Barangkali ramai yang dah pernah ke Bukit Magnet dan barangkali ada yang belum pernah mendengar tentang Bukit Magnet ini. Saya sendiri belum pernah ke sana. Bila mendapat tahu akan hal ini timbul keinginan nak ke sana bila berpeluang. Mudah2an diizinkan Allah.
Bukit Magnet atau Jabal Kholil, terletak sekitar 40 kilometer dari kota Madinah ke Bukit Uhud.
Bukit Magnet ini terletak di satu kawasan lapang yang cantik pemandangannya.
Penduduk di sekitar bukit itu juga suka beriadah di sana kerana cuacanya dikatakan tidak terlalu panas pada waktu siang. Itulah keajaiban kuasa Allah.
Dikatakan bahawa apabila sampai ke bukit berkenaan, pemandu bas yang membawa penumpang boleh mematikan enjin. Peliknya bas itu masih boleh bergerak pada kelajuan 120 kilometer sejam sehingga dua atau tiga kilometer dari bukit berkenaan.
Sesetengah penduduk tempatan percaya Bukit Magnet merupakan pusat magnet terbesar di dunia.
Bagaimanapun, ada yang menganggap keupayaan kenderaan bergerak dalam keadaan enjin dimatikan cuma satu ilusi optik kerana jalan raya yang dilihat mendatar itu sebenarnya menurun.
Sumber Sini
Apa Istimewanya Bukit Magnet?
Jabal Maghnatis (bukit magnet) ini ialah satu tempat di mana kereta/bas akan ditarik semula ke Madinah. Apabila sampai ke kawasan ini, kereta akan bergerak sendiri untuk balik ke Madinah. Kekuatan tarikan ini hingga, kelajuan bas atau kereta akan bergerak hingga melebihi 120 km/ jam.
Ini salah satu lagi dari keajaiban kota Madinah. Pada hari Khamis dan Jumaat, orang Arab akan datang ke sini beramai-ramai, membawa keluarga. Mereka akan berkelah di tempat ini. Tempat ini juga merupakan kawasan lapang yang cantik pemandangannya. Terdapat pokok-pokok rimbun yang akan melindungi sesiapa di sini dari terikan matahari.
Apabila engin bas diberhentikan di kawasan tersebut, bas akan meluncur dengan sendirinya saperti ditarik oleh kuasa ghaib sehingga kelajuan 120 km/jam, walaupun jalannya mendatar. Yang peliknya sesiapa yang membawa kompas, jarum kompas masih menunjukkan arah utara dan ini bermakna tidak ada tarikan magnetik dikesan (saya menggunakan jam Tissot T Touch yang mempunyai kompas).
Mutawif kami, saorang pelajar Indonesia menceritakan satu cerita mengenai kelebihan dan keanehan Bukit Magnet. Mungkin cerita nya tidak sahih, tetapi terpulanglah jikalau sesiapa ingin mempercayainya.
Semasa peperangan Uhud, Rasulullah saw telah tercedera parah akibat kepintaran Khalid Al-walid memerintahkan pemanah orang orang musyrik menawan jabal Uhud. Sahabat-sahabat telah mengusung Rasulullah untuk menyelamatkan beliau dan membawa beliau keluar dari Jabal Uhud jauh dari Madinah. Rombongan beliau dikejar oleh tentera berkuda orang Musyrik. Apabila tentera Musyrik sampai di kawasan Bukit magnet, mereka tidak dapat mengejar rombongan Rasulullah saw kerana tarikan magnet yang memperlahankan kelajuan mereka. (Mereka memakai banyak peralatan yang diperbuat dari besi saperti baju perisai dan lain lain).
Itulah yang diceritakan oleh mutawif Indonesia kepada kami. Orang Arab Madinah ramai yang tidak tahu mengenai Bukit Magnet dan cerita-cerita di sebaliknya. Rakan saya, saorang Arab penduduk Madinah tercengang apabila saya menceritakan perihal Jabal Maghnatis ini.
Wallahua'lam.
Sumber: Sini
14 comments:
Salam Kak Werdah...
Moga kakak sihat hendaknya di sana..
