Thursday, October 7, 2010

Rawatan Prolotherapy

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala pujian bagi Allah, selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikutnya.

Lama sebelum ini, lebih daripada setahun rasanya saya diberikan pamplet oleh anak sepupu saya; tentang rawatan sakit sendi tanpa ubat. Baru hari ini terasa nak cari laman webnya http://www.kerakemas.com/antiageing/

Di bawah ini disalin maklumat yang berkaitan dengannya. Rasa seperti ingin mencuba. Manalah tahu kali ini dapat dikurangkan sakit ataupun sakit terus hilang.

Prolotherapy

RAWATAN PEMULIHAN SAKIT SENDI /ARTHRITIS TANPA MEMAKAN UBAT PENAHAN SAKIT

Adalah sejenis rawatan untuk masalah sakit sendi yang akut dan kronik. Rawatan ini amat berbeza dengan rawatan biasa yang hanya mampu memberikan ubat penahan sakit atau pun suntikan penahan sakit atau steroid.

Rawatan ini mampu merawat kebanyakan masalah sakit sendi dan memberikan kesan baik pulih yang kekal malah sendi menjadi 40% lebeh kuat dan stabil .

Prolotherapy adalah sebahagian daripada ilmu kepakaran Perubatan Orthopaedic tetapi di Malaysia tidak ramai doktor yang mengetahuinya. Di Amerika Syarikat rawatan Prolotherapy ini amat popular dan terdapat kira-kira 3000 doktor mengamalkannya.

APAKAH PROLOTHERAPY?

Prolotherapy adalah hasil kombinasi daripada perkataan ‘Prolo’ dan ‘Therapy’. ‘Therapy’ bermakna rawatan, manakala ‘Prolo’ berasal daripada perkataan “Proliferation” yang bermakna proliferasi (pertumbuhan) sel-sel untuk membentuk tisu–tisu ligamen yang baru. Manusia mempunyai kaedah semula jadi untuk proses membaik pulih sebarang kecederaan iaitu dipangggil “inflammatory process” - proses inflammasi.

Konsep rawatan prolotherapy adalah dengan memulakan proses inflammasi setempat melaluai teknik suntikan di kawasan yang mengalami kesakitan akibat dari pada ligamen yang lemah , kendur ataupun tercedera. Suntikan yang di berikan adalah mengandungi ‘hypertonic solution’ yang merupakan ‘diagnostic’ dan ‘therapeutic’. Jumlah suntikan boleh berbeza dari satu suntikan ke dua puloh atau tiga puloh suntikan untuk sekali rawatan, ini tergantung kepada penyakit seseorang.

LIGAMEN
.

Struktur ini biasanya dilupakan oleh doktor-doktor kita. Ligamen adalah bahan yang menghubungkan ataupun pengikat antara tulang-tulang kita. Kestabilan dan kekuatan sendi-sendi kita bergantung kepada ligamen ini. Ligamen berwarna putih dan agak liat, ia tidak elastik serta ia tidak mempunyai bekalan darah yang terus dan ligamen hanya mendapat bekalan makanan, oksigen dan lain-lain keperluan melalui “sequestration” (perahan) hasil daripada pergerakan sendi . Kebanyakan sendi-sendi yang sakit adalah disebabkan masalah kekendoran ligamen. Apabila berlaku kecederaan kepada ligamen , ia sukar untuk pulih 100% kerana biasanya doktor akan merehatkan sendi terlibat dan pastinya memberikan ubat penahan sakit (NSAID) . Kedua-dua cara ini akan menyebabkan proses baik pulih (inflammatory process) terencat dan ligamen akan berlaku kekenduran. Ligamen yang kendur ini akan menyebabkan sendi tidak stabil dan pesakit mengalami kesakitan yang berlarutan dan akhirnya menyebabkan “secondary osteoarthritis”.

Rawatan Prolotherapy ini mampu merangsangkan semula proses inflamasi di ligamen
yang kendur dan dalam masa 6 minggu ligamen tersebut akan menjadi 40% lebih tebal dan regang semula untuk mengikat tulang-tulang dengan kuat. Kesakitan yang kronik itu akan terus hilang.

BOLEHKAH PROLOTHERAPY MEMBANTU ANDA?

