Saturday, June 18, 2011

Lebuh Raya Kehidupan



Bismillahirrahmanirrahim

Kupanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana limpahan kurniaNya yang amat banyak yang tak dapat kuhitung. Selawat serta salam kuucapkan kepada Nabi yang mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan para pengikutnya yang setia.

Alhamdulillah, baru selesai membaca buku R & R di Lebuh Raya Kehidupan ; sebelum ini telah membaca buku U Turn Ke Jalan Lurus ; Kedua-dua buku ini ditulis oleh orang yang sama iaitu Ustaz Zul Ramli Ahmad Razali (blognya di sini), yang mungkin dikenali ramai.

Bagi saya buku ini amat menarik, kerana beliau membawa kita untuk menyedari kepentingan keseimbangan hidup kita memainkan peranan penting dalam perjalanan menuju ke tempat abadi. Penulisannya diolah seperti kita sedang berjalan di atas lebuh raya dan sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi terakhir atau hentian terakhir (kematian). 

Buku ini mengajak kita menyedari hakikat iman yang sebenar, betapa ramai antara kita yang telah diberikan hidayah atau fitrah suci oleh Allah SWT namun tidak memperkembangkan potensi tersebut sehingga tujuan hidup tidak tercapai. Ada pula yang berusaha bersungguh-sungguh menjaga anugerah Allah ini hingga menyedari hakikat iman yang sebenar. Setiap daripada kita dilahirkan dengan fitrah, semasa kita dilahirkan tanpa seurat benang Allah telah kurniakan fitrah buat kita, siapakah yang mengajar kita untuk menangis bila lapar atau basah? Sayangnya ramai pula antara kita yang pergi menemuiNya nanti tidak dalam keadaan fitrah. 

Pernahkah kta bayangkan tatkala kita hantar anak-anak kita ke nursery dengan keadaan bersih dan kenyang, kemudian apabila tiba masanya kita ambil semula kita dapati anak kita comot dan lapar, apakah tanggapan kita kepada penjaga anak kita tatkala itu, pasti kita  rasa geram bukan? Cuba kita analogikan ini kepada Allah SWT, Dia anugerahkan kita anak yang bersih, apa kita buat kepada anak-anak kita? Saya jadi takut kini, sebabnya kitalah yang menjadikan mereka yahudi, nasrani atau majusi. 

Di bawah ini saya tuliskan sebahagian daripada muqaddimah buku ini:

Penulis memberikan tajuk : Langgar lari - Pemburu yang kehilangan segal-galanya

Apabila seseorang menetapkan matlamat duniawi untuk sampai ke suatu destinasi sedangkan dirasakan bahawa waktu begitu terhad, dia terpaksa memecut kenderaan dengan deras. Apabila lebuh raya begitu sibuk dengan manusia, dia terpaksa langgar sahaja sesiapa yang berada di atas lalauan itu. Mayat bergelimpangan di mana-mana akibat langgar lari itu.

Lebih malang fenomena ini adalah analogi bagi keadaan yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Disebabkan taksub mengejar dunia dengan perancangan serta 'deadline' yang telah digariskan kita terpaksa 'melanggar' sesiapa yang ada di sekeliling kita demi mengejar matlamat yang telah ditetapkan.

Kenderaan perlu dipecut agar tidak mengganggu perancangan dalam masa yang amat terhad. Bunyi berdekuk-dekuk kedengaran dan kenderaan pula terhinggut-hinggut, namun tiada siapa yang mampu menghalang kenderaan daripada bergerak menuju matlamat.

Apabila sampai ke desnitasi, kita dapati dunia seperti begitu kosong, tiada mereka yang rapat untuk bersama meraikan kejayaan itu, apabila menoleh ke belakang didapati pada kesan tayar kereta teralir darah merah di sepanjang haluan dan mayat-mayat bergelimpangan. Baru sedar bahawa mereka adalah ahli keluarga sendiri.

"Mayat' kedua-dua ibu bapa yang terbiar; hidup mereka tidak dipedulikan, kasih sayang mereka begitu gersang di penghujung usia mereka. Mereka tak sempat menikmati hasil penat lelah kerana melahirkan kita. Kemudian tatap 'mayat' anak-anak comel yang terabai. Mereka adalah anak-anak kita sendiri yang tidak merasai belaian dan perhatian, yang rindukan ayah ibu di meja makan dan penantian untuk cuti bersama.

Tataplah juga 'mayat' pasangan yang dahagakan kasih sayang, tiada gurauan mesra atau hanya terpaku di hadapan peti television melayan perasaan yang berbeza, tiada kasih bersulam sayang, tiada gurau senda dan bait cinta yang mengasyikkan.

