Tuesday, November 16, 2010

Bahasa apa yang kita guna semasa solat?


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Dalam Nak Bawa Masalah atau Tak Dalam Solat telah dituliskan kisah nabi Zakaria berdialog dengan Allah SWT ketika baginda mendirikan solat. Dalam surah Maryam pun ada tentang ini iaitu mulai ayat 2 hingga ayat 11. Kita kena cermati kisah ini dengan fikiran yang terbuka kerana apa yang terjadi kepada Nabi Zakaria itu mungkin pelik bunyinya sebab sebelum ini kita selalu diingatkan jangan bawa masalah dalam solat. Kita juga mungkin pelik mendengar dialog yang berlaku antara seorang hamba dengan Tuhannya itu agak panjang. Namun kita kena ingat bahawa Jibril as hanya utusan Allah, dan apa yang disampaikan olehnya hakikatnya ialah firman Allah. Berapa ramai di kalangan kita yang tidak menggunakan solat sebagai wasilah untuk mengemukakan masalah walaupun bukan tidak boleh berdoa di luar solat.

Apabila nabi Zakaria berdoa dan mengatakan:


إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ

"Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar (menerima) doa permohonan".


Maha Mendengar, Maha Memakbulkan hanya dua kali sahaja disebut di dalam al-Quran. Nama Allah (asmaul husna) yang sering dikaitkan dengan 'Sami'un' ialah 'Alim'. Tetapi dalam ayat ini Allah gandingkan dengan doa. Inipun bermaksud Allah berdialog dengan Nabi Zakaria ketika solat.

Para pengkaji bahasa al-Quran berpendapat:

Cara nabi Zakaria berdoa betul2 khusyuk, luar biasa sekali hatinya yang khusyuk bukan hanya semata-mata kumat kamit di mulut. Nabi kekasih Allah ini berdialog dengan jiwanya bermunajat terus kepada Tuhannya, kemudian Jibril as menyampaikan jawapan Allah kepadanya. Bila kita dengar Nabi Zakaria bertanya barangkali kita akan berfikir itu nabi bolehlah tapi al-Quran sebenarnya untuk diteladani seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Sebenarnya ada 3 cara Allah berhubung dengan hambaNya biarpun Nabi-nabi dan hamba orang awam yang tentunya hubungannya baik dengan Allah. Allah memberitahu kita bahawa Allah berkata-kata dengan pelbagai cara:

1) Wahyu

Kita ambil contoh daripada ayat-ayat firman Allah SWT seperti berikut:

وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ ٱللَّهُ إِلَّا وَحۡيًا أَوۡ مِن وَرَآىِٕ حِجَابٍ أَوۡ يُرۡسِلَ رَسُولاً۬ فَيُوحِىَ بِإِذۡنِهِۦ مَا يَشَآءُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَلِىٌّ حَڪِيمٌ۬

"Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja) atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana. (As-Shura [42] : 51)

Bukan sahaja Nabi, Maryampun dapat wahyu begitu juga dengan ibu Nabi Musa.

إِذۡ أَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰٓ أُمِّكَ مَا يُوحَىٰٓ

"Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya": (Taha [20] : 38)

Bahkan lebah dalam surah an-Nahl.


وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتً۬ا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ


"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia". (An-Nahl [16] : 68)

Daripada ayat-ayat di atas dapatlah kita fahami bahawa istilah wahyu bukan hanya digunakan untuk nabi malah untuk semua manusia dan juga binatang atau makhluk ciptaanNya.

2) Daripada belakang hijab.

Ini berlaku kepada Nabi Musa as di Bukit Tursina dan Nabi Muhammad SAW di Sidratul Muntaha.

3) Perantaraan Malaikat seperti yang berlaku kepada Nabi Zakaria as.

Dalam al-quran tidak ada ayat-ayat yang menyuruh kita minta banyak-banyak daripada Allah tetapi yang banyaknya ialah berzikir banyak-banyak. Kemudian dulu pernah ditimbulkan bahawa doa ada dua, satu doa ibadah dan satu lagi doa masalah dalam Pengajaran Daripada Ayat 26 Surah Ali Imran. Kita hendaklah pastikan doa ibadah kita betul baru kita kemukakan masalah. Kemudian kita kena bersyukur dengan mengingat Allah banyak-banyak.

