Thursday, December 1, 2011

WASAYAH Al-'AYSRU - WASIAT 10


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamu'alaikum,

Saya sempat mendengar kuliyah tafsir daripada CD sambil mencatat. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dalam keadaan seperti ini ada sahabat yang sudi menghadiahkan beberapa siri kuliyah Ustaz Kariman. Kali ini saya dihadiahkan 1 set CD (6 keping) bertajuk WASAYAH Al-'AYSRU (10 WASIAT ALLAH). Mudah-mudahan Allah membalas kebaikannya dengan kebaikan jua. Amiin.

Dalam ayat 151 hingga 153 surah al-An'aam Allah sentiasa menutup firmanNya dengan  ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ    "Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu (Dia Tuhan kamu mewasiatkan kepada kamu)

Begitu penting wasiat ini hingga ulama' tafsir mengatakan perkara yang disebut dalam ayat-ayat ini dikenali sebagai WASIAT 10 dan dalam hadis daripada Abdullah bin Mas'ud ra (HR Imam Termizi) katanya: "Sesipa sahaja yang suka hendak melihat kepada wasiat Rasulullah SAW yang terakhir hendaklah dia membaca ayat-ayat ini". Menariknya juga kesemua 10 wasiat yang ada dalam ayat-ayat ini merupakan pembuka kitab suci Taurat. Banyak riwayat mengatakan bahawa wahyu yang diturunkan kepada Nabi Musa as adalah sebagai pembuka kitab Taurat. Jadi di sini ada persamaan antara apa yang terkandung dalam kitab Taurat dan juga al-Quran.

Ayat-ayat itu adalah :

 قُلۡ تَعَالَوۡاْ أَتۡلُ مَا حَرَّمَ رَبُّڪُمۡ عَلَيۡڪُمۡ‌ۖ أَلَّا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنً۬ا‌ۖ وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَـٰدَڪُم مِّنۡ إِمۡلَـٰقٍ۬‌ۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُڪُمۡ وَإِيَّاهُمۡ‌ۖ وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلۡفَوَٲحِشَ مَا ظَهَرَ مِنۡهَا وَمَا بَطَنَ‌ۖ وَلَا تَقۡتُلُواْ ٱلنَّفۡسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ (١٥١) وَلَا تَقۡرَبُواْ مَالَ ٱلۡيَتِيمِ إِلَّا بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ حَتَّىٰ يَبۡلُغَ أَشُدَّهُ ۥ‌ۖ وَأَوۡفُواْ ٱلۡڪَيۡلَ وَٱلۡمِيزَانَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ لَا نُكَلِّفُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۖ وَإِذَا قُلۡتُمۡ فَٱعۡدِلُواْ وَلَوۡ ڪَانَ ذَا قُرۡبَىٰ‌ۖ وَبِعَهۡدِ ٱللَّهِ أَوۡفُواْ‌ۚ ذَٲلِڪُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ (١٥٢) وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ (١٥٣)

Maksudnya : Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaituyang diwajibkan ke atas kamu ialah janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatupun dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu (Dia Tuhan kamu mewasiatkan kepada kamu), supaya kamu memahaminya. (151) Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu) dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu (Dia Tuhan kamu mewasiatkan kepada kamu), supaya kamu beringat (mematuhiNya). (152) Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu (Dia Tuhan kamu mewasiatkan kepada kamu), supaya kamu bertakwa. (153) (Al-An'aam [6]  : 151-153).

10  wasiat tersebut ialah :

Pertama : Larangan menyekutukan Allah.

Jaminan luar biasa diberikan kepada orang yang tidak menyekutukan Allah bahawa dia akan masuk syurga walaupun menanggung dosa-dosa. 

Dalam Hadis Sahih Bukhari dan Muslim daripada Abu Dzar:

"Jibril datang menemuiku dengan memberi khabar gembira bahawa sesungguhnya barang siapa yang meninggal dunia daripada kalangan umatmu dan tidak menyekutukan sesuatupun dengan Allah, maka dia akan masuk syurga! Aku (Rasulullah) katakan sekalipun dia berzina dan mencuri? Dia berkata : Sekalipun dia berzina dan mencuri! Aku (Rasulullah) katakan sekalipun dia berzina dan mencuri? Dia berkata : Sekalipun dia berzina dan mencuri! Aku (Rasulullah) katakan sekalipun dia berzina dan mencuri? Dia berkata : Sekalipun dia berzina dan mencuri! Walaupun dia minum minuman keras!"