Rawatan suntikan prolotherapy didapati berkesan untuk penyakit yang berikut:
  • Arthritis
  • Back Pain
  • Barre-Lieou Syndrome
  • Capal Turnal Syndrome
  • Cluster headache
  • Deep aching
  • Degenerative Arthritis
  • Degenerative Disc disease
  • Neck pain
  • Fibromyalgia
  • Kecederaan sukan
  • Whiplash injury
  • Partially torn tendons, ligament and cartilage
  • Herniated discs
  • TMJ
  • Sciatica

PROLOTHERAPY ADALAH SATU-SATUNYA CARA MEMBAIK PULIH SENDI-SENDI ANDA YANG SAKIT TANPA MEMAKAN SEBARANG UBAT PENAHAN SAKIT.

Pantangnya
apabila mengambil rawatan prolotherapy adalah jangan ambil ubat-ubat penahan sakit atau sebarang steroid.

Maklumat tambahan
- disalin daripada pamplet

  • Anda perlu membuat temujanji melalui telefon sebelum datang ke klinik.
  • Sebaik-baiknya jangan ambil sebarang ubat penahan sakit atau suntikan steroid 3 hari sebelum datang ke klinik.
  • Doktor akan terlebih dahulu memeriksa dan menentukan berapa suntikan yang diperlukan.
  • Rawatan untuk seorang pesakit mengambil masa kira-kira 30 minit hingga 1 jam.
  • Sila datang awal supaya temujanji dapat dipenuhi.
  • Selepas 2/3 hari rawatan, kesakitan menjadi lebih kuat lagi. Demam panas adalah reaksi biasa dan kesakitan akan berkurangan setelah seminggu.

Sesiapa yang tahu tentang rawatan ini atau yang telah pernah menjalani rawatan ini diharapkan dapat berkongsi maklumat.

27 comments:

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah...

Semoga kakak sihat di sana..:)

Cubalah rawatan ni kak! Moga dengan berkat usaha kali ini Allah sembuhkan penyakit yang kakak alami..

shameel Iskandar said...

Salam.

Trima kak atas perkongsian tips. Kita merancang/merawat dan Allah yg menentukan/menyembuhkan.

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Alhamdulillah kak sihat, semoga Abd Razak juga sihat di sana. Amiin.

InsyaAllah sedang mempertimbangkan. Belum lagi membuat temujanji.

Mudah2an diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk berusaha.

Werdah said...

Salam shameel.

InsyaAllah, kita berusaha Allah menentukan. Kita merancang, perancangan Allah Maha Bijaksana. Tentu ada hikmah disebaliknya.

"Dan apabila aku sakit DIA yang sembuhkan"

terokai seni said...

tima kasih atas info

penah gak ada member yang dah kehilangan minyak pelincir kat lutut, sian nengoknya bila sakit tu datang, dengo crita dia pon buat kita tak dapat nak bayangkan...

moga akak terus sihat sokmo

Werdah said...

Salam cemomoi.

Kak pernah inject di lutut pada tahun 99, ikut kata doktor kena ulang setiap 6 bulan atau setahun, tetapi alhamdulillah masalah lutut dah tak ada,sejak itu tak ulangpun, hanya sekali itu je la (tapi yang ini bukan PROLOTHERAPY) yang sekarang ni di pinggang, sendi pinggul dan sendi belikat.. banyak sangat..

Terima kasih atas doa.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam Kak Werdah..
Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik utk kak..
Kadangkala sakit ni membuatkan kita sentiasa menyebut Allah...
Terima kasih atas doa utk Hidayah.. Dia dh oprate dikedua2 bahagian depan dan belakangnya..semoga Allah permudahkan semua urusan kita semua.

Pn Kartini said...

Salam sis..:):)

menarik info kak werdah ni..thanks yaa:):)
Kiranya akak dah banyak treatment akak buat ek..utk therapy ni..kalau ianya bagus..tak salahkan cuba:)
Semoga akak diberikan kesembuhan olehNya jua..:):)

Take care sis:):)

Werdah said...

Salam Shaniza.

Terima kasih atas doa. Dan kepada adik Hidayah, semoga cepat pulih luka dan sembuh dengan tidak sakit lagi. Allahumma Amiin

Werdah said...

Salam Sis Tinie.

Benar sangat tinie, terlalu banyak rawatan yang telah dibuat, sejak 1996 mula sakit betis hinggalah buat pembedahan pada 2003 bermulalah episod demi episod rawatan.

InsyaAllah, kak dah buat appoitment, hari Khamis ni nak pergi tengok bagaimana, kemudian buat keputusan.

Terima Kasih kerana mendoakan kak. Allahumma Amiin

Anonymous said...