Apa pula bahasa yang patut kita guna dalam solat? Yakni semasa ingin berhubung dengan Allah SWT. Takkan bila nak kemukakan masalah kita tak guna bahasa.

Sebahagian ulama kontemprori ada menyatakan bahawa bahasa yang perlu kita gunakan dalam solat ada 4 semuanya:

Sebenarnya 4 jenis bahasa ini telahpun dicontohkan oleh Rasulullah SAW kepada kita, walau bagaimanapun kita sekadar belajar kaifiyat solat.

Sebagai contoh apabila Nabi kata : "Sallu kama raaitumuni usalli" yang bermaksud "Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat" (Hadis Muttafaqun 'Alaih), sebenarnya ramai yang memahami ikut tatacara luaran seperti cara berdiri, takbir, letak tangan atas tangan dan sebagainya, sedangkan Nabi menyuruh kita melihat semuanya yakni luaran dan dalaman. Yakni kena ikut apa yang nabi baca doa selepas takbiratul ihram, rukuk, sujud dan lain-lainnya. Diikuti pula dengan khusyuk. Ini kerana dalam bahasa 'Arab 'raaitu' itu lebih dalam lihatnya daripada 'nadzar' atau 'bashar', maksud semua kalimah ini adalah sama yakni 'lihat'. (NOTA: Harap faham apabila kalimah 'Arab jika ditulis dalam roman adalah lari sedikit daripada ejaan jawi atau 'Arab)

Kita faham hadis nabi terlalu dangkal. Jika kita faham kaifiyat sahaja maknanya terlalu dangkal kefahaman kita. Kita tak ikut cara berdoa seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Sebenarnya pengertian hadis memerlukan hadis lain dan ayat-ayat al-Quran untuk menerangkannya begitu juga ayat-ayat al-Quran ada ayat-ayat lain yang berkait dengannya. Ada kalanya kita tidak boleh memahami secara harfiyah kerana banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadis mempunyai maksud yang tersirat.

1) Bahasa Tubuh (Body Language)

Mungkin selama ini kita anggap sepi tentang perkara ini. Dalam komunikasi sesama manusiapun ada bahasa isyarat; angguk, geleng; jika kita angguk maknanya ya, geleng pula maknanya tidak jadi tak mungkin kita angguk untuk mengatakan tidak. Begitulah dengan Allah apabila kita gunakan bahasa tubuh tentulah kita kena selarikan dengan apa yang ada dalam hati kita. Jika tak selari alangkah biadapnya kita, jika dengan sesama manusiapun kita dikatakan biadap seandainya kita angguk tapi yang sebenarnya kita ingin menyatakan tidak.

Dalam al-Quran ada kisah tentang bahasa tubuh, yakni apabila orang-orang munafik yang kecewa dan kesal kerana mereka harapkan orang-orang Islam kalah dalam peperangan; Allah nyatakan mereka menggigit jari (tanda marah, kecewa, terkilan).

Juga dalam kisah ashabul jannah (dua pemilik kebun), membalik-balikkan kedua tapak tangannya (menyesal):


"Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah dia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku! (al-Kahfi [18] : 42)

Dalam solat; bahasa tubuh ialah berdiri, angkat kedua tangan takbir, ruku', sujud, duduk antara dua sujud dan seterusnya semuanya gerakan yang ada makna. Malah maknanya amat dalam. Cendikiawan muslim banyak membuat kajian apa manfaat yang dapat diperoleh dalam setiap gerakan seperti meletak tangan atas tangan, ketika rukuk, sujud dan sebagainya.

Antara sekian banyak bahasa tubuh, yang paling penting ialah ruku' dan sujud hatta tidak boleh diganti yakni kita kena buat isyarat, berbeza jika tidak boleh berdiri, kita dibenarkan duduk dan berbaring. Ayat-ayat Allah banyak menyebutkan 'irka'u ma'as saajidiin' atau 'warka'issujud' walaupun ada juga 'iqaamussolah'. 'Irka'u ma'as saajidiin' atau 'warka'issujud' ini maksudnya 'orang yang solat'. Kenapa Allah sebut ruku' dan sujud untuk maksud dirikan solat? Sebabnya ruku' dan sujud adalah satu bentuk penghormatan atau simbol penghormatan yang paling sempurna iaitu dengan membongkokkan badan. Sebab itulah Islam tidak membenarkan kita hormat orang dengan dengan membongkokkan badan. Ruku' dan sujud hanya untuk Allah semata-mata. Dalam solat jenazahpun tidak ada rukuk dan sujud, kita cuma berdiri.