Maka janganlah kita menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun dan dengan apa alasan sekalipun. 

Kedua : Berbuat baik kepada kedua orang tua.

Berbuat baik kepada orang tua merupakan kewajipan dalam kehidupan setiap manusia. Nabi Muhammad Saw mengatakan kepada kita bahwa sesungguhnya redha kedua orang tua akan menjadikan Allah redha dan kemurkaan keduanya akan membuat Allah murka kepada kita. Allah juga berfirman maksudnya:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". (Luqman [31] : 14) 

Ketiga : Allah melarang keras membunuh anak-anak kita.

Jangan beralasan bahawa dengan mempunyai anak yang ramai maka kemiskinan, kesusahan dan kesulitan akan menimpa kita. Orang-orang yang membunuh anak-anaknya itu telah membiarkan rasa takut dalam berkembang dalam dirinya hingga menumbuhkan benih-benih pesimis.  Mereka ini tidak yakin  bahawa sesungguhnya yang memberikan rezeki dan mentadbir segala sesuatu  adalah Allah SWT. Dialah Ar-Razzaq, Al-Ghani, Al-Mughni, Al-Baasith yang tanganNya tidak pernah berhenti memberi.

Keempat : Allah melarang kita melakukan tindakan-tindakan keji baik yang zahir (tampak)  mahupun yang batin (tersembunyi).

Yang zahir adalah perbuatan yang dilakukan dengan terang-terangan. Para pelakunya tidak takut mendapat cela, manakala yang batin pula adalah perbuatan yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Para pelakunya bimbang mendapatkan celaan daripada orang-orang yang melihatnya. 

Kelima : Larangan membunuh manusia tanpa alasan yang diperkenankan oleh agama.

Tidak ada alasan apapun membunuh orang lain kecuali dengan tiga alasan yang Rasulullah sebutkan :

Tidaklah halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku sebagai utusan Allah kecuali dengan salah satu daripada tiga alasan berikut : Seorang duda yang berzina, kerana membunuh orang lain dan orang yang meninggalkan agama ini dan memisahkan diri dari jamaah kaum muslimin (HR. Bukhari- Muslim).

Keenam : Janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri). 

Tidak boleh makan harta anak yatim dengan cara menggunakan harta anak yatim itu kesemuanya.

Penjaga anak yatim adalah bertanggungjawab menjaga harta anak yatim yang ditinggalkan oleh orang tuanya. Tugasnya adalah menjaga harta tersebut sebaik-baiknya, sehingga anak yatim itu matang. Penjaga boleh mengembangkannya sehingga harta anak yatim  bertambah tatkala berada di tangan penjaga. Kemudian penjaga perlu serahkan setelah usia anak itu telah sampai pada usia matang. Penjaga boleh mengambil upah sekadar yang berpatutan.

Ketujuh : Sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil.

Allah berfirman:

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), (1) Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, (2) Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. (3) (Al-Mutaffifin [83] : 1-3)
Wasiat ini sangat perlu  kerana kebanyakan manusia cenderung untuk melakukan penipuan apa lagi dalam masalah sukatan dan timbangan. Kecenderungan untuk melakukan kecurangan ini akan menimbulkan kekacauan dalam sesebuah masyarakat. Dengan wasiat ini diharapkan akan lahir sebuah masyarakat yang bersikap adil. 

KelapanApabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, 

Allah menekankan agar kita sentiasa berkata jujur dan jangan ada dusta yang disengajakan. Orang-orang beriman sebenarnya tidak ada pilihan lain kecuali jujur apabila berbicara, apabila jadi saksi, apabila berjanji kerana itulah sifat seorang mukmin.

Kesembilan : Perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan

Janji adalah hutang yang perlu kita tunaikan jangan pula mengengkari. Janji adalah satu ikatan yang perlu kita jaga dan junjung tinggi. Ini samalah dengan kita ucap syahadah maknanya kita janji. 



Kesepuluh : Ikutilah jalan Allah yang lurus as-siraat al-mustaqim dan jangan mengikuti jalan lain selain jalan Allah.


Jalan Islam, jalan kebenaran yang menghantarkan manusia pada kedamaian.

Begitulah intipati 10 wasiat Allah ini, sebenarnya banyak lagi kupasan dalam ke semua wasiat tersebut.

Semoga kita dapat merenung dan menghayati 10 wasiat ini dengan sebaik-baiknya agar kita kembali kepada Allah dengan mebawa hati yang sejahtera.

