Bismillahirrahmanirrahim
Kisah ini mungkin telah diketahui umum.. entah kali ke berapa membaca kisah ini.. setiap kali membaca ingin ketawa.. tetapi cerita ini bukan gurauan.. kisah untuk panduan..
Kisah tercatat dalam sebuah buku "Ciri-ciri Wanita Yang Membawa Ke Syurga" oleh Jaafar Salleh. Buku ini dibeli pada tahun 2002. Menurut pengarang buku, kisah ini amat popular pada tahun-tahun 60an, iaitu cerita anjing dengan himar.
Di sebuah kampung di negara Arab, terdapat seorang peladang tua memelihara dua ekor binatang iaitu anjing dan himar. Memang menjadi kebiasaan bagi peladang memelihara ke dua-dua jenis binatang ini. Anjing untuk mengawal dan himar pula untuk mengangkut barang dan menjadi tunggangan.
Sudah sedia kita maklum bahawa anjing dan himar mempunyai perbezaan sifat, watak dan kebolehan. Anjing mempunyai taring tapi tidak himar. Anjing tidak bekerja tetapi himar bekerja keras dan banyak lagi perbezaannya yang ketara.
Suatu hari timbul rasa cemburu dalam hati himar melihatkan anjing tidak disuruh bekerja sedangkan dia bekerja keras. Anjing disediakan makanan yang sedap kadang-kadang diberikan daging, dilayan pula dengan baik oleh tuannya.
"Kalau begitu aku akan perhatikan apa yang dibuat oleh anjing sehingga tuan begitu sayang kepadanya. Barangkali jika aku meniru apa yang dilakukan oleh anjing itu, aku juga akan disayangi oleh tuan" Kata himar pada satu hari.
Sejak hari itu himar memerhatikan segala perlakuan anjing. Dilihatnya anjing menggesel-geselkan badan kepada tuannya. Kadang-kadang dilihat anjing itu duduk di atas riba tuannya sambil bermanja-manja.
Lalu himar berkata: "Begitu rupanya kelakuan anjing. Patutlah tuan begitu sayang kepadanya dan tidak sayang kepadaku. Aku tidak pernah buat seperti apa yang dibuat oleh anjing. Jika begitu aku nak tiru perbuatan anjing kepada tuan aku."
Seperti biasa apabila peladang balik dia akan berehat di atas pangkin di bawah sebatang pokok, sambil memerhatikan tanamannya sebelum dia beredar masuk ke rumahnya. Sedang peladang itu memerhatikan tanamannya tiba-tiba himar datang menggesel-gesel dan menyondol-nyondol badannya kepada tuannya. Disebabkan badan himar besar maka tuannya terjatuh dari atas pangkin.
Peladang kehairanan, lantas bangun dan menjadi marah kepada himar yang dianggap bertabiat luar biasa. Diambilnya tali lalu diikatnya himar pada pokok. Keesokan harinya himar ini disembelih kerana telah dianggap membahayakan keselamatan.
Jadi teringat akan pesanan ustaz, kita ini dijadikan mengikut peranan. Manusia peranannya sebagai khalifah, malaikat pula sebagai pembawa wahyu, pemberi rezeki, penulis catatan, penjaga dan lain-lain. Binatang juga pelbagai jenis dan peranannya juga berbeza.
Iktibar yang boleh diambil ialah bertindaklah ikut kesesuaian dan kebolehan diri.
14 comments:
Salam my lovely sis:)
Ksh yng menarik..pertama kali baca kisah himar dgn anjing nii..
Semoga kisah ini bisa mmberi iktibar utk kita agar terus berpijak di bumi yang nyata..:):)
salam kak werdah..memang pernah baca..
kesian kan..jangan la jadi himar..kerana iri hati..makan diri..
salam...
kesian donkey..
ermmm..pengajarannya..
"jadilah diri anda seadanya"
Assalamualaikum Kak Werdah...
Semoga kakak sihat hendaknya serta sentiasa dalam redha~Nya..
Sungguh setiap makhluk itu dicipta dan masing-masingnya ada peranan dan tanggungjawab kepada Allah SWT.
Manusia yang dilantik oleh Allah SWT menjadi khalifah di muka bumi ini sebenarnya menanggung setiap amanah dan tanggungjawab dalam memakmurkan alam serta beribadat kepada Allah.
aaa... rasanya ada lagi yang kena perhatikan
dalam bekerja ada orang pandai membodek dan sering dapat pujian tapi orang yang lurus, keja pon cam nak mampuih tak pnah dihargai
salam k werdah ...
teringat plak kucing2 aby yg suke meleser leser kt kami ...
he..he..
jgn kan anjing dan himar..
antara kite sesama kenalan,
kadang2 kite pun makan hati dgn rakan yg baru kenal kerane pertuturan nye yg kasar, tp bile dah lame kenal,
rupenye dia baik cume care dia bercakap memang kasar, yg mebuat kite salah tafsir bile baru kenal dgn org tu..
Salam Sis Tinie.
Kisah yang dipaparkan oleh pengarang ini sebenarnya untuk kita kaum wanita, jika ingin memiliki syurga, janganlah kita ikut nafsu kita.. (lebih-lebih lagi jika kita dimadukan.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. jadi jangan iri hati sesama mereka)..
Salam kak Erna
Benar sangat tu.. sudahlah makan hati dan makan diri, malah segala usaha kita tak bernilai di sisi Allah diibaratkan seperti debu yang melekat di atas hamparan..
Salam Zulkbo.
ya lah kesiannya..tak sangka disembelih pula.. bila beginilah perangai kita memang patut dikasihankan... perlu belajar mengenal diri..
Wa'alaikumussalam Abd Razak
Kak alhamdulillah 'ala kulllihal.. terima kasih kerana tak jemu-jemu mendoakan dan memberi peringatan kepada kak.. Allahumma Amiin.
Begitulah indahnya ciptaan Allah.. bila cili, garam dan asam dimasukkan ke dalam masakan barulah terasa kelazatannya.. demikianlah pula kita makhluknya.. pasti pelbagai peranan memaniskan pengalaman.
Setiap kita perlu sentiasa membersihkan hati.. Allah hanya akan terima hati yang sejahtera..
Allah berfirman dalam Surah As-Syu'ara (Ahli-ahli syair):
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. (88) Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)"; (89)
Salam cemomoi
Dalam kehidupan pasti ada pahit manisnya.. tidak dinafikan dalam alam pekerjaan terdapat perkara-perkara sedemikian.. jadikan sempadan.. dan biarlah kita jaga diri kita dengan mengetahui kebolehan diri.. supaya selamat di sana nanti..
Salam aby
Teringat juga benjy dan betty kami.. dah lama dah perginya..
Manusia ini pelbagai ragam..
"Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya" (Al-Lail [92] : 5).
Maka yang lebih baik ialah yang bertakwa di antara mereka.
Assalamualaikum, mak dah..
Kisan ni memang banyak pengajarannya..baru first time sy baca kisah ni..terima kasih ya..
Pengajaran yg dapat sy ambil,
Kita harus jadi diri sendiri tanpa perlu meniru gaya orang lain..
Bersikap iri hati atas kesenangan orang lain akan menjatuhkan kita..
Moga mak cik diberi kesihatan yg baik sentiasa... (^_^)
Wa'alaikumussalam Rafie
Lupa kepada kebolehan atau potensi diri menyebabkan tindakan di luar dugaan yang akhirnya membinasakan.
Begitu juga dengan sifat iri hati yang timbul daripada hasad serta sifat mazmumah yang lain, jika terdapat dalam diri kita akan memusnahkan diri sendiri.
Post a Comment