Tuesday, June 16, 2009

Hadith - Umat Islam Mengikuti Langkah Yahudi & Nasrani

Daripada Abu Sa'id al-Khudri ra: "Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?. Rasulullah SAW menjawab, :"Siapa lagi kalau bukan mereka".
Hadith Riwayat Muslim


Keterangan

Nabi Muhammad SAW berkata bahawa suatu masa nanti umat Islam akan mengikuti jejak langkah ataupun cara hidup orang2 Yahudi (orang2 yang dimurkai Allah) dan Nashrani (orang2 yang sesat), hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya jika orang2 Yahudi dan Nashrani itu masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun orang2 Islam akan mengikut mereka. Sekarang ini kita sudah dapat melihat ramai orang yang hilang pegangan dalam kehidupan seharian. Ramai yang meniru cara hidup orang yang dimurkai dan yang sesat ini. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah yahudi dan nashrani.



No comments:

Related Posts with Thumbnails