13 comments:

Unknown said...

SALAM,
ADA ILMU YG LF PEROLEHI DRPD N3 INI. TKASIH BYK2 ATAS PERKONGSIAN. N3 PUAN SENTIASA MEMBERIKAN KELEBIHAN. TERUSKAN

LF MENDOAKAN KEMBALI SIHAT DAN KELUARGA SEJAHTERA.
NAK AMBIL PELUANG INI, LF DAN ISTERI MENJEMPUT PUAN SEKELUARGA KE PERJUMPAAN 18 DIS INI DI RUMAH LF.

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah yang dikasihi Allah...

Moga kakak sihat hendaknya dengan izin~Nya..

Insya Allah jika kita mampu berdiri menegakkan 10 wasiat yang dibicarakan kita mampu menjadi mukmin yang sangat baik.

Nabi Muhammad S.A.W. mengibaratkan seorang mukmin sebagai 'lebah'. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan :"Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya."

Anaasuria said...

Assalamualaikum kak werdah..
terima kasih atas perkongsian ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Dato' LF

Terima kasih kerana selalu mendoakan kak di sini.

Kak mengharapkan dapat berkongsi apa-apa yang didengar.. mengambil saranan daripada sahabat yang selalu menghadiahkan CD-CD kepada kak dan juga tolong belikan untuk kak.

Kak juga berharap agar kita menggunakan seluruh kekuatan yang Allah berikan kepada kita mengamalkan apa yang kita pelajari.

Tentang perjumpaan tu, insyaAllah, jika dapat kak ingin juga ke sana, bagaimanapun kak tak dapat berjanji. Lihat keadaan kak pada masa itu ya.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Terima kasih kerana selalu mendoakan kak di sini. Semoga dirimu juga beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Semoga Allah kabulkan permohonan kita.. Allahumma Amiin

Ya, sebenarnya Allah dah berikan kita lebih daripada kemampuan yang DIA telah sediakan kepada kita untuk melaksanakan perintah dan laranganNya, tinggal lagi manusia sentiasa gunakan alasan inilah yang termampu dibuat.

Semoga kita tetap dalam hidayah petunjukNya dan menggunakan segala kekuatan yang diberikan kepada kita untuk kebaikan kita juga.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Anaa

Terima kasih kembali Anaa kerana membacanya.. :)

aby said...

salam k werdah ..
akidah dalam mentauhidkan allah swt memang tk berubah sejak nabi adam as lg. sbb tu nabi/rasul diutus kebumi bagi mengingatkan manusia bahawa allah lah yg patut disembah dan dipatuhi .. cuma syariat nya saja yg beza beza mengikut kesesuaian masa ..
doa aby semoga k werdah diberi kelapangan seadanya ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Menurut ustaz ini dalam kuliyah ini; Jenayah akidah yang pertama dilakukan oleh manusia ialah pada zaman nabi Nuh as iaitu ketika kaumnya menyembah patung wadd, suwa' Yaghuth, ya'uuq, dan nash; ini seperti berikut:

"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr". (Nuh 71:23)

Pada masa nabi Adam as hanya berlaku jenayah syariah.

Terima kasih aby krn mendoakan kak di sini.. amiin

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Werdah
Semoga akak sihat yer.

Tahniah kak werdah bertambah lagi sorang cucu.

Terima kasih berkongsi 10 wasiat ni, Ianya sangat berguna sebagai panduan dalam menjalani hidup kita ni.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Alhamdulillah kak baik di sini, terima kasih ya kerana selalu doakan kak di sini, semoga kesihatan Ani juga bertambah baik.

Kerana kasihkan hamba-hambaNya, Allah mewasiatkan kita dengan hal-hal yang patu kita lakukan dan yang tidak boleh kita lakukan. Yang paling menauktkan ialah syirik kepadaNYa.

Imanisa riana @ sarimah said...

Assalamu'alaikum,

Semoga diberkati Allah selalu.

Tahniah kerana mendapat cucu lagi. Saya ni mungkin lambat lg rasanya nk bercucu, anak sulung pun baru ke IPTA.

Terima kasih atas perkongsian 10 wasiat.Sangat berguna untuk semua.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Shaniza

Terima kasih atas doa dan ucapan tahniah.

Tentang wasiat ini diharapkan kita dapat memanfaatnya..dengan memohon pertolongan Allah.. insyaAllah.

Werdah said...

Testing

Related Posts with Thumbnails