Wednesday, January 26, 2011

Datangkanlah sebanding dengannya......

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang tersesat tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluaraga dan para sahabat.

Dakwaan bahawa al-Quran bukannya datang daripada Allah SWT bahkan karangan Nabi Muhammad SAW disangkal oleh Allah dalam beberapa ayat.

Antaranya:

1)  Ayat 88 surah al-Isra':

A088
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri". (Al-Israa' 17:88)
2)  Ayat 13 dan 14 Surah Hud:


A013

A014
Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar". (Hud 11:13)
Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya? (Hud 11:14)
3)  Ayat 38 surah Yunus:

A038
(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!". (Yunus 10:38
4)  Ayat 23 Surah al-Baqarah:

A023
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (Al-Baqarah 2:23)
Perhatikan bahawa Allah mencabar para peny'air dan penulis-penulis yang hebat tatkala itu yang menentang ajaran Rasulullah SAW serta mendakwa al-Quran itu karangan Rasulullah.

Jika kita telusuri  sejarah bangsa arab  kita dapati bahawa mereka adalah para ahli bahasa dan balaghah, namun keunggulan yang mereka miliki itu  tidak mampu untuk mendatangkan sebanding Al-Quran. Mereka telah berusaha keras untuk mencari-cari  kelemahan dan kekurangan dalam Al-Quran serta pernah mencuba mengarang satu surah pendek, namun pada akhirnya  mereka tidak berjaya.

Allah mencabar mereka pada mulanya supaya mereka mendatangkan sebuah kitab seumpama al-Quran (ayat 88 surah al-Isra'). Mereka tidak berjaya lalu Allah kurangkan cabaran dengan meminta mereka hasilkan 10 surah yang sebanding dengan surah-surah dalam al-Quran (ayat 13 dan 14 Surah Hud). Mereka juga tidak berjaya. Kemudian Allah kurangkan lagi cabaran dengan meminta mereka mengarang satu sahaja surah buat menandingi al-Quran (Ayat 38 surah Yunus dan Ayat 23 Surah al-Baqarah)

Ternyatalah bahwasanya bangsa Arab tidak sanggup menandingi kehebatan Al-Quran biarpun mereka pakar dalam bidang bahasa dan balaghah. Ternyatalah bahawa Al-Quran adalah mukjizat untuk seluruh umat sepanjang masa.

Mudah2an menambah pengetahuan dan mensyukuri nikmat penurunan al-Quran

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): ( Al-Kahfi [18] : 1)

16 comments:

terokai seni said...

dulu 1997 ada gak simpan surah palsu yang diprint dari internet. walopon paham sikit-sikit mintak juga lle member yang balik dari azhar tolong terjemah... dia pon tak sanggup. terbaru sekitar 2007-2009 kot ada lagi surah palsu (tak ingat la pulak kat mana simpannya)

apa pon, dah lebih 1400 blum ada satupun surah palsu yang diisytiharkan hebat untuk dibandingkan apatah lagi menandingi al-Quran

Werdah said...

Salam cemomoi

Ya, kak ingat ada yang mengedarkan alamat laman web al-Quran supaya kita elakkan membacanya.. dan kak buka.. tapi tak pula simpan laman webnya..

abu muaz said...

nak cipta surak gajah pun tak terdaya oleh akal manusia.

ong ong kedek kedek said...

saba'tu ahruf... tak de sape bleh tiru dan reka...

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah...

Moga kakak sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah Taala..

Sesungguhnya al-Quran itu mukjizat yang takkan mengalami penambahan atau pengurangan.

Terima kasih kak!

Kamsiah yusoff said...

salam
sebaris ayat pun manusia tak mampu mereka...

Anonymous said...

Salam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Alquran diturunkan ketika masyarakat arab sedang maju dalam bidang budaya dan kesusasteraan.

Walaupun pada ketika itu ramai sasterawan arab yang bijak dalam bidang kesusasteraan, namun mereka sendiri kagum dengan keindahan bahasa alquran.

aby said...

salam k werdah ..

ketika zaman rasul, masyarakat yg menidakan al quran adalah golonggan yg mempunyai kepentingan,
sbb tu jika mereka mengakui alquran sebagai kalam allah maka pengaruh mereka hilang, sbb tu golonggan ni menidakan ayat2 quran termasuk la yg ayat2 tu adalah rekaan nabi saw ...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abu Muaz

Benar-benar tidak dapat mengarangnya biarpun mereka telah cuba dengan tajuk gajah

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Hasrul

Benar sangat tu ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Kak alhamdulillah.. semalam ke Hospital Klang bahagian chronic pain.. dapat lagi suntikan prolo.. kali ni hospital kerajaan.. tak lah kena bayar..

Semoga Abd Razak juga mendapat limpahan kebaikan yang banyak... amiin

Sungguh al-Quran benar-benar mukjizat.. tiada siapa yang boleh menafikannya.. diharapkan kita semua dapat sentiasa mendampingi dan menghayatinya..

Terima kasih juga kak ucapkan.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Kamsiah

Benar tu dik..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Ya Ani, itulah yang telah diberitakan, malah mereka kagum namun kerana ego, degil dan sifat-sifat mahu mendustakan kebenaran mereka masih mendakwa bahawa al-Quran itu karangan Nabi bukan wahyu..

Mana yang hati terbuka alhamdulillah mereka cepat menerima, hijab antara mereka terbuka..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Bagi mereka yang tak mahu ikut kebenaran menyangka dunia itu lebih baik buat mereka.. pada hal semua tu merupakan fatamorgana..

Al-Quran banyak menyatakan kepada mereka bahawa dunia ini hanyalah permainan, gurauan dan bermegah-megah.. di sisi Allah semuanya memperdayakan..

Mudah2an kita semua tidak beada dalam kalangan orang-orang yang terpedaya..

Unknown said...

Saya memerlukan komentar dan pandangan berkaitan dengan artikel baru yang saya tulis di blog saya.Mungkin saudari mempunyai pandangan dan komentar yang berbeza dengan saya dan diharapkan sama2 kita berkongsi pandangan dan komentar itu kearah kebaikan.Sekian terima kasih.

Werdah said...

Salam Anak Pendang Sekeluarga

InsyaAllah akan ke sana nanti...

Related Posts with Thumbnails