Saksikanlah 'mayat' asaudara-mara kita yang tidak kita pedulikan, kian melarat, kian jadi hina.

Adakah kita puas hidup seperti ini?

Damaikah hati dan berbaloikah segala susah payah selama ini?

Penulis mengajak kita yang sedang menyusuri  lebuh raya kehidupan supaya berhenti sebentar di R & R dan bertanya bagaimana kita membina keseimbangan terhadap semua perkara yang berkaitan dengan kita, seterusnya dapatlah kita menilai kembali peranan yang kita kita mainkan terhadap semua yang berkaitan dengan kita dan seterusnya memberikan keutamaan yang saksama.

Peranan dan hubungan yang perlu diambilkira:
  1. Diri sendiri
  2. Dengan Allah
  3. Dengan Rasulullah
  4. Dengan Ibu Bapa
  5. Dengan pasangan
  6. Dengan anak-anak
  7. Dengan rakan
  8. Dengan kerjaya
  9. Dengan Masyarakat
Tidak dikira berjaya jika hanya berperanan dalam satu perkara sahaja.

Perlu banyak muhasabah dan koreksi diri. 

Sekian, semoga memberi manfaat.

22 comments:

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam kak werdah,
kerapkali hati lalai dgn keindahan dunia & tipu daya syaitan yg membelenggu hati sanubari. Mungkin dh penghujung lebuhraya & dh senja baru nampak 'jalan' yg benar yg patut di ambil dr awal lagi.. nk patah balik & buat 'u turn' sempat tak lg?

Makbonda61 said...

Assalamualaikum kak Werdah,
Semestinya sangat bermunafaat.
Bila lebuhraya yag luas,tambah lagi kereta yang selesa,kita akan leka dengan nikmat dan lupa bahaya-bahaya yang mengekori.Sedar bila terhantuk.Terimakasih atas perkongsian.

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear Kak Werdah..:)

Tksh kak..satu pengkongsian ilmu yang membuat diri menilai diri..bermuhasabah merenung diri sendiri...
Terkdg lam memberi fokus sepenuhnya ..tidak kita tersedar..ada juga yang terabai...

aby said...

begitu la bila kite guna lebuhraya yg horizontal .. banyak kenderaan yg mengunakan lebuhraya tu ..
sentiasa berhati hati bila memandu dilebuhraya tersebut,
tp bila kita guna lebuhraya yg vertikal, tk ramai yg guna, lagi jauh kita pandu lagi tinggi kita naik, lagu laju kita pandu lg cepat kita dekat pada nya ..

lebuh raya horizontal di samakan dgn hunbungan kita sesama manusia dan makhluk yg lain ,
lebuhraya vertikal di sama kan dgn hubungan kita dgn allah swt,
yg perlu ditingkatkan setiap masa ..

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

Salam. lama tak beri komen kat sini... dah pencen pun sibuk memanjang....
Tq dapat maklumat untuk memperbaiki diri sendiri....

Kamsiah yusoff said...

salam
insyaAllah akan cari buku tu...seronok membaca buku2 ilmiah

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Shaniza

Memang kebanyakn begitulah kan, mungkin kerana sistem pendidikan kita tak beratkan pentafsiran al-Quran dan hadis, kita belajarpun (sikit sangat)itupun kerana nak lulus periksa.. dan ibu bapa kita pula selalunya taklid daripada nenek moyang kita.. Sebenarnya peranan ibu bapa tu penting sangat, jika tidak nabi tak berpesan dengan hadis bahawa setiap anak dilahirkan bersih tapi ibu bapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi.Ini sungguh-sungguh menakutkan.. kelak bagaimana nak jawab.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Makbonda

Ya, itulah jalan lurus , lebar, tak bengkang bengkok (siraat al-mustaqim) yang selalu kita pohon daripada Allah setiap kali kita solat.

Seharusnya sejak muda belia kita dah memahami maksud jalan lurus tu. Sebab tidak berganjak nanti selagi kita tak ditanya ke manakah masa muda belia kita dihabiskan..

Sungguh menginsafkan.. semoga kita dapat sentiasa mohon ampun dan bertaubat.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Tinie

InsyaAllah kita mohon daripada Allah supaya beri kekuatan untuk bermuhasabah dan memperbetulkan di mana yang perlu.

