Bismillahirrahmaniirahim.
Tahukah anda pada ibu jari anda ada tanda Kekuasaan Allah? Ini antara satu tajuk yang penting bagi kita ketahui. Barangkali ramai dah tahu sebenarnya. Lebih-lebih lagi semalam dalam Kosmo Online ada artikel tentang cap jari penentu potensi diri.
Pada ibu jari kita terdapat salah satu tanda keajaiban yang paling dekat dengan kita yang boleh dijadikan iktibar tentang kekuasaan Allah SWT. Itulah 'garisan urat jari' yang terdapat pada ibu jari kita.
Garisan ini menjadi tanda pengenalan yang tepat bagi seseorang. Garisan itu tidak sama antara seseorang dengan yang lain. Tidak sama bagi semua orang yang telah dilahirkan sejak dahulu hingga kini. Oleh sebab itu tandatangan melalui cap jari tidak boleh ditiru, ditipu atau dipalsukan bentuk rupanya oleh sesiapapun.
Pada ibu jari kita inilah Allah membuktikan bahawa DIA berkuasa membangkitkan semula manusia pada hari akhirat, termasuklah manusia yang telah lama mati dan telah hancur menjadi debu tanah. Ini bagi menjawab persoalan kaum yang ingkar akan adanya hari kiamat. Allah SWT telah menjawab persoalan mereka dengan firmannya yang bermaksud :
"Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (3) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tetapi Allah SWT mampu mengembalikan semula bentuk garisan yang ada pada ibu jari (si mati)". (4) (Surah al-Qiyaamah [75] : 3 - 4 )
Ini menggambarkan kepada kita bahawa pada ibu jari manusia terdapat sesuatu yang istimewa yang perlu diambil perhatian. Apakah rahsianya? Rahsianya ialah terbukti bahawa Allah Maha Berkuasa dan mampu melakukan kerja-kerja yang lebih rumit daripada menghidupkan yang telah mati.
Mengikut kajian, garisan yang ada pada jari tangan manusia yang dinamakan 'bananah'(hujung ayat ke empat surah al-Qiyaamah) mula terbentuk sejak minggu ke enam bayi dalam kandungan ibunya dan selesai pada pertengahan bulan ke lima. Pada saat itu keseluruhan garisan 'bananah' ini dapat dilihat dengan jelas dan akan kekal tidak berubah sehinggalah dia mati dan dihidupkan semula.
Sesungguhnya kejadian serta pembentukan 'bananah' itu sendiri ternyata amat sukar berbanding anggota lain. Tanda ini pula tidak sama, keadaanya pula amat unik dan ini telah menarik perhatian para pengkaji yang terdiri daripada para saintis.
Dikatakan bahawa pada tahun 1858 orang yang pertama mengkaji dan mengesan perkara ini ialah seorang doktor Inggeris bernama William Hirshal. Beliau dapat mengenal pasti bahawa kulit jari ini tertutup dengan garisan-garisan yang amat sukar untuk dijelaskan. Ada yang berbentuk melengkung atau setengah bulatan dan yang pasti garisan-garisan ini tidak sama antara seorang dengan yang lain.
Yang pasti ialah tanda 'bananah' ini sudah menjadi satu daripada cara untuk menangkap penjenayah.
Allah SWT telah mencabar manusia supaya melihat atau memerhatikan bagaimana DIA mampu melakukan kerja-kerja yang tidak boleh dibuat oleh manusia melalui firmannya:
"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (53) .....Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu". (54)-( surah Fussilat [ 41 ] : 53 - 54)
Ya, yang pasti sekarang ini, banyak perkara yang diberitakan dalam al-Quran sejak lebih 1400 tahun dahulu telah ditemui oleh para pengkaji.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Ini adalah sebahagian petikan daripada artikel dalam Kosmo! Online tersebut:
"SELAMA ini memang ada kawan-kawan yang memuji esei-esei yang saya tulis. Mereka kata penulisan saya kreatif. Tapi, saya tidak tahu pula yang ia memang bakat yang ada dalam diri saya," kata Nor Azliza Ahmad Zaini, 27, yang merupakan pentadbir perakaunan di sebuah firma guaman. Gadis berkaca mata itu merupakan graduan diploma Sains.
