Friday, December 11, 2009

Lagi Tentang Bani Israel

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Kali ini sambung tentang Bani Israel yang dahulunya ditulis di sini .

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (al-Baqarah [2] : 40) .

Ayat ini bermaksud bahawa Allah menggesa orang2 Yahudi di Madinah agar menepati janji dengan mempercayai bahawa nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah; sesuai dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada leluhur (asal usul keturunan mereka). hanya dengan menepati janji merka akan dikurniakan nikmat yang lain pula.

Seperti yang dinyatakan terdahulu bahawa Bani Israel ini ialah keturunan Nabi Yaakub iaitu anak2nya, cucu2nya dan keturunannya yang kemudian digelarkan nama kaum Yahudi. Sejarah rengkas mereka mengikut Enciklopedia oleh Muhammad farid Wajdi. Sejarah mereka bermula sejak abad ke-20 SM yakni 2000 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa as. Ahli2 sejarah telah membahagikan sejarah kaum Bani Israel ini kpd 5 peringkat:

Peringkat Pertama: Mengambil masa selama 351 tahun, iaitu dari tahun 1996 hingga 1645 SM. Yakni zaman Nabi Ibrahim as hingga baginda keluar meninggalkan negeri Mesir.

Peringkat kedua: Mengambil masa 565 tahun, iaitu dari tahun 1645 hingga 1080 SM, iaitu sejak keluarnya Nabi Ibrahim as dari Mesir hingga terciptanya Kerajaan Bani Israel.

Peringkat ketiga: Mengambil masa selama 544 tahun yakni dari tahun 1080 hingga 536 SM, iaitu dari terciptanya Kerajaan Bani Israel hinggalah tertawannya Babylon.

Peringkat keempat: Mengambil masa selama 671 tahun iaitu mulai 536 SM hingga 135 selepas kelahiran Nabi Isa as, iaitu sejak tertawannya Negeri Babylon hingga hancurnya negeri tanah suci mereka Baitulmaqdis kerana dileburkan oleh Raja Rom; Adrian.

Peringkat kelima: iaitu peringkat terakhir, sejak 135 Masihi hinggalah sekarang ini.

Pada peringkat pertama; seperti yang ditulis dahulu bermula selepas Nabi Ibrahim as pindah keluar dari Mesir, baginda mendapat dua orang anak iaitu Ismail dan Ishak. Daripada Ishak ini lahir Nabi Yaakub, kemudian daripada Nabi Yaakob yang digelar Israel inilah bermulanya kaum yang dipanggil Bani Israel dan akhirnya kaum Yahudi. Nabi Yaakub as mendapat 12 orang anak. Salah seorang ialah Nabi Yusuf as yang mendapat pangkat yang tinggi di sisi Firaun Raja Mesir. Bila datang bahaya kelaparan semua anak2 Nabi Yaakub serta anak cucu berpindah ke Mesir dari negeri mereka iaitu Kan'an di utara semenanjung Tanah Arab. kesemuanya 70 orang kemudian kembang biak dengan banyaknya.

Kemudian firaun menindas mereka, tenaga mereka diperas secara paksa. Bukan itu sahaja, kekejaman dilakukan terhadap mereka. Lelaki dibunuh dan perempuan dibiarkan hidup; sehinggalah Nabi Musa as diutuskan Allah untuk membela mereka dan membawa mereka berpindah keluar dari Mesir ke kan'an. Bilangan mereka ramai; yang boleh mengangkat senjata sahaja ialah seramai lebihkurang 600,000 orang.

Pada Peringkat Kedua ini; iaitu sejarah mereka meninggalkan negeri Mesir dengan menyeberangi Laut Merah yang terbelah dua oleh mukjizat Nabi Musa as. Mereka tinggal di Padang Sahara selama 40 tahun. Padang pasir yang tandus dengan kehidupan yang serba perit.

Allah berfirman: Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu. (Q.S. Al-Maidah [ 5 ] : 26)

Nabi Musa menyampaikan syari'at Allah daripada wahyu yang diterima daripada Bukit Tursina (di Semenanjung Sinai). Syariat itulah yang digunakan bagi mendidik kaum Bani Israel ini sehingga baginda mangkat pada tahun 1065 SM. Baginda digantikan dengan Nabi Yushak bin Nun sebagai ketua Bani Israel. semenjak itulah terdirinya kerajaan Bani Israel dan dapat pula menundukkan kerajaan2 yang berjiran dengannya sehingga pemerintahannya meliputi Semenanjung Sinai, Jordan, Palestin dan Syria.