Kakpun terantuk bila baca buku ni.. sejalan dengan ceramah al-Fatihah oleh ustaz Kariman

terokai seni said...

assalamualaikum

hemmm analogi yang cantik... perjalanan jauh di lebuh raya yang banyak pengajaran tapi tak pernah diambil perhatian... cantik sungguh analogi penulis tentang perjalanan hidup kita di atas lebuh raya tu - benarlah analogi rasulullah bahawa kita ini sedang mengembara dan berhenti sebentar untuk menghilangkan lelah sebelom menyambung semula perjalanan menuju destinasi

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Dalam mengejar kehidupan, semoga kita tak lupa pada orang-orang yang memerlukan kita dalam kehidupan mereka.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Begitulah yang dikehendaki yakni sentiasa seimbang dalam hablun minallah dan hablun minan naas.

Banyak nanti yang disoal; entah berapa lama nanti berdiri di padang yang tiada naungan kecuali naunganNya.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Hajah Nafisah

Penulis buku ni pun ada menyentuh bab pencen ni.. kakpun terkena tempias.. ya lah dulu bila bekerja terlalu sibuk hinggakan bnyak tertinggal.. bila pencen pula kekangan lain pula timbul..

Semoga Allah memberikan kita kekuatan ya.. Allahumma Amiin

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Kamsiah

Mudah2an dipermudahkan Allah dan beroleh manfaatnya.. insyaAllah, pertolonganNya juga kita mohon

Werdah said...

Wa'alaikumussalam cemomoi

Begitulah nampaknya.. unjuran dan wawasan Rasulullah SAW memang patut dihayati.. segala2nya ada yang tersurat dan banyak juga yang tersirat.. mudah2an kita dapatlah menghayati segala peringatan yang diberi.

Werdah said...

Wa'alikumussalam Ani

Alhamdulillah kak masih meneruskan rawatan di Hospital Klang.

Semoga Ani juga diberikan kekauatan dan kesihatan serta dalam redha Allah SWT

Begitulah beratnya tanggungjawab kita sebagi manusia kan.. amanah yang terpikul akan dipertanggungjawabkan.

Abd Razak said...

Assalamualaikum kak werdah...

Maaf terlambat pula kali ini. Moga kakak sihat hendaknya serta sentiasa memerhatikan diri agar sentiasa dalam jalan yang diredhai Allah Taala.

Ya kak, misi dan tujuan kita ke dunia ini tidak lain selain dari beribadah kepada Allah Taala dan menjadi khalifah (pemimpin). Jika kita faham tujuan ini maka kita tidak punya masalah untuk menyusuri destinasi kita seterusnya.

Terima kasih kak!

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak.

Kak alhamdulillah sihat, masih meneruskan usaha perawatan..Terima kasih atas doa serta nasihatmu.. InsyaAllah dengan sentiasa memohon pertolonganNya dapat kak memerhatikan diri.Semoga Abd Razak juga sentiasa sihat dan dalam redhaNya.. amiin

Ya, saat seperti ini kak selalu bayangkan betapa dahsyatnya suasana di mahkamah Allah SWT pada hari kiamat kelak. Tiada seorang pun yang dapat menolong orang lain, sama ada sahabat karib sewaktu di dunia dahulu, ataupun anak dan isteri serta segala harta benda.

Sebatang tubuh kasar yang kerdil ini akan berdiri tegak di hadapan Allah Rabb al-Jalil, Yang Maha Mengetahui segala perbuatan hambaNya dan mengetahui segala rahsianya. Mampukah nanti mengangkat muka yang berlumuran dengan dosa ini di hadapan Mahkamah Rabb al-Jalil nanti.

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum :)

Semoga kesihatan semakin baik, Ameen.

Begitulah kehidupan yang perlu dijalani. Banyak jalan yang terbentang di hadapan. Ada jalan sehala, dua hala. Ada selekoh, ada juga bulatan. Manakah jalan hidup kita? Sudah pasti sirat al-mustaqim. Semoga jalan yang kita tempoh ini sampai ke sini jua, ameen.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ros

Dalam menelusuri lebuh raya kehidupan diharapkan apabila ada yang pernah terbabas atau tersalah jalan; mereka perlu mencati ruang untuk kembali ke lorong U-Turn untuk masuk semula ke lorong yang betul. Orang yang cemerlang ialah orang yang berjaya menemui semula jalan yang betul, manakal yang gagal terus berada di lorong yang salah.

Ya Ros, semoga kita tetap berada di atas jalan yang lurus dan lebar dengan taufiq dan pertolongan Allah.. Amiin

atie said...

salam kak werdah...

macam nak beli je buku nie.... pasti banyak ilmu yang dapat diperolehi... nanti nak carik terima kasih...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Atie

InsyaAllah, penulisannya mengaitkan hal yang pernah berlaku (mengaitkan pengalaman sendiri dan orang lain) yang boleh kita jadikan sempadan dan teladan.

Related Posts with Thumbnails