Wednesday, January 20, 2010

AS-SYUKRU BIL QALBI

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Syukur sebenarnya mesti ditunjukkan dalam 3 pernyataan iaitu:

1) syukur dengan hati (AS-SYUKRU BIL QALBI),
2) syukur dengan lisan (AS-SYUKRU BIL-LISAN) dan
3) syukur dengan amal ( AS-SYUKRU BI- AMAL).

N3 kali ni sambung tentang syukur dengan hati.

Dalil syukur dengan hati ini ada pada ayat dalam surah An-Naml (semut) yakni surah 27 ayat 40.


Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. (40)

D
i sini Nabi Sulaiman tatkala melihat singgahsana Balqis dibawa dari Yaman ke Palestin; baginda berkata "Inilah limpah kurnia daripada Tuhnku krn nak menguji aku sama ada aku daripada kalangan org2 yang bersyukur atau tidak" Baginda sedikitpun tidak merasa bahawa baginda berkuasa, sebaliknya Allahlah yang berkuasa.



Satu lagi dalil ada pada ayat 39 surah al-Kahfi (Gua) yakni surah ke 18


Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu. (39)

Kisah daripada ayat ini boleh dibaca di sini. Di sini Allah peringatkan kita apabila tengok atau nampak apa sahaja nikmat yang Allah beri, HATI akan menyedari dan akan menggerakkan lidah berkata nikmat itu semuanya daripada Allah. Jangan nisbahkan kepada diri sendiri seperti Qarun yang menjawab dengan sombong bahawa harta yang banyak yang diperolehnya itu adalah hasil kecerdikannya. Dan Qarun juga tidak mahu mengeluarkan zakat.


Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari pada pelbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (76) Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (77) Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). (78) (Al-Qasas [28] : 76 -78)
Jadi sayugia kita juga apabila dianugerahkan kepandaian, rezeki dan sebagainya menyatakan syukur bil Qalbi seperti ini iaitu dengan mengatakan seperti yang Nabi sulaiman ucapkan ataupun dgn berkata MasyaAllah, La Quwwataillabillah. Sebutkan bahawa semua itu adalah kurnia Allah, aku ni tak punya kuasa, aku ni lemah, jika Allah tak tolong aku tidaklah aku dapat semua kurniaan Allah ini. Dikatakan syukur bil qalbi ini ialah HATI yang lebih dulu merasai bahawa diri kita lemah seterusnya menggerakkan kita berkata dgn lidah kita.

Apabila kita kata Islam itu adalah cara hidup, sepatutnyalah kita amalkan seperti yang dianjurkan ini. Apabila kita dipuji; lebih baik ucapkanlah seperti yang disarankan di atas semoga dengan ini tak timbul ujub. Kita kena ingat kita ni lemah, kita tak ada daya dan upaya jika Allah tak tolong kita. Bila kita ujub samalah kita dengan Qarun sebab kita rasa amalan kita baik dan kita jadi takaasur (berbangga). Bila ini terjadi Allah akan serahkan penjagaan harta dan diri kita kepada kita, dan jadilah seperti Qarun dan hartanya musnah.

7 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

'MasyaAllah, La Quwwataillabillah. Ini lebih afdal daripada mengucapkan alhamdulilah'

saya baru tahu tentang ini...
alhamdulillah dapat menambah ilmu

Mybabah said...

Salam Werdah. Saya memohon Werdah meneliti semula tulisan Werdah yang mengatakan 'MasyaAllah, La Quwwataillabillah. Ini lebih afdal daripada mengucapkan alhamdulilah'. Kalau boleh disertakan nas. Nas AL-Quran yang disertakan di atas bukan menyokong ungkapan itu. Terdapat keganjilan di sini. Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) adalah antara kalimah mulia (selain takbir dan tahmid)yang bukan sahaja dianjurkan oleh Nabi s.a.w. untuk diucapkan ketika memperoleh nikmat Allah, tetapi juga banyak sekali diungkap di dalam Al-Qur'an. Ayat pertama Ummul Kitab bermula dengan Alhamdulillah..
Seperkara lagi, bukankah kita masih di dalam bab syukur dengan hati (As-Syukru bil qalbi) dan belum pun memasuki bab syukur dengan lisan (As-syukru bil lisan). Adakah ungkapan "MasyaAllah, La Quwwataillabillah" dibaca di dalam hati.
Setahu saya, yang begitu rendah ilmu ini ialah ungkapan "MasyaAllah, La Quwwataillabillah" dibaca apabila kita melihat sesuatu yang kita rasa luar biasa yang berlaku di depan kita. Wallahualam.

abu muaz said...

t.kasih n3 yang sangat berguna.

Werdah said...

Salam Normah,

Lebih afdal di sini maksudnya bukan tak boleh sebut ya.. insyaAllah kak betulkan (maksudnya lebih utama).. Sekarang ni di IKIM.FM ada tafsiran surah al-Fatihah oleh UstazZahazan Hj MOhamad.. elok dgr jika sempat Isnin - Jumaat pukul 6.30 pagi ulangan 8.00 mlm.

Werdah said...

Salam Samsudin,

InsyaAllah kak betulkan ayat tu, namun ustaz kariman ni jelaskan bahawa lebih baik kita kata "Semua ni daripada Allah sebab kita ni lemah", jika kita sebut alhamdulillah atau terima kasih, akan timbul rasa ujub dalam diri kita. Bukan tak boleh sebut tetapi lebih baik. Jadi lebih baik kita sebut perkataan di atas ataupun kita kata "Ini adalah kurnia Allah kepadaku utk uji aku sama ada syukur ataupun tak".

Kak pun rasa ini adalah syukur dengan lisan, tetpai ustaz ni dah kata memang sukar nak faham kenapa ini dikatakan syukur dgn hati.. insyaAllah bila kak tulis syukur dgn lisan nnt kita dpt bezakan.

Bab Ummul kitab tu, mmg Allah suruh kita puji dan syukur kpd Allah yg beri kita nikmat (Umum dan terperinci yg kak huraikan tu.

Pagi tadi dgr tafsir Ustaz Zahazan di IKIM.FM katanya alhamdu, sebutan umum dan as syukru sebut secara khas.. dan as-syukru ada ucapan, niat dan perbuatan.

Werdah said...

Salam Abu Muaz,

La haw la wa la quwwata illa billah. Mudah2an memberi manfaat kpd kita semua.

Werdah said...

Salam Samsudin,

Kak dah buang perkara yang mengelirukan itu, mudah2an kita dapat bezakan ucapan2 dalam aktiviti kehidupan kita dan semoga Allah rahmati kita.

Sebab kdg2 tempat sepatutnya kita kita MasyaAllah kita sebut Subhanallah.

Related Posts with Thumbnails