebal itu ke dalam Sungai Nil sehari sebelum perayaan memperingati salib.. pada pagi keesokan harinya dengan izin Allah SWT air Sungai Nil mengalir dengan dalamnya enam belas hasta.. Sejak itu terhapuslah amalan tradisi di sungai Nil dengan izin Allah.
Sesiapa yang patuh kepada Allah semua makhluk akan patuh kepdaanya. Khalifah Umar bin Khattab adalah sahabat Nabi Muhammad SAW yang sangat beriman dan bertakwa kepada Allah .. Oleh itu Sungai Nil patuh kepada arahannya.

Wednesday, June 17, 2009
Hidroterapi
Pada 18 April 2006 hingga 5 Mei 2006 saya dimasukkan ke wad otopedik hospital Kuala Lumpur.. tujuannya ialah supaya doktor dapat perhatikan tingkah laku dan aktiviti saya semasa saya sakit.. kemudian doktor akan pertimbangkan cara bagaimana nak atasi penyakit saya.. di sini saya disuruh bersenam, berjalan di sekitar wad2 hospital.. digantung besi.. buat tense.. hot pack dan cool pack..Selepas keluar wad doktor beri kad appointment dengan pihak fisioterafi.. jadi setiap minggu saya ke bahagian fisioterafi HKL ni bagi membuat rawatan.. setelah beberapa kali buat tense, hot pack dan cool pack.. tidak juga ada perubahan walaupun sedikit.. jadi fisioterafis di situ cadangkan saya jalani rawatan dengan kaedah hidroterapi..
Diberi appointment baru.. bila berjumpa pihak hidroterapi ni saya diminta menyediakan pakaian khas macam swimming trunks.. kena pakai topi..
Swimming trunks tu saya beli.. dan saya jalani rawatan ni beberapa kali.. nak pakai swimming trunks tu tak boleh pakai sendiri.. kena orang tolong.. biasanya saya bawa ina.. ina tolong pakaikan dan dia tunggu di luar.. kemudian bila nak salin pakaian kena juga orang tolong tanggalkan swimming trunks tu.. memang agak mencabar jugalah.. menyusahkan orang betul.. tapi alhamdulillah.. anak2 sabar melayan saya..
Hidroterapi ni di buat dalam kolam.. seolah2 kolam renang.. tetapi taklah besar sangat agak2 dalam 20 kaki X 15 kaki macam tu.. seperti dalam gambar di atas .. airnya suam.. ada tangga untuk turun ke dalam kolam tu dan disediakan kemudahan untuk menurunkan orang yang menggunakan kerusi roda.. seramai 6 orang sekali masuk dalam kolam tu.
Pelbagai gaya senaman diajar bila berada di dalam kolam tu..di dinding ditampalkan rajah2 senaman supaya kita mudah mengikut.. tak lama.. cuma 30 minit.. saya amat seronok dengan pengalaman ini.. bagaimanapun tidak ada perubahan positif ke atas saya.. malah bertambah sakit..lalu saya ambil keputusan mencari kaedah lain.
Di bawah ni antara kaedah2 hidroterapi yang dijalankan.. tapi swimming trunks saya bukan macam ni.. saya punya seluar panjang dan baju lengan panjang..

Ada juga gunakan sponge tapi tak jumpa gambar untuk display..
Subscribe to:
Posts (Atom)