Sujud adalah simbol untuk menyatakan ketundukan kita dan kepatuhan kita kepada Allah SWT, hanya kepada Allah. Sewaktu ankanda baginda SAW Ibrahim wafat ramai yang kata gerhana matahari yang berlaku pada ketika itu yang menyebabkan anaknda baginda wafat lalu ramai yang sembah matahari, lalu Allah tegur:


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah". (Fussilat [41] : 37)

Rasulullah saw juga ketika menceritakan tentang hak dan kewajipan suami isteri, kedua-duanya ada hak dan kewajipan yang besar. Rasulullah saw bersabda; daripada Abu Hurairah: "Kalaulah aku hendak menyuruh (jika dibenarkan) seseorang sujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suami". Tetapi ini tidak dibenarkan sebab bahasa tubuh sujud ini hanya dibenarkan untuk Allah sahaja.

Ada kisah tentag bapa saudara Nabi, Jaafar bin Abdul Mutalib datang kepada Raja Najasyi yang ada kaitan dengan sujud sehingga Raja Najasyi memeluk Islam. Rasanya ramai dah tahu tentang ini. Namun jika ada kesempatan lain kali akan ditulis.

Soalnya adakah kita sedang memuliakan Allah dengan sebenar-benarnya ketika kita ruku' atau sujud? Adakah kita merasa bahawa diri kita benar-benar hina di sisi Allah ketika kita ruku' dan sujud? Pergerakan ini Allah yang tetapkan. Adakah kita buat semata-mata sebab disayaratkan? Subhanallah, body language ini amat penting, selagi tidak ada penghayatan tak bermaknalah solat kita.

Dalam al-Quran ada dua jenis sujud.

1) Sujud Ikram (memuliakan / hormat) - kisah malaikat disuruh sujud kepada Nabi Adam as.

2) Sujud Ta'abbud (menyembah) - usjudillah, warka'u ma'assajidin, ini maksudnya solat.

Solat pula terbahagi kepada tiga, 1/3 pada wudhuk, 1/3 pada ruku' dan 1/3 pada sujud. Hendaklah hjangan difahami secara harfiyah. Maksudnya jika baca kalimah ini terus sujud tanpa ada pergerakan lain. Semua gerakan berdiri, 'iktidal, duduk antara dua sujud, semuanya penting, namun ruku' dan sujud ini adalah cara atau simbol hubungan yang paling sempurna.

Masa ruku' dan sujud kita disuruh tasbih - mensucikan Allah, ketika yang lain-lain kita takbir membesarkan Allah dengan harapan kita merasa diri kita hina dina.

Solat adalah zikrullah apa yang kita ingat semasa ruku' dan sujud menentukan kualiti solat kita. Kebanyakan para sahabat sujud lama, bila bangun menangis kerana mereka merasa pergantungan/ memerlukan Allah SWT terlalu kuat.

Sabda Rasulullah saw "Sesungguhnya kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya ialah orang yang sujud. Maka perbanyakkanlah doa olehmu ketika sujud" (Maksud ayat dalam gambar di atas)

Sampai di sini dahulu penulisan tentang bahasa yang kita gunakan dalam solat, insyaAllah sambung lagi. Mudah2an Allah berikan kekuatan dan kesihatan untuk menyambungnya.

Jika ada kekurangan dalam memahami apa yang ingin disampaikan, itu adalah kelemahan diri ini. Harap dimaafkan.

Selamat menyambut 'Idul Adha kepada semua pembaca yang Muslim.. semoga kita semua dapat meraih redha Allah. Allahumma Amiin.

20 comments:

terokai seni said...

tima kasih kongsi info

terasa masih kosong jiwa dalam berdoa, kekadang malu juga mulut kumat-kamit ati masih alpa

Unknown said...

