Wednesday, March 3, 2010

Proses Kelahiran.. tanda kebesaran Allah

Bismilllahirrrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum..

Dulu2 masa kanak-kanak ada juga sesekali lihat kerbau,

lembu atau kambing melahirkan anak.. tetapi masa tu tak ada kemudahan

untuk ambil gambar..

tadi mengembara ke blog-blog yang tersenarai.. lalu terjumpa gambar ini..





Jika nak lihat gambar-gambar lain yang berkaitan kliklah di SINI

20 comments:

abu muaz said...

allahuakbar!

Abd Razak said...

Salam kak..:)

Sejauh mana dan setinggi mana sekalipun ilmu pengetahuan seseorang namun ia tidak mampu menerangkan atau akalnya tidak memahami bagaimana sebenarnya rahsia perkembangan sebuah sel yang begitu halus yang bercantum sehingga menjadi makhluk berbentuk manusia, binatang atau tumbuhan.

Ilmu yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah sangat sedikit diibaratkan jika kita ambil sebatang jarum lalu kita celupkan ke dalam laut lantas diangkat semula maka air yang terlekat di jarum itulah umpamanya pengetahuan manusia, sedangkan air laut yang masih tinggal di samudera luas adalah umpama luasnya pengetahuan Allah.

Semoga Allah kekalkan kesihatan kakak...ameen

Mybabah said...

Salam Werdah. Jika kita melihat perkara ini di depan mata sedikit sebanyak kita akan dapat merasai keperitan sang haiwan melahirkan anaknya. Keperitan ini mengalirkan kasih sayang si ibu kepada si anak. Perasaan itu ditumpahkan Allah kepada semua makhluk. Tetapi,kini terdapat segelintir manusia yang cuba menentang hakikat itu. Membuang dan mendera anak (sehingga ada yang terbunuh). Orang-orang yang begini ada disebut di dalam al-Qur'an yang menyifatkan mereka lebih teruk daripada haiwan. Wallahualam.

tinta kasturi said...

Hebat! Maha Suci Allah!

telagaburuk said...

sebahagian tanda kekuasaan Allah...


tapi ramai yg tidak memikirkan.

Alimaz-Kembara Terasing said...

subhanallah...saya tak pernah tengok...mak saya selalu tengok sebab dia bela lembu....selalu la tengok lembu beranak....

qaseh um masyitah said...

salam kak
terima kasih selalu jenguk teratak saya.Begitulah kekuasaan allah kan, kak? Betapa sakit bersalin itu Allah sahaja yang tahu..
kat tempat saya ni banyak kerbau kak,en hubby panggil 'kuba' tapi anak sya tak dapat nak bezakan lagi mana satu kerbau atau lembu atau kambing

Werdah said...

Salam Abu Muaz.

Semua yang ada dilangit (7 lapis) dan bumi dan yang ada di antara keduanya , sentiasa bertasbih dan memuji Allah. semoga kita menjadi salah satu antaranya.

Werdah said...

Salam Abd razak.

Benar sangat tu, dulu masa kak belajar diploma tahun 70an, kusrsus tak banyak,dan pecahan subjekpun tak banyak, namun bila belajar peringkat degree tahun 90an, makin banyk kursus yg ditawarkan dan sekarang ni makin banyak kursus-kursus yang kita tak pernah dengar dulu. Semuanya itu adalah ilmu Allah.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (Al-Kahfi [18]: 109)

Kemudian Allah perkembangkan ilmu ditunjukkan kepada orang-orang yang mahu berusaha mencarinya.

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat [ 41 } : 53)

Itulah luasnya ilmu Allah diberitakan kepada orang-orang terdahulu dan akan diperlihatkanNya kepada orang-orang terkemudian. Itu sebabnya kita generasi sekarang kata org2 dulu tak maju sangat spt sekarang. Nanti generasi akandatang kata kita pula semacam tok nenek kita.

Memang Allah Maha segala-galaNya.

kak alhamdulillah 'ala kulli haal. InsyaAllah tidak banyk mudharat. Amiin.

Werdah said...

Salam Samsudin.
Meremang bulu roma kak bila baca komen ni. Sayu sungguh. banyak perkara-perkara tragis sejak dulu sampai sekarang tak dapat dibendung. Bahkan hari ini ada lagi kes jiran pijak budak umur 14 bulan.. tak ada perasaan belas langsung. Dimanakah letak hati dan perasaan mereka. Bagi kak, mereka ni bolehlah digolongkan ke dalam golongan Bahimiyah (binatang)

"orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Muhammad [47 ] :12) dan syaitaniyyah membesarkan nafsu syahwat dan kufur kpd Pencipta sedangkan dulu di alam roh telah berjanji kpd Allah untuk menjaga fitrah suci.