Sejak itu pada peringkat ketiga antara tahun 1080 SM hingga 356 SM kerajaan Bani Israel makin bertambah besar hingga dapat menawan kerajaan babylon di Iraq daripada tangan Parsi. Pada zaman inilah dibangkitan ramai nabi2 dan rasul2 daripada kalangan Bani Israel untuk memberi peringatan, membimbing dan memimpin mereka supaya mengikut ajaran Allah swt; antaranya ialah Samwil (Samuel) Daud dan Sulaiman ('alaihimussalam). Semasa pemerintahan Nabi Sulaiman ini kerajaan Bani Israel berada di mercu kejayaan.

Setelah mangkat Nabi Sulaiman as anaknya Rahba'an menggantikan pemerintahannya. maka bermulalah kejatuhan kerajaan Bani Israel. Pada masa ini mula pudar sedikit demi sedikit akibat perselisihan dan perpecahan. Mereka berpecah menjadi dua golongan. satu puak menubuhkan kerajaan Yahudi dan satu lagi kerajaan Israel. Kedua-dua golongan yang berpecah ini saling memerangi antara satu sama lain. dari situlah bermulanya kejatuhan kerajaan bani Israel kerana kerajaan2 yang berjiran seperti Mesir dan Parsi silih berganti mengalahkan kerajaan mereka.

Pada peringkat keempat sejarah mereka iaitu antara 536 Sebelum Masehi hingga 135 Sesudah Masehi, bukan sahaja kerajaan Parsi sudah dapat menawan semula negeri Baylon dan telah menghalau mereka balik ke Palestin bahkan kerajaan Rom juga telah menyerang Iskandar Maqduni (Alexander The Great) dan menakluki negara palestin. Sejak itu mereka secara bergilir2 dikuasai oleh kerajaan Rom dan Parsi iaitu dua kerajaan yang sangat kuat ketika itu. Mereka ditekan, ditindas, diperas, diperkosa, dipaksa membayar ufti dan cukai negeri, di samping agama mereka dipersendakan. Mereka dilarang berkhatan, dipaksa menyembelih babi sebagai korban, dan di rumah ibadat mereka didirikan patung Jupiter (Tuhan org2 Grek kuno). Akhir sekali negeri Baitulmaqdis yang mereka hormati dan pandang suci dihancurkan sama sekali dan tidak kurang 500,000 bangsa Yahudi disembelih. Dengan malapetaka ini bertambah kua lagi pegangan agama mereka.

Sejak 135 Masihi, iaitu tarikh hancurnya kota Jurusalem (Baitulmaqdis) maka berseleraklah kaum Yahudi, (yakni saki baki daripada yang disembelih yang dahsyat itu) ke seluruh muka bumi. Peringkat inilah peringkat terakhir daripada sejarah kaum Bani Israel yang dicatat oleh ahli sejarah.

Peringkat seterusnya iaitu selepas 135 Masehi tidak dituliskan di sini.. memadailah disebutkan bahawa Kaum Yahudi pada zaman Nabi Muhammad saw ialah saki baki kaum Bani Israel yang merayau-rayau selepas selamat daripada penyembelihan besar2an itu. Mereka merayau-rayau ke Madinah sehingga dapat bertapak di situ. Mereka masih teguh memegang agama, kerana masih berpegang dengan kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa as. Mereka tahu bahawa seorang nabi akan dibangkitkan oleh Allah iaitu bernama Muhammad. Di dalam Taurat ada tercatat sifat2 Nabi Muhammad. Tetapi setelah menjadi kenyataan mereka telah mungkir janji sebab mereka mengharapkan nabi yang dibangkitkan itu daripada kalangan Bani Israel iaitu bangsa mereka yang mempunyai sejarah yang agung; berbanding kaum Arab yang yang tidak terkenal dalam sejarah pada masa itu; kerana Nabi Muhammad lahir daripada kalangan bangsa Arab keturunan Nabi Ismail as.

Sejarah memang mengakui keagungan kaum Bani Israel, sejarah juga tidak lupa mencatatkan penderitaan dan penghinaan yang dihadapi oleh mereka. Bahkan al-Quran juga banyak menceritakan kisah2 mereka kpd nabi Muhammad saw untuk menghiburkan hati baginda disebabkan baginda selalu menghadapi tentangan dan ejekan daripada kaum Yahudi semasa baginda menyampaikan ajaran2 Allah swt dan menyeru supaya kaum Yahudi ini menurut ajaran Allah.

InsyaAllah sambung lagi..