Salam Kak Werdah,

Saya pernah dengar tentang merawat tanpa ubat ni. Tapi saya tak tahulah sama ada caranya sama atau tidak dengan PROLOTHERAPY.

Pusat Rawatan yang diberitahu oleh seorang kawan ni terletak di Sungai Buluh tapi saya belum mendapat alamat dan nombor telefonnya sebab kawan tu dah lama tak datang kelas.

Nama Pusat Rawatan ini ialah Pusratu (Pusat Rawatan Tanpa Ubat). Kawan yang bercerita ni beritahu adik dia yang sakit pinggang berubat di sini dan Alhamdulillah.

Bila saya bertemu dengan kawan ni, saya akan minta nombor telefon dengan dia. Masa di cerita tu, nombor tu ada pada suami dia, hingga sekarang saya tak jumpa dia. Kelas cuti lama kerana puasa hari tu, dan baru mula balik, dia belum datang.

Werdah said...

Salam Ani.

Pusratu tu lain, Pusratu ni ada di Sungai Buloh, di Keramat dan satu lagi kak dah tak ingat. Rawatannya menggunakn urut siku, kak dengar dalam rancangan di IKIM.FM dah lama dah.

Mulanya bercadang juga nak pergi tapi bila telefon dijawab bahawa kaedahnya dengan urut, tak jadilah kak pergi.

Yang ini pula, Alamat kliniknya; (Kumpulan Klinik Keluarga dan surgeri), No 21 Jalan PJU6, Pusat Perdagangan Pelangi, Petaling Jaya. No tel : 03 77271360.. kak dah buat tenujanji, insyaAllah pada khamis ni..nak tengok bagaimana rawatannya.

Anonymous said...

Salam jumpa kembali Kak Werdah,

Saya kalau rawatan jenis urut ni saya takut juga.

Sesekali saya pernah terfikir, mungkin bengkak kaki saya ni disebabkan oleh saya mengurut kaki ni ketika bulan puasa dulu.

Tempat yang bengkak dan sakit ini betula di kawasan yang pernah saya urut dan kebetulan saya urut hanya sebelah kaki saja. Jadi kaki yang diurut tulah yang sakit tu.

Itulah sebabnya doktor tak tau sebab sebenar kaki saya bengkak, sebab ketika kaki tu bengkak keadaan gula, tekanan dan keadaan kaki langsung tak ada kesan luka.

Kesimpulannya doktor kata mungkin digigit oleh serangga atau saya garu hingga melecek (walaupun kesannya tak ada) dan baktria membiak ditempat yang luka tu.

Wallahuwa'alam.

Werdah said...

Salam Ani.

Benar sangat Ani. Sebab itulah kak tak berani ke PUSRATU tu.

Prolotherapy ni sejenis injection, bukan urut.

zulkbo said...

salam..
info menarik ni
orang yang mengalaminya
sahaja yang mengetahui
jadi terima kasih maklumat
ini..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Zulkbo

Orang yang sakit sentiasa mencari penawar.. alhamdulillah orang yang sihat juga berusaha mencari kaedah untuk membantu.. apa-apapun kita berusaha selebihnya Allah yang menentukan...

ainhany said...

salam

terima kasih atas perkongsian ini.
Info baru dan penting..
barapa kos utk setiap treatment?

Werdah said...

wa'alaikumussalam ainhany

kosnya setiap suntikan rm50.. tidak ada ubat.. tapi dinasihatkan ambil glukosaamin + chondroitin..

Luahminda said...

assalamualaikum,
saya ingin mengucapkan terimakasih banyak-banyak kepada kak wardah yang telah menuliskan info tentang Rawatan Prolotherapy. Saya adalah satu-satu nya qualified medical doctor di Malaysia yang memberikan Rawatan Prolotherapy. Klinik saya dulu memang di Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, tetapi sejak 3 tahun dahulu telah berpindah ke: Pelangi Square Damansar(Dekat IKEA sana).
Klinik saya tiada kena mengena dengan PUSRATU! Prolotherapy memang mampu merawat/membaik pulih semua sendi2 yang sakit dengan kaedah suntikan ubat prolotherapy DAN TIDAK memberikan sebarang ubat PENAHAN SAKIT(NSAD) ataupun ubat STEROID (sebagaimana semua doctor hanya mampu memberikkan ubat NSAID/STEROID untuk mana-mana sakit sendi). Untuk maklumat lanjut blh layari laman sesawang saya: http://www.proloclinics.com

Dr zulkafperi
zulkafperi@gmail.com

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Dr Zul

Kak minta maaf kerana baru terbaca komen doktor di sini.