Maklumat yg sangat berguna..
TQ tuan..

Abd Razak said...

Assalamualaikum kak...

Semoga kakak sihat hendaknya..

Terima kasih atas ilmu ini, kak!

Selamat hari raya eidul adha..:)

tehr said...

salam aidil adha
bahasa mulut
bahasa tubuh

Anonymous said...

Salam Kak Werdah,

Terima kasih sudi berkongsi ilmu yang baik ini.

Ada seorang kawan berkata, jangan banyak sangat berdoa ketika sholat, takut terkeluar perkataan melayu di bibir, ini menjadikan sholat kita batal.

Jadi selepas beri salam berdoalan banyak-banyak.

Werdah said...

Salam cemomoi.

Orang yang menulis inipun masih terkial-kial lagi. Ustaz katapun demikian, belum tentu orang yang menyampaikan bab khusyuk ini boleh capai khusyuk lebih-lebih lagi tingkatan yang paling tinggi, namun eloklah kita berusaha sedaya upaya... mudah2an Allah bantu kita.

Werdah said...

Salam Lana Bulu.

Alhamdulillah kak diberi kekuatan untuk berkongsi apa yang kak pelajari. Mudah2an kita dapat mengambil manfaat darinya. Amiin

abu muaz said...

salam aidil adha

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak.

Alhamdulillah kak sihat dan tak bertambah mudharat. Terima kasih atas doa, semoga Abd Razak juga sihat.

Ilmu yang kak pelajari ini perlu dikongsi dengan harapan ramai yang tahu akan hal ini, harapan kak juga ialah agar kak dapat berusaha bersungguh-sungguh mengamalkannya. Bimbang juga ilmu dipelajari tetapi tidak berusaha mengamalkannya, kerana kita tahu khusyuk ini memang sukar..

Selamat sambut 'idul adha.. maaf zahir batin

Werdah said...

Salam Tehr

Salam 'idul adha juga buat tehr.. ya bahasa lisan akan menyusul nanti insyaAllah..

Werdah said...

Salam Ani.

Sebenarnya kata ustaz ramai yang terlepas pandang akan perkara ini, dan kitapun diajar sedemikian.

Rasanya masa kita belajar kaifiyat solat di sekolah dulupun kita hanya disuruh hafal apa yang perlu dibaca dalam setiap gerakan, kadang-kadang maknapun tidak diminta kita pelajari.. cuba kita tanya anak-anak kita, faham tak makna setiap bacaan, rasanya ramai yang tidak tahu maksudnya.. sedangkan nabi banyak meninggalkan contoh-contoh doa dalam setiap gerakan dan nabi pelbagaikan..

Werdah said...

Salam Abu Muaz.

Salam 'idul adha juga..

Cik Melor said...

salam perkenalan ya nama ku melor. info yang bagus

Werdah said...

Salam Melor.

Salam kenal.. mudah2an memberi manfaat kepada kita semua.. amiin

ummu said...

assalamualaikum Kak Werdah
sungguh indahnya solat
tapi suasah untuk khusuk dan khuduq kan,kak

Werdah said...

wa'alaikumussalam ummu

Benar tu, banyak faktor yang menyebabkan kita susah untuk khusyuk dan khuduk, hanya dengan banyak mengingatiNya sahaja yang dapat membantu. Ini memerlukan usaha yang gigih. Allahu a'lam

Mohamad said...

Salam werdah,
N3 ini penuh dengan keinsafan.. sesungguhnya Allah menyuruh umatnya berbuat demikian ada sebab dan makna disebaliknya.. selamat hari raya korban..

Werdah said...

Salam Mohamad

Beanr, kata imam 'Ali apabila kita beribadah kita hendaklah beribadah secara hamba.. mudah2an kita dapat melatih diri... amiin selamat hari raya juga...

ckg rash said...

Salam,

Pe khbr? Moga sihat & dlm lindunganNya sentiasa...

Salam 'a/adha utk mkcik sekeluarga...

Werdah said...

Salam ckg rash

Makcik Alhamdulillah 'ala kullihaal.. terima kasih atas doa.. semoga ckg rash juga sihat dan diredhai Allah SWT.. salam 'idul adha juga buat ckg rash sekeluarga...

Related Posts with Thumbnails