Sunday, December 6, 2009

Syamail Muhammad S.A.W.



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Buku di atas, iaitu "SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W. : Keperibadian Rasulullah" merupakan satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah SAW. Buku ini adalah karya Imam At-Tirmizi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah S.A.W. yang mulia itu. Buku ini menjadi ubat penawar rindu kepada sosok Nabi Muhammad SAW yang mulia yang dapat melembutkan hati yang keras serta menjadikan tegas kepada orang yg lemah.

Buku SYAMAIL MUHAMMAD SAW ini ialah himpunan hadis-hadis oleh Imam At-Tirmizi ; (seorang imam ahli hadis yang tidak diragukan kekuatan hujjah dan kualiti hadis-hadisnya) tentang semua aspek kehidupan dan sifat yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

Ini merangkumi 5 aspek kehidupan Rasulullah SAW iaitu :

1. FIZIKAL : Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, cincin, kasut, sandal, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat idur.

2. PERILAKU : Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minuman dan buah-buahan.

3. IBADAH : Wudhu', doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca Al-Qur'an.

4. PERHUBUNGAN & AKHLAK : Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawadhu', rasa malu dan tangisan.

5. PENGHIDUPAN : Nama-nama Rasulullah SAW., penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah SAW.

Profil Ringkas Imam At-Tirmizi.

Nama lengkapnya ialah Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa Ibnu Adh-Dhahhak As-Silmi At-Tirmizi Adh-Dharir. Beliau juga mendapat julukan Al-Hafizh, Al-'Alim, Al-Imam dan Al-Wari'. Selain buku ini, beliau turut menyusun Kitab Al-Jami' (Sunan At-Tirmizi) dan Kitab Al-'Ilal.

Para ulama berbeza pendapat tentang keadaan Imam At-Tirmizi semasa kecil. Sebahagian ahli sejarah menyatakan bahawa Imam At-Tirmizi buta sejak lahir. Sebenarnya, beliau menjadi buta setelah lanjut usianya iaitu setelah selesai melakukan perjalanan menuntut ilmu dan menulis karya-karyanya.

Imam At-Tirmizi lahir di Hudud pada tahun 214 Hijriyyah. Beliau melakukan perjalanan menuntut ilmu hingga ke Khurasan, Iraq, Mekah dan Madinah. Tidak benar kisah yang menyebut bahawa beliau pernah belajar ke Mesir dan Syam. Salah seorang gurunya ialah Imam Bukhari yang seringkali didatanginya untuk bertanya mengenai kesahihan hadis dan persoalan-persoalan akademik yang lain. Di dalam kitab Sunan At-Tirmizi, seringkali dijumpai pernyataan, "Aku tanyakan kepada Muhammad Ibnu Ismail (Imam Bukhari) tentang hadis ini. Dan beliau berkata..."

Imam At-Tirmizi meninggal dunia pada tanggal 13 Rejab tahun 274 Hijriyyah di Tirmidz.

Mengapa Kita harus Mengetahui Sifat-Sifat Keperibadian Nabi Muhammad SAW.

1. Bila kita mengetahui akan keperibadian baginda; akan timbullah rasa takzim kita kepada baginda. Itulah yang akan mejadi wasilah untuk kita cinta kepada syariat Allah. Syariat hebat tentu dibawa oleh orang yang hebat. Bagaimana kita nak kenal Allah jika kita tak mengenali Nabi kita Muhammad SAW.

2. Bila mengetahui tentang Syamail Nabi Muhammad SAW ini ; secara tak langsung kita akan ketahui betapa baik dan mulianya Nabi kita; betapa baik dan mulianya ciptaan Allah SWT yakni baik daripada sifat anggota tubuh badan baginda; betapa cantiknya fizikalnya; daripada segi pergaulan pula betapa baik sikapnya dan mulia cara baginda bergaul dengan isteri2 , anak2 dan cucu2 serta para sahabat baginda. Nabi hanya tersenyum dan jarang ketawa hanya ada sesekali sahaja baginda ketawa menampakkan gerahamnya.

3. Bila kita mengetahui syamail Nabi Muhammad SAW ;kita akan mengetahui cara nak memuji baginda dengan rasa takzim. Sesetengah orang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adaah manusia biasa seperti kita berdasarkan ayat "Ana basyarun mislukum"; tetapi sebenarnya Nabi Muhammad SAW adalah manusia luar biasa. Sifat2 Nabi ini membantu kita bila kita bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW.

