Wednesday, March 3, 2010

Proses Kelahiran.. tanda kebesaran Allah

Bismilllahirrrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum..

Dulu2 masa kanak-kanak ada juga sesekali lihat kerbau,

lembu atau kambing melahirkan anak.. tetapi masa tu tak ada kemudahan

untuk ambil gambar..

tadi mengembara ke blog-blog yang tersenarai.. lalu terjumpa gambar ini..





Jika nak lihat gambar-gambar lain yang berkaitan kliklah di SINI

Thursday, February 25, 2010

Benarkah Cinta Rasul

11 Rabiu'l Awal 1431.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Apakah yang dikatakan Cinta Allah dan Cinta Rasul?. Jika kita kata kita cinta Allah dan cinta Rasul mesti ada tanda-tandanya. Jika kita cinta pasangan kita kita sanggup berkorban apa sahaja. Begitulah bila kita sebut cinta Allah dan Rasul tentu bukan dengan melaung2kan kata-kata ataupun membuat sepanduk2.

Dalam surah Ali 'Imran ayat 31 dan 32 Allah berfirman:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir". (Ali 'Imran [ 3 ] : 31 - 32 )

Maksudnya Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw memberitahu kita bahawa jika kita benar-benar cinta Allah kita kenalah ikut Nabi, ikut segala yang diajarkan oleh Nabi kepada kita.

Dalam kehidupan kita ada beberapa bentuk cinta:

1) Cinta anak kepada bapa (ibu); cinta ini lebih kepada penghormatan, memuliakan atau menghargai.
2) Cinta orang tua (ibubapa) kepada anak-anak; lebih kepada kasih sayang.
3) Cinta manusia terhadap manusia lain; ini lebih kepada saling memerlukan.

TANDA-tanda cinta kepada Rasul.

Salah satunya ialah mengutamakan Rasulullah saw mengatasi cinta kepada diri sendiri.

Ada hadis sahih Bukhari (Dalam hadis 40 Imam Nawawi): "Tidak beriman seorang kamu sehingga dia mencintai aku lebih daripada cintanya kepada orang tuanya, anak2nya dan cinta kepada manusia keseluruhannya"

Maksud hadis ini selagi kita tak mencintai nabi lebih daripada mencintai yang lain-lain (3 bentuk di atas) tidaklah kita dikatakan mencintai Rasulullah saw, dan tidaklah mencintai Allah dan tidaklah dikatakan beriman. Jadi bila kita kata cinta Nabi, cinta tu bkn sekadar hormat, sayang dan saling memerlukan.

Contoh mencintai Nabi:

Allah berfirman:

"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya". (Al-Hasyr [ 59 ] : 9)

Ayat ini adalah kisah kaum Ansar yang begitu mencintai kaum Muhajirin (Nabi saw termasuk dalam kaum Muhajirin). Cinta mereka adalah Lillahi Ta'ala. Mereka mengutamakan orang lain lebih daripada diri mereka. Hampir kesemua orang-orang Ansar ketika Nabi berhijrah ke Medinah menghiaskan rumah mereka supaya Nabi saw dapat tinggal dengan mereka, namun dengan kebijaksanaan Nabi yang menyerahkan kepada unta baginda, Allah mengilhamkan unta untuk berhenti di hadapan rumah salah seorang kaum Ansar. Orang-orang Ansar ini bukanlah orang kaya namun mereka sanggup berkorban untuk memberi tempat tinggal kepada baginda Rasulullah. Tujuan mereka buat semua ini bukan kerana uda udang di sebalik batu tetapi kerana mereka mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada yang lain.

Turut ikut berhijrah bersama-sama Nabi ialah sahabat-sahabat, ada antara mereka dah kaya raya semasa di Mekah namun mereka tinggalkan kekayaan, ada yang tinggalkan anak isteri, ibu dan ayah, kerana apa? itulah cinta mereka lebih kepada Allah dan rasul-Nya. Mereka sanggup berkorban apa sahaja.

Jika cinta Rasulullah saw, kita tidak boleh mendahului (memandai-mandai) bahkan jangan menguatkan suara melebihi suara Nabi. Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. (Al-Hujarat [49] : 2)

Maksud ayat ini ialah (jika dulu bolehlah dikatakan suara baginda) tetapi sekarang Rasulullah saw telah tiada, jadi kini suara itu lebih bermaksud kepada pendapat baginda. Maksudnya kita tidak boleh bertentangan pendapat dengan apa yang Rasulullah saw ajarkan kepada kita.

Allah telah turunkan wahyu-Nya kepada Nabi kita yang mulia, kitapun dah banyak mempelajari sirah baginda, tinggal lagi sama ada kita nak turut atau tidak sahaja. Allah dah beri petunjuk dengan fitrah yang suci serta hidayah taufik, kita dah jadi orang-orang Islam dan kita telah beriman. namun adakah kita ikut sepenuhnya apa yang Allah firmankan di atas.

Adakah kita sanggup berkorban seperti ini?

Marilah kita berusaha bersma-sama memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat agar kita diredhai Allah.

Ya Allah, jadikanlah diri kami benar-benar Muslim berserah diri dengan mengatakan sebagaimana Nabi Ibrahim selalu berkata "Kami dengar dan Kami taat", tetapkanlah kami di jalan yang lurus. Aamiin.

Ya Nabii Salam 'alaika, Ya Rasul salam 'alaika, Ya habib salam 'alaika, Salawatullah 'alaika.

p/s; tadi baca tentang sambutan maulidurrasul di sini daripada sana boleh aksess ke blog lain pula.

Saturday, February 20, 2010

Hikmah atau kebijaksanaan



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Kalimah al-Hakim bermaksud yang maha Menghalangi, Maha Bijaksana, mengerti sesuatu yang paling baik daripada yang baik, yang lebih utama daripada yang utama, yang lebih bermanfaat daripada yang bermanfaat atau dengan pengertian yang mudah; Allah al-Hakim ialah Allah Maha Mengetahui bahawa segala keputusan, perbuatan, ciptaanNya adalah yang terbaik (Allah memilih yang terbaik kepada makhlukNya). Bukan sahaja daripada segi penciptaanNya malah hukum dan ketetapanNya juga adalah terbaik. Orang yang faham akan sifat Allah al-Hakim ini akan menerima apa sahaja ketetapan Allah swt kepadanya.


"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata". (Al-Ahzab [ 33 ] : 36)

Semua yang ditentukan oleh Allah swt adalah terbaik, jika kita tak dapat melihat kebaikannya pun jangan sekali-kali kita menuduh Allah memberikan keburukan. Kita tak nampak kebaikannya sebab kita terlalu jahil untuk mengetahui kebijaksanaan Allah.

Jika kita mohon bertahun-tahun lamanya kepada Allah, dan kita memang amat berhajat permohonan kita dikabulkan. Allah tak tunaikan permohonan kita tentu ada sebabnya, tentu ada kebaikannya.

Al-Hakim juga bermaksud menghalangi berlakunya mudharat atau kesusahan yang lebih besar serta memberi kemuslahatan yang lebih baik.


"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya". (al-Baqarah [ 2 ] : 269)

Allah sentiasa terpuji walaupun dalam kita menghadapi musibah. Umpama seorang mengalami kemalangan, jatuh gaung, keretanya remuk, jika lihat keadaannya tentu orang tu boleh maut, namun dia hanya patah kaki. Orang ini wajib memuji Allah swt kerana Allah melindunginya daripada mudharat yang lebih teruk.

Orang yang Allah bagi hikmah atau kebijaksanaan haruslah tahu memilih yang terbaik daripada yang baik dan berusaha menghalangi berlaku lebih mudharat.

Al-Hakim juga membawa maksud bersesuaian antara amalan dengan ilmu (perbuatan dengan pengetahuan). Sebelum Allah mencipta sesuatu DIA telahpun tahu daripada apa DIA hendak cipta, bentuk yang bagaimana DIA nak hasilkan semuanya dalam pengetahuanNya.

Jadi sebagai manusia kita tahu apa yang halal dan apa yang haram, kita kena buat ikut apa yang dah dipelajari, contoh dah belajar cara-cara solat dan sebagainya, buatlah sebagaimana yang diajarkan. Bila dah tahu tak boleh berbohong maka bercakap benarlah. Inilah yang dikatakan bertindak bersesuaian dengan apa yang difahami. Orang-orang ini Allah beri khabar gembira dimasukkan ke dalam syurga kerana mereka berusaha mendengar ajaran-ajaran Allah dan memilih untuk mengikut yang terbaik dan terus menerus istiqamah berada di jalan Allah.


"Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna". (Az-Zumar [ 39 ] : 17 - 18)
Dalam ayat di atas ada 3 keberuntungan kepada orang-orang yang berusaha memilih yang terbaik (yakni yang ada hikmah): Yang pertama; dijanjikan syurga, kedua, Allah akan sentiasa berikan hidayah dan yang ketiga dimasukkan ke dalam golongan ulul albab. Siapakah ulul albab ini? "(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (Ali-'Imran [ 3 ] : 191). Iaitu orang-orang yang berilmu dan yang beriman. Kedua-dua sifat ini ada pada mereka.

Sekian, semoga memberi manfaat dan menambah ilmu.. amiin
Related Posts with Thumbnails