Sunday, January 24, 2010

Setiap Orang Ada 4 Waktu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.



Sebahagian ulama' yang 'arif ada mengatakan:

Setiap hamba Allah mempunyai EMPAT waktu, iaitu

1. Waktu mendapat nikmat.

2. Waktu mendapat ujian dan cubaan.

3. Waktu melakukan ketaatan.

4. Waktu melakukan maksiat.

Pada setiap waktu tersebut ada HAK ALLAH sebagai RABB yakni waktu beribadah kepada Allah swt.

Apabila mendapat nikmat bersyukurlah, bila waktu mendapat ujian dan cubaan; redha dan bersabarlah, jangan sekali-kali berkeluh kesah.

Waktu melakukan ketaatan; ingatlah bahawa Allahlah yang memberi petunjuk dan kekuatan, beristighfar serta berdoalah agar ibadah diterima.

Waktu melakukan maksiat, ingatlah Allah Maha Pengampun lalu bersegeralah bertaubat. Bertaubat bukanlah sekadar mengucap istighfar, kerana istighfar itu adalah pernyataan memohon ampun yakni maksudnya "Saya mohon ampun atau mohon maaf atau minta maaf" . Oleh itu selain beristighfar hendaklah perbaiki kerosakan yang telah dibuat. Umpama apabila kita terlanggar dan merosakkan kereta orang; kita bukan sekadar meminta maaf tetapi kita kena menguruskan pembaikan terhadap apa yang telah kita rosakkan. Jika cermin lampu pecah kita gantikan cermin itu.

Ingatlah bahawa setiap manusia dan jin itu tidak dicipta kecuali beribadah kepada Allah.

8 comments:

um. masyitah said...

Salam kak
4 waktu ini sering perlu kita ingatkan bahawa hidup kita ini Allah jadikan untuk beribadah kepadaNya

sekuntum mawar berduri said...

Salam ukhwah...

Allah telah bersumpah demi masa sesungguhnya manusia itu sering berada di dalam kerugian kalau tak pandai menguruskan masa seperti yang terdapat di dalam surah Al Ash.

a kl citizen said...

assalammualaikum

4 waktu ...
saat melakukan dosa tu yang kadang terlupa

shaniza said...

salam..
Saat mendapat nikmat merupakan ujian Allah paling sukar di lalui jika hati tidak ada rasa taat dan bersyukur kepada Allah. Terkadangkala saat mendapat nikmat, maksiat yg dicari...nauzubillah.

Werdah said...

wa'alaikumussalam um masyitah,

sama-samalah kita berusaha bersunghuh2 ingatkan hal ini semoga kita tak rugi.

Werdah said...

Salam ukhwah juga buatmu sekuntum mawar berduri.
terima kasih ke blog kak ini. sama2 kita ingat mengingat dan sabar dgn 4 perkara ini. Mudah2an kita dpt selalu menhitung diri kita sebelum dihitung di sana nanti. kena sungguh2.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Normah,

insyaAllah bila tersedar daripada kealpaan kita insaf kta diampunkan. Allah maafkan yang terlupa tapi yang tidak disengajakan sebab tu lah bila kita terlupa dan tertinggal solat kita boleh qadha.

Werdah said...

Salam Shaniza,

benar tu.. itulah ujian terbesar buat kita yakni melawan nafsu.

Related Posts with Thumbnails