Thursday, November 22, 2012

Sebaik-baik kekayaan itu adalah kaya jiwa



Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang tersesat tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluaraga dan para sahabat serta pengikut setia.

Pagi ini terjumpa pengisian dalam youtube di atas.. belum sempat dengar.. InsyaAllah bila berpeluang nak mendengar.. Sebelum ini telah dengar tentang al-Qana'ah yang dihuraikan oleh Ustaz Kariman ni dalam nama Allah al-Ghaniyy dan al-Mughniy melalui CD asmaul husna yang telah dibeli.. 

Al-Qana'ah ertinya kaya jiwa (ghinan-nafsi). Nabi bersabda "Sebaik-baik kekayaan itu adalah kaya jiwa (Qana'ah)".

Qana'ah sama dengan 3M, iaitu mesti ada keinginan untuk MENCARI, bila ada keinginan untuk MENCARI maka orang itu akan MEMILIKI, bila memiliki mesti ada keinginan untuk MEMBERI.

Jadi kena berusaha MENCARI untuk MEMILIKI dan kemudiannya MEMBERI.. inilah pengertian Qana'ah yang sebenarnya.

Jika seseorang itu tak ingin apa-apa, dan tak nak buat apa-apa, itu bukanlah qana'ah.

Bila dah ada dan cukup jangan pula bakhil atau kikir atau jangan jadi macam semut. Hidup semut tak lama namun kumpul segala macam benda, bukan sahaja gula namun lidi yang iapun tak tahu apa gunanya diusung juga. Bekalan dia lebih daripada cukup. Sifat rajin semut boleh diikut tapi sikap mengumpulkan yang tak perlu tu jangan pula diikut.

Istilah agama yang mulia bila disalahtafsirkan akan pincang masyarakat. Masa zaman pemerintahan Khulafaaur raasyidin dulu susah nak cari penerima zakat kerana mereka tak salahertikan maksud al-Qana'ah.

Qana'ah juga diertikan sebagai rela/redha dengan apa yang diterimanya, rela dengan apa adanya namun tidak mengurangi usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan rezeki yang halal daripada Yang Maha Pemberi.

Tak boleh menaip panjang kali ini, semalam ke HTAR kerana ada prosedur dijalankan.. Epiduralysis. Pagi ini masih tak rasa perubahan. Apa-apapun ikhtiar.

8 comments:

Makbonda61 said...

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh.

Dalam sebok dengan prosedur hospital,sempat menitipkan ilmu,semoga ianya menjadi penyumbang kepada kesembuhan.

اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

" Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Bila manusia itu sudah memiliki kekayaan dunia namun dia enggan bersedekah dan berinfak, dia diibaratkan seekor anjing gemuk yang tidak disembelih, tidak juga dijual dan tidak bermanfaat sama sekali.

Wahai Allah Tuhan Penyembuh segala penyakit, ringankanlah penyakit kakakku ini dan sembuhkan dia serta ampunkan segala dosanya...aamiin

Werdah said...

>>Hasimah , Abd Razak

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh

Tersentuh dengan doa darimu berdua dik.. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kak yang lalu, yang akan datang, yang disengajakan atau tak disengajakan, yang diketahui atau yang tak diketahui.. semoga dengan itu dihilangkan segala penyakit dan keresahan.

Buat dirimu berdua kak doakan semoga Allah melimpahkan kebaikan yang banyak.. Alllahumma aamiin

Antara hakikat sedekah:

Firman Allah swt: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah,ayat 111.

Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)". - (Bukhari dan Muslim)

Qana'ah sangat-sangat dituntut yakni jika kita ada lebih daripada keperluan maka yang lebih itu perlu diinfakkan.

Werdah said...

Sebahagian daripada penerangan:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Al-Qasas 28:77)

Walaupun ayat ini dinasihatkan kepada Qarun namun kena dijadikan panduan oleh kita semua.

Ada dua tujuan Allah ciptakan segala yang ada di bumi dan langit iaitu aqidah dan kebendaan

Allah ciptakan segala-galanya untuk menunujukkan kesempurnaan qudrahNya. Seolah-olah Allah berkata; "Wahai Anak Adam! lihat tumbuh-tumbuhan, binatang dan semua yang Aku ciptakan ini supaya kamu boleh lihat kesempurnaanKu. Melihat semuanya itu kamu semakin sedar kewujudan Aku.

