Friday, March 12, 2010

Lihatlah Allah SWT Mencipta Burung.

26 Rabiu'l Awal 1431.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Hari ini saya ke SINI lagi dan saya menemui gambar-gambar di bawah ini. Lihatlah Allah SWT Mencipta Burung. Daripada tiada kepada ada…Siapakah yang lebih elok penciptaan dan menjadikan roh ? Siapakah yang membentuk daging, tulang dan selainnya? Siapakah yang mengajarnya keluar daripada kulit telur? Siapakah yang mengawal pertumbuhannya dengan begitu sempurna? Semuanya adalah dalam Ilmu Allah SWT Yang Maha Esa..

Allah berfirman dalam surah al-Jaasiah [45] ayat 3 -6 maksudnya:

"Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat ayat-ayat Allah (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (3) Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. (4) Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran. (5) Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?" (6)

Dalam ayat di atas, kita diajak untuk merenungi bahawa segala sesuatu yang berada di alam semesta ini adalah di bawah kendalian dan pengaturan Allah SWT. Matahari, bulan, bintang, binatang yang melata dan yang terbang, semuanya terjalin dalam satu sistem sunnatullah yang tidak berubah.

Mengapa kita diperintahkan untuk mengamati dan memerhatikan alam sekeliling kita? Jawapannya ialah kerana pada ciptaan Allah terdapat ayat-ayat atau tanda-tanda sebagai bukti kebesaran dan kekuasaanNya dan itu merupakan firman yang terbentuk pada alam semesta. Selain membaca ayat-ayat al-Quran untuk meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah kita juga diperintahkan memerhatikan ayat-ayat pada ciptaanNya.
.
Allah telah menyebutkan kepada kita tentang ayat-ayat yang terhampar pada alam semesta dalam ayat di atas dan mungkin banyak lagi dalam ayat-ayat yang lain. Itulah bukti kekuasaan Allah, kebijaksanaanNya serta keluasan rahmatNya kepada makhluk yang diciptaNya.

Layan gambar.... terima kasih kepada http://peribadirasulullah.wordpress.com/















































7 comments:

Abd Razak said...

Salam kak werdah...

Moga Allah kurniakan kesihatan buat kakak.

Subhanallah...sungguh amat besar kekuasaan Allah di bumi ini, segala puji bagi allah yang telah menciptakan kita dengan amat sangat sempurna.

Mudah-mudahan bisa membukakan hati dan fikiran manusia yang masih tertutup atas semua kebesaran ini.

Guru said...

assalammualaikum kak werdah

Allah memang Maha Besar.....
tidak ada syak lagi
Hanya kepadaNYa segala puji dan puja

tinta kasturi said...

salam kak

subhanallah, hebatnya ciptaan Allah

Werdah said...

Salam Semua.

>Abd Razak, terima kasih krn selalu mendoakan kak.. semoga kita semua peroleh kesihatan dan kekuatan dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT dan tak lupa mensyukuriNya.. Amiin

>Normah, Ya! Maha Suci Allah dan Allah Maha segala Kemuliaan.. semoga kita selalu mengingatiNya ketika senang mahupun susah.

>Kasturi, sungguh amat besar kekuasaan dan kebijaksanan Allah SWT memperlakukan makhlukNya di bumi ini, segala puji bagi Allah yang telah menciptakan kita dengan amat sangat sempurna.(pinjam kata-kata Abd Razak di atas)

Terima kasih semua ya.. mudah2an kita semua dapat berusaha dgn bersungguh-sunguh menjadi hamba Allah yang cukup sgl sifat yang layak dipanggil hambaNya.. Allahmumma Amiin.

Kamsiah yusoff said...

sesungguhnya setiap kejadian,tersembunyi kebesaran dan keagungan ALLAH..bg yg mahu menilai...

Anonymous said...

Subhanallah...

Werdah said...

Salam Kamsiah,

Maha Sempurna Allah dan ciptaanNya.

Salam Hamdan,

Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah Allahu akbar

Related Posts with Thumbnails