4. Dengan mengetahui sifat2 Nabi kita akan rasa seronok, akan timbul rasa cinta. Bila orang puji Nabi kita; kita akan rasa gembira sebaliknya bila orang menghina baginda kita akan rasa terluka; sama seperti bila orang puji kekasih kita; kita tentu gembira.

5. Dengan membaca buku syamail Muhammad SAW ini, dapatlah ibu bapa menceritakan keperibadian baginda kepada anak2; tidaklah diberi buku2 kisah dongeng semata2. Buku ini mudah difahami.

Ada banyak lagi manfaat yang dapat kita peroleh dengan mengetahui keperibadian baginda SAW dan paling penting kita akan diberi syafaat oleh baginda semasa berada di Padang Mahsyar nanti. Mudah2an.

Buku ini mengandungi 56 bab tentang sifat2 Nabi; dihuraikan melalui hadis-hadis.

Buku ini juga boleh dimanfaatkan dengan:

1. Beli beberapa naskah dan hadiahkan untuk masjid, surau, pejabat dan kepada orang yang disayangi.

2. Dibaca setiap lepas solat 5 waktu terutamanya selepas Subuh dan Maghrib.

3. Suami isteri baca bersama-sama sebelum tidur.

4. Dibaca kepada anak-anak selepas solat berjemaah atau sebelum mereka tidur.

5. Bahan tazkirah, usrah dan halaqah.

6. Bahan untuk mengisi laman web atau blog.



-->

Thursday, December 3, 2009

Anak Yang Salih

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Membelek2 buku lama yang entah berapa lama tidak dibaca.. terjumpa sebuah buku tajuknya: "ANAK YANG SALIH".

Buku ini memaparkan MENGAPA HARUS BERBAKTI; Antaranya ialah Kerana Perintah Allah, Susah payahnya ketika mengandung, Dari bayi hingga dewasa tanggungjawab orang tua; bagaimana caranya berbakti kepada org tua, erti berbakti, terdapat pula kisah anak yang beramal salih tetapi mengabaikan tanggungjawab kepada orang tua; kisah anak derhaka; bila orang tua meninggal apakah yang harus dibuat oleh anak2 dan pelbagai perkara yg mencakupi kisah2 anak salih termasuk mendoakan org tua dan tentang pembahagian harta pusaka.

Seperti yg tertulis dalam buku ini; Erti berbakti ialah berbuat baik dengan menyelesaikan atau menunaikan yang wajib bagi anak kpd org tuanya selagi tidak bertentangan dgn syariat Islam.

Dicatat di sini Bagiamana Caranya Berbakti?
  1. Apabila menghajati makanan hendaklah dipenuhi.
  2. Apabila menghajati pakaian hendaklah diberikan.
  3. Apabila berhajat kpd perkhidmatan hendaklah dilaksanakan.
  4. Apabila memanggil hendaklah menjawab dengan lembut dan terus datang.
  5. Apabila menyuruh hendaklah ditaati selagi tidak kpd benda2 haram yg menderhaka kpd Allah.
  6. Apabila berbicara dengannya hendaklah berlemah lembut, jangan meninggikan suara.
  7. Memanggil namanya hendaklah dengan panggilan yg menyenangkan.
  8. Jika berjalan janganlah mendahuluinya.
  9. Menyukai apa yg disukai olehnya asal tidak bercangganh dgn yg dilarang Allah.
  10. Memohon keampunan Alah atas segala dosa org tua setiap kali memohon ampun atas dosa kesalahan kita.
Faedah daripada berbakti kepada ibu bapa.
  1. Amalan yg amat disukai oleh Allah.
  2. Menyamai pahala haji dan umrah.
  3. Mendapat kenikmatan syurga.
  4. Menambahkan umur yg berkat dan memberkatkan rezeki dan harta.
  5. Memberikan kecerdikan kpd anak2 kita menyebabkan mereka pula berbakti kpd kita.
  6. Menghilangkan gundah gulana dan duka nestapa.
  7. Mendapat keredhaan Allah swt.
Kisah Wail bin Khatab Menghadapi Maut.

Diriwayatkan bahawa Pada zaman Rasulullah saw masih hidup, ada seorang pemuda bernama Wail bin Khatab yang selalu merungut dan mencaci ibunya kerana terlau sayang dan cinta kpd isterinya. segala apa yg dilaporkan oleh isterinya ttg ibunya dipercayai oleh Wail. Oleh itu pada saat dia menghadapi maut, dia menderita sakit yg amat mengerikan. Berpuluh2 hari Wail berjuang menghadapi maut di atas tempat tidurnya, menggelepar, mengeluarkan peluh dingin yg membasahi seluruh tubuh, semakin hari semakin parah, matanya kadang2 merah dan kadang2 mengeluarkan air mata, mulut ternganga dan kadang2 herot bibirnya, kerongkongnya tersumbat hinggakan jeritnya tidak terdengar. Suara keluhannya bagaikan suara kerbau dan bunyi angsa.