"Kini, saya yakin dengan bakat itu dan berusaha untuk membangunkannya. Teruja sekali rasanya untuk menulis sebuah novel. Sudah lama saya berkeinginan melakukannya," ujar Nor Azliza ceria kepada Kosmo! saat ditemui di pejabat Airborne Discovery (AD), syarikat penganalisa bakat dan potensi diri menerusi cap jari di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Nor Azliza merupakan salah seorang pelanggan yang mendapatkan khidmat mengesan bakat diri di syarikat itu.
Cerita Nor Azliza melalui analisis cap jarinya, dia diberitahu dirinya lebih banyak menggunakan otak sebelah kanan yang membawa potensi kreatif berbanding otak sebelah kiri yang membawa kecenderungan logik, sains dan matematik.
"Hasil ujian cap jari itu agak mengejutkan kerana selama ini saya fikir saya lebih ke arah sains, tetapi saya rasa tidak mustahil sebab saya juga sedar yang saya boleh menulis sebelum ini. Cuma ia tidak dikembangkan kerana saya rasa ia mungkin kebolehan yang biasa-biasa sahaja.
"Memandangkan ia ada kaitan dengan unsur genetik mungkin saya peroleh sifat kreatif daripada ibu yang berbakat menggubah bunga," katanya.
Ujian cap jari yang dilakukan AD ialah satu analisis saintifik mengungkap kecenderungan genetik seseorang dengan mengukur biometrik menerusi cap jari. Ia merupakan kaedah terkini dalam mengenal pasti bakat, potensi dan perwatakan seseorang individu.
Boleh baca seterusnya di Kosmo: Cap jari penentu potensi diri
Artikel yang berkaitan di Berita Harian : Rahsia cap jari
8 comments:
Salam Kak...
Moga kakak sihat hendaknya..
Sungguh pada penciptaan Allah itu ada tanda-tanda kebesaran~Nya..
Terima kasih atas tazkirah ini kak..:)
bismillahirrahmanirrahim,assalamualaikum.
sedari kecil cuba merungkai kisah di sebalik cap jari yang berbeza2.
masya Allah.hebat sungguh.ayuh mentadabbur Al Quran.masih byk rahsia di dalamnya.
salam...semua yang dicipta itu tiada tertanding dan terfikit oleh akal manusia ini... cuma manusia yang maha jahil dan sombong dan mudah lupa asal kejadiannya.
Salam Abd Razak.
Alhamdulillah kak sihat. Mudah2an Abd Razak juga sihat.
Kita sama-sama belajar dan kongsikan apa yang telah kita belajar.
Sesungguhnya diutuskan Nabi-nabi dan para Rasul supaya kita mengetahui bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan amat menyayangi kita.
Alhamdulillah bila membaca dan mendengar bolehlah kak kongsikan serba sedikit. Kakpun kurang lagi ilmu.
محمد زهراوي
Wa'alaikumussalam.
InsyaAllah akan mentadabbur, semoga Allah mempermudahkannya.(buat masa ini mendengar melalui CD dan Youtube serta radio dan pembacaan buku-buku serta tafsir-tafsir)...
Untuk mentadabbur ni kena cari yang arif.
Mudah2an Muhammad Zahrawi akan dapat mencarinya insyaAllah.
Terima kasih kerana ke blog ini.
Salam Abu Muaz
Begitulah halnya manusia ini.. Allah bersumpah: "Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)". (10) - [As-Syams [91] : ayat 7 hingga 10]
Mudah2an kita berada dalam kategori orang2 yang tidak sombong. InsyaAllah
salam..
setiap kejadian Allah memang
telah di janjikan keunikannya
ada yang sampai tidak terungkai oleh akal manusia..info yang menarik..terima kasih berkongsi di sini..
Salam Zulkbo.
Itulah yang Allah suruh melalui perintah pertama kepada Nabi kita "IQRA"... membaca dan mengkaji.
Kemudian membaca dan mengkaji itu juga mesti dengan namaNYA, KebesaranNYA, keAGUNGANNYA dan segala sifat kEMULIAANNYA.
Kepada sesiapa yang mengkaji mereka akan dapat menukilkan kebenaran Qalam Allah.. InsyaAllah.
Kita alhamdulillah dapat tumpang membaca.
Post a Comment