Thursday, June 4, 2009

Jumpa Pakar Otopedik

Hari ini pergi HKL otopedik.. bertolak pukul 8.15pg sampai 8.45pg.. sampai je baring di bilik 13.. bilik permanent saya menunggu.. nurse kat situ dah faham.. alhamdulillah.. jumpa doktor pukul 10.00pg kira oklah tu.. orang ramai.. pergi dengan Ina.. kebetulan dia tak ada kelas hari ini..

Doktor pakar yang kami temui hari ini namanya Mr Choo.. tak taulah ejaannya betul ke tak.. sebab dia tak pakai name tag.. pegawai perubatannya pun tak pakai name tag.. saya cuma tanya nama dr pakar tu daripada pegawai perubatan yang attend saya.. nama doktor perubatan yang muda tu saya ttak tanya pula..

Biasalah doktor pakar tak ramai.. jadi dia akan datang dari satu bilik ke satu bilik bila doktor muda yang belum pakar memanggil untuk meminta nasihat dan pandangan..

Apa yang Mr Choo beritahu saya.. daripada MRI yang saya buat di Hospital Ampang dulu tu.. L4 dan L5 saya dah penyek.. dia yang cakap macam tu.. penyek.. maksudnya dah terlalu rapat.. antara dua dics itu patutnya ada gel tapi gelnya dah tak ada langsung jadi melekatlah L4 dan L5 tu.. tapi kata Mr Choo lagi saraf tunjang saya ok.. betul ke ok saya pun tak tahu..

Dia tanya macam mana? nak buka ke tak? Kalau nak buka saya akan buka.. ish ish..

Saya kata saya baru lagi operate jun 2008 di Pusrawi..tapi doktor tak boleh nak buat fusion..

Doktor mana? Doktor Azmi ke?

Aa kata saya.. doktor Azmi kata dia tak boleh nak buat fusion tu sebab tulang saya antara L3, L4 dan L5 ada gam.. sebelum buat operation saya buat epidural dengan dia tapi tak juga hilang sakit..

Eh macam mana doktor Azmi buka tak kaji betul2 sebelum buka.. macam mana Dr Azmi tahu ada gam selepas buka? siapa yang bubuh gam? Mr Choo seakan2 nak ketawa..

Memang bila cerita fasal gam ni ramai jugalah doktor yang ketawa.. termasuklah doktor Azmi.. saya pernah jumpa dr Ismail Merican masa tu dia di hospital Pantai.. dr Veerapan di Sunway Medical Centre pun sama.. bila saya cakap fasal gam ni dia senyum.. ramailah yang macam tu saya tak ingat dah.. itu teknologi lama kata mereka..

Dr Azmi tahu ada gam tapi dalam MRI tak nampak.. Doktor nampak tak gam dalam MRI tu? tanya saya.. kali ini doktor tu terdiam sekejap.. kemudian dia kata siapa bagi tahu ada gam kat situ sebelum dr Azmi buka?

Doktor yang operate saya mula2 lah.. doktor kat Tawakkal..

Siapa doktor tu?

Doktor dot..dot..dot.. kata saya.. kan dulu janji tak nak sebut nama dia..

Ok sekarang saya nak tanya.. bila berdiri rasa kebas kaki tak?

Tak jawab saya..

Buang air kecil air besar ada masalah?

Tak ada masalah kata saya.. cuma saya sakit bila duduk, berdiri dan berjalan.. sambil saya tunjukkan tempat2 yang saya rasa sakit.. saya tunjuk belikat.. pinggang.. kedua2 papan punggung saya..kedua2 belah bahu dan tengkuk.. saya beritahu saya rasa seolah2 ada daging berketul2 membelit pinggang saya..

Sakit sangat ke? boleh tahan lagi tak?.. sebab kalau boleh tahan saya rasa tak perlu buka buat masa ini.. kata Mr Choo lagi.. tapi kalau nak buka saya boleh buat..saya boleh buang gam tu.. kami di sini banyak buat pembedahan.. kalau di Hospital Swasta tak banyak pembedahan jadi di sini lagi pakar.. kata Mr Choo lagi..

Ish betul ke dia boleh buang gam tu.. berdetik di hati saya..

Saya takut dah nak buat pembedahan ni.. kata saya..

Ok.. kalau macam tu kita jumpa lagi dalam masa 6 bulan.. tapi kalau sakit sangat telefon buat appointment baru..terus Mr Choo ke bilik lain pula..

Ubat macam mana? ada lagi?.. tanya pegawai perubatan yang masih di tempatnya.. Tak apalah saya bagi je lah ubat..

Saya tanya tentang ubat osteoperosis.. adakah saya perlu ambil Fosamax sekali dengan calciterol..

Kali ini Mr Choo dipanggil sekali lagi.. Mr Choo kata.. siapa yang suruh makan 2 jenis ubat ini? saya bagi tahu dr Azmi yang suruh..

Jadi saya perlu berhentilah Fosamax ya doktor..

Berapa lama dah makan.. saya beritahu dah hampir 2 tahun.. lalu disuruh berhenti teruskan dengan calciterol..

Saya ditanya bilakah kali terakhir buat ujian bone density/ujian ketumpatan tulang.. saya beritahu last sekali januari 2007.. masa itu baru dapat osteopenia.. kemudian saya dapat cushing.. itulah saya diberi fosamax..

Mr Choo suruh saya jalani ujian bone density sekali lagi.. tarikhnya 2 disember 2009.. 6 bulan lagi.. dan jumpa doktor lagi pada 9 disember 2009.. lamalah lagi.. itulah sebabnya ramai orang ke hospital swasta tapi di hospital swasta pun penyakit kadang2 tak dapat disembuhkan juga..

Itulah.. kita ikhtiar.. Allah jua tempat kita berserah.. kami ambil ubat pukul 11.00pagi.. alhamdulillah...

1 comment:

paan said...

mcm best je citenye...nk tau lebih lanjut boleh x???

Related Posts with Thumbnails