Para sahabat yg mengelilinginya menunggu bergilir2. Berganti-ganti para sahabat mengajarkan SYAHADAH namun usaha mereka sia2 sahaja. Wail tidak sanggup ucap syahadah; hanya kedengaran ah.. uh... ah.. uh sahaja. Rupa2nya dia telah berusaha keras utk mengucapkan kalimah MULIA itu namun tak terkeluar.

Wajahnya semakin pucat dan matanya semakin terpejam; mulutnya terkatup dan sesekali ternganga lebar seakan2 menjerit namun berhari2 lamanya maut tak kunjung tiba. Keadaannya semakin mengerikan, sesiapa sahaja yg melihatnya tentu merasa kesihan.

Rasulullah saw diberitahu hal kejadian, lalu baginda memerintahkan Saidina Ali utk membimbing Wail mengucap, tetapi usaha itupun sia2. Ali bin Abu Talib menghadap Rasulullah saw melaporkan keadaan itu lalu Rasulullah saw bertanya kpd para sahabat; "Adakah Wail masih mempunyai org tua?" Diberitau bahawa Wail masih mempunyai ibu, lalu diperintahkan agar mendapatkan ibu Wail.

Setelah ibu Wail datang; Rasulullah saw bertanyakan apakah yg dibuat oleh anaknya Wail; "Bagaimanakah keadaan Wail sehari2 sebelum ia sakit? Apakah ia melakukan dosa2 besar yg ibu pernah lihat?".

"Ia derhaka kpd saya wahai Rasulullah! Ia sering mencaci maki saya kerana isterinya. Asal sahaja isterinya mengadu kepadanya ttg saya, ia terus percaya tanpa selidiki terlebih dahulu". jawab ibu wail kpd Rasulullah saw.

Rasulullah saw menasihati ibu Wail supaya memaafkan Wail, namun ibunya berkata; "Tidak! Tidak! Wahai Rasulullah, air mataku belum kering kerana dia".

"Namun Wail adalah anakmu!" kata Rasulullah.

"Tidak, ya Rasulullah, dia sering menyakitkan hati saya" jawab ibu Wail.

Rasulullah saw termenung sebentar. Kemudian baginda memerintahkan para sahabat mengumpulkan kayu bakar supaya dinyalakan api.

Dengan penuh hairan ibu Wail bertanya; "Untuk apakah kayu yg telah dibakar dan bernyala menjilat2 angkasa itu, wahai Rasulullah?".

"Wail akan kami bakar hidup2, kerana jika ibu tidak memaafkannya, dia akan terus menderita dalam menghadapi maut ini dalam jangka waktu yg tidak boleh dipastikan, entah bila dia akan sampai ajalnya sedangkan untuk sembuh memang sukar".

Tersekat2 suara ibu Wail; "Jangan ya Rasulullah! Jangan.... jangan, jangan dibakar dia, Wail anakku! Sudah kuampunkan dosamu, kesalahanmu telah ku maafkan!"

Selepas beberapa ketika wajah Wail berangsur2 menjadi lebih baik, akhirnya Wail dapat mengucapkan dua kalimah syahadah lalu menghembuskan nafasnya yg terakhir.

Berkata ah, ih, cis, uh pun tidak boleh, inikan pula mencaci maki org tua. Anak yg mencaci maki org tua jelas anak derhaka. Mencaci dilarang. Firman Allah"

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Al-Isra'[117] : 23)

"Terkutuklah org yg memaki bapanya, terkutuklah org yg memaki emaknya" (H.R. Imam Ahmad).

"Salah satu daripada dosa besar ialah seorang memaki orang tuanya. Yakni, bila ia memaki orang lain, kemudian orang lain itu membalas maki bapanya, lalu orang itu memaki ibunya". (H.R. Bukhari, Muslim dan Tirmizi).

Mudah2an kita semua dapat mendidik jiwa kita agar sentiasa mahu menjadi anak yang salih. Jika orang tuamu masih ada, janganlah jadi anak derhaka! Jika orang tuamu telah tiada, doakanlah sentiasa buat mereka. Semoga Allah mempermudahkan jalan utk kita berbuat baik kepada kita semua. ..Amin.
Related Posts with Thumbnails