Alhamdulillah pernah sekali ke tempat ini dulu sewaktu mengerjakan haji ataupun umrah, dah tak ingat kak...sempatlah singgah di situ sebentar, memang indah pemandangannya.
nice info saya pun baru tahu... thk ..and salam raya
subhanallah baru dengo cerita ni... tima kasih atas info ni
Salam kak
saya minta maaf sangatsebab tak sempat nak poskan bihun tu.
terima aksih ya kak sudi berkongsi info ini.saya pun tak tahu hal ini.
salam kak,
memang ajaib kejadian yg Allah swt buat di muka bumi ini..hanya terserah pd minda manusia utk memikirkannya :)
salam..
subhanallah
kebesaran Allah..
moga kita mendapat
sesuatu darinya..
Salam my lovely sis werdah..:)
Tksh utk perkongsian ini...mmg baru tahu ni pasal bukit magnet..
Itulah Kebesaran Maha Pencipta...
:)
Semoga akak sihat2 di sana:)
===>> Abd Razak
Salam, alhamdulillah kak sihat, tidak bertambah mudarat, semoga Abd Razak juga sihat, terima kasih atas doa.
Alhamdulillah kerana dah berpeluang menyaksikan keindahan alam pemberian Allah yang Maha Berkuasa. Seronok mendengarnya.
Kak ke sana pada tahun 83 dan 2004, tetapi masa tu belum dengar perkara ini. Baru dapat tahu pada akhir 2009 melalui Kosmo Online.
Ada hasrat nak ke sana lagi, insyaAllah... mudah2an Allah permudahkan segala urusan.
=====>> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
Salam raya juga.. mudah2an Allah terima amalan kamu dan amalan kami semua. Sama-samalah kita kongsi maklumat. insyaAllah
=====>> cemomoi.
Alhamdudillah n masyaAllah.. sama-sama kita kongsi maklumat.
=====>> Cikgu Ma
Salam Ummu, tak apa.. boleh poskan ikut kesesuaian ummu. itupun jika tak menyusahkan ummu.
=====>> Lynn Nasir
Salam,
InsyaAllah, mudah2an Allah kekalkan kita di atas jalanNya dan sentiasa memikirkan kejadian alam dan memikirkan kebesaranNya. Amiin
=====>> zulkbo
Salam.
Mudah2an kita sentiasa memikirkan akan kebesaran Allah dan sentiasa memohon dielakkan daripada api neraka.
=====>> Pn Kartini
Salam tinie.
Alhamdulillah, kak sihat.. insyaAllah kita kongsi maklumat..
Kepada semua sahabat,
Semoga kalian semua diberi kekuatan dan kesihatan dalam kehidupan seterusnya dan diberi keberkatan... Amiin.
baru tahu tentang bukit magnet ini
kalau ke sana, nak menyinggah juga ke sini
Salam Normah.
InsyaAllah, Allah mempermudahkan urusan Normah ke sana. Amiin
Dalam perang yang disertai nabi s.a.w tidak pelik datangnya pertolongan Allah.
Salam Abu Muaz.
Benar kata Abu Muaz.. Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Salam Kak Werdah,
Didoakan semoga kak werdah diberi kesihatan yang baik oleh Allah Subhanahuwataala.
A;hamdulillah saya juga diberi peluang untuk Allah dalam tahun 2009 merasa pengalaman bas berjalan tanpa dihidupkan injin di Bukit Magnet ini.
Ada yang rasa takjub dengan kebesaran Allah hingga menitiskan air mata.
Wa'alaikumussalam Ani
Ya Allah! perkenankan doa kami.. terima kasih Ani selalu doakan kak di sini, semoga Ani juga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.. aamiin
Benar Ani, begitulah yang diisyaratkan kepada kita oleh Allah SWT dalam firmanNya ali Imran 190 - 191.. Maha Suci Allah menjadikan segala-galaNya penuh hikmah.
Kebetulan masa kak ziarah kali ke 2 ni, dapat mutawif yang sangat memuaskan hati.. penerangan dan motivasinya sangat tinggi berbanding kali pertama pada 2004 tak ada yang mahu memberikan tazkirah.. syukur Ani.. banyak kali juga menitiskan air mata bila diberikan penerangan. Alhamdulillah wasyukrillah...
Post a Comment