Dengan melihat segala ciptaan Allah, manusia akan yakin kepada Allah SWT, bila lihat cili bersebelahan tebu tetapi rasanya berbeza, akan berkata seperti dalam ayat ali Imran 191

Sekarang kamu dah dapat rasa kesempurnaan qudrah Allah SWT maka rasalah, nikmatilah kurniaanNya.

Apa saja yg Allah berikan kepada kita pastikan bahawa semua itu adalah wasilah untuk mencapai kejayaan di akhirat. Ambil sedikit untuk kegunaan di dunia tapi jangan lupa fungsi asalnya.

Bila orang diberi 10 tapi hanya perlu 3 maka yang 7 itu jadikan wasilah untuk akhirat.

Orang yang sihat tentulah bepeluang buat baik lebih daripada orang sakit.Orang kaya tentulah lebih berpeluang daripada orang miskin tapi bukan bermaksud orang miskin susah memasuki syurga.

Hamka ada menulis, jika kamu seorang yang kaya senang-senangkan hatimu kerana Allah telah membuka jalan yang lebar bagi kamu untuk ke syurga, jika kamu seorang yang miskin senang-senangkan hatimu kerana dengan kemiskinan kamu, kamu terbebas daripada kedengkian orang, dengan kemiskinan kamu, kamu boleh tidur di mana-mana tanpa rasa takut.

Senang-senangkan hatimu,pastikan apa yang Allah SWT berikan kepada kamu itu kamu gunakan sebagai wasilah untuk akhirat, tak salah gunakan sebahagiannya di dunia. Itulah qana'ah. Sebahagian besarnya untuk tujuan akhirat.

Abu abbas al-Mursi kata masa manusia terbahagi kepada 4 sahaja; masa nikmat, masa susah, masa taat dan masa maksiat. Apapun masa kita pastikan kita gunakan untuk tujuan akhirat.

Setiap hamba Allah mempunyai EMPAT waktu, iaitu

1. Waktu mendapat nikmat.
2. Waktu mendapat ujian dan cubaan.
3. Waktu melakukan ketaatan.
4. Waktu melakukan maksiat.

Apabila mendapat nikmat bersyukurlah, bila waktu mendapat ujian dan cubaan; redha dan bersabarlah, jangan sekali-kali berkeluh kesah.

Waktu melakukan ketaatan; ingatlah bahawa Allahlah yang memberi petunjuk dan kekuatan, beristighfar serta berdoalah agar ibadah diterima.

Waktu melakukan maksiat, ingatlah Allah Maha Pengampun lalu bersegeralah bertaubat.

Daripada segi qalbun salim, bila kita sakit jangan segera minta sembuh, bila rugi jangan segera minta untung sebab bila kita sakit atau rugi Allah berikan kita peluang untuk sabar. Jangan mengeluh. Allah Maha Tahu apakah amalan hambaNya yang mudah dilakukan oleh hambaNya sebagai jalan menuju ke syurga..

Orang sakit jangan dengki kepada orang sihat, orang rugi jangan dengki kepada yang untung. Jadi bersabarlah. Allah dah kata bila orang tu diberikan nikmat bila bersyukur tak perlu minta Allah tambahkan. Orang musibah tak perlu berkeluh kesah, lihat Nabi Yunus dah ditelan ikan, dia tak mintapun dilepaskan tapi asyik mengaku kesilapan diri, memuji Allah, lihat bagaimana Allah mengampunkan dan meninggikan darjat.

Mengembalikan amalan kepada Allah itulah ikhlas jika mengembalikan kepada diri sendiri itulah ujub maka akan terhumban ke neraka. Merasa dah buat banyak kebaikan bercakap seolah-olah apa yang kita buat dah banyak.

zulkbo said...

السلم عليكم ورحمة الله
semoga empunya blog ini
sentiasa sihat..
HARAPAN saya jua, agar
hati kita semua ikhlas
dan sentiasa mensyukuri
nikmat Allah :)

Werdah said...

وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

>>Zul

Harapan kak juga agar kita semua sentiasa sihat dan dapat memerhatikan diri dalam perjalanan yang singkat ini.. InsyaAllah, Allahumma Aamiin

KakSar mengomel said...

Besar pengertian kaya jiwa...

KakSar mengomel said...

Besar pengertian kaya jiwa...

Related Posts with Thumbnails