InsyaAllah dengan pendedahan ini ramai yang dapat maklumat.

Terima kasih ya.

hassanpendek said...

Saudara Saudari semua,

Maaflah. Saya dah pergi sekali ke Pusratu di Sungai Buluh. Bagi saya, ada baiknya saya tidak membuang wang di situ.

Werdah said...

>>>hassanpendek

Harap maklum bahawa Proloteraphy ni bukan di PUSRATU tetapi di Klinik Dr Zulkafperi.

Werdah said...

Boleh rujuk Proses Membaikpulih/prolotherapy http://permatainn.blogspot.com/2010/10/proses-membaikpulihprolotheraphy.html

Unknown said...

Assalam, nak tanya.. berapa kos rawatan injection ni ye? berapa kali nak kena buat? berapa lama dia tahan? mak saya ada masalah sakit lutut... teruk jugak la.. harap akak dapat bantu saya.. terima kasih banyak2..

deyazmal90 said...



Pn. Haresue

maaf saya nak kongsi pengalaman saya rawat sakit belakang (slip disc atau saraf tersepit) sblm ke pusratu saya pergi ke hospital swasta, caj utk bedah rm 45ribu so saya cuba cari cara alternatif, alhamdulillah dengar radio ikim dpt kenal dgn pusratu.. bila pergi temujanji utk diagnosis dan terkejut juga dorang boleh buat rawat masalah saraf tersepit.. mula2 mcm x percaya tapi sakit punya pasal saya cuba dan sy kena caj rm2500 shj masa tuh.. skang setahu saya dah turun rm800..alhamdulillah... lepas rawat 3 kali.. alhamdulillah berkesan... sakit tu memang la sakit tapi xda risiko.. cuma ada kesan2 rawat shj.. demam 2/3 hari jgak la.. lpas tu beransur pulih dan baru terasa sakit pinggang slip disc saya tu hilang hampir 100%... lepas tu sy promote la kt family sy dan kawan2.. alhamdulillah dorang pun datang cuba dan alhamdulillah byk yg berkesan dan ada yg cepat dan ada yg lambat.. tapi pusratu pernah ckp pada saya.. dorang pun ada juga gagal tapi selalu nya kalau org tu dah lama sakit dan terlalu teruk.. jadi pesanan sy pada yg belum pergi tu atau x tahu tu jgn la kondem pusratu tu sbb kita tak tau apa dan bagaimana kan.. free2 je dapat dosa.. bila saya fikir kan balik kalau sy bedah mmg melayang la rm45 ribu dan nak cari mana duit tuh?? biarlah melayang rm2500 sy tuh janji saya sihat dah sekarang dan saya boleh cari duit lebih dari rm45 ribu tu skang.. insyallah... byk juga yg saya perasan org melayu kita nih... bila dengar pusat rawatan islam je mesti ingat caj ikut suka kita atau caj nya murah je.. korang kena ingat yg mahal di pusratu tu sebab skill dorang.. saya pernah tanya pada juruterapi pusratu tu, kenapa harga nya mahal (rm2500).. juruterapi tu cakap mahal sbb skill dan skil ini di kawal oleh keluarga pusratu dan pusratu boleh je nak letak harga rm45 ribu ke 100 ribu ke... sbb skil2 pusratu ni di asas oleh anak melayu malaysia iaitu tabib nur... so ilmu dan skill tu lebih mahal nilai nya... bila saya fikir balik mmg betul cakap juruterapi tuh.. kita kena la sokong ilmu dan skill anak melayu.. sbb kalau dapat kat bangsa lain... memang lagi melambung la harganya... so kita kene la nilai betul2 ya... byk lagi sy nak bercerita.. insyallah di hari lain ya...

salam dari bekas pesakit pusratu...
terima kasih pusratu...

Unknown said...

Salam doc zul... Tadi sy ada call klinik bertanyakan tentang prolotherapy. Suami ada masalah acl. Ikut mri doc ckp complete tear. Tp suami boleh jln cuma nk bengkok smpai habis tu tak boleh. Separuh sahaja. Kalau boleh suami taknak operate sebab doc sruh operate. Mcm mne yer pendapat doc? Boleh wassap sy di no 0125446139. Tq

Unknown said...

Assalamualaikum kak werdah...teringin tahu bagaimana keadaan akak sekarang?

Related Posts with Thumbnails