Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum warahmatullah..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.
IMAM AT-TIRMIZI meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA katanya : bahawa Rasulullah SAW telah membaca firman Allah SWT:
يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا
"Pada hari itu (hari kiamat) bumi pun menceritakan khabar beritanya" (Az-Zalzalah [99] : 4).
Selepas membaca ayat itu, baginda bertanya kpd para sahabat, "Tahukah kamu apakah perkhabaran yg diceritakan oleh bumi itu?".
Para sahabat menjawab, "Hanya Allah dan RasulNya yg mengetahuinya".
Rasulullah SAW bersabda; "Yang dimaksudkan dengan bumi pun menceritakan khabar beritanya ialah bumi akan menjadi saksi terhadap apa yang dilakukan oleh manusia di muka bumi. Bumi berkata, bahawa si fulan ini telah melakukan sesuatu di belakangku". (Hadis hasan lagi sahih - Sunan At-Tirmizi : 3276)
Meskipun Allah SWT telah menghantar malaikat mencatat segala amalan baik dan buruk manusia secara terperinci, dan segala rekod itu cukup lengkap semasa berada di dunia, Allah mendatangkan pula saksi bagi melengkapkan lagi pertuduhan terhadap hambaNya di mahkamah Akhirat.
Dengan hadis di atas bertambah satu lagi saksi-saksi yang didatangkan, iaitu selain para malaikat, para rasul, seluruh anggota dan lidah manusia itu sendiri, Allah datangkan bumi bagi menjadi saksi apa yg dilakukan oleh manusia semasa mereka hidup di muka bumi dahulu.
Bumi tempat manusia bergelanggang atau pentas sama ada melakonkan watak baik atau buruk. Bumi adalah beku, tak pernah bantah apapun yg dibuat oleh manusia ke atasnya. Di akhirat nanti Allah bagi kemampuan kepdanya untuk bertutur lalu menjadi saksi terhadap manusia. Pastinya mudah baginya menjadi saksi.
Oleh sebab terlalu banyak yang akan menjadi saksi selain Allah SWT sendiri dan juga para malaikat dan para rasulNya, maka usaha yg harus dibuat ialah tidak lain dan tidak bukan mengikhlaskan diri ketika beribadat. Kebaikan tidak perlu diperagakan ataupun dipamerkan kepada manusia kerana Allah telahpun mempunyai banyak saksi yang akan membuktikan perlakuan manusia di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.
Ibnul al-Mubarak meriwatkan sebuah hadis daripada Abdullah bin Amru bin al-'Ash katanya, Rasululllah saw bersabda yg bermaksud : "Barangsiapa yang sujud (solat) di bawah pokok ataupun di sisi batu, nescaya pokok dan batu itu akan menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat".
Abu Na'im meriwayatkan sebuah hadis melalui Ma'aqal bin Yasar katanya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Tidak ada suatu hari yang mendatangi keturunan Adam, kecuali hari itu memanggil; Wahai keturunan Adam! sesungguhnya aku adalah hari yang baru, aku dikirim Allah SWT untuk melihat apa yang kamu kerjakan dan akan menjadi saksi kamu di akhirat". (At-Tazkirah: m.s: 332)
Hadis ini menambahkan satu lagi saksi kpd manusia di akhirat. Kali ini hari didatangkan oleh Allah SWT sebagai saksi. Sepertimana hari2 datang silih berganti, ditunjukkan bahawa hari itu sentiasa baru. Hari yang sedang berjalan sekarang walaupun ia adalah lanjutan daripada hari-hari yang lepas, namun hari ini bukanlah hari semalam yang sudah berlalu.
Terbit fajar pada subuh suatu pagi bererti hari baru yang mendatangi manusia. Berapa jumlah hari yang telah dilalui sepanjang umur manusia, maka sebanyak itulah jumlah saksi yang dinamakan 'hari' itu akan menjadi saksi kepada manusia.
Apapun yg akan dijelaskan oleh hari-hari yg menjadi saksi, ialah tambahan kpd saksi2 yg lain, yg terdiri daripada seluruh anggota tubuh manusia dan lain2 yang bakal menjelaskan kedudukan manusia di sisi Allah SWT. Dgn jumlah saksi yang banyak pada hari itu, tidak ada manusia yang tidak berpuashati dengan keputusan yang dijatuhkan oleh mahkamah akhirat.
Ahli neraka berpuashati dgn peranan saksi2 krn semua saksi itu bercakap benar. Mereka tidak terasa teraniaya sedikitpun walaupun terpaksa menerima natijah daripada saksi2 yang benar itu untuk menjadi ahli neraka.
Ahli syurga pula; sudah tentulah lebih berasa puas hati dgn peranan dan kejujuran saksi2 yang bercakap benar itu kerana mereka diberi pengadilan yang secukupnya oleh Allah SWT.
Daripada hadis riwayat Abu Na'im daripada Ma'aqal bin Yasar, Rasulullah SAW menyatakan bahawa 'hari' telah memberi beberapa nasihat kpd manusia katanya; "Hendaklah kamu wahai manusia setiap hari (ataupun malam) sentiasa melakukan kebajikan atau kebaikan, supaya aku dapat menjadi saksi kepadamu di akhirat kelak. Berbuat baiklah ketika akau (hari) bersamamu, kerana apabila aku beredar meninggalkan kamu, kita tidak akan bertemu lagi. Adapun hari yang datang berikutnya adalah hari yang baru".
HARI adalah makhluk Allah SWT, ia sentiasa mengingatkan manusia supaya melakukan kebaikan sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah SWT. Seruan itu sudah pasti tidak didengar oleh pancaindera telinga manusia, namun hadis Nabi Muhammad SAW ini menuntut supaya manusia mengambil tahu betapa kasihnya Nabi kita kpd kita dgn memberitahu akan hal ini. Pelajarilah ajaran Rasulullah SAW kerana kita akan juga ke akhirat suatu hari nanti. Dengan pengetahuan ini bererti orang mukmin mendengar seruan 'hari' melalui hari2 dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
Begitulah kehidupan insan di muka bumi yang sungguh indah ini. Hampir semua benda yang ada di atas muka bumi ini akan menjadi saksi kepada manusia di akhirat. Mereka saling menawarkan diri utk menjadi saksi yang jujur di hadapan Allah SWT.
Saksi2 yang jujur akan menggembirakan orang yang menghiasi kehidupannya dgn kebaikan, tetapi kepada org2 yang menghiasi kehidupan dgn melakukan perkara2 buruk yg dipenuhi dosa akan menjadi sebalikanya.
Mudah2an mendapat manfaat; dipetik daripada bab 1 buku Bertemu janji Allah buku 2. Boleh juga baca tentang SAKSI di SINI

4 comments:
Salam kak werdah
Berbuatlah baik di bumi ini agar ianya mendatangkan kesaksian di akhirat kelak dengan kebaikan dan balasan yang baik.
Kak, nanti datang ke blog ambilkan awardnya ya!
salam kak werdah..
kita kena baca/dengar tazkirah sentiasa,agar tidak terleka..
Salam Abd Razak.
InsyaAllah..
Kak da datang ambil award.. terima kasih ya..
Salam kamsiah..
begitulah hendaknya.. bila baca selalu baru tak terleka.. kita ni manusia selalu kena diingatkan..
terima kasih
Post a Comment