Mudah2an kita dan keturunan kita terpelihara. Amiin

Werdah said...

Salam Telaga Buruk.

Terima kasih datang ke blog.

InsyaAllah kita termasuk org2 yg sentaiasa mengingati Allah. Amin

Werdah said...

Salam Kasturi.

Mudah2an kita termasuk dalam kalangan org2 yg sentiasa mengingati Allah. InsyaAllah. Amin

Werdah said...

Salam Alimaz-Kembara Terasing.

Seronok kan jika dapat pelihara lembu ke kambing ke.. dulu masa kanak-kanak ada sekali mak (almarhumah)bela kerbau tapi seekor je.. tu pun kerana nak kenduri kahwin abang (almarhum).. sempatlah merasa bagi makan rumput, mandikan di sungai selepas dia berkubang.. dapat cari kutu dia.. terimbau zaman kanak2 dulu. Selalu juga minum susu kerbau tp kerbau org lainlah.. panaskan dalam periuk kmd mkn bersama pulut..sedap. Tp sekarang ada suami belikan susu kambing segar, tak lalunya.. Subhanallah..

Sesekali bila lembu tu nak beranak cubalah tengok.. keluar air mata tau.

Werdah said...

Salam qaseh um masyitah.

InsyaAllah, Allah bagi kekuatan, mudah2an dapat bertahan lama dan boleh jenguk selalu ke teratak um masyitah. Kata ustaz yg selalu kak dgr ceramah ni, dia kata jgn jemu berdoa, jika Allah tak makbulkan sekarang bukan bermakna dia tak makbulkan cuma sama ada DIA tangguhkan atau DIA tak bagi mudharat yang lebih besar.

InsyaAllah anak2 um masyitah nanti akan dapat bezakan mana satu kuba atau lembu atau kambing.

Itulah kan, kita ni tak faham cakap mereka kan.. mestilah sakit mcm kita juga.

shaniza said...

salam..
Maha Besar Kekuasaan Allah..
Proses kelahiran haiwan mungkin ada sedikit sebanyak mcm proses kelahiran bayi oleh seorg ibu...
Perasaan ibu mesti cemas, takut, dan mengharap agar anak yg dilahirkan sinat dan selamat...tak kira manusia atau haiwan..

Werdah said...

Salam Shaniza,

Mestilah agaknya kan.. sakit belum kira lagi.. pernah tengok air mata ibu lembu tu keluar ketika melahirkan anaknya.. dan semua makhluk Allah, Allah Al-Wadud timbulkan perasaan kasih sayang dan cinta kepada anak2nya termasuklah binatang namun ada kes2 yang terjadi sebaliknya tak sayang kpd anak sendiri.. org2 ini dikatakan menzalimi diri sendiri.. mohon diberi perlindungan oleh Allah swt dp berjangkit kpd kita. amiin

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
syukran kak atas perk0ngsian..
1st time jumpa pic2 cam nie..bef0re ni tak pernah terfikir pula..
melihat merenung & berfikir

Werdah said...

Salam Azrai.

inilah kebaikan berblog kan, boleh juga tambah pengalaman, tak dapat sentuh dengan tangan atau dengar dgn deria pendengaran kita dapat lihat dalam gambar.. itulah yang Allah bagi tahu lebih 1400 tahun yang lepas Allah akan perlihatkan.. (Fussilat ayat 53 dan banyak lagi) sekarang melalui teknologi kamera digital ada orang yang masukkan ke komputer, siapa yang ilhamkan ini.. tentulah Allah yang Maha Berkuasa.

Mudah2an kita tetap di atas jalanNya.. amiin

Insan Marhaen said...

salam taaruf. antara kebesaran allah yang paling hebat ialah menjadikan hujan untuk menyejukkan bumi.

Werdah said...

Salam taaruf juga kepada Insan Marhaen.

Ya, benar! Allah jadikan hujan masyaAllah jika kita kaji bila masih di awan sejuknya membeku.. bayangkan jika dijatuhkan sebesar telur ayampun.. jadilah dgn momentum yg kuat apa jadi bila kena kepala kita..kena kereta kita, kena rumah kita.. Maha Berkuasa Allah menjadikan air hujan turun sejak dulu sampai sekarang ikut kadarnya.. dengan kelajuannya yang tetap.

Dulu-dulu masa sekolah rendah dulu suka sangat mandi air hujan.. best sangat

Related Posts with Thumbnails