Sunday, January 2, 2011

Doa dengan menyeru asmaulhusna

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya. 


Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda. 

Ketika sedang mengetuk keyboard ini masih kedengaran kokokan ayam jiran di belakang rumah, cip-cip anak ayam serta kicauan burung merbuk ku kru, ku kru. Indahnya pagi ini. Di samping itu mendengar asmaulhusna yang didendangkan melalui you tube di bawah:






Asmaul husna ini Allah perkenalkan kepada kita melalui ayat2 al-Quran. 

Dengan mengetahui asmaul husna dapatlah kita menggunakan wasilah asmaul husna ini ketika berdoa

"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan". (Al-A'araf [7] :180) 


Bila kita berdoa menggunakan asmaul husna sebagai wasilah kita kena seru nama2 yang sesuai dengan hajat kita. Selepas menyeru nama2 asmaul husna ini kenalah berdoa sesuai dengan tujuan kita menyeru namaNya. 

Sebenarnya manfaat-manfaat asmaulhusna telahpun ditulis di sini.


Pada ASMAULHUSNA daripada you tube di atas didapati padanya ada contoh-contoh doa yang boleh kita contohi  selepas kita menyeru nama-namaNya yang baik itu.. (JIKA ADA ERROR Semasa menonton, diharapkan terus ke YOU TUBE).. semoga memberi manfaat..

4 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak..:)

Semoga kakak beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dalam perlindungan Allah Taala..

Allah memerintahkan agar berdoa dengan nama-nama~Nya dalam Asma’ul Husna. Setiap berdoa untuk suatu kepentingan dianjurkan untuk menyebut nama Allah yang ada hubungannya dengan kepentingan itu.

Berdoa adalah salah satu upaya manusia untuk mencapai kejayaan terhadap suatu cita-cita dan sekaligus adalah hak manusia yang diberikan oleh Allah SWT.

Wallahua'lam

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak.

Terima kasih atas doamu.. Semoga dirimu juga beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dalam perlindungan Allah Taala..Amiin.

Doa berada di bawah dan Qadha' Allah berada di atas, benarlah Qadar telah ditetapkan namun bila doa lebih kuat daripada Qadha', doa ke atas dan Qadha' ke bawah maka bertembunglah di atas maka pada masa itu terkabullah doa kita..insyaAllah.

Mudah2an kita dalam golongan orang-orang yang doa kita kuat..

ong ong kedek kedek said...

Salam ziarah :)

Thanks atas perkongsian bermanfaat ni... perkara macam ni amat2 lah dianjurkan :)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Hasrul

Sama-sama.. semoga ada manfaatnya. terima ksaih juga...

Related